Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik

+2
RoyKay33
Deto_8
6 posters

Go down

Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik Empty Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik

Post  Deto_8 Wed Mar 17, 2010 9:16 am

KUALA KRAU - “Lagi along...lagi along,” itulah kata-kata terakhir Nurul Zalia Natasya Zakaria, 9, ketika melihat kakaknya sedang mengundurkan kereta untuk disimpan di garaj depan rumah mereka.

Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa dikatakan duduk di kerusi di hadapan rumahnya, kira-kira jam 10 malam ketika keluarganya menonton perlawanan akhir badminton Terbuka Seluruh England antara Malaysia dengan Jepun.

Ibu mangsa, Romadiah Mohd Desa, 47, berkata, ketika itu mangsa dikatakan bermain guli dalam rumahnya dan selepas itu mangsa memberitahu untuk mencabut uban.

Menurutnya, hanya tiga helai uban dicabut arwah kerana katanya, sudah banyak dan mahu menyambung bermain guli.

“Selepas itu, bapanya Zakaria Tahir, 57, menasihati arwah supaya berhenti bermain guli kerana dari pagi sampai malam tidak berhenti bermain permainan itu. Selepas ditegur, kami ingat dia sudah masuk ke dalam bilik.

“Kami tidak sedar kerana melihat perlawanan badminton itu dan dia keluar setelah melihat alongnya itu mengundur kereta,” katanya.

Ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Desa, di sini, ibunya berkata, pada malam kejadian Zarina melihat adik lelakinya (anak kedua) sedang mencuci kereta di hadapan rumah.

Menurutnya, selepas melihat adiknya itu mencuci kereta milik bapanya Zarina pula menyimpan kereta jenis Viva miliknya yang baru dibeli beberapa bulan lalu.

“Ketika mengundurkan kereta, tiba-tiba besi penutup longkang terpatah menyebabkan Zarina terpaksa menekan minyak dengan kuat. Ketika itu Zarina tidak perasan dan tidak nampak mangsa duduk di kerusi belakang kereta itu.

“Selepas menekan minyak, kereta itu bergerak laju dan melanggar kerusi di belakang namun masih belum menyedari mangsa berada di belakang. Kami yang sedang menonton televisyen terdengar bunyi kereta itu yang melanggar kerusi dan bergegas melihat apa yang berlaku.

“Selepas itu, kami terkejut melihat mangsa terkulai layu di belakang akibat perlanggaran tersebut. Kami segera mengambil mangsa dan membawanya ke klinik berdekatan,” katanya.

Romadiah berkata, apabila sampai di klinik, pegawai perubatan memberitahu Nurul Zalia Natasya meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, semasa kejadian itu mangsa dikatakan duduk bersila di atas sofa dan dipercayai terhantuk di kepala ketika tunduk untuk mengambil gulinya yang terjatuh di bawah kerusi itu.

Mangsa adalah murid Tahun Tiga, Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan anak kelapan daripada sembilan adik-beradik.

Dia juga seorang anak periang, rajin belajar serta disayangi ahli keluarga.

Sebelum mangsa meninggal dunia, kakaknya sempat menunaikan hasrat mangsa untuk berkelah di Gambang Water Park dengan menaiki kereta barunya itu.

Romadiah berkata, dia tidak menyangka anaknya itu pergi buat selama-lamanya kerana dia tidak mendapat sebarang petanda atau mimpi berkenaan mangsa sebelum meninggal dunia.

“Apa yang pelik mengenai arwah ialah dia sangat berselera makan sejak seminggu lalu dan badannya pula cepat naik.

“Adik-beradiknya lain hairan melihat dia begitu berselera ketika makan. Selain itu, dia juga rajin pergi mengaji bersama abangnya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, setelah kakak mangsa mendapati tiada sesiapa di belakang keretanya, Zarina mengundurkan keretanya itu ke dalam garaj depan rumahnya.

Menurutnya, semasa mengundur pemandu kereta itu terasa terlanggar sesuatu di belakang dan terus menghentikan keretanya itu.

“Setelah memberhentikan kereta dan keluar melihat apa yang berlaku, dia mendapati melanggar adiknya secara tidak sengaja,’ katanya.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik Empty Re: Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik

Post  RoyKay33 Wed Mar 17, 2010 10:11 am

AL-FATIHAH..

Anak Abg Yaya sepupu k0i nie.. Sad
RoyKay33
RoyKay33
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ

Back to top Go down

Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik Empty Re: Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik

Post  Deto_8 Wed Mar 17, 2010 10:47 am

RoyKay33 wrote:AL-FATIHAH..

Anak Abg Yaya sepupu k0i nie.. Sad

Alfatihah...
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik Empty Re: Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik

Post  MD Wed Mar 17, 2010 11:08 am

Takziah pada keluarga mangsa...Al Fatihah
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik Empty Re: Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik

Post  labu sayong Wed Mar 17, 2010 3:42 pm

takziah kpd keluarga mangsa..ajal datang mengikut perkiraanNya...semoga dirahmati rohnya..amin
labu sayong
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik Empty Re: Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik

Post  zulkbo Wed Mar 17, 2010 5:32 pm

sedih bila baca menda gini..
takziahlah buat keluarga si mati
ajal maut di tangannya..tapi kadang kecuaian
juga penyebab..di samping ketidak cekapan
dalam mengendalikan kenderaan..
~al-fatihah~
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik Empty Re: Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik

Post  shuk2442 Thu Mar 18, 2010 7:35 pm

setiap yg hidup pasti akan mati,mungkin tu salah 1 sebab pemergian'nya..semoga roh beliau d tempat kn d kalangan org yg mukmin..insyaallah..al-fatihah..
shuk2442
shuk2442
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 100
Points : 112
Join date : 15/01/2010
Age : 44
Location : jengka 3...ampang selangor

Back to top Go down

Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik Empty Re: Temerloh l Kakak tidak sengaja langgar adik

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum