Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai

5 posters

Go down

Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Empty Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai

Post  Deto_8 Mon Nov 09, 2009 10:26 am


Sinar Harian
KUANTAN – Ombak besar semalam, menyebabkan peniaga di tiga lot kedai di Taman Gelora terpaksa memberhentikan operasi kerana sebahagian peralatan kedai mereka musnah.

Difahamkan pantai sejauh kira-kira 300 meter dari deretan kedai itu naik ke tebing dengan ombak tinggi memusnahkan lebih sepuluh pokok rhu di depan dan tepi kedai berkenaan.

Salah seorang pemilik kedai, Zaiton Muda, 49, berkata, dia belum pasti kerugian dialaminya tetapi hanya mampu melihat beberapa kerusi dalam kedainya lenyap dilambung ombak.

“Saya terkejut kerana meja batu yang disediakan untuk pelanggan di depan kedai turut dibawa arus ombak,” katanya ketika ditemui di sini.

Tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 10.30 malam, mendapati ombak masih menghempas kuat dan air pasang di kawasan perniagaan di Taman Gelora manakala banyak pokok tumbang.

Menurutnya, ombak mula besar dan air pasang kira-kira jam 9.30 malam menyebabkan banyak sampah dari laut masuk ke kedainya.

Zaiton berkata, ia adalah kejadian luar biasa kerana sebelum ini belum pernah ombak besar naik ke tebing sejauh 300 meter menyebabkan bahagian depan kedainya rosak dan pokok tumbang.

“Malam ini (semalam) saya mungkin balik lambat dan terpaksa berjaga. Saya berharap ombak akan berhenti selepas ini,” katanya.

Sementara itu, pembantu kedai, Zulkifli Sulung, 40, berkata, ketika kejadian, ada beberapa pelanggan sedang menikmati makanan tetapi terpaksa melarikan diri kerana ombak mula menaiki ke tebing.

“Mereka terkejut dan meninggalkan makanan kerana takut ombak besar. Lagipun sebelum ini belum pernah berlaku seperti ini,” katanya.

Katanya, paling menyedihkan, pokok yang dikatakan paling tua di kawasan perniagaan itu turut tumbang.

“Kami terpaksa menutup kedai untuk beberapa hari bagi membersihkan sampah-sarap dalam kedai,” katanya.

Deretan kedai itu dibina pada 2005 dan peniaga terbabit dimaklumkan yang mereka membayar sewa kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Empty Re: Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai

Post  koy101 Mon Nov 09, 2009 10:29 am

Mak aih!!! aku baru makan kat sana belah tengahari semalam. Shocked Shocked Shocked
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Empty Re: Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai

Post  jasnoraizan Mon Nov 09, 2009 10:44 am

dalam keadaan sekarang nih ...musim tengkujuh...harap2 jgn lah ada yg membuat xtvt berkaitan dgn tempat2 seperti pantai/airterjun/sungai..dll....kalau blh elak..elakan lah,....... Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Icon_lol
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Empty Re: Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai

Post  koy101 Mon Nov 09, 2009 10:46 am

jasnoraizan wrote:dalam keadaan sekarang nih ...musim tengkujuh...harap2 jgn lah ada yg membuat xtvt berkaitan dgn tempat2 seperti pantai/airterjun/sungai..dll....kalau blh elak..elakan lah,....... Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Icon_lol

xleh ler bro....
walau pun hujan ribut melanda....
aku tetap kena dan akan pergi ker air terjun chamang nih.... huhuhu......
dah aku keje kat air terjun, nak wat camner..... Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Empty Re: Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai

Post  zulkbo Mon Nov 09, 2009 10:47 am

LAGIKAN PANTAI BERUBAH
APA TAH LAGI HATI MANUSIA
..tu perumpamaan org dulu-dulu
koi rasa sebab mmg proses ni berlaku
la gamoknyer....
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Empty Re: Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai

Post  Yassin Mon Nov 09, 2009 11:07 am

Orang tua-tua dulu dah pesan "jika takut dilambung ombak jgn berumah ditepian pantai" Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Icon_biggrin
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Empty Re: Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai

Post  jasnoraizan Mon Nov 09, 2009 11:09 am

Yassin wrote:Orang tua-tua dulu dah pesan "jika takut dilambung ombak jgn berumah ditepian pantai" Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Icon_biggrin

OMBAK DULU TAK SAMA DGN OMBAK SEKARANG.....ombak sekarang dah lain macam rupanye.....(kejahatan manusia membuatkan dunia pun berubah....)
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai Empty Re: Kuantan :: Ombak besar ancam deretan kedai

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum