Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

+11
phenom
amienski
OTAIkutai
puteramx
BanG_LonG
aimiman
MD
dikwan
putra0880
zulkbo
Deto_8
15 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  Deto_8 Sun Jan 24, 2010 7:52 pm

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Best


Last edited by Deto_8 on Mon Jan 25, 2010 10:37 am; edited 1 time in total
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  Deto_8 Mon Jan 25, 2010 10:37 am

Rebiu Restoran Rodong-Rodong

24/1/2010
Telah menjadi impian PCC untuk membuat tinjauan,lawatan ke mana mana Restoran yang berindentitikan masakan Pahang.Program ini juga memberi faedah kepada PCC ynag mana kita dapat mengumpulkan maklumat,gambar dan dipihak pengusaha juga mendapat promosi dan hebahan secara percuma terhadap perniagaan mereka ini.
Setelah dirancang beberapa minggu yang lepas maka pada 24/1/2010 semalam Crew dan beberapa Forumers PCC telah membuat lawatan ke Restoran Rodong-Rodong yang terletak di Danau Kota,Setapak Kuala Lumpur ini.

Lebih istimewanya kehadiran PCC disambut mesra oleh En Azha Bin Mustapa selaku Group Managing Director dan En Yunus selaku Pengurus Restoran Rodong-Rodong.Berteraskan menu masakan Tradisional Pahang matlamat utama restoran ini cuba mengenengahkan segala masakan Pahang yang ada.Bermula dari menu utama iaitu Patin Masak Tempoyak sehinggakan aneka sambal seperti Sambal Hitam,Sambal Tumbuk Bilis ada disediakan untuk pelanggan.

Menurut En Azha lagi, restoran mereka memdapat bekalan ikan Patin Sangkar yang segar terus dari pembekal sekitar Temerloh.Sehingga kini Syarikat Arus Sangkar Sdn Bhd menjadi pembekal utama Patin sangkar dan diambil sendiri atau melalui pilihan yang mana ikan segar dibersih,dibungkus dan dihantar melalui bas ekspress dari Temerloh ke Kuala Lumpur.
Selain dari itu juga En Azha menegaskan ,mereka cuba memberikan kepuasan sebenar kepada pelanggan yang gemarkan masakan Patin sangkar dan ianya amat berbeza dari segi rasa jika dibandingkan dengan ikan yang diternak di kolam.Untuk waktu terdekat restoran ini juga akan menyediakan masakan ikan Baung sangkar yang juga didapati dari Temerloh.

Dengan harga berpatutan,diharapkan pelanggan yang datang [ terutamanya penggemar ikan sungai ] akan berpuashati dan beliau juga amat mengalu alukan sebarang komen dan cadangan dari pelanggan demi kebaikkan bersama.
PCC melalui Admin,Crew dan semua forumers yang ada mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada :
1. En Azha Bin Mustapa
2. En Yunus Bin Yahya
3. Bad – selaku penyelia Restoran
4. Serta semua kakitangan dan pengurusan Restoran Rodong-Rodong

Diatas segala kerja sama dan layanan mesra yang telah diberikan dan diharapkan agar Restoran Rodong Rodong ini terus maju dan berkembang perniagaannya dalam mempromosikan masakan tradisi dari Negeri Pahang.
Terima Kasih

Restoran Rodong-Rodong
No 38,Jalan 2/23A,Off Jalan Genting Klang,
Taman Danau Kota
53200 Setapak Kuala Lumpur
Tel 03-414309901 Fax 03-4143 8901
Waktu perniagaan 8.00pg - 12mlm

Pengarang : Saudara MD
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  zulkbo Mon Jan 25, 2010 10:42 am

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang RRMap
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  putra0880 Mon Jan 25, 2010 11:07 am

Nampak menarik dan pasti akan mencuba satu hari nanti. TQ for the info.
putra0880
putra0880

Posts : 5
Points : 5
Join date : 12/01/2010
Location : Bandar Seri Putra, Bangi

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  Deto_8 Mon Jan 25, 2010 11:09 am

putra0880 wrote:Nampak menarik dan pasti akan mencuba satu hari nanti. TQ for the info.

sama-sama....jangan lupa bgtau tokei aok dari PCC...
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  Deto_8 Mon Jan 25, 2010 11:17 am

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang IMG_0361
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  putra0880 Mon Jan 25, 2010 11:25 am

insyaallah....sebenarnya dah lama mencari kedai yang menyediakan masakan ikan patin yang sedap kat kawasan KL ni.
putra0880
putra0880

Posts : 5
Points : 5
Join date : 12/01/2010
Location : Bandar Seri Putra, Bangi

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  dikwan Mon Jan 25, 2010 2:14 pm

putra0880 wrote:insyaallah....sebenarnya dah lama mencari kedai yang menyediakan masakan ikan patin yang sedap kat kawasan KL ni.

tula sepatutnyer...kalo orang len bangga dengan menu msakkan diorang ngape idak gulai asam tempoyak,sambal belimbing hitam kite ye...tak gitu rodong2.. Very Happy
dikwan
dikwan
Orang Kampung
Orang Kampung

Posts : 50
Points : 52
Join date : 13/12/2009
Age : 40
Location : wangsa maju

http://www.premiumcopier.com

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  putra0880 Mon Feb 01, 2010 1:16 pm

...sempena cuti hari wilayah ingatkan nak pergi try ikan patin kat restoran rodong-rodong ni sbb dah lama tak kena ikan patin tapi tiba2 je anak ada hal lain.....terpaksa tangguh ke lain masa....insyaallah.
putra0880
putra0880

Posts : 5
Points : 5
Join date : 12/01/2010
Location : Bandar Seri Putra, Bangi

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  MD Mon Feb 01, 2010 1:21 pm

putra0880 wrote:...sempena cuti hari wilayah ingatkan nak pergi try ikan patin kat restoran rodong-rodong ni sbb dah lama tak kena ikan patin tapi tiba2 je anak ada hal lain.....terpaksa tangguh ke lain masa....insyaallah.

Kalau ada lain lain kedai/restoran yang seumpama dengannya...boleh bagtau...boleh pegi sama sama...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  aimiman Thu Mar 11, 2010 5:24 pm

lama dah tak makan sambal belimbing itam ni.gulai keladi kemahang takder ker.kawah orang kemahang oiii.best giler.

aimiman

Posts : 7
Points : 12
Join date : 11/11/2009
Age : 46
Location : Ampang,selangor

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  BanG_LonG Mon May 17, 2010 3:38 pm

Uihh harus pegi cuba...

Koi dulu pun merata mencari tempat orang jual patin nieh..tapi satu pun tok kena selera koi...sudohnya...koi beli sendiri ikan patin pahang dari Pasar Tani dekat Setiawangsa..memula tuh takot jugok nok membeli..koi siap interbiu akok yang jual tuh...beli seko... bounce memang sedap..maka tiap minggu koi jadik regular customer kat situ..bukan patin jer ader...tilapia..kekadang dier bawok temoleh...krai..patin buoh...baung...rega dier berpatutan lah kalau kira koi nak balik beli di kampung semata mata nak makan ikan tuh ..yang ini fresh dier bawok ...idop idop lagik...terai lah pegi tiap ari sabtu kat sana...

BanG_LonG

Posts : 2
Points : 2
Join date : 17/05/2010

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  MD Mon May 17, 2010 3:46 pm

BanG_Long,
tak rugi aok pegi...ikan patin disini didatangkan khas dari pengusaha di Temerloh sana nu..Jumpa En Yunus @ Bad dan jangan lupa kabor rodong dari Pahangcommunity.com... Laughing
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  puteramx Tue May 18, 2010 12:39 pm

keh baru pegi pasar tani kat stiwangse tu minggu lepas.nengok ade maca2 ikei sungei situh....keh sambar ikei gahok sekor,patin 2 ekor...sajer nok teh ikan die...betui ke idok...kenerak pon ader jugok....lame nget doh keh tak jumpe ikei gitu sini...kalau ader rodong cari ikan sungei,deme gi la sana.pasa tani tu blakang pasaraya giant.ari sabtu,pagi.kalo nak cari ikei hok pelik2,dtg awey sikit...keh itu hari dtg lambat,ikei banyok dah abeh.balik keh masok gulai masam tempoyok...perrrghhhhhhh....sampei tak cukuk nasik seperiuk weh...he he he...ingat minggu ni keh nok pegi awey,mane la tau,ader sebarau atau batu ulu... Very Happy

puteramx

Posts : 1
Points : 1
Join date : 17/05/2010

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  MD Tue May 18, 2010 12:58 pm

puteramx wrote:keh baru pegi pasar tani kat stiwangse tu minggu lepas.nengok ade maca2 ikei sungei situh....keh sambar ikei gahok sekor,patin 2 ekor...sajer nok teh ikan die...betui ke idok...kenerak pon ader jugok....lame nget doh keh tak jumpe ikei gitu sini...kalau ader rodong cari ikan sungei,deme gi la sana.pasa tani tu blakang pasaraya giant.ari sabtu,pagi.kalo nak cari ikei hok pelik2,dtg awey sikit...keh itu hari dtg lambat,ikei banyok dah abeh.balik keh masok gulai masam tempoyok...perrrghhhhhhh....sampei tak cukuk nasik seperiuk weh...he he he...ingat minggu ni keh nok pegi awey,mane la tau,ader sebarau atau batu ulu... Very Happy

selamat datang ke PCC...

camana dengan hargenye pulok? Batu ulu tu payoh berada dipasaran weh hehehe...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  OTAIkutai Tue May 18, 2010 2:10 pm

dikwan wrote:
putra0880 wrote:insyaallah....sebenarnya dah lama mencari kedai yang menyediakan masakan ikan patin yang sedap kat kawasan KL ni.

tula sepatutnyer...kalo orang len bangga dengan menu msakkan diorang ngape idak gulai asam tempoyak,sambal belimbing hitam kite ye...tak gitu rodong2.. Very Happy

Ye ye betollll..dikwan
takdop ker restoran yg sediakn masakan spesis cam avatar aok tuh dikwan...
kwn terliur nih nengok avatar aok tuh....huahuahuaa

Rasernye ader perjanjian untuk membawak blik sekor dua ke KL aritu
khee.....
OTAIkutai
OTAIkutai
COACH
COACH

Posts : 92
Points : 96
Join date : 17/04/2009
Age : 62

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  amienski Tue May 18, 2010 3:18 pm

Jom JOm kite serbuuuu
amienski
amienski
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 387
Points : 422
Join date : 22/10/2009
Age : 39

http://onthespot.fotopages.com

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  phenom Mon May 24, 2010 5:59 pm

koi kalu nok mkn paten..koi start moto balik kerdau..soh mok koi masok...habeh nasik ratoh paten jeh..
bapok sedak nye...ahahah..
patin tumis tempoyok...balerr...lagi sedak..
(pg td baru balik kl dari kerdau..bau tempoyak kat jari xilang lg...ahaha)

koi tiap2 minggu lalu restoran rodong2 tu..kek nya xpnh dpt nk singgoh...ada je hel nya..
sedak nget ke?
harga goner pulok?
phenom
phenom

Posts : 3
Points : 3
Join date : 24/05/2010

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  MD Mon May 24, 2010 6:17 pm

phenom wrote:koi kalu nok mkn paten..koi start moto balik kerdau..soh mok koi masok...habeh nasik ratoh paten jeh..
bapok sedak nye...ahahah..
patin tumis tempoyok...balerr...lagi sedak..
(pg td baru balik kl dari kerdau..bau tempoyak kat jari xilang lg...ahaha)

koi tiap2 minggu lalu restoran rodong2 tu..kek nya xpnh dpt nk singgoh...ada je hel nya..
sedak nget ke?
harga goner pulok?

phenom,
dengan adanya restoran sedemikian,atleast menjadi alternatif kepada semua..rasa dan harga ikut pilihan masing masing..
apa pun masakan emak tiada tandingannya...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty kedai makan masakan temerloh/pahang

Post  jam Wed Jul 21, 2010 9:52 am

tumpang tanye..kat mane lagi ade kedai masakan temerloh/pahang selain rodong-rodong ni kat kl/sgor?

jam

Posts : 2
Points : 2
Join date : 21/07/2010

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  MD Wed Jul 21, 2010 11:15 am

jam wrote:tumpang tanye..kat mane lagi ade kedai masakan temerloh/pahang selain rodong-rodong ni kat kl/sgor?

selamat datang,salam perkenalan..
Jam,
terdapat beberapa kedai/restoran di lembah klang yang menyediakan menu berasaskan masakan Pahang,antaranya
1.Restoran Ikan Laga - TTDI Jaya,Shah Alam
2.Restoran Sang Dewi - berhampiran Giant Taman Conought Cheras [ diusahakan oleh keluarga Dato' Siti Nurhaliza
3.Wangsa Maju Section 5 - juga ada sebuah kedai yang berasaskan ikan patin Pahang

harap soalan aok terjawap,dan info ini boleh membantu....

selamat berforum!
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  jam Wed Jul 21, 2010 1:07 pm

Timer kasih banyok md..
nak bwk ofismate pegi makan..kalau boleh,nak la yg betul2 masakan temerloh..
boleh rekomen dok mane yg best & harga berpatutan?
kalau boleh sms or missed call kat koi 0126400799.
timer kasih.

jam

Posts : 2
Points : 2
Join date : 21/07/2010

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  MD Wed Jul 21, 2010 1:21 pm

jam wrote:Timer kasih banyok md..
nak bwk ofismate pegi makan..kalau boleh,nak la yg betul2 masakan temerloh..
boleh rekomen dok mane yg best & harga berpatutan?
kalau boleh sms or missed call kat koi 0126400799.
timer kasih.

Jam,
Restoran Ikan Laga tu,adik kawan pernah pegi..rege berpatutan dan rase jugak memang ''Pahang'' la ..hehehe
sebelum ni pernah keluar dalam surat kabor...

Restoran Sang Dewi pulak,ikut kate kawan yang pernah pegi = juga berpatutan...resepi asli orang Lepih...

apa pun aok try google.map untuk dapatkan alamat serta peta ke sana...

p/s - cam biase,kalau ngoder ikan patin tanye dulu hak sungai atau hak sangkor...hehehe aok pun paham kan

p/s - Restoran Ikan Sungai kat Wangsa Melawati tu pun ade jugok...keknya mau bajet besor sikit la...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  axfire Mon Jul 26, 2010 9:23 pm

MD wrote:
jam wrote:tumpang tanye..kat mane lagi ade kedai masakan temerloh/pahang selain rodong-rodong ni kat kl/sgor?

selamat datang,salam perkenalan..
Jam,
terdapat beberapa kedai/restoran di lembah klang yang menyediakan menu berasaskan masakan Pahang,antaranya
1.Restoran Ikan Laga - TTDI Jaya,Shah Alam
2.Restoran Sang Dewi - berhampiran Giant Taman Conought Cheras [ diusahakan oleh keluarga Dato' Siti Nurhaliza
3.Wangsa Maju Section 5 - juga ada sebuah kedai yang berasaskan ikan patin Pahang

harap soalan aok terjawap,dan info ini boleh membantu....

selamat berforum!
cawangan restoran ikan laga juga ada di rawang
check it out yoo http://restoranikanlaga.blogspot.com

terima kasih MD kerana mencuba masakan kami di restoran ikan laga dan memberi komen yg baik..

axfire

Posts : 3
Points : 5
Join date : 26/07/2010
Age : 40
Location : rawang, shah alam

http://www.restoranikanlaga.blogspot.com

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  zulkbo Tue Jul 27, 2010 2:23 am

baru pekena nasi campo di restoran rodong-rodong ni
jumaat lepas..maaf la koi cakap lengang
je nampoknya..lauk pauk pun dah semakin kurang
tak tahu lah kenapa..moga tuan kedai lakukan
sesuatu..
Cool
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang Empty Re: Rebiu l Restoran Rodong-Rodong l Jalan Genting Klang

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum