Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
GP Joran di Pekan pada 6 & 7 Jun
2 posters
Page 1 of 1
GP Joran di Pekan pada 6 & 7 Jun
Oleh Osman Lisut
sumber : Joran [Berita Harian]
PEKAN: Kampung Kuala Pahang sekali lagi menjadi tuan rumah Karnival GP Joran 2009 yang dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 Jun depan.
Acara dianjurkan oleh Unit Joran Berita Harian dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Pekan, Majlis Daerah Pekan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Turut memberi kerjasama ialah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Pahang dan agensi serta jabatan peringkat daerah Pekan. Justeru, mesyuarat penyelarasan acara itu diadakan, baru-baru ini yang dipengerusikan ketua Penolong Pegawai Daerah, Shahid Ismail. Turut hadir, Pengarang Joran/Projek Berita Harian, Kamal Ahmad, dan Eksekutif Acara, Zainuddin Ismail.
Pusingan kedua karnival yang menawarkan RM57,000 itu menyaksikan Jeti LKIM Kuala Pahang bakal menjadi tempat pelepasan peserta Kategori Laut manakala Kategori Pantai di Kuala Pahang.
Sementara itu, kawasan lingkungan 25 batu nautika dari muara Sungai Pahang bakal menjadi gelanggang peserta Kategori Laut. Terdapat sekurang-kurangnya 17 lokasi popular di sini iaitu Tukun Kuala, Karang Solo, Karang Keroncong, Karang Pengundur, Karang Tanjung Darat, Karang Mengepam, Karang Ru Empat, Karang Lintang Darat, Karang Bencah, Karang Ali Keling, Tukun Tayar Tenaga Minyak, Karang Cher, Karang Lintang Tengah, Karang Dol, Karang Sembilan Buah dan Karang Cerengdeng.
Lubuk lain seperti Batu Terumbu, Batu Haji, Batu Yu, Karang Luas, Batu DO, Laut Tanjung Selangor dan kawasan tukun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mampu memberi kepuasan kepada peserta. Tidak hairan, ramai yang ke sana terlebih dulu sebelum karnival bermula.
Ini semua kerana pelbagai ikan gred A seperti tenggiri, cermin, ebek, talang, bayan, landuk, kaci, kerapu dan jemuduk beraksi ganas serta mampu memberi cabaran kepada pemancing. Aruan tasik dan alu-alu bersaiz mega pula dikatakan bakal membuatkan peserta berpeluh untuk menewaskannya.
Pari yang lazimnya menguasai carta timbangan terberat, tidak kurang hebatnya di Kuala Pahang.
Untuk memancing di sini, peserta perlu bijak mengesan pasang surut air laut. Ini kerana GP Joran awal Jun ini menyaksikan air pasang besar. Arus deras memaksa pemancing menggunakan ladung XL. Ataupun, mereka perlu menunggu arus air lemah.
Selain itu, perubahan cuaca yang di luar jangkaan perlu diberi perhatian peserta dan tekong.
Tiga waktu ikan paling aktif memburu umpan di Kuala Pahang ialah awal pagi (4 hingga 7 pagi) atau lebih dikenal dengan air fajar, petang (6 hingga 9 malam) manakala tengah malam ada peluang berdepan dengan ikan L atau XL.
Bagi pantai Kuala Pahang, spesies pari, gerung belang dan gelama papan antara yang menjadi sasaran peserta. Tidak kurang sembilang dan belukang yang mampu menempatkan peserta dalam senarai pemenang.
Kuala Pahang menjadi tuan rumah pusingan akhir GP Joran 2005 dengan tangkapan peserta adalah antara yang paling berat iaitu 404.74 kilogram (kg) membabitkan 30 pemenang Kategori Laut manakala Kategori Pantai dengan catatan 88.76 kg.
Tahun lalu, jumlah tangkapan melebihi 500 kg. Bagaimanapun, hanya catatan 372.76 kg iaitu membabitkan 40 pemenang diambil kira dan tidak termasuk Kategori Khas Pari sebanyak 90 kg. Catatan itu jauh daripada tangkapan 30 pemenang GP Joran 2005 iaitu 404.74 kg dan masih menjadi rekod GP Joran sejak pertandingan berprestij itu dianjurkan 12 tahun lalu.
Kategori Pantai pula mencatatkan 58.84 kg dan gagal mengatasi rekod tahun sama seberat 88.76 kg.

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: GP Joran di Pekan pada 6 & 7 Jun
selamat memancing pada yang berminat,kawan tak berapa"sior"kata orang perak
Similar topics
» Pekan l 100 hektar Hutan Simpan Pekan diancam api
» aku cinta pada pahang
» Berderau pada musim kemarau
» Pencuci Lantai Serai Wangi
» Lelaki Kacak Pada Amnya Bagaimana?
» aku cinta pada pahang
» Berderau pada musim kemarau
» Pencuci Lantai Serai Wangi
» Lelaki Kacak Pada Amnya Bagaimana?
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum