Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kuantan - Adik lemas ketika cari kepah bersama tiga rakan

3 posters

Go down

Kuantan - Adik lemas ketika cari kepah bersama tiga rakan Empty Kuantan - Adik lemas ketika cari kepah bersama tiga rakan

Post  Deto_8 Mon Oct 26, 2009 2:08 pm

SINAR HARIAN

KUANTAN – Hasrat dua beradik bersama tiga rakan mencari kepah di Pantai Balok, di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas dalam kejadian kira-kira jam 12 tengahari semalam.

Abang mangsa, Mohd Taufik S Hamid, 14 berkata, ketika kejadian, dia bersama dua rakannya sedang mencari kepah di kawasan berhampiran, namun adiknya, Mohd Adha Firdaus, 10 dikatakan dikendong rakannya ke kawasan paras air lebih dalam.:

Menurutnya, tragedi berlaku apabila rakan yang bersama adiknya itu lemas dan akibat terlalu panik, rakannya itu meninggalkan Mohd Adha yang dalam keadaan kelemasan.

“Kejadian sama berlaku serentak kepada dua rakan saya, namun saya sempat menyelamatkan kedua-dua mereka dan tidak adik saya. Rakan yang bersama adik pula menyelamatkan diri akibat terlalu panik.

“Saya kehilangan adik akibat kepah. Hasrat untuk mencari kepah bertukar tragedi dan kejadian ini akan meninggalkan kesan kepada saya sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Menurut Mohd Taufik, dia tidak menyangka hasrat adiknya untuk mengikutnya mencari kepah adalah tanda perubahan sebelum keluarganya kehilangan Mohd Adha, memandangkan sebelum ini hasrat adiknya itu tidak pernah dituruti.

“Sebelum ini sudah beberapa kali adik saya mahu ikut, tetapi saya tidak benarkannya bersama saya. Tetapi pada hari ini, berat mulut saya untuk mengatakan tidak.

“Saya tidak menyangka ia menjadi tanda bahawa saya akan kehilangannya buat selamanya,” katanya.

Mayat mangsa yang merupakan pelajar Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Karang, di sini, ditemui anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira 30 minit selepas operasi menyelamat dilakukan.:

Bapa mangsa, S HamidPeah, 44 berkata, anak keempat daripada enam beradik itu tidak menunjukkan sebarang tanda pelik ketika berada di rumahnya, di Taman Balok Sejahtera.

“Saya diberitahu rakan kira-kira 12.30 tengah hari berhubung kejadian ini, dan bergegas ke tempat kejadian. Sebelum ini tiada sebarang perubahan ditunjukkan anak saya,” katanya.

Jenazah Mohd Adha akan dibawa pulang ke Jengka 13, Maran untuk dikebumikan di sana selepas bedah siasat dijalankan di HTAA.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Kuantan - Adik lemas ketika cari kepah bersama tiga rakan Empty Re: Kuantan - Adik lemas ketika cari kepah bersama tiga rakan

Post  zulkbo Mon Nov 02, 2009 12:47 am

nak buat goner...
nyesal pun dah tak berguna..
selalu kemalangan gini berlaku sebab
kecuaian kita..apapun simpati buat
keluarga simati..
AL-FATIHAH....
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Kuantan - Adik lemas ketika cari kepah bersama tiga rakan Empty Re: Kuantan - Adik lemas ketika cari kepah bersama tiga rakan

Post  koy101 Mon Nov 02, 2009 12:52 am

Al-Fatihah....
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Kuantan - Adik lemas ketika cari kepah bersama tiga rakan Empty Re: Kuantan - Adik lemas ketika cari kepah bersama tiga rakan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum