Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86

Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

+2
jasnoraizan
Jeck Sparow
6 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  Jeck Sparow Wed Nov 04, 2009 4:16 pm

15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15). Anak-anak adalah amanah dari Allah s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda: “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat: “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata: “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Maksud Al-Hadith).

1.Kesilapan Pertama: Kurang Berdoa
1.1Kurang Berdoa Semasa Mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9), Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Ali ‘Imran, 3:3), Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41).
1.2Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128), Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74), Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2.Kesilapan Kedua: Banyak Memberi Belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi seperti menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3.Kesilapan Ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu menfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan Keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Menbandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan Kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan Keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasullullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aishah r.a.: Pada suatu hari, Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah, aku mempunyai 10 orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata, “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”- (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Kesilapan Ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibubapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan Kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan Kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dengan menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik daripada salam yang diberi.

10. Kesilapan Kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah suatu sunnah.

11. Kesilapan Kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan Keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan Ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan Keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan Kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
[i]
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  jasnoraizan Wed Nov 04, 2009 4:23 pm

aok mcm mane weh.....?
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  Jeck Sparow Wed Nov 04, 2009 4:29 pm

Sedang cuba memperbaiki mana yang silap ....Insyaallah
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  Deto_8 Wed Nov 04, 2009 4:34 pm

thanks for the good info
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  jasnoraizan Wed Nov 04, 2009 4:39 pm

Jeck Sparow wrote:Sedang cuba memperbaiki mana yang silap ....Insyaallah

insyaallah blh la aok bg tunjuk ajor skit kat kwn nih....kwn pun tgh dok nok perbaiki apa yg patut.... 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Icon_lol
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  zulkbo Wed Nov 04, 2009 5:46 pm

alhamdulilah..
Terima kasih kerana mengingati..
dari kesemua kesilapan tadi mmg tak kurang dari sepuluh yang
tak termampu kita nak buat..mungkin kita sendiri kurang agama
kerja kita yang tak mengizinkan kita berjemaah selalu ngan family..
makan bersama..tapi insyaallah menda tu perlu..dan akan diperbaiki..
yang terbaik memang lah doa kita lepas solat..dan bacakan doa kita
sewaktu anak tido dan hembuslan perlahan ke ubun-ubunnya(tu yang koi belajar)
YANG PALING PENTING kita sendiri mesti menyayangi
kedua orang tua kita ..barulah anak kita nanti akan menyayangi kita..
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  Jeck Sparow Tue Dec 01, 2009 4:17 pm

Ada terbaca dalam buku yang bertajuk mencari Cinta Sejati kalau tak silap la nanti kawan info balik saper penulisnyer.

Kita Ibu Bapa ni Seringkali memmarahi anak anak kalau diorang ni terbawak balik atau sengaja bawak balik pen atau pensil kawan dari sekolah..
Pernah tak kita pikir yang dah berapa batang dah pen yang kita bawak balik dari opis...
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  Jeck Sparow Tue Dec 01, 2009 4:20 pm

AMALAN BAIK UNTUK ANAK

1) Berdoa semasa mengandung (memohon rahmat, zuriat yang baik dan mendirikan
solat)
2) Berdoa semasa membesarkan anak (memohon anak patuh kepada Allah, diberi
zuriat yang menyejukkan hati dan nama anak membawa kebaikan.
3) Memberi didikan dan motivasi dan bukan menakutkan.
4) Tegas dalam mendidik anak dengan menyediakan jadual kegiatan mereka dengan
mengambil kira perasaan mereka.
5) Menegur secara positif dan tidak membandingkan dengan anak-anak yang lain.
6) Memberi didikan yang seimbang terutama pendidikan rohani
7) Memberi lebih sentuhan kepada anak-anak.
Cool Menunjukkan penampilan diri yang kemas.
9) Susunan rumahtangga yang kemas.
10) Menghidupkan suasana sunnah di rumah.
11) Mendedahkan anak-anak dengan para ulama.
13) Tidak bertengkar di depan anak-anak.
14) Tidak membenarkan orang yang tidak elok sahsiah masuk ke rumah.
15) Mengawasi rancangan TV.
16) Tidak bergantung kepada orang lain seperti pengasuh untuk mendidik anak.
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  zulkbo Tue Dec 01, 2009 4:20 pm

Jeck Sparow wrote:Ada terbaca dalam buku yang bertajuk mencari Cinta Sejati kalau tak silap la nanti kawan info balik saper penulisnyer.

Kita Ibu Bapa ni Seringkali memmarahi anak anak kalau diorang ni terbawak balik atau sengaja bawak balik pen atau pensil kawan dari sekolah..
Pernah tak kita pikir yang dah berapa batang dah pen yang kita bawak balik dari opis...

sama la ngan koi dah sepuluh batang
hat dalam keta jer.. jangan citer yang kat umah
lagi..hu hu hu Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  zulkbo Tue Dec 01, 2009 4:22 pm

Jeck Sparow wrote:

untung la hubby aok yek
dapat umi gini untuk
anak-anak Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  Jeck Sparow Tue Dec 01, 2009 4:25 pm

ANAK ANDA IALAH APA YANG DIA MAKAN

Makanan anak anda mempengaruhi:-

• daya ingatan, berfikir, dan kecergasan akal
• memberi kesan kepada system biokimia tubuh
• makanan yang baik – fungsi otak dan urat saraf berkesan

Makanan yg dianjurkan ketika bersarapan:-

• bijirin, susu, roti penuh serat, buah-buahan
• nasi atau mi tidak digalakkan kerana karbohidrat yang banyak akan
menyebabkan mengantuk
• makan beberapa keping roti disapu jem dan segelas susu
• banyakkan minum air kosong – mengurangkan kesan penyakit

Elak tekanan

• lesitin – mengelakkan tekanan
• cth: terdapat pada sayur2an

Sumber utama makanan minda

• karbohidrat
• lemak
• protein
• vitamin
• galian
• air

Fungsi otak peringkat optimum

Terbahagi kepada 3:-

• Oksigen – mencergaskan otak, memberangsangkan perkembangan neuron
• Glukosa – pembekal kuasa elektrik bagi neuron
• Protein – baik utk neurotransmitter otak, tenang dan menguatkan daya ingatan. Terdiri drp 2 jenis:-
i) Asid amino tisosina – kacang soya, kacang dal – makanan penggalak mental
ii) Asid amino triptofan – jagung, makanan tenusu, pisang, bijirin bunga matahari, beras perang – menyegarkan otak

Makanan & Vitamin

• makanan yg baik mengandungi vitamin
• digalak memakan pelbagai vitamin
• mendapatkan kualiti & kemampuan berfikir dan daya ingatan yang baik
• cth: B1, B2 (riboflavin), B6, B12 dan asid folik

Neurotoksik dan neurofilik

• elak makan neurotoksik yg tidak baik utk perkembangan otak
• kurangkan makanan yg mengandungi garam dan gula berlebihan spt: makanan
ringan, ais krim, gula-gula dan coklat
• gula berlebihan menyerap nutrien spt vit B
• jika kurang vit B – kurang tumpuan, mudah kecewa, kurang daya ingatan
• elak makanan terlalu berlemak spt: makanan goring, makanan ringan
• elak terus minuman kafein sejak kecil
• makanan neurofilik – ‘tonik otak’ – spt: kuning telur, buah limau, pisang, daging
tanpa lemak, ikan, minyak ikan, kekacang spt kacang dal, pistachio, pis, kacang
soya, kubis bunga, kubis
• galak anak makan beras perang, kurma, kismis, badam, madu
• makan seberapa banyak sayur
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  Jeck Sparow Tue Dec 01, 2009 4:26 pm

zulkbo wrote:
Jeck Sparow wrote:

untung la hubby aok yek
dapat umi gini untuk
anak-anak Very Happy

kawan tak der la sesempurna maner dalam mendidik anok anok ni maner yang dan jerkk hehe
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  sakur@86 Tue Dec 01, 2009 4:31 pm

Jeck Sparow wrote:15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15). Anak-anak adalah amanah dari Allah s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda: “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat: “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata: “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Maksud Al-Hadith).

1.Kesilapan Pertama: Kurang Berdoa
1.1Kurang Berdoa Semasa Mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9), Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Ali ‘Imran, 3:3), Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41).
1.2Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128), Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74), Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2.Kesilapan Kedua: Banyak Memberi Belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi seperti menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3.Kesilapan Ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu menfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan Keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Menbandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan Kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan Keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasullullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aishah r.a.: Pada suatu hari, Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah, aku mempunyai 10 orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata, “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”- (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Kesilapan Ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibubapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan Kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan Kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dengan menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik daripada salam yang diberi.

10. Kesilapan Kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah suatu sunnah.

11. Kesilapan Kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan Keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan Ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan Keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan Kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
[i]

koi yang belum ade anak ni pun dah rase betapa besarnye t/jawab dalam membesarkan anak2 ni....
sunny
sakur@86
sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  Jeck Sparow Tue Dec 01, 2009 4:35 pm

Kemahiran keibubapaan panduan didik cahaya mata

Nabi Muhammad saw mendidik seseorang pada zamannya dengan banyak mengguna dan mengutamakan pendekatan lemah lembut dan penuh dengan kasih-sayang.

Antara langkah atau tahap mengajar, sebelum memukul adalah:
• Beritahu dan sebutkan secara terus terang perkara yang dibuat itu salah.
• Tunjukkan cara yang betul.
• Memujuk dengan cara lemah lembut dan berhikmah atau kreatif.
• Menggunakan isyarat.
• Mencela keburukan perangai (bukan kekurangan diri untuk tujuan menghina dirinya).
• Memulau atau tidak mempedulikannya dalam jangka waktu tertentu.

Pilihan terakhir adalah memukul atau merotan. Tindakan ini diambil selepas kaedah di atas tidak berkesan.

Menghukum dengan memukul atau merotan mesti menggunakan kaedah atau cara pukul yang diizinkan dalam Islam. Antara kaedah memukul yang diizinkan oleh Islam adalah:
• Memukul atau merotan hanya dibenarkan kepada anak yang berumur 10 tahun ke atas. Sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun.”

Ada tempat yang haram dipukul, umpamanya muka dan pula bahagian yang sensitif dan boleh mencederakan seseorang.
• Guru atau ibu bapa membetulkan niat memukul semata-mata untuk mendidik dan membetulkan keadaan atau sifat tercela, bukan untuk mendera atau melepaskan perasaan geram dan marah.
• Jika dalam keadaan marah dan panas, ambil langkah untuk meredakan perasaan marah dulu, dengan mengubah posisi diri. Contohnya, bagi yang sedang berdiri hendaklah duduk dulu atau yang sedang duduk perlu berdiri atau baring. Atau keluar dari bilik atau bilik darjah sebentar.

Ambil wuduk, solat sunat, kemudian baru pukul dengan membaca doa dan selawat (untuk kesejahteraan anak) dan memukul dengan nama Allah.

Pakar psikiatri dari Hospital Kota Bharu, Kelantan, Dr Khairi Che Mat dalam kajian fisiologi rangsangan saraf ke otak menunjukkan bahawa keputusan dan tindakan ketika marah adalah tidak rasional. Selalunya adalah sembrono dan lebih memudaratkan perasaan dan mental anak-anak.
• Jangan sekali-kali meninggalkan konsep ‘mendidik’. Pesan Rasulullah: “Hendaklah kamu mengajarkan mereka dan jangan berkeras. Sesungguhnya orang yang mengajar itu lebih baik daripada orang yang berkeras.”

Dr Khairi juga menasihatkan agar ibu bapa/guru supaya memberikan maklum balas kepada setiap perbuatan anak sama ada betul atau salah.

Jika perbuatan mereka betul, berikan dia ‘pengukuhan positif’ dalam bentuk pujian atau ganjaran. Jika salah, berikan ‘pengukuhan negatif’, seperti teguran atau hukuman.

Jangan sampai, anak kita kata, ‘apa yang saya buat selama ini, semuanya salah’. Sebelum ini kita tidak pernah iktiraf atau memberi perakuan terhadap perbuatannya yang betul. Sebaliknya, kita hanya menegurnya jika perbuatannya salah. Jika keadaan ini (hanya menegur ketika salah laku) berterusan, anak-anak akan suka membuat perbuatan salah.

Merotan walaupun cara terakhir dalam mendisiplinkan pelajar, kesan negatifnya pasti ada. Hampir semua ibu bapa akan malu, tercabar, geram atau marah apabila anak dihukum dan diperkatakan di hadapan orang lain. Ibu bapa, yang paling hampir dengan anak. Oleh itu, kitalah orang pertama yang perlu berasa bersalah.

Bagaimanapun, tanggungjawab mencorak masa depan anak memang tidak terletak di tangan ibu bapa semata-mata. Pengaruh luar sama ada positif atau negatif tetap memainkan peranan besar. Ada antaranya tidak dapat ditangani, lalu memberi kesan buruk berpanjangan dalam kehidupan. Biar apapun alasannya, orang dewasa yang sebenarnya lebih banyak menentukan sama ada anak itu hanya perlu dibelai atau mesti dipukul bagi memenuhi tanggungjawab atau mendisiplinkannya.

Jika diberi pilihan, pasti tiada ibu bapa normal, ingin memukul anaknya, apatah lagi membenarkan orang lain melakukannya.

Faktor ‘kecerdikan emosi’ ibu bapa dan pendidik perlu diasah selalu:
• Fitrah manusia berasa perlu dilindungi dan dikasihi untuk ketenangan akal fikiran dan jiwa. Demikian juga anak-anak, mereka memerlukan keprihatinan orang dewasa dalam setiap kegiatan kehidupan. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlu mengemas kini pengetahuan dalam mendidik dan memanfaatkan bidang ilmu terkini dalam pendidikan anak.
• Anak-anak perlukan peribadi contoh atau ‘role model’ untuk diikuti. Ibu bapa adalah peribadi terhampir dengan mereka, yang boleh menampakkan usaha, kesusahan dan pencapaian kepada anak.

Pada masa sama datangkan padanya model terunggul untuk diikuti iaitu Rasulullah. Sampaikan kisah kehidupan Baginda yang telah diterima Timur dan Barat sebagai pemimpin, suami, bapa dan datuk terbaik.

Bagindalah yang membentuk dan membelai cucunya, Hassan dan Hussin hingga terpahat menjadi teladan, sesuai dengan sabda Baginda bermaksud: “Hendaklah engkau berlaku lemah-lembut dan jauhkanlah daripada berkasar dan berkeras (perkataan dan perbuatan).”
• Menghormati keperluan, kehendak dan perasaan anak adalah satu tanggungjawab. Namun, setiap kita mesti tahu membezakan antara keperluan dengan kehendak. Keperluan mesti dipenuhi, namun kehendak tiada batasnya kerana ‘kehendak’ lebih berasaskan kepada nafsu. Kehendak dan kerenah perlu diubah suai supaya boleh menjadi bimbingan.
• Ibu bapa hendaklah menerima anak-anak seadanya tanpa syarat, dengan segala kebaikan dan keburukannya, kebolehan dan kekurangannya. Ibu bapa juga mesti belajar menerima dan mengiktiraf perasaan dan pandangan anak walaupun ia bercanggah dengan pandangan mereka.

Jangan sekali terlalai untuk memberi pujian dan menghargai perlakuan baik anak kerana itu akan menjadi insentif nombor satu dan ingatan bermakna, meskipun tanpa hadiah yang dinilai dengan wang ringgit.
• Pasti ada kalanya anak melakukan kesilapan. Ambillah kesilapan sebagai pengajaran dan permulaan menuju kejayaan. Sentiasa ingatkan diri bahawa Islam tidak menggalakkan kekerasan.

Dalam mendidik atau menasihati anak, ibu bapa disuruh menggunakan cara yang lembut dan ringan terlebih dulu dan beransur-ansur bertukar kepada yang lebih berat sekiranya tiada perubahan.

Perlu diingat bahawa ibu bapa adalah orang yang paling tahan ujian, sabar dan bertawakal kepada Allah ketika mendidik, apatah apabila mengalami kegagalan dalam membentuk anak yang diharap-harapkan.
• Memahami perkembangan emosi anak.

Anak-anak menunjukkan pelbagai ragam yang sebahagiannya menggugat kesabaran. Emosi negatif anak mesti ditangani dan dibelai dengan ilmu. Usaha berterusan perlu untuk menjauhkan mereka daripada terus terbawa-bawa tingkah laku demikian hingga besar dan mempengaruhi sikap mereka.

Kepincangan dalam perkembangan emosi boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan, terutama dari segi mental.

Apabila mental mereka terjejas, punahlah harapan ibu bapa untuk menatang anak cergas yang berjaya.
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  acey Tue Dec 01, 2009 4:38 pm

banyok amek ilmu mendidik anok le ni ye, harap2 berjaya la

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  Jeck Sparow Tue Dec 01, 2009 4:39 pm

acey wrote:banyok amek ilmu mendidik anok le ni ye, harap2 berjaya la

banyok memang banyok tapi ambik hok maner yang dan jerkk hehehehehe
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  acey Tue Dec 01, 2009 4:42 pm

Jeck Sparow wrote:
acey wrote:banyok amek ilmu mendidik anok le ni ye, harap2 berjaya la

banyok memang banyok tapi ambik hok maner yang dan jerkk hehehehehe

tu la, kalu anok koi esok tak berjaya jadi perdana menteri, jadi isteri perdana menteri pun jadi la, koi syukur amat

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  sakur@86 Tue Dec 01, 2009 4:47 pm

acey wrote:
Jeck Sparow wrote:
acey wrote:banyok amek ilmu mendidik anok le ni ye, harap2 berjaya la

banyok memang banyok tapi ambik hok maner yang dan jerkk hehehehehe

tu la, kalu anok koi esok tak berjaya jadi perdana menteri, jadi isteri perdana menteri pun jadi la, koi syukur amat

ganti DATIN SERI ROSMAH MANSOR yek.....huhuhuhehhe
Very Happy Cool Wink flower queen
sakur@86
sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  acey Tue Dec 01, 2009 4:51 pm

sakur@86 wrote:

tua amat menantu koi nanti, bukan setakat ngan anok koi, ngan koi pun menantu koi lebih tua. kalu cam tu, bagi la org lain dulu

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  zulkbo Tue Dec 01, 2009 4:55 pm

acey wrote:

tua amat menantu koi nanti, bukan setakat ngan anok koi, ngan koi pun menantu koi lebih tua. kalu cam tu, bagi la org lain dulu

koi nak anak pompuan koi
jadi perdana menteri pompuan
malaysia yang pertama
amacam...??hu hu Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  acey Tue Dec 01, 2009 4:59 pm

zulkbo wrote:
acey wrote:

tua amat menantu koi nanti, bukan setakat ngan anok koi, ngan koi pun menantu koi lebih tua. kalu cam tu, bagi la org lain dulu

koi nak anak pompuan koi
jadi perdana menteri pompuan
malaysia yang pertama
amacam...??hu hu Very Happy

yg penting kena ada ciri2 pemidato yg baik, kalu zaman sekolah dulu, macam noni ulu jempol

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  jasnoraizan Tue Dec 01, 2009 5:00 pm

acey wrote:
zulkbo wrote:
acey wrote:

tua amat menantu koi nanti, bukan setakat ngan anok koi, ngan koi pun menantu koi lebih tua. kalu cam tu, bagi la org lain dulu

koi nak anak pompuan koi
jadi perdana menteri pompuan
malaysia yang pertama
amacam...??hu hu 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Icon_biggrin

yg penting kena ada ciri2 pemidato yg baik, kalu zaman sekolah dulu, macam noni ulu jempol

si noni nih dah jd perdana menteri ke...? 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Icon_lol (pemidato yg baik..)
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  zulkbo Tue Dec 01, 2009 5:01 pm

acey wrote:
zulkbo wrote:
acey wrote:

tua amat menantu koi nanti, bukan setakat ngan anok koi, ngan koi pun menantu koi lebih tua. kalu cam tu, bagi la org lain dulu

koi nak anak pompuan koi
jadi perdana menteri pompuan
malaysia yang pertama
amacam...??hu hu Very Happy

yg penting kena ada ciri2 pemidato yg baik, kalu zaman sekolah dulu, macam noni ulu jempol

noni keja kilang jer sekarang
cer aok tanya nordin...
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  acey Tue Dec 01, 2009 5:04 pm

zulkbo wrote:
acey wrote:
zulkbo wrote:
acey wrote:

tua amat menantu koi nanti, bukan setakat ngan anok koi, ngan koi pun menantu koi lebih tua. kalu cam tu, bagi la org lain dulu

koi nak anak pompuan koi
jadi perdana menteri pompuan
malaysia yang pertama
amacam...??hu hu Very Happy

yg penting kena ada ciri2 pemidato yg baik, kalu zaman sekolah dulu, macam noni ulu jempol

noni keja kilang jer sekarang
cer aok tanya nordin...

bukan noni ulu jempol tu jadi cikgu ke ? dah kawin ke ? siapa suaminye, geng kita jugak ke ? berapa anok dia ? lawa lagi tak ?

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  sakur@86 Tue Dec 01, 2009 5:08 pm

acey wrote:
sakur@86 wrote:
acey wrote:
Jeck Sparow wrote:
acey wrote:banyok amek ilmu mendidik anok le ni ye, harap2 berjaya la

banyok memang banyok tapi ambik hok maner yang dan jerkk hehehehehe

tu la, kalu anok koi esok tak berjaya jadi perdana menteri, jadi isteri perdana menteri pun jadi la, koi syukur amat

ganti DATIN SERI ROSMAH MANSOR yek.....huhuhuhehhe
Very Happy Cool Wink flower queen

tua amat menantu koi nanti, bukan setakat ngan anok koi, ngan koi pun menantu koi lebih tua. kalu cam tu, bagi la org lain dulu

maksud koi die nnti jadi cam DATIN SERI ROSMAH MANSOR 2 bukan kawen ngn DATO NAJIB...kalau ge3 dah soh2 la tuenye...
No Rolling Eyes Shocked
sakur@86
sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera

Back to top Go down

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Empty Re: 15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum