Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
+6
zulkbo
sayed7
MD
Oesandro Jr.
edi
Deto_8
10 posters
Page 1 of 1
Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
KUANTAN – “Selama lebih 60 tahun tinggal di sini, saya tidak pernah berhadapan dengan banjir seperti ini,” kata Ketua Kampung Sungai Ular, Mokhtar Md Adam ketika ditemui di pusat pemindahan banjir, Sekolah Kebangsaan Cherating, semalam.
Katanya, kejadian banjir yang melanda berpunca daripada pembangunan yang berlaku di kawasan itu.
Beliau yang bertugas memantau mangsa banjir bersama kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan mangsa banjir memberi kerjasama kepada pegawai bertugas.
“Setakat ini kakitangan JKM menjalankan tugas dengan baik. Mangsa juga dibekalkan dengan keperluan dan makanan sewajarnya,” katanya.
Sehingga semalam, seramai 24 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir itu, termasuk bayi berusia sebulan dua hari.:
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, beberapa tempat di kiri dan kanan jalan sepanjang Jalan Cherating ke Kemaman dinaiki air, manakala beberapa batang jalan juga turut dinaiki air, terutama sepanjang Jalan Sungai Ular.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail berkata, sehingga semalam jumlah mangsa banjir masih kekal tiga keluarga melibatkan 24 mangsa dari Kampung Sungai Ular, Cherating dan sudah pun ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating di sini.
Menurutnya, keadaan air sungai utama di negeri ini masih dalam keadaan berjaga-jaga dan tiada kejadian banjir lain dilaporkan setakat ini.
“Sehingga hari ini, hujan berterusan berlaku di daerah Kuantan, Maran dan Pekan dan kita akan sentiasa memantau situasi ini dan Bilik Gerakan Banjir akan sentiasa bersedia.
“Orang ramai tidak perlu gusar dengan situasi yang melanda sekarang, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga, terutama mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan berisiko,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, mangsa banjir diingatkan supaya tidak terlalu meminta, sebaliknya menerima segala bantuan yang diberi Kerajaan Negeri sepanjang bencana banjir melanda negeri ini.
Menurutnya, mangsa seharusnya memahami situasi itu kerana segala bantuan diberikan berdasarkan peruntukan kerajaan.
Katanya, setakat ini mangsa menerima peruntukan makanan seperti bekalan asas iaitu kopi, sardin dan hanya ditingkatkan pada hari ketiga mangsa tinggal di pusat pemindahan banjir.
“Hanya pada hari ketiga seterusnya mangsa terlibat akan menerima makanan seperti ayam untuk keselesaan mereka.
“Kita harapkan mangsa memahami situasi ini berdasarkan pengalaman lalu, kita mendapat rungutan mereka yang meminta minuman seperti Nestle dan Milo,” katanya.
Katanya, jumlah sumbangan dan bekalan akan ditingkatkan jika mendapat sumbangan daripada dermawan yang ingin membantu mangsa-mangsa terlibat.
sumber : Sinar Harian

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
Tu baru putik tu, belum bunga lagi...
edi- JKK Kampung
- Posts : 302
Points : 303
Join date : 11/11/2009
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
td terbaca berita bergambar kat the star.
ada psgn pengantin mengharung air takat lutut masa bersanding..
kat kg sg ular kot.

Oesandro Jr.- JKK Kampung
- Posts : 343
Points : 350
Join date : 08/10/2009
Location : Dari jemapoh ke Manchestee singoh Melaka dulu
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
macam banjir Sg Isap 2001 la...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
MD wrote:macam banjir Sg Isap 2001 la...
ms banjir kat sg isap ni kwn dok sg isap... masa 2 pas raya kwn kat kg..dgr2 berita umah kwn naik air...
sayed7- JKK Kampung
- Posts : 211
Points : 212
Join date : 23/10/2009
Age : 37
Location : kuantan+putrajaya
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
sayed7 wrote:MD wrote:macam banjir Sg Isap 2001 la...
ms banjir kat sg isap ni kwn dok sg isap... masa 2 pas raya kwn kat kg..dgr2 berita umah kwn naik air...
umah sewa kawan dulu teruk wehh,paras pinggang...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
Deto_8 wrote:
“Kita harapkan mangsa memahami situasi ini berdasarkan pengalaman lalu, kita mendapat rungutan mereka yang meminta minuman seperti Nestle dan Milo,” katanya.
demand pulok... dapat kopi dn teh pn dh satu rahmat...
Qaisara- Ketua Kampung
- Posts : 104
Points : 116
Join date : 10/11/2009
Location : Balok, Kuantan, Pahang
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
Ibu dalam pantang antara mangsa banjir
KUANTAN – Seorang ibu dalam pantang antara mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Cherating, kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam.
Aniyatun Adam bersama anaknya yang berusia sebulan dua hari yang tinggal bersama ibunya terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumahnya mula dinaiki air dua hari lalu.
Katanya, hujan lebat dua hari lalu menyebabkan rumah kayu milik ibunya ditenggelami air sehingga separas pinggan manakala air dalam rumahnya mencecah paras lutut.
“Saya sempat mengambil apa yang penting termasuk baju anak-anak dan dokumen penting,” katanya yang berpindah ke pusat itu bersama ibu, suami dan seorang lagi anaknya.
Aniyatun berkata, dia tidak mempunyai masalah ditempatkan di asrama sekolah berkenaan kerana selesa dan ada kemudahan yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bagaimanapun, katanya, dia tidak boleh berpantang seperti ibu lain selepas bersalin kerana keadaan tidak mengizinkan, tetapi gembira kerana mendapat penjagaan yang sewajarnya.
“Anak saya juga tidak meragam dan tidak ada masalah tetapi kami perlu berjaga-jaga kerana dia masih kecil dan memerlukan perhatian, terutama ketika musim hujan,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Mohd Zaki Mohd Zuki, 32, berkata, rumahnya tidak pernah dinaiki air sejak tinggal selama tujuh tahun lalu.
Dia yang tinggal berjiran bersama ibu mertua terpaksa dipindahkan ke sekolah itu kerana air tiba-tiba naik Jumaat lalu selepas hujan turun dengan lebat.
Katanya, dia hanya sempat mengambil semua dokumen penting, peti ais, televisyen dan mesin basuh sahaja manakala semua perabot terpaksa dibiarkan kerana air sudah naik separas lutut di dalam rumah.
“Saya tidak pasti kerugian akibat banjir tetapi dimaklumkan bahawa rumah kami sudah musnah ditenggelami air. Lantai rumah juga reput dan sudah tidak boleh diduduki,a’ katanya yang berpindah bersama isteri dan empat anak.
Dia dan keluarga bersyukur kerana makanan dan tempat tinggal disediakan sepenuhnya JKM, selain pemantauan daripada Ketua Kampung Sungai Ular dan Ketua Kampung Cherating.
Mereka adalah antara empat keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir manakala tiga keluarga lagi adalah mereka yang tinggal di surau kampung itu dua hari lalu.

Salam sume...mujur koi sempat sanding sebelum musim hujan melanda...kalau x koi pun bersanding tgh hujan jgk la...hehehehe
sakur@86- Tok Empat
- Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
sayed7 wrote:MD wrote:macam banjir Sg Isap 2001 la...
ms banjir kat sg isap ni kwn dok sg isap... masa 2 pas raya kwn kat kg..dgr2 berita umah kwn naik air...
Jgn dikenang peristiwa itu...
edi- JKK Kampung
- Posts : 302
Points : 303
Join date : 11/11/2009
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
edi wrote:sayed7 wrote:MD wrote:macam banjir Sg Isap 2001 la...
ms banjir kat sg isap ni kwn dok sg isap... masa 2 pas raya kwn kat kg..dgr2 berita umah kwn naik air...
Jgn dikenang peristiwa itu...
edi,
umah aok kena jugak ke weh?..
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Oesandro Jr.- JKK Kampung
- Posts : 343
Points : 350
Join date : 08/10/2009
Location : Dari jemapoh ke Manchestee singoh Melaka dulu
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
Beberapa orang kanak-kanak bermain air banjir apabila kawasan perumahan mereka dinaiki air di Kampung Kubang Pasu di Kota Baharu, semalam. --fotoBERNAMA
#Kat kelantan..dah jadi ruper
sungai dah..rumah pun dah mcm rumah rakit
cian ke deme tu nak beraya tak berapa hari
lagi ni...

lagi ni... [/quote]
deme suma nih dah biasa dah weh beraya dalam keadaan banjir gini...nok kata tiap2 thn .....beraya dalam banjir...

jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
Harung banjir usung jenazah: Penduduk kampung terpaksa mengusung jenazah bekas Ketua Cawangan Umno Santong, Paka, Dungun, Allahyarham Nasir Idris, 66, mengharungi banjir sejauh 500 meter untuk ke tanah perkuburan berikutan banjir yang semakin buruk. Allahyarham Nasir yang meninggal dunia jam 4 petang kelmarin akibat sakit buah pinggang sejak lima tahun lalu dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Santong, Paka, Dungun, semalam. - Foto Imran Makhzan
Nov 24, 2009 7:12 am
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
anok saper la ni..
ishh..ishhh
SUKA RIA: Kanak-kanak mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk bermain banjir tanpa menghiraukan keselamatan diri di Kampung Betong, Jitra. Sepatutnya, ibu bapa perlu lebih berwaspada terhadap kegiatan anak-anak mereka sebelum terjadi perkara yang tidak diingini. - Foto Shahrizal Md Noor
Nov 24, 2009 7:08 am

Last edited by zulkbo on Tue Nov 24, 2009 6:05 pm; edited 1 time in total
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
zulkbo wrote:anok saper la ni..
ishh..ishhh
SUKA RIA: Kanak-kanak mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk bermain banjir tanpa menghiraukan keselamatan diri di Kampung Betong, Jitra. Sepatutnya, ibu bapa perlu lebih berwaspada terhadap kegiatan anak-anak mereka sebelum terjadi perkara yang tidak diingini. - Foto Shahrizal Md Noor
Nov 24, 2009 7:08 am
Teringat zaman budok2 dulu..seronok wehh..pasal time tu kite x mikir mende...hehe
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
ozzy wrote:zulkbo wrote:anok saper la ni..
ishh..ishhh
SUKA RIA: Kanak-kanak mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk bermain banjir tanpa menghiraukan keselamatan diri di Kampung Betong, Jitra. Sepatutnya, ibu bapa perlu lebih berwaspada terhadap kegiatan anak-anak mereka sebelum terjadi perkara yang tidak diingini. - Foto Shahrizal Md Noor
Nov 24, 2009 7:08 am
Teringat zaman budok2 dulu..seronok wehh..pasal time tu kite x mikir mende...hehe
Seronok betol, siap baring lg tu...
edi- JKK Kampung
- Posts : 302
Points : 303
Join date : 11/11/2009
Re: Kuantan :: 60 tahun tidak pernah banjir
edi wrote:ozzy wrote:zulkbo wrote:anok saper la ni..
ishh..ishhh
SUKA RIA: Kanak-kanak mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk bermain banjir tanpa menghiraukan keselamatan diri di Kampung Betong, Jitra. Sepatutnya, ibu bapa perlu lebih berwaspada terhadap kegiatan anak-anak mereka sebelum terjadi perkara yang tidak diingini. - Foto Shahrizal Md Noor
Nov 24, 2009 7:08 am
Teringat zaman budok2 dulu..seronok wehh..pasal time tu kite x mikir mende...hehe
Seronok betol, siap baring lg tu...
Kale mukat sangkot 4-5 ekor nihh..
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Similar topics
» Kuantan l Kuantan jadi bandar raya 2015
» Kuantan :: Pengemis 83 tahun dituduh mencabul
» Kuantan l River Cruise tidak lesu
» Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup
» Kuantan :: Kecurian kenderaan semakin berleluasa di Kuantan

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum