Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Temerloh :: Rampas parang adik ipar mengamuk

2 posters

Go down

Temerloh :: Rampas parang adik ipar mengamuk Empty Temerloh :: Rampas parang adik ipar mengamuk

Post  Deto_8 Wed Nov 11, 2009 12:51 pm

Sinar Harian

TEMERLOH – Seorang lelaki terpaksa bergadai nyawa bergelut dan merampas parang daripada adik iparnya yang cuba mengamuk dalam kejadian di Kampung Kujan di sini Ahad lalu.

Ketika kejadian, lelaki terbabit Abu Kassim Jantan, 56, sedang menonton televisyen di rumahnya kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, dia yang duduk berehat kerana baru pulang dari kerja dikejutkan dengan suara adik iparnya yang mengalami gangguan mental, masuk ke dalam rumah dan terus mencapai sebilah parang.

“Saya terkejut dan cemas kerana dia sangat agresif ketika kejadian, bimbang dengan keselamatan anak-anak dan isteri saya tekad menumbuk muka adik ipar dan bergelut dengannya.

“Nasib baik saya tidak mengalami sebarang kecederaan ketika bergelut dan berjaya merampas parang di tangannya,” katanya sewaktu ditemui di rumah ibu mentuanya semalam.

Mengulas kejadian itu, Abu Kassim berkata, adik iparnya Razak Husin, 30, mempunyai penyakit mental dan sering meracau dalam rumah.

Menurutnya, sebelum kejadian Razak tinggal bersama ibu mentuanya kira-kira 100 meter dari rumahnya.

“Kira-kira jam 8 malam kejadian, Razak sudah mula bising-bising dan melompat keluar dari rumah terus menuju ke rumah saya dan cuba merampas sebilah parang,” katanya.

Abu Kassim berkata, Razak baru dua minggu dilepaskan dari hospital mental. Razak kerap mengamuk dan meracau-racau di rumah ibu mentuanya. Razak juga pernah memijak dan menyepak anaknya tanpa sebarang kesalahan dilakukan.

“Razak sebenarnya baik, tapi bila sakit dia datang dia jadi agresif dan akan mengamuk.

“Ini yang membuatkan kami bimbang, tambahan dia tinggal dengan ibu yang dah uzur. Kami sekeluarga bimbang dengan keselamatan anak-anak kerana dia semakin agresif dan tidak mampu dikawal lagi,” katanya.

Abu Kassim berkata, Razak anak kelima daripada lapan beradik mengalami masalah mental sejak kecil lagi dan semakin agresif sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, Razak pernah baling batu dan kayu pada kereta adik beradiknya dan menumbuk siling rumah hingga pecah secara tiba-tiba.

Abu Kassim berkata, dengan kejadian yang berlanjutan itu dia bimbang keselamatan keluarganya dan meminta bantuan kerajaan bagi menjaga Razak.

“Kalau dia tak agresif tak apa, tapi jika dah pegang parang dan mengamuk sangat bahaya.

“Saya mewakili adik beradik lain merayu kerajaan menempatkan Razak di mana-mana hospital mental kerana kami semua tidak sanggup lagi menjaganya,” katanya.

Abu Kassim berkata, buat sementara ini Razak ditempatkan di hospital dan mereka sekeluarga bimbang jika dilepaskan nanti Razak kembali mengamuk.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Temerloh :: Rampas parang adik ipar mengamuk Empty Re: Temerloh :: Rampas parang adik ipar mengamuk

Post  jasnoraizan Wed Nov 11, 2009 12:54 pm

dah cuba perubatan secara islam ke....?sbb kalau cara moden tak berkesan cuba2 lah cara islam pulok....mana tahu allah nok makbulkan ...insyaallah...
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum