Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Pelajar lebam ditumbuk rakan

2 posters

Go down

Pelajar lebam ditumbuk rakan Empty Pelajar lebam ditumbuk rakan

Post  along Tue Sep 15, 2009 11:48 am

Pelajar lebam ditumbuk rakan 46743310

KUANTAN – Seorang pelajar, Syafikah Wan Mohd Malikin, 14, lebam mata dan cedera di mulut apabila ditumbuk enam kali rakannya akibat selisih faham dalam kejadian di Taman Tas, Sabtu lalu.

Ayah mangsa, Wan Mohd Malikin Wan Ibrahim, 38, berkata, kejadian itu berpunca tidak puas hati rakannya yang berusia lingkungan 23 tahun kerana Wan Syafikah sering mengelak untuk bertemunya.

Sinar Harian turut difahamkan, bapanya membuat enam laporan polis sejak beberapa bulan lalu akibat tidak tahan sikap rakan anaknya yang sering memecah masuk kediamannya untuk menumpang tidur.

“Saya tidak tahan dengan sikap budak lelaki itu. Dia memecah masuk melalui tingkap belakang kediaman saya dan tidur di bawah katil bilik anak perempuan saya.

“Saya sudah menasihatinya tetapi gagal dan kali ini dia bertindak agresif dengan menumbuk anak saya hingga lebam.

“Sebelum ini, saya pernah menyoal anak saya dan lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati berikutan Wan Syafikah tidak melayannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Wan Mohd Malikin berkata, kelakuan aneh lelaki berkenaan tidak dapat diterima kerana sering mengacau kehidupannya sekeluarga dengan menyelinap masuk kediamannya dan sering bertindak kebudak-budakan.

Katanya, tindakan lelaki itu berjaya dihidu apabila ada jiran melaporkan ternampak kelibat manusia memanjat rumah dua tingkat miliknya pada waktu malam.

“Jiran ada ternampak budak terbabit dan mengejarnya tetapi gagal. Saya sendiri pernah terserempak dengannya cuba memasuki rumah saya, tetapi saya masih waras untuk bertindak bukan-bukan.

“Akibat marah dengan perbuatan saya, budak lelaki berkenaan sering mengganggu keluarga saya dengan membaling batu sehingga menyebabkan beberapa tingkap rumah pecah,” katanya.

Dalam masa sama, lelaki berkenaan sering mengikut anaknya sehingga ke sekolah semata-mata mahu berjumpa menyebabkan anak kedua daripada enam beradik itu hilang tumpuan pelajarannya.

“Sejak kejadian Sabtu lalu, anak saya tidak berani keluar rumah keseorangan kerana sering merasakan ada orang ikutnya. Dia menghadapi trauma selepas ditumbuk rakannya.

“Hendak berkawan biarlah cara betul, bukannya dengan cara ini dan saya tidak pernah halang tetapi jika ia mengancam anak saya, ia perlu dihentikan,” katanya.

Akibat kejadian itu, Wan Mohd Malikin membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading berikutan lelaki itu bebas mengganggu dan mengancam Wan Syafikah serta keluarganya.

“Saya berharap polis bertindak segera kerana kami mahu hidup aman, bukannya sering terdedah kepada bahaya terutama anak saya yang masih remaja,” katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Pelajar lebam ditumbuk rakan Empty Re: Pelajar lebam ditumbuk rakan

Post  zulkbo Wed Sep 30, 2009 2:31 am

kerja giler budak jantan nih
macam orang tak siuman pun ada
apa ke hei..sampai tido bwh katil anak dara
elok sumbat dalam jel jer bior dirasanya Twisted Evil
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum