Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Maran :: Felda perjelas isu bayaran lebihan hasil

Go down

Maran :: Felda perjelas isu bayaran lebihan hasil Empty Maran :: Felda perjelas isu bayaran lebihan hasil

Post  Deto_8 Thu Dec 10, 2009 1:08 pm

JENGKA – Persoalan berkaitan bayaran lebihan buah bagi peneroka Felda Jengka 20 yang majoritinya mengusahakan ladang bersama Felda Technoplant dan menerima bayaran lebihan buah sekitar RM30 sahaja mendapat penjelasan pengurusan Felda Technoplant serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jengka 20.

Pengurus Felda Technoplant Felda Jengka 20, Mohd Akib Abdullah berkata, pembayaran dibuat setelah didesak oleh peneroka sendiri melalui keputusan mesyuarat tanam semula JKKR supaya Felda Technoplant membayar lebihan hasil kepada peneroka walau berapa sekalipun baki lebihan.

Menurutnya, ladang di Jengka 20 baru memasuki tahun kedua penuaian dan hasilnya masih tidak banyak namun pembayaran pendahuluan hasil telah dilakukan bermula tahun pertama penuaian lagi.

“Walaupun pada ketika itu pengeluaran hasil tidak mencukupi untuk memenuhi pembayaran pendahuluan sebanyak RM1,500 namun pembayaran tetap dilakukan mengikut jumlah itu bagi setiap peneroka.

“Ini adalah usaha Felda untuk membantu peneroka yang bersama dengan Felda walaupun pada keadaan pengeluaran hasil yang tidak memberangsangkan,” katanya.

Mohd Akib berkata, Felda Jengka 20 melalui proses penanaman semula sawit bermula 2004 dan baru memasuki tahun kedua penuaian pada tahun ini namun pengeluaran hasil bagi peneroka di sini adalah antara pengeluaran yang terbanyak dan terbaik.

“Secara puratanya pendapatan bagi peneroka yang bersama dengan Felda Technoplant di sini ialah 1.9 tan per hektar menjadikan hasil bagi seorang peneroka ialah 7.75 tan setiap pengeluaran dengan harga purata tiap bulan sebanyak RM418 bagi setiap tan.

“Ini menjadikan jumlah hasil sekitar RM3,200 dan pembayaran dilakukan setelah ditolak dengan pendahuluan hasil yang diterima peneroka sebanyak RM1,500 pada setiap pembayaran dan kos operasi seperti bayaran buruh, baja, racun dan sebagainya yang dianggarkan RM1,600 bagi setiap peneroka,” katanya.

Menurutnya, baki itu dikira lebihan hasil dan layak untuk diterima oleh setiap peneroka namun masih perlu ditolak satu per tiga daripada lebihan hasil untuk membayar bayaran kembali sementara.

“Segalanya telah dinyatakan dalam dialog bersama peneroka yang turut dihadiri Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din baru-baru ini bagi menjelaskan mengenai pembayaran hasil yang sepatutnya dibayar apabila memasuki tahun kelima penanaman semula.:

“Kita tidak boleh samakan pembayaran bayaran lebihan hasil dengan tanah rancangan lain kerana lain tempat lain pengeluaran hasilnya, seperti Jengka 16 yang mana mereka telah memasuki tahun ketiga penuaian berbanding di sini baru memasuki tahun kedua,” katanya.

Mohd Akib berkata, dengan penjelasan itu diharap salah faham yang berlaku dapat diselesaikan dan sebarang kesulitan dapat diselesaikan dengan pihak pengurusan setempat.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum