Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Pekan l Tidak sangka anak ke pantai
2 posters
Page 1 of 1
Pekan l Tidak sangka anak ke pantai
KAMPUNG TANJUNG – “Saya tidak sangka dia pergi bermain di pantai, sehingga saya dikejutkan orang kampung yang datang ke rumah memberitahu anak saya lemas.”
Demikian menurut Mohd Bakri Mustafa, 32, bapa kepada Mohd Adam Bukhairi, 6, yang lemas ketika bermain di kawasan pantai Kampung Tanjung, Kuala Pahang.
Sebaik menerima berita itu, dia bergegas ke pantai yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk mencari mangsa.
“Saya bersama orang kampung berusaha menyelam di kawasan kejadian, dan anak saya berjaya ditemui sebelum dikejarkan ke hospital.
“Anak saya yang dalam keadaan tenat didukung secara terbalik bagi mengeluarkan air dari badannya dan dibawa ke hospital dengan bantuan kenderaan penduduk,” katanya yang bekerja sebagai seorang nelayan, di sini.
Mohd Adam bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi sepanjang perjalanan ke hospital, dan disahkan meninggal dunia ketika sampai di hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam, mangsa bersama anak saudaranya, Mohd Akhir Ikmal, 7, bermain di kawasan pantai dan disyaki lemas selepas tergelincir, berikutan keadaan pasir di pantai berkenaan yang tidak stabil kerana kerja-kerja pembinaan benteng penahan ombak sedang giat dijalankan.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu, Mohd Akhir berjaya diselamatkan penduduk kampung, sebelum dikejarkan ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan lanjut.
Sementara itu, Mohd Bakri yang ditemui bersama isteri, Marliana Abdul Wahab, 25, di pekarangan Rumah Mayat Hospital Pekan, semalam kelihatan masih terkejut, bagaimanapun redha dengan pemergian anak sulung daripada dua beradik itu dan menganggap kejadian itu sebagai takdir.
“Saya akui masih terkejut dengan kejadian ini, tetapi bersyukur kerana anak bongsu saya, Amin Bakhtiar, 5, tidak ikut abang dan anak saudara bermain kerana tidur bersama saya di rumah.
“Kebiasaanya mereka keluar bermain bertiga dan saya kerap kali mengingatkan mereka tidak mendekati kawasan pantai,” kata Mohd Bakri.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati lemas.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu, Ibrahim Awang Ismail yang turut ditemui di pekarangan rumah mayat di sini berharap, keluarga mangsa dapat bersabar dan redha dengan kejadian yang berlaku.
“Saya turut berharap ibu bapa khususnya mereka yang tinggal berhampiran kawasan pantai sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan mengingatkan mereka mengenai bahaya yang menanti,” katanya.
Sumber : Sinar Harian

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Similar topics
» Pantai Peranginan di Pekan
» Pekan l 'Anak saya dipaksa tukar pengakuan'
» Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup
» Pekan l 100 hektar Hutan Simpan Pekan diancam api
» 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum