Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Tips Berhenti Merokok
+14
strikerbuncit
Mrcipizs
along
jasnoraizan
ikha
ozzy
Oesandro Jr.
MD
apens7
koy101
sam
Yassin
zulkbo
Deto_8
18 posters
Page 1 of 4
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4
Tips Berhenti Merokok
1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.
Katakan TIDAK kepada rokok..kerana membazir itu sahabatnya Syaitan..

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Tips Berhenti Merokok
Saya dah lama tunggu thread yang sebegini..baguss articlenya,bolehlah cuba...
Re: Tips Berhenti Merokok
Kalau hidup ni boleh gostan balik perkara pertama saya nak buat "TIDAK MEROKOK"
Re: Tips Berhenti Merokok
DETO 8,kalau awak nak tau saya start merokok,sejak tingkatan lima...dalam thread saya yang dalam BERITA ANAK RANTAU tu ada salah sorang sahabat saya yang mula memperkenalkan saya denagn rokok,awak tau lah kelas sains apa pun nak cuba.Apapun saya tak menyalahkan dia..semua atas diri saya sendiri..Sekarang saya dengar dia antara sahabat saya yang paling berjaya dalam karier dia..tahniah untuk dia
Last edited by zulkbo on Fri Jul 24, 2009 12:51 am; edited 1 time in total
Re: Tips Berhenti Merokok
Perlis Negeri Pertama Bebas Rokok
KANGAR - Perlis menjadi negeri pertama di Malaysia bebas rokok selepas mewarta dan melaksanakan undang-undang larangan merokok di seluruh kawasan awam di negeri ini tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu (gambar) berkata, langkah tersebut diambil bagi membantu orang ramai membuang tabiat buruk merokok dan meningkatkan taraf kesihatan penduduk di negeri ini.

Kas risa juge dah...kas merokok dah lame keknya nok brenti tak dpt2....ada rodong kabor mekala dah mengisap lama baik jgn brenti nya datang lain penyakit pulok makanya kas redho je laa selagi boleh menyedup...kek tak laa sampai tahap rokok menyedup kas hehehehe...seadanya je...
Re: Tips Berhenti Merokok
ni pendapat peribadi koi la...maklum la, mgu lepas kbykkan masjid ms khutbah jumaat sentuh topik rokok.. tp pelik gak, sedangkan kes arak ni tgh hangat esp kat selangor ni. tak plak die sentuh...takut ronie liu murka kot
tak wajar meletakkan kesalahan ke atas perokok semata2 selagi benda ni dijual/diproses secara terang-terangan. koi pun ada membeli barang di 7E, makan di kedai mamak yg mmg ada jual rokok yg kite pndg sebelah mata... oohh lupe plak,kalau kita xmampu nak tegur selemah2 iman kita memadailah kite berdiam diri dan memberontak dlm hati.. eeeh iman leh diukur???
p/s- yg salah ttp salah... bt pembaharuan sedikit demi sedikit..
amaran: postingni boleh dijadikan sebagai tips juga

sam- Tok Empat
- Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR
Re: Tips Berhenti Merokok
Hmmmm..... tunggu ler biler aku nih tuka karier lain lak....
Cer korang bayangkan, kalu dah korang duk sorang sorang dlm utan nih... korang nak wat benda lg.... asap adalah sumber inspirasi.... hehehe...
Lgpun... kekawan aku nak makan hapa kalu aku xbg depa sumer makan... hahahaha
Cer korang bayangkan, kalu dah korang duk sorang sorang dlm utan nih... korang nak wat benda lg.... asap adalah sumber inspirasi.... hehehe...
Lgpun... kekawan aku nak makan hapa kalu aku xbg depa sumer makan... hahahaha
Re: Tips Berhenti Merokok
Abender pun tips byk dah juge kawan menerai tak berjaya juge maru gini...rokok semakin mahal...dekat 10 hinggit dah sekotak....
Re: Tips Berhenti Merokok
Yassin wrote:Abender pun tips byk dah juge kawan menerai tak berjaya juge maru gini...rokok semakin mahal...dekat 10 hinggit dah sekotak....
MELELEH air mata bang yassin kita
rokok mahal sekarang
apa kata kita hisap rokok gulung
pulok..
Re: Tips Berhenti Merokok
mother: dont break my heart...
son: renyuk kotak rokok kosong dan buang dalam tong sampah....
son: (malam kang beli baru...)
son: renyuk kotak rokok kosong dan buang dalam tong sampah....
son: (malam kang beli baru...)
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Re: Tips Berhenti Merokok
apens7 wrote:mother: dont break my heart...
son: renyuk kotak rokok kosong dan buang dalam tong sampah....
son: (malam kang beli baru...)
huhuhu satu tips yang amat berguna hehehehe..........
ada org kabor jgn ditebing mekala dah merokok lama terus berenti silap2 seme berenti sama ...err....
Re: Tips Berhenti Merokok
Yassin wrote:Abender pun tips byk dah juge kawan menerai tak berjaya juge maru gini...rokok semakin mahal...dekat 10 hinggit dah sekotak....
rokok gulung tembakau cap nenas tu pon ok ape??
p/s kawan dulu ngisap rokok jugak,tapi sekali sekale je...boleh berenti
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Tips Berhenti Merokok
rasa2 aokmer la..
kempen amaran bergambar di kotak rokok tu..
berkesan ke tak??
tertingat plok smlm..tv3 ada review and cover pasal topik ni..
kempen amaran bergambar di kotak rokok tu..
berkesan ke tak??
tertingat plok smlm..tv3 ada review and cover pasal topik ni..
Oesandro Jr.- JKK Kampung
- Posts : 343
Points : 350
Join date : 08/10/2009
Location : Dari jemapoh ke Manchestee singoh Melaka dulu
Re: Tips Berhenti Merokok
Oesandro Jr. wrote:rasa2 aokmer la..
kempen amaran bergambar di kotak rokok tu..
berkesan ke tak??
tertingat plok smlm..tv3 ada review and cover pasal topik ni..
Rasanye idok ler
rokok ni kalau naik sampai RM20
pun orang isap lagi..
tapi kurang sket laa..
koi citer ni jenis yang
dah tegar mcm koi
Re: Tips Berhenti Merokok
sama la ngan kwn..
amaran grafik ni bagi kwn bersifat sementara je..
mula2 dulu mmg takut jugok la..
tp..bila dah kalis..skang dh tak heran nengok gambo tu..
amaran grafik ni bagi kwn bersifat sementara je..
mula2 dulu mmg takut jugok la..
tp..bila dah kalis..skang dh tak heran nengok gambo tu..
Oesandro Jr.- JKK Kampung
- Posts : 343
Points : 350
Join date : 08/10/2009
Location : Dari jemapoh ke Manchestee singoh Melaka dulu
Re: Tips Berhenti Merokok
Oesandro Jr. wrote:sama la ngan kwn..
amaran grafik ni bagi kwn bersifat sementara je..
mula2 dulu mmg takut jugok la..
tp..bila dah kalis..skang dh tak heran nengok gambo tu..
gambo tu elok untuk yang baru nak belajo
merokok takut dorang nengok baru
ada ati nak berhenti
anak jantan koi umo 4 tahun
selalu ckp nak hisap rokok mcm ayah
panik koi
gambo tu lah jadi alasan koi nak
nakutkan dia
harap dia takut sampai ke besar lah
Re: Tips Berhenti Merokok
molek la ditambah kan lagi gambo2 yg lebih ngeri..
mcm di brazil..x silap kwn la..
size gambo tu cover almost 90% keseluruhan kotak..
mcm kita..40% didepan..60% dibelakang kotak rokok..
mungkin kena tambah lagi kot size tu..
mcm di brazil..x silap kwn la..
size gambo tu cover almost 90% keseluruhan kotak..
mcm kita..40% didepan..60% dibelakang kotak rokok..
mungkin kena tambah lagi kot size tu..
Oesandro Jr.- JKK Kampung
- Posts : 343
Points : 350
Join date : 08/10/2009
Location : Dari jemapoh ke Manchestee singoh Melaka dulu
Re: Tips Berhenti Merokok
Oesandro Jr. wrote:molek la ditambah kan lagi gambo2 yg lebih ngeri..
mcm di brazil..x silap kwn la..
size gambo tu cover almost 90% keseluruhan kotak..
mcm kita..60% didepan..40% dibelakang kotak rokok..
mungkin kena tambah lagi kot size tu..
Mungkin rokok diwajibkan dicampur dengan kemenyan ...isap je bau/rasa kemenyan..pastu kat kotak rokok tu letok gambo mayat..tapi muka nampok la mate mayat tuh terjojol..gone??
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Tips Berhenti Merokok
kalo tgk gambo kotak rokok kat blah2 south america tu..
mmg ngeri beb gambo..siap ada gambo mayat lagi..
lebih ngeri la..tp bab kemenyan tu..ok gok..hehe
mmg ngeri beb gambo..siap ada gambo mayat lagi..
lebih ngeri la..tp bab kemenyan tu..ok gok..hehe
Oesandro Jr.- JKK Kampung
- Posts : 343
Points : 350
Join date : 08/10/2009
Location : Dari jemapoh ke Manchestee singoh Melaka dulu
Re: Tips Berhenti Merokok
kawan pernah baca Mastika 3-4 taun lepas...
cuba campurkan daun tembakau dengan air kelapa kemudian minum...pastikan jangan dicium bau air tersebut nanti x lalu nak diminum...dia kabor gerenti muntah minum air tu...tapi selepas tu bau rokok pun aok dah tak lalu....
kawan pernah cuba 2x...buat sendiri lak tu...dah terbayang dalam kepala otak rasa dia...bila minum...uewkkkkk....sikit je lah minum...tapi bolehlah tak merokok 2-3 hari...mungkin kuantiti air minum tu sket kot
cuba campurkan daun tembakau dengan air kelapa kemudian minum...pastikan jangan dicium bau air tersebut nanti x lalu nak diminum...dia kabor gerenti muntah minum air tu...tapi selepas tu bau rokok pun aok dah tak lalu....
kawan pernah cuba 2x...buat sendiri lak tu...dah terbayang dalam kepala otak rasa dia...bila minum...uewkkkkk....sikit je lah minum...tapi bolehlah tak merokok 2-3 hari...mungkin kuantiti air minum tu sket kot
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Tips Berhenti Merokok
Oesandro Jr. wrote:kalo tgk gambo kotak rokok kat blah2 south america tu..
mmg ngeri beb gambo..siap ada gambo mayat lagi..
lebih ngeri la..tp bab kemenyan tu..ok gok..hehe
Rasa kena kawan letok la tengkorok kering berjoget2 pun eh...tak jadi bender nok pulok lepas makan sambal tempoyok...selaluuuuuuuuu....peh...
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4
Similar topics
» Bolehkan Kita Berhenti Bernafas...
» Anak gadis merokok!
» Pe'el merokok dalam tandas...
» Tips Kesihatan
» Tips utk jadi org cemerlang - oleh Dr. Fadzilah Kamsah
» Anak gadis merokok!
» Pe'el merokok dalam tandas...
» Tips Kesihatan
» Tips utk jadi org cemerlang - oleh Dr. Fadzilah Kamsah
Page 1 of 4
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum