Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Pekan l 100 hektar Hutan Simpan Pekan diancam api

2 posters

Go down

Pekan l 100 hektar Hutan Simpan Pekan diancam api Empty Pekan l 100 hektar Hutan Simpan Pekan diancam api

Post  Deto_8 Wed Mar 10, 2010 3:47 pm

PEKAN – Keadaan Hutan Simpan Pekan yang terletak berhampiran perkampungan Cenderawasih di sini kian terancam berikutan kebakaran yang berlaku telah merebak ke kawasan berkenaan.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin berkata, kira-kira 2.5 hektar kawasan hutan simpan itu dikesan telah terbakar dan pasukan bomba kini giat melakukan usaha memadam kebakaran bagi mengelak ia terus merebak.

Menurutnya, sehingga hari ini, bomba telah melancarkan operasi selama dua minggu dan tidak dapat dijangka tempoh tamatnya berikutan api yang merebak pantas.

“Bomba sedang memberi tumpuan kepada kawasan hutan simpan seluas 100 hektar ini dan kerja memadam agak sukar dilakukan berikutan keadaan hutan yang tidak mempunyai jalan masuk.

“Kami terpaksa berjalan kaki sehingga dua kilometer dan membawa wajax hose sepanjang 300 meter bagi memastikan usaha pemadaman berjaya dilaksanakan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian sewaktu menyertai operasi di sini.

Beliau berkata, selain Hutan Simpan Pekan, kebakaran turut berlaku di Ladang Felcra Padang Rumbia, Ladang Bebar Utara, Ladang Yayasan Pahang, kawasan hutan Permatang Pauh serta di Permatang Keledang.

“Ladang Bebar Utara yang mempunyai keluasan 2,750 hektar turut mula terbakar seluas 300 hektar dan tiga blok Ladang Padang Rumbia seluas 225 hektar turut hangus terbakar sehingga semalam,” katanya.

Menurutnya, bomba kini terpaksa memberi tumpuan kepada usaha menyelamat Hutan Simpan Pekan sebelum meneruskan usaha memadam kebakaran di kawasan lain yang terlibat.

“Penduduk berhampiran kawasan kebakaran khususnya pengusaha ladang menghubungi bomba bagi memaklumkan kebakaran di kawasan berkenaan dan api yang mudah merebak menyebabkan kawasan ladang mereka musnah sama sekali.

“Bomba kini giat berusaha mengawal api yang berpunca daripada kesan pembersihan ladang tanaman yang dilakukan oleh penduduk dan pengusaha berikutan penemuan longgokan tanaman kering di kawasan terbabit,” katanya.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Pekan l 100 hektar Hutan Simpan Pekan diancam api Empty Re: Pekan l 100 hektar Hutan Simpan Pekan diancam api

Post  zulkbo Wed Mar 10, 2010 4:55 pm

moralnya jangan suka-suka main api musim paneh nie Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum