Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Pekan l Lelaki OKU dapat pasangan hidup

5 posters

Go down

Pekan l Lelaki OKU dapat pasangan hidup Empty Pekan l Lelaki OKU dapat pasangan hidup

Post  Deto_8 Mon May 03, 2010 12:31 pm

Pekan l Lelaki OKU dapat pasangan hidup Pix_gal0
MOHD KHAIRI bersama Zaleha meninggalkan Masjid Al Taqwa, Peramu, Pekan selepas majlis akad nikah mereka, semalam.

PEKAN: Seorang penternak ikan patin yang juga orang kurang upaya (OKU) mengalami cacat kaki dan tangan melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita berjawatan penyelia di sebuah hotel di Kuantan, semalam.

Mohd Khairi Othman, 34, yang cacat sejak lahir menyatakan hasrat ingin melamar Zaleha Mohd Nafis, 36, sebagai isteri minggu lalu, sebelum lamarannya diterima tiga hari kemudian.

“Semangat dan kesungguhan tidak mengenal erti putus asa membuatkan saya begitu tertarik untuk menjadi isterinya,” kata Zaleha.

Zaleha berkata, dia berkenalan dengan suaminya, setahun lalu selepas mereka bertemu untuk menyelesaikan urusan insurans yang memerlukan dia membawa Mohd Khairi mendapatkan pemeriksaan doktor.

“Saya berharap perkahwinan kedua saya ini kekal hingga ke akhir hayat, cinta dan sayang kepada Mohd Khairi menyebabkan saya tidak pernah menganggap dia seorang OKU,” katanya yang sudah mempunyai tiga anak berusia antara 10 dan 19 tahun hasil perkahwinan pertamanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pernikahannya di Masjid Al Takwa, di sini, semalam. Pernikahan mereka dilakukan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip), Mohamed Sood Md Dahan.
Lebih 50 ahli keluarga kedua-dua belah pihak menyaksikan majlis berkenaan, dengan sekali lafaz, Mohd Khairi sah bergelar suami kepada Zaleha.

Zaleha berkata, dia akan berusaha membantu suami memperbesarkan projek ternak ikan sangkar di Sungai Pahang.

"Saya akan memberi modal kepada suami untuk memperbesarkan projek ternakan ikan sangkar,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khairi berkata, dia bersyukur akhirnya impian mendirikan rumah tangga kini menjadi kenyataan walaupun ia seperti suatu mimpi yang sukar dipercayai.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Zaleha yang sanggup menerima saya sebagai suaminya walaupun saya OKU, serba kekurangan,” katanya.

"Sebagai suami dan ketua keluarga saya akan berusaha memberi yang terbaik kepada isteri termasuk tiga anak saya," katanya yang memiliki lebih 40 sangkar ikan patin dan talipia.

sumber : Berita Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Pekan l Lelaki OKU dapat pasangan hidup Empty Re: Pekan l Lelaki OKU dapat pasangan hidup

Post  ozzy Mon May 03, 2010 3:17 pm

Koi kagum dengan org mcm ni...tahniah !!! Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven
koi dedikasikan lagu ni untuk dia khas buat isterinya Zaleha Mohd Nafis...(lagu yg sering kitaorg jamming dolu2)