Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Pertemuan 40 bekas pelajar
2 posters
Page 1 of 1
Pertemuan 40 bekas pelajar
KUANTAN – Seramai 40 bekas pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Inggeris (I), Sungai Lembing mengadakan pertemuan bagi mengimbau kenangan selepas 35 tahun meninggalkan bangku sekolah.
Penyelaras program, Ruslan Abdul Khalid berkata, pertemuan kali pertama memberi makna yang cukup besar kepada bekas pelajar selepas menjalani kehidupan masing-masing di serata negara.
Menurutnya, program yang dilaksanakan di Tapis Resort, Sungai Lembing menjadi medan kepada mereka untuk mengeratkan hubungan yang sudah sekian lama terpisah walaupun menghadapi kesukaran untuk menghubungi rakan-rakan.
“Semua sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Namun kami amat gembira kerana dapat bertemu semula setelah sekian lama terpisah tanpa khabar berita.
“Senarai keseluruhan pelajar seramai 60 dan kami berjaya menjejaki 40. Itu pun mengambil masa berbulan-bulan. 20 lagi masih dalam proses mencari dan ada antara mereka sudah meninggal dunia,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, rancangan untuk menjadikan pertemuan itu sebagai acara tahun sedang direncanakan memandangkan hubungan yang telah terjalin perlu diperkukuhkan.
Menurutnya, keakraban sewaktu bersama-sama menjalani rutin harian sebagai pelajar sekolah akan terus dipraktikkan kerana ia memberi nilai yang cukup besar sekali gus perlu dicontohi anak-anak masa kini.
“Pertama kali bertemu rakan-rakan, hati sayu bercampur gembira kerana saya tidak menyangka usaha untuk menggabungkan kami semula berjaya kerana kehendakNya.
“Pertemuan yang menggamit kenangan ini perlu diamati dan diperhalusi generasi kini. Tetapi sekarang serba canggih, mereka boleh mencari teman-teman lama melalui laman web sosial,” katanya.
Beliau berkata, bekas pelajar SJK (I) Inggeris akan mengadakan perbincangan untuk menubuhkan satu persatuan supaya aktiviti yang bakal dianjurkan kelak lebih teratur.
“Kami merancang untuk menubuhkan persatuan. Langkah ini wajar kerana kami akan dapat menganjurkan program lebih rapi untuk bekas pelajar yang menjadi sebahagian daripada ahli,” katanya.

along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Similar topics
» Kedai cuci kereta diurus bekas penagih
» Pelajar lebam ditumbuk rakan
» Bekas Pelajar Sek Men Vok Alor Akar Ktn 1994-1995
» Kuantan l Pelajar maut dilanggar van
» 131 pelajar MRSM masih dikuarantin

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum