Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Gulai Tempoyak Ikan Patin
+13
Qaisara
MD
sam
koy101
RoyKay33
ozzy
zulkbo
jasnoraizan
ikha
J.Milan22
Deto_8
Yassin
along
17 posters
:: SEMBANG UMUM :: MAKANAN & RESIPI
Page 3 of 3
Page 3 of 3 • 1, 2, 3
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
walaupun dikatakan budu tu dah sampai ke USA,keknya ramai yang tak tahu PEDE juga nama lain bagi budu....hehehee
tq WADY...
tq WADY...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
tiap kali kwn wat kenduri atau jamuan kat umah kwn... dua resepi wajib mesti ada... PEDE dgn patin masak tempoyak atau org sebut gulai masam....
WADY- Ketua Kampung
- Posts : 148
Points : 169
Join date : 07/11/2009
Age : 48
Location : Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur {PCC 142}
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
WADY wrote:tiap kali kwn wat kenduri atau jamuan kat umah kwn... dua resepi wajib mesti ada... PEDE dgn patin masak tempoyak atau org sebut gulai masam....
Menu macam ni memang membuka selera....
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
WADY wrote:tiap kali kwn wat kenduri atau jamuan kat umah kwn... dua resepi wajib mesti ada... PEDE dgn patin masak tempoyak atau org sebut gulai masam....
bile 0ak n0k buat kenduri lg wady wehh..?
RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
RoyKay33 wrote:WADY wrote:tiap kali kwn wat kenduri atau jamuan kat umah kwn... dua resepi wajib mesti ada... PEDE dgn patin masak tempoyak atau org sebut gulai masam....

K,
aok dah menanye...kira kawan wakil ke aok je lah menanye weh ....heheheheee
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
RoyKay33 wrote:WADY wrote:tiap kali kwn wat kenduri atau jamuan kat umah kwn... dua resepi wajib mesti ada... PEDE dgn patin masak tempoyak atau org sebut gulai masam....
bile 0ak n0k buat kenduri lg wady wehh..?
insyaallah..... nanti kwn jemput....
WADY- Ketua Kampung
- Posts : 148
Points : 169
Join date : 07/11/2009
Age : 48
Location : Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur {PCC 142}
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
MD wrote:RoyKay33 wrote:WADY wrote:tiap kali kwn wat kenduri atau jamuan kat umah kwn... dua resepi wajib mesti ada... PEDE dgn patin masak tempoyak atau org sebut gulai masam....
bile 0ak n0k buat kenduri lg wady wehh..?
K,
aok dah menanye...kira kawan wakil ke aok je lah menanye weh ....heheheheee
ye MD..kenduri kwn2 kene dtg..sekali skala kite ke gambang wehh..
RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
insyaallah tahun depan kot....
WADY- Ketua Kampung
- Posts : 148
Points : 169
Join date : 07/11/2009
Age : 48
Location : Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur {PCC 142}
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
WADY wrote:insyaallah tahun depan kot....
cayalahh wady..i lap u fatin..
RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
WADY wrote:insyaallah tahun depan kot....
kala tahun depan x lama doh sesebulan dua aje lagi heheheh
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
jaman dedulu resepi gulai tempoyok ni sampe je. tempoyok,garam,lada,kunyit,kesum atau kesing + ikan atau amenda yang patut. resepi along tu banyok campur dah. tempoyok tu yang pentingnya 1st kelas ikan sungai , baru hirup kuoh punye.. along ni anok ........h. ye ke?
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
Awangmaseru wrote:jaman dedulu resepi gulai tempoyok ni sampe je. tempoyok,garam,lada,kunyit,kesum atau kesing + ikan atau amenda yang patut. resepi along tu banyok campur dah. tempoyok tu yang pentingnya 1st kelas ikan sungai , baru hirup kuoh punye.. along ni anok ........h. ye ke?
anok sape????
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Gulai Tempoyak Ikan Patin
Patin masak tempoyak hidangan digemari PM
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2010/09/02
Najib tidak cerewet pilih juadah berbuka, sahur
KUALA LUMPUR: Ikan patin masak tempoyak dan daging salai masak lemak antara hidangan pembuka selera yang sentiasa dinantikan Datuk Seri Najib Razak sepanjang Ramadan.
“Saya tidak cerewet memilih juadah berbuka atau sahur tapi saya pentingkan selera... rasa sedap itu yang penting,” kata Perdana Menteri kepada Berita Harian.
Selain itu, Najib turut menggemari bubur lambuk dan nasi briyani, antara juadah yang dihidangkan ketika program sahur bersama anak yatim Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong, Sabtu lalu.
“Biasanya saya mulakan berbuka dengan kurma dan bubur lambuk, selepas solat Maghrib saya makan nasi, macam-macam lauk disediakan, kadang-kala disediakan lauk kesukaan saya, ikan patin masak tempoyak tetapi tidaklah sepanjang masa, ada masa diganti dengan daging salai masak lemak, nasi briyani, itu pun saya suka,” katanya.
Kesibukan melaksanakan tugas menyebabkan Perdana Menteri hanya berpeluang bersama keluarga ketika waktu sahur. Sehingga artikel ini ditulis, Najib hanya berpeluang berbuka puasa bersama keluarga pada dua hari pertama Ramadan berikutan jadual padat yang memerlukannya menghadiri majlis berbuka puasa dan mengerjakan solat Tarawih di luar.
Setakat ini hanya sekali beliau bersahur di luar, bersama 115 anak yatim RALK.
Ditanya antara beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, siapa yang lebih awal bangun sahur, Perdana Menteri berkata: “Tidak kira siapa yang bangun dulu, sama ada saya atau isteri saya, biasanya pembantu rumah kami akan pastikan saya berada di meja makan jam 5.15 pagi dan selepas itu kami akan menunaikan solat Subuh berjemaah.”
Menu sahur yang berkhasiat juga diberi perhatian bagi memastikan Perdana Menteri dan isteri kekal cergas dan dapat menghadiri program sepanjang hari.
"Kita kena pastikan kesihatan kita supaya ada tenaga yang boleh menjadi sumber untuk kemapanan kita sepanjang hari dan sepanjang Ramadan," katanya.
Pada pertemuan singkat itu, Perdana Menteri turut menceritakan persiapan menyambut lebaran. Berbanding dirinya, Rosmah lebih teruja membuat persiapan dengan dibantu kakitangan pejabat Perdana Menteri.
“Lebih kepada isteri saya membuat persiapan dengan bantuan kakitangan pejabat kerana kami menganjurkan rumah terbuka yang kebiasaannya dihadiri ribuan rakyat jelata dan pemimpin negara,” katanya.
Najib berkata, seperti sebelumnya, Rosmah akan menyiapkan pakaian warna sedondon untuk mereka sekeluarga menyambut 1 Syawal tetapi beliau tidak pasti tema warna yang menjadi pilihan tahun ini. Daripada warna hingga jumlah pasang baju Melayu, semuanya diserahkan kepada isteri.
“Bahagian itu saya serahkan pada isteri, dia yang memilih dan sediakan baju untuk saya. Biasanya kami akan berpakaian warna sedondon pada pagi raya,” katanya sambil mengakui masih memberi duit raya kepada anak-anak tetapi secara sederhana dan tidak sesekali memberi lebih daripada apa yang sepatutnya.

Ikan sungai ke pasaran dunia
Oleh RADZUAN HASSAN dan SHAHRULANOOR ISHAK
rencana@kosmo.com.my
DAERAH Temerloh, di Pahang cukup sinonim dengan ikan patin. Populariti ikan eksotik itu menyebabkan ia menjadi hidangan wajib di kebanyakan restoran-restoran di daerah tersebut termasuklah di gerai-gerai kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh di Lebuh Raya Pantai Timur.
Dengan erti kata lain, hidangan ikan patin boleh ditemui hampir di kebanyakan tempat makan di daerah itu. Ini termasuklah di gerai, warung, hinggalah hotel. Patin juga merupakan salah satu hidangan kegemaran penduduk tempatan.
Resipinya juga pelbagai. Patin boleh digoreng, masak gulai tempoyak, singgang, dibakar bersama tempoyak dan dipanggil pais patin. Fenomena ikan patin bukan saja menjadikan bandar kelahiran nasionalis negara, Ishak Haji Muhamad atau lebih dikenali sebgaai Pak Sako dan Sudirman itu terkenal, bahkan ia mengubah landskap Sungai Semantan.
Industri ikan patin sangkar di Temerloh boleh dilihat di sepanjang sungai tersebut. Dianggarkan terdapat lebih 100 sangkar ikan patin yang memberi peluang kepada penduduk menceburi bidang akuakultur.
Ikan patin Temerloh sama seperti ikan-ikan spesies itu di Asia Tenggara. Ia merupakan sejenis ikan air tawar tanpa sisik hampir menyerupai ikan keli. Patin termasuk dalam kategori spesies Pangasius Lanaurdi Bocourt.
Kulit ikan itu pula kebiasaannya berwarna perak, putih kebiru-biruan. Di Thailand, patin dikenali sebagai basa. Patin lazimnya hidup di lubuk air deras dan kawasan yang terdapat banyak rumpai air atau lumut sebagai sumber makanan.
Menternak ikan patin sangkar adalah bisnes yang menguntungkan di Temerloh. Bekalan ikan patin sentiasa dicari sama ada di pasar atau Pekan Sehari iaitu pasar pagi terpanjang di Semenanjung Malaysia, pasar raya atau di gerai-gerai ikan air tawar di sepanjang Sungai Pahang.
“Permintaan terhadap ikan patin adalah luar biasa jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Pahang,” kata salah seorang penternak, Abdul Halim Ismail, 45.
Menurut Abdul Halim, sambutan luar biasa tersebut menyebabkan para penternak patin kadangkala tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan.
“Saya sendiri ternak 1,200 ekor patin pada satu-satu masa dalam tempoh lapan bulan dan membekalkan sekitar 600 kilogram (kg) ikan patin setiap bulan untuk memenuhi permintaan suri rumah dan pengusaha restoran,” katanya ketika ditemui di sangkar patin ternakannya di Kampung Pangsenam, Temerloh baru-baru ini.
Ketika industri ikan patin sangkar tidak serancak hari ini, ramai yang tertanya-tanya mengapa sesetengah pengusaha restoran mengenakan caj yang mahal sekitar berpuluh ringgit untuk sepotong ikan patin.
Ikan patin liar mempunyai harga yang agak mahal kerana ia mempunya pasarannya yang tersendiri.
Namun, ini tidak bermakna ikan patin sangkar tidak istimewa. Ikan patin sangkar mempunyai sifat dan rasa yang berbeza daripada ikan patin yang diternak di dalam kolam. Lazimnya, ikan patin yang diternak dalam kolam mempunyai rasa lumpur dan hanyir.
PATIN Temerloh yang diternak di dalam sangkar ini mempunyai rasa yang enak kerana arus sungai yang deras.
Sebaliknya, ikan yang dipelihara di dalam sangkar membesar dalam Sungai Pahang. Rasanya jauh lebih enak berbanding spesies ikan yang sama di sungai-sungai lain di negara ini walaupun diberi makan pellet.
Terdapat empat jenis ikan patin liar di Sungai Pahang yang popular iaitu patin muncung yang berharga RM200 sekilogram (kg), patin buah RM100 satu kg dan patin lawang RM80 satu kg.
Resipi warisan keluarga
Sementara itu, pengusaha Gerai Pak Usop yang menyediakan menu ikan patin terkenal di Temerloh, Muhamad Alimi Adnan, 40, berkata, gulai tempoyak merupakan menu paling popular di kalangan penduduk tempatan.
“Setiap hari saya memasak 80 kg ikan patin dalam dua periuk besar untuk gulai tempoyak. Biasanya periuk pertama akan habis dalam masa satu jam, manakala periuk kedua pula akan habis dalam masa satu setengah jam,” ujarnya.
Muhamad Alimi menambah, ikan patin perlu dicuci bersih sebelum dimasak bagi menghilangkan bau hanyir.
“Resipi patin gulai tempoyak diwarisi oleh keluarga saya sejak turun temurun dan cara penyediaannya juga masih mengikut cara lama,” kata Muhamad Alimi yang mewarisi resipi tersebut selepas bapanya, Adnan Mamat atau lebih dikenali sebagai Pak Usop meninggal dunia sejak dua tahun lalu.
Gulai tempoyak ikan patin Gerai Pak Usop di Arked Majlis Perbandaran Temerloh dekat Lurah Semantan cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan. Bahkan, ia juga menjadi sebutan di kalangan pengunjung dari luar.
Kepada seorang penggemar ikan patin yang juga eksekutif akaun, Haslindaroha Hawari, 29, rasa ikan patin lebih manis apabila dicampurkan dengan sedikit tempoyak.
“Sama ada masakan itu berkuah atau dipanggang, patin lebih sedap jika ditambah sedikit tempoyak dalam masakan walaupun dipanggang,” katanya yang menggemari gulai tempoyak, panggang sambal, asam pedas tumis, masak lemak cili api dan sebagainya.
Menurutnya, rasa ikan patin memang berbeza dengan ikan air tawar yang lain. Kebanyakan penggemar pula sangat suka makan bahagian perut ikan patin yang hanya mengandungi lemak tanpa isi.
“Menurut kata orang lama, lemak di bahagian perut ikan itu membantu melempabkan kulit wajah dan melambatkan kedutan serta mengatasi masalah jerawat,” katanya yang tidak pasti sejauh manakah kebenaran fakta tersebut secara saintifik.
ABDUL HALIM menunjukkan seekor ikan patin yang diternak di Kampung Pangsenam, Temerloh, Pahang.
Memandangkan potensi dan reputasi Temerloh yang menerima jolokan nama Bandar Ikan Patin, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan daerah itu sebagai pengeluar utama ikan patin untuk pasaran di seluruh negara mahupun eksport.
Tembusi pasaran antarabangsa
Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah ketika dihubungi berkata, sebuah pusat pengumpulan dan pemprosesan ikan patin bakal dibina di daerah berkenaan di kawasan seluas satu hektar bernilai RM500,000 bagi menggalakkan industri itu.
Tambah Saifuddin, pusat tersebut juga akan dilengkapi sebuah kilang pemprosesan dan pembungkusan ikan patin.
“Industri ikan patin bukan hanya mengenai makanan tradisional seperti masak tempoyak semata-mata, ia perlu dipelbagaikan dengan menghasilkan makanan ringan, filet, bebola ikan, serunding dan sebagainya,” katanya.
Menurut Saifuddin, populariti Temerloh yang selalu dikaitkan dengan masakan ikan patin juga berpotensi menjadikan ia sebagai daerah pelancongan domestik mahupun antarabangsa. Pada masa sama, ia mampu menjana perkembangan ekonomi sekitar.
Ikan patin Temerloh kini berjaya menembusi pasaran Dubai, Arab Saudi dan United Kingdom walaupun bekalan semasa sebanyak 50 tan metrik setiap bulan masih tidak mampu memenuhi permintaan dalam negara.
““Ikan patin dari Temerloh mempunyai kualiti dan rasa tersendiri sehingga berjaya menarik ramai penggemar dari luar termasuk Kuala Lumpur dan lain-lain negeri untuk menikmati keenakan masakan.
“Jika usaha ini digerakkan bersama antara semua penduduk dengan menjadi penternak, Temerloh berupaya untuk dikenali sebagai pengeluar ikan patin terbaik di mata dunia,” katanya.
credit to - www.kosmo.com.my

Similar topics
» Resipi Gulai Tempoyak Ikan Pari
» Ngape Ikan Patin Doh Makin Mahei?...
» Ikan Patin Temerloh - Jaminan Penternak
» Gulai Asam Rom
» Sambal Tempoyak Jering Semai - Pembuka Selera Sahor
» Ngape Ikan Patin Doh Makin Mahei?...
» Ikan Patin Temerloh - Jaminan Penternak
» Gulai Asam Rom
» Sambal Tempoyak Jering Semai - Pembuka Selera Sahor
:: SEMBANG UMUM :: MAKANAN & RESIPI
Page 3 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum