Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Maran :: Universiti Felda disambut baik
2 posters
Page 1 of 1
Maran :: Universiti Felda disambut baik
JENGKA – Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan penubuhan universiti Felda sekiranya ia benar-benar akan dilaksanakan malah sedia menawarkan tapak yang sesuai sama ada di Maran atau di Jengka bagi tujuan penubuhannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak berkata, Kerajaan Negeri sedia menawarkan tapak itu sekiranya Felda berhasrat membina sebuah universiti bagi memenuhi tuntutan banyak pihak.
Menurutnya, walaupun Felda atau Kerajaan Pusat belum membuat sebarang keputusan mengenainya namun Kerajaan Negeri membuat tawaran awal dengan mengambil kira kedudukan strategik negeri ini khususnya wilayah terbabit.
“Cadangan Felda untuk menubuhkan universiti sendiri bagi menjamin peluang pendidikan tinggi kepada anak-anak peneroka Felda di negara ini adalah cadangan yang baik malah selaras dengan misi Felda supaya keluarga peneroka mempunyai tahap pendidikan yang sesuai.
“Berita mengenainya semakin hangat diperkatakan dan ia dikatakan kini dibincangkan di peringkat pegawai tinggi kerajaan malah ada pihak tertentu telah menunjukkan kecenderungan supaya universiti Felda yang masih di peringkat perbincangan itu dibina di negeri lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Futsal Felda/FAM Kebangsaan Ketiga di Felda Raya Jengka 14, Ahad lalu.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail; Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din; Penolong Pengurus Pertandingan Liga Futsal Felda/FAM Malaysia, Faisal Zakaria; Pembantu Khas Ahli Parlimen Kuala Krau, Mohd Razali Mamat dan Pengerusi Penaja Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Jengka, Hamedan Abu Samah.
Tan Mohd Aminuddin berkata, dari segi sejarah penubuhan Felda lebih sinonim dengan wilayah Jengka dan Lurah Bilut, menjadikan Pahang lebih sesuai sebagai lokasi universiti berkenaan sekiranya ia diwujudkan.
“Pahang juga mempunyai tanah yang luas bagi tujuan itu seperti di Bandar Jengka dan kedudukannya di tengah-tengah memudahkan segala urusan dan dirasakan amat sesuai untuk tapak universiti Felda,” katanya.
Menurutnya, penubuhan universiti Felda itu dicadangkan oleh banyak pihak termasuk MBFM dalam usaha jangka panjang melahirkan lebih ramai profesional khususnya dalam kalangan anak peneroka.
“Jika diambil kira perkembangan terkini maka amat sesuai untuk Felda memiliki sebuah universiti bagi membolehkan generasi muda Felda melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
“Kewujudan universiti Felda juga secara tidak langsung dapat menampung lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya melanjutkan pelajaran sesuai dengan minat dan kelulusan diperoleh,” katanya.
sumber : Sinar Harian

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Maran :: Universiti Felda disambut baik
harap2 menjadi la kenyataan tu
termizi2010- JKK Kampung
- Posts : 155
Points : 164
Join date : 15/04/2010
Age : 40
Location : shah alam/jengka 7
Similar topics
» MARAN l RM167 juta diperlukan baik pulih paip Jengka
» Maran :: Felda perjelas isu bayaran lebihan hasil
» Maran: Felda masih nilai tender kilang biomass di Pahang
» Cerita Orang Maran Dan Bandar Maran - Bandar Ayam Kampung
» Ranking Universiti Kita 2009

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum