Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Maran - Pasangan Maut Balik dari Umrah
5 posters
Page 1 of 1
Maran - Pasangan Maut Balik dari Umrah
Pasangan maut balik dari umrah
LANCHANG – Rombongan isteri menyambut kepulangan suami dari umrah bertukar tragedi apabila pasangan terbabit maut selepas kereta dinaiki bersama tiga ahli keluarga yang lain terbabas merempuh besi pengadang jalan dalam kemalangan di Kilometer 99, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini jam 9.30 malam kelmarin.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Alza dipandu suami yang masih memakai jubah hilang kawalan lalu merempuh besi pengadang jalan dekat susur masuk ke lebuh raya dari tol Lanchang.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Mohd Norazuani Mohamad Nor, 30, dan isterinya, Salina Mohd Nawawi, 29, yang duduk di kerusi belakang pemandu.
Menurutnya, Mohd Norazuani cedera teruk di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini.
“Tiga yang cedera ialah anak pasangan terbabit, Muhammad Adam Nasrullah Mohd Norazuani, 4, kakaknya Anis Zulaikha Mohd Norazuani 8, dan adik Salina, Mohd Nazri Mohd Nawawi 24, kini dirawat di HoSHAS,” katanya.
Ahmad Fadzillah berkata, mereka beralamat E8 Jalan Besar 26400 Bandar Jengka.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Mohd Norazuani dari Kuala Lumpur ke Kuantan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh hujung besi pengadang jalan.
Beliau berkata, akibat rempuhan itu besi pengadang jalan itu terperosok menembusi kereta lalu mengenai pada Mohd Norazuani dan isteri yang duduk di belakangnya.
Ahmad Fadzillah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Karak bertungkus lumus mengeluarkan semua mangsa kemalangan yang tersepit.
Menurut saudara terdekat mangsa, mereka dipercayai baru pulang dari mengerjakan umrah dan baru tiba pada sebelah petang kejadian.
sumber - sinarharian/pahang

MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Maran - Pasangan Maut Balik dari Umrah
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
moga Allah tempatkan mereka
di kalangan orang yang soleh..
Al-fATIHAH...
moga Allah tempatkan mereka
di kalangan orang yang soleh..
Al-fATIHAH...
Re: Maran - Pasangan Maut Balik dari Umrah
innalillah hi wainna ilaihirajiunn........ Kepada Dia kita datang & kepada Dia jua kita kembali....semoga arwah di tempatkan dikalangan org2 yg beriman...
Re: Maran - Pasangan Maut Balik dari Umrah
innalillah hi wainna ilaihirajiunn... Takziah buat keluarga mereka. Rasanya kenal orangnya... bukankah adik Fatah Jengka, yang bawa lori tarik kereta? Apa-apa pun, moga Allah merahmati mereka yang telah pergi..Kepada keluarga yang tinggal, bersabarlah..
Similar topics
» Maran :: Kereta bertembung, dua maut
» Maran l Polis klasifikasi laluan maut
» Lima beranak, bayi maut kereta bertembung lori di Maran
» Cerita Orang Maran Dan Bandar Maran - Bandar Ayam Kampung
» Pekan l Lelaki OKU dapat pasangan hidup

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum