Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Kuantan :: Kecurian kenderaan semakin berleluasa di Kuantan
2 posters
Page 1 of 1
Kuantan :: Kecurian kenderaan semakin berleluasa di Kuantan
KUANTAN 21 Nov. - Pihak polis digesa mengambil tindakan yang lebih tegas dalam membendung kejadian curi kereta yang kini semakin berleluasa di bandar ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Datuk Pang Tsu Ming berkata, pihak berkuasa terutama polis perlu memerangi habis-habisan kegiatan curi kereta sebagaimana tindakan yang dilakukan terhadap ceti haram atau ah long.
Katanya, kegiatan tersebut sudah lama bertapak di negara ini iaitu sejak tahun 1970-an dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang berkesan.
''Bagaimanapun, dalam penyelesaian masalah ah long pula, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas dan habis-habisan menguatkuasakan undang-undang.
''Ia menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila kes-kes yang melibatkan ah long dapat dikurangkan, justeru tindakan yang sama juga perlu dilakukan terhadap pencuri kereta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kes seorang Ahli Dewan Negara, Senator Ng Hock Heng yang kehilangan kereta jenis Toyota Fortuner selepas dicuri di kediamannya di Air Putih di sini, baru-baru ini.
Tsu Ming berkata, kes kecurian kereta yang semakin menjadi-jadi itu merupakan masalah rakyat yang perlu ditangani segera.
''Kereta kini menjadi keperluan rakyat untuk menjalani kehidupan dan sememangnya ini merupakan masalah yang harus diselesaikan segera supaya Pahang tidak menjadi negeri yang terkenal dengan kehebatan mencuri kenderaan," katanya.
Menurut Tsu Ming, statistik Kementerian Dalam Negeri pada Julai lalu menunjukkan sebanyak 63,182 kes dilaporkan dengan purata 31 kecurian kereta sehari di negara ini dari tahun 2004 hingga 2009.
Dalam pada itu, beliau meminta pengguna meningkatkan tahap keselamatan pada kenderaan masing-masing bagi membendung kes kecurian kenderaan.
''Semua pihak harus memainkan peranan untuk menjaga keselamatan dan harta benda masing-masing demi kesejahteraan hidup," ujarnya.
Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes jenayah lain terutama ragut, samun, pecah rumah dan culik yang semakin menjadi-jadi di bandar ini sejak akhir-akhir ini.
sumber : Utusan Online

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Kuantan :: Kecurian kenderaan semakin berleluasa di Kuantan
Bab curi mencuri nie, kwn risau betol. Wlaupun kete kwn standet kilang, pencuri terdesak amat memerlukan...
edi- JKK Kampung
- Posts : 302
Points : 303
Join date : 11/11/2009
Similar topics
» Kes Kecurian Kenderaan - Pendapat & Pengalaman Anda .
» Kuantan l Kuantan jadi bandar raya 2015
» Kuantan :: 21,588 mulakan persekolahan
» kenderaan lama wajib puspakom
» Kuantan :: Beruk ganas mengamuk

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum