Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kuantan l River Cruise tidak lesu

Go down

Kuantan l River Cruise tidak lesu Empty Kuantan l River Cruise tidak lesu

Post  Deto_8 Wed May 05, 2010 5:12 pm

KUANTAN – Pengurusan River Cruice Sungai Kuantan kini sedang melaksanakan pelbagai program bagi memastikan perjalanannya ‘tidak lesu’ dan terus mendapat sam-butan daripada masyarakat setempat dan pelancong asing.

Pengurus Besar River Cruise Sungai KuantanYusri Yusof berkata, pelbagai usaha dijalankan selepas pengambilalihan River Cruise itu daripada pengurusan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi menaik taraf kawasan pelancongan itu.

Menurutnya, syarikat itu memulakan operasi lapan bulan lalu dan sudah membuat beberapa pembaikan termasuk membaiki bot, menaik taraf jeti dan kini sedang merancang memasang peneduh di ruang menunggu.

“Kita turut mengadakan program memancing dan paintball di perkarangan jeti sebagai usaha memperkenalkan semula River Cruise,” katanya ketika dihubungi mengenai kesediaan pengambilalihan projek River Cruise oleh Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, kesungguhan membangunkan semula projek itu terbukti apabila syarikatnya mengeluarkan kos kira-kira RM39,000 bagi memastikan projek itu berjalan lancar.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih memerlukan kerjasama darippada MPK dan Kerajaan Negeri bagi membantu mempromosikan River Cruise.

“Daripada maklum balas dari laman Facebook River Cruice, kita gembira kerana ada pelancong luar yang membuat tempahan terutama ketika cuti persekolahan dan musim perayaan,” katanya.

Yusri memberitahu, Tourism Pahang adalah antara agensi yang banyak memberi sokongan selain tolak ansur MPK dalam hal teknikal khusus bagi pembaikan bot dan jeti.

Menurutnya, operasi River Cruice juga tidak terhad pada waktu tertentu supaya pengunjung yang datang ke Taman Esplanade boleh terus menaiki bot dan menikmati keindahan pesisiran Sungai Kuantan.

“Bagi merancakkan lagi promosi, kita mengedarkan lebih 300 baucar kepada agensi terpilih dan lebih 100 pakej membabitkan pelajar dengan harapan mereka mengenali projek ini lebih dekat,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif dalam kenyataannya kelmarin bersedia menimbang kemungkinan mengambil alih projek River Cruise yang dikatakan lesu.

Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji sejauh mana sambutan orang ramai River Cruise Sungai Kuantan itu.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum