Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Segitiga Jengka

+7
4biru90
zulkbo
lepat_ubi
adidas
MD
J.Milan22
Deto_8
11 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Segitiga Jengka Empty Segitiga Jengka

Post  Deto_8 Wed May 13, 2009 10:40 am

Bandar Pusat Jengka or Jengka Town Centre is a main town in Pahang, Malaysia. Bandar Pusat Jengka is the centre of the Jengka Triangle which is known as FELDA Jengka. The Jengka Triangle (Malay: Segitiga Jengka), which is the largest FELDA settlement in Malaysia, is one of the Malaysian government's project for Malaysian citizens.

Senarai Felda di Segitiga Jengka

FELDA Anggerik Jengka 1
FELDA Cempaka Jengka 2
FELDA Dahlia Jengka 3
FELDA Kemboja Jengka 4
FELDA Kekwa Jengka 5
FELDA Keembong Jengka 6
FELDA Kenanga Jengka 7
FELDA Kesidang Jengka 8
FELDA Kesumba Jengka 9
FELDA Mawar Jengka 10
FELDA Melati Jengka 11
FELDA Melor Jengka 12
FELDA Puteri Malu Jengka 13
FELDA Raya Jengka 14
FELDA Semarak Jengka 15
FELDA Sena Jengka 16
FELDA Seri Pagi Jengka 17
FELDA Seroja Jengka 18
FELDA Siantan Jengka 19
FELDA Tanjung Jengka 20
FELDA Teratai Jengka 21
FELDA Terkis Jengka 22
FELDA Tonkin Jengka 23
FELDA Jengka 24
FELDA Jengka 25
FELDA Jengka 25
FELDA Ulu Jempol
FELDA Kampung Awah
FELDA Sungai Tekam Utara
FELDA Sungai Tekam Getah
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  J.Milan22 Wed May 13, 2009 10:50 am

fuhh..memng anok jati jengka gini...
tapi hok paling femess..
kwn vote felda semarak jengka 15....
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  Deto_8 Wed May 13, 2009 11:04 am

JM2020 wrote:fuhh..memng anok jati jengka gini...
tapi hok paling femess..
kwn vote felda semarak jengka 15....

ada masa nanti kawan nok scan gambor lama arwah orang tua kawan punya....zaman mula2 masuk Felda....

mestilah vote untuk Dahlia Jengka 3....dahlah kat tepi jalan...pejabat YB pun kat situ
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  J.Milan22 Wed May 13, 2009 11:16 am

Deto_8 wrote:
JM2020 wrote:fuhh..memng anok jati jengka gini...
tapi hok paling femess..
kwn vote felda semarak jengka 15....

ada masa nanti kawan nok scan gambor lama arwah orang tua kawan punya....zaman mula2 masuk Felda....

mestilah vote untuk Dahlia Jengka 3....dahlah kat tepi jalan...pejabat YB pun kat situ

felda j15 tu kan aper...
selalu masuk tb...
tapi memng cantik la...
hok lagi behh bender abesoo PAS..
sentiasa berkibar bile kwn balik pahang...
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  MD Wed May 13, 2009 11:21 am

Topik yg sangat menarik.....

BTW,
terima kasih pada Arwah Tun Abd Razak yang memberi idea pembukaan tanah rancangan ini...
berdasarkan penceritaan dari orang tua2,salah satu sebab sampingan pembukaan tanah rancangan di Pahang untuk menghadkan pergerakan komunis pada mase itu...kebanyakkan tanah rancangan mengelilingi kawasan ''sarang komunis'' ketika itu...
jiran kawan [mase duk Kuantan dulu ] bekas juru ukur persekutuan,dia ada citer pasal pengalaman tersebut tahun 60an..lebih kurang macam ni -
-setelah dikenalpasti kawasan tanah oleh FELDA/kerajaan,kwsn itu digazetkan
-step kedua Ranjer/askar akan masuk,tujuan pembersihan dari komunis,jerangkap samar dll
-balak besar ditebang
-balak kecil ditebang
-kerja pembersihan tanah baru dilakukan
-kerja ukur bermula,ni banyak kali kalau ada pindaan
-seterusnya buat jalan
-buat rumah
-masuk benih sawit
-beberapa tahun...baru peneroka masuk
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  adidas Wed May 13, 2009 11:32 am

dulu masa mula2 peneroka nak masuk memang sesak seksa...tak kurang juga ramai yg tolak bila dpt felda...hanya yg kuat hati,cekal dan bersemangat waja saja yg sanggup....start tahun 80-an baru nak mula masuk api,letrik,jalan pun tar......dulu mak cik pakcik guna paip air besar kongsi2 ramai2.. Very Happy

masa kecik2 dulu, pernah waktu subuh org nampak harimau dok tido tepi rumah.....gajah pun pernah sesat...
adidas
adidas
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  Deto_8 Wed May 13, 2009 11:33 am

pernoh terbaca asal usul nama jengka.....nak kena search kat internet ni
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  MD Wed May 13, 2009 11:37 am

penah diladang jengka 4 jumpa kuku gajah...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  J.Milan22 Wed May 13, 2009 11:47 am

dulu memang payoh pun...
penuh hutan saje kat bandar jengka tu...
ayah kwn cite die keje bawa jentolak tuk tebang balak2 area situ..
siap kerajaan bagi lagi ganjaran ngan pencen bile cukup umur nak bersara nnti...
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  lepat_ubi Sat May 30, 2009 2:09 pm

dulu mase koi skolah, koi penah tanye cikgu pasal name jengka ni.... dia pun bagi tau.. dulu ada seorang gadis orang asli mandi kat sungai..name gadis tu Jingka...pastu dia mati lemas kat sungai tersebut. maka selalu lah disebut2 orang akan hal tersebut.. dan sungai itu dinamekan sungai jingka.. sebutan jingka tu berubah mengikut peredaran zaman... kesahihan citer ni tak dapat lah disahkan 100%.. koi sekadar berkongsi citer.. Suspect silent pale
lepat_ubi
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  J.Milan22 Thu Jun 11, 2009 11:22 am

ANDA MAHU TAHU SEJARAH GUGUSAN JENGKA DAN SEKITAR NYA ?
Jengka

Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran.

Dengan adanya tanah-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka.

Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.


Tetapi kini Bandar Jengka yang telah diubah nama kepada Bandar Tun Razak Jengka, tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai yang telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.

Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka. Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah.

Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25, di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga.

Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.

Dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama jengka, kerana ianya di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri, antaranya ialah felda kampong awah 1963, felda ulu jempol 1965, felda sungai nerek 1967.

Setiap kawasan penempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga, sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka felda' manakala isteri mereka di panggil 'Penerokawati ' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.

Penduduk

Para peneroka tersebut datang daripada seluruh Malaysia yang terdiri daripada rakyat termiskin (di bawah paras kemiskinan). Ramai kalangan peneroka Jengka berasal daripada negeri-negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan juga negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, Selain itu terdapat juga peneroka yang berasal dari negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, selain daripada penduduk asal Pahang.

Justeru dapat dilihat adat dan budaya yang bercampur-campur diamalkan di Jengka memandangkan para pendatang ini mengekalkan adat dan budaya kampung asal masing-masing.

Terdapat juga peneroka dari kalangan kaum Cina dan kaum India namun majoriti peneroka adalah kalangan kaum Melayu. Hal ini kerana majoriti rakyat termiskin adalah kaum Melayu. Manakala kaum India pula hanya mewakili beberapa peratus sahaja dari penduduk Malaysia.

Pelancongan

Terdapat beberapa destinasi menarik berhampiran kawasan jengka, antaranya Pusat Latihan Pertanian Tun Abdul Razak (Tekam Plantation Resort) yang menawarkan pelancongan bertemakan pertanian, kompleks gua Kota Gelanggi, dan rangkaian gua-gua di Gunung Senyum.

Berhampiran dengan Felda Ulu Jempol terdapat satu kawasan pelancungan berasaskan air terjun, kawasan ini diberi nama Lubuk Yu, kedinginan airnya dan kehijauan hutannya telah menarik ratusan pengunjung pada hujung minggu, kedudukannya hanya 15km dari Bandar Jengka.

1. Gunung Senyum


Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).

Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Antara gua menarik di sini ialah Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh.

Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN, terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini.

Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda, namun tidak ada seorang pun yang tahu mengenainya, sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum.

Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut.

Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang dengan menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan, tetapi terkini sebuah Jambatan sedang dibina, dan dijangka siap pertengahan tahun 2010 nanti .


2. Pekan Sungai Jerik
Segitiga Jengka Jmbtn+k.krau
Pekan Sungai Jerik terletak berhampiran dengan Gugusan FELDA Jengka dan Ulu Jempol, Pahang. Dahulunya tempat ini dikenali sebagai pekan "Tongkiat" bersempena nama seorang tauke berbangsa Cina yang membuka kilang di kawasan berkenaan. Dihuni oleh kebanyakannya kaum Cina. Suatu masa dahulu, tempat ini adalah kawasan hitam kerana ancaman daripada komunis.

3. Kota Gelanggi


Gua Kota Gelanggi merupakan tempat yang menarik untuk dilawati, gua ini terletak di daerah Jerantut di negeri Pahang.

Di dalam kompleks ini terdapat banyak gua, antaranya ialah Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu, dan Gua Kelawar. Apabila sampai di gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk.

Gua Kota Balai telah berlaku perubahan bentuk kerana suatu masa dahulu (sekitar 1970an) telah berlaku aktiviti penggalian dan pengambilan najis kelawar secara besar-besaran untuk dijadikan baja tanaman. Nama Gua Tangga diambil sempena tangga besi yang ada di situ. Tangga itu telah dibina oleh pengusaha yang mengambil tahi kelawar pada masa itu.

Perihal gua-gua ini ada disebut di dalam buku Sejarah Melayu dengan sebutan Kota Kelangkio. Dikatakan puteri Onangkio daripada Siam telah singgah di sini semasa mengikuti rombongan ke Pahang.

Terdapat sebatang anak sungai berhampiran kawasan ini dinamakan Sungai Siam (Sungai Siang) menurut dakwaan lisan daripada penduduk tempatan, bahawa kononnya gua ini boleh dihubungkan dengan negeri-negeri lain diPantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan atau Siam, melalui sebuah terowong rahsia .

Dakwaan ini berpunca daripada hubungan dengan Siam dan juga perihal Pahlawan Mat Kilau yang berjaya lari ke Siam tanpa diketahui oleh orang ramai, namun dakwaan tersebut tidak dapat disahkan, kerana terowong tersebut tidak pernah ditemui .

Ada juga dakwaan daripada penduduk tempatan bahawa kononnya, Gua kota Gelanggi juga adalah merupakan perkampungan orang-orang bunian, iaitu sejenis makhluk yang mirip manusia, tetapi sangat kecil, yang kononnya tidak boleh dilihat oleh mata kasar .

Gua Kota Gelanggi ini terletak berhampiran kampung Pulau Tawar iaitu tempat asal pahlawan Melayu Mat Kilau.

Sebuah gugusan Felda yang berhampiran gua ini juga dinamakan Felda kota Gelanggi, iaitu meliputi Felda Kota Gelanggi 01, 02, 03, dan 04 .

Keunikan gua ini telah menarik minat pengeluar filem Sumpah Semerah Padi untuk menjadikannya sebagai lokasi penggambaran filem tersebut.

Rangkaian gua-gua di sini agak terancam dengan adanya usaha-usaha pihak tertentu membuka kuari berhampirannya bagi mengambil batu-batan, tetapi mujurlah kuari tersebut telah ditutup
beberapa tahun yang lampau .

Bandar paling hampir ialah Jerantut dan Bandar Tun Razak Jengka.

Bandar Tun Razak Jengka



Bandar Tun Razak Jengka atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka, adalah sebuah bandar utama ditengah-tengah segitiga Jengka Pahang, atau dikenali sebagai FELDA Jengka, Segitiga Jengka ini ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia .

Dibandar Tun Razak Jengka juga terdapat sebuah pusat pengajian tinggi iaitu UiTM Jengka yang dihuni oleh lebih dari 3,000 orang pelajar dari seluruh Malaysia .
( ini adalah tapak ujian memandu yang baru siap 05.03.09 >Segitiga Jengka Jpj+jnka+1+01649
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  adidas Sat Jun 13, 2009 1:18 pm

lambat la plak jambatan kuala krau tu nak siap....dah berapa puluh tahun dan ura2 nak buat...harap dpt menjana ekonomi dan peningkatan taraf hidup penduduk sekitar bila jambatan ni siap..ekses ke gunung senyum pun senang...
adidas
adidas
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  Deto_8 Mon Oct 19, 2009 9:27 pm

FELDA dah tarik balik pendapatan minimum RM1,500 sebulan...

biasalah dah tengah penggal...
Evil or Very Mad
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  zulkbo Mon Oct 19, 2009 9:29 pm

Deto_8 wrote:FELDA dah tarik balik pendapatan minimum RM1,500 sebulan...

biasalah dah tengah penggal...
Evil or Very Mad

patut la tak berduit jer orang tua
koi bulan ni...
nasib la peneroka Shocked Shocked Embarassed
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  Deto_8 Mon Oct 19, 2009 9:31 pm

zulkbo wrote:
Deto_8 wrote:FELDA dah tarik balik pendapatan minimum RM1,500 sebulan...

biasalah dah tengah penggal...
Evil or Very Mad

patut la tak berduit jer orang tua
koi bulan ni...
nasib la peneroka Shocked Shocked Embarassed

kawan tengoh cari kat internet pasal pendapatan minima tu...harap2 jumpalah
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  zulkbo Mon Oct 19, 2009 9:41 pm

Deto_8 wrote:
zulkbo wrote:
Deto_8 wrote:FELDA dah tarik balik pendapatan minimum RM1,500 sebulan...

biasalah dah tengah penggal...
Evil or Very Mad

patut la tak berduit jer orang tua
koi bulan ni...
nasib la peneroka Shocked Shocked Embarassed

kawan tengoh cari kat internet pasal pendapatan minima tu...harap2 jumpalah

bawok la kesini apa kabor
bengang gak ngan felda ni koi
nasib peneroka masih tak berubah
apalah sangat RM1500 pada Felda SEPATUTNYA....
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  Deto_8 Mon Oct 19, 2009 9:45 pm

rasanya dulu Najib yang umumkan pendapatan minima RM1500 sebulan ni....

kawan search dulu mana yang patut, nanti kawan kabor
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  4biru90 Fri Jan 08, 2010 4:16 pm

felda ulu jempol adalah felda sawit pertama di phg dan no 2 sawit lps felda taib andak..
arwah tok aku masuk ulu jempol thn 1963..
aku ni generasi ke 3 felda...

4biru90

Posts : 39
Points : 45
Join date : 08/01/2010
Location : ulu jempol,bkt sentosa rawang

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  zulkbo Fri Jan 08, 2010 5:12 pm

4biru90 wrote:felda ulu jempol adalah felda sawit pertama di phg dan no 2 sawit lps felda taib andak..
arwah tok aku masuk ulu jempol thn 1963..
aku ni generasi ke 3 felda...

lama betul yek..
ko kenal tak Rizuan Kamaludin
dulu masa sekolah sibuk budaya
dengan pengakap..
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  Awangmaseru Fri Jan 08, 2010 5:17 pm

4biru90 wrote:felda ulu jempol adalah felda sawit pertama di phg dan no 2 sawit lps felda taib andak..
arwah tok aku masuk ulu jempol thn 1963..
aku ni generasi ke 3 felda...

bilu, lurah bilut taun brape ?

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 62
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  noyie Sat Jan 09, 2010 1:44 am

Haaa..Zulkbo , ... Rizuan kamaludin dh kaya raya dah...
Dulu keje kat Kementerian kebudayaan pastu ada wat bisness sama..
tapi yg spoilnya dia ada kencing koi satu benda...
Nak tau call personal... Twisted Evil

noyie

Posts : 29
Points : 40
Join date : 16/11/2009
Age : 53
Location : Jengka

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  zulkbo Sat Jan 09, 2010 10:42 am

noyie wrote:Haaa..Zulkbo , ... Rizuan kamaludin dh kaya raya dah...
Dulu keje kat Kementerian kebudayaan pastu ada wat bisness sama..
tapi yg spoilnya dia ada kencing koi satu benda...
Nak tau call personal... Twisted Evil

ye ke..
he he..
thanks bro..
nanti aku call ko Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  4biru90 Tue Jan 12, 2010 9:29 am

kenai ler ridzuan tuu..dia ada bisnes ngan adik beradik kat gombak..medical supply utk hospital...

4biru90

Posts : 39
Points : 45
Join date : 08/01/2010
Location : ulu jempol,bkt sentosa rawang

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  zulkbo Tue Jan 12, 2010 9:40 am

4biru90 wrote:kenai ler ridzuan tuu..dia ada bisnes ngan adik beradik kat gombak..medical supply utk hospital...

betul doh tu...
tapi koi lost contact dia
kalau jumpa..aok jemput dia
join PCC amat koi hargai Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  4biru90 Thu Jan 14, 2010 9:10 am

adik dia selalu kontek koi..bln 12 hari tu ada gi opis dia kat seri gombak...kalau aok nok np kontek dia ,koi bulih beri..no opis

4biru90

Posts : 39
Points : 45
Join date : 08/01/2010
Location : ulu jempol,bkt sentosa rawang

Back to top Go down

Segitiga Jengka Empty Re: Segitiga Jengka

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum