Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju

5 posters

Go down

Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju Empty Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju

Post  Deto_8 Fri Oct 23, 2009 4:22 pm

SINAR HARIAN

JENGKA – Penduduk di sekitar bandar ini berpuas hati apabila terdapat sebuah taman perumahan yang lebih kondusif didirikan di sini sekali gus menunjukkan bandar ini melangkah maju setapak lagi ke hadapan.

Seorang penduduk, Ruzie Ramli, 38, berkata, sebelum ini tidak ada pemaju yang berani untuk membina satu taman perumahan yang boleh dikategorikan eksklusif mungkin kerana Jengka adalah sebuah bandar yang kecil.

Menurutnya, mungkin juga ada pihak beranggapan masyarakat di sini hanya mampu memiliki rumah kos rendah atau sederhana sedangkan ramai yang mampu untuk memiliki rumah agak mewah.

“Tindakan pemaju mendirikan taman perumahan seperti ini di sini adalah satu tindakan yang bagus kerana selain menunjukkan bandar ini semakin maju, ia juga dapat memberi semangat kepada penduduk di sini supaya berusaha lebih gigih lagi.

“Selalunya semua orang akan mengimpikan sebuah rumah yang cantik, besar dan mewah untuk mereka sekeluarga. Jadi apabila mereka sudah nampak di depan mata sendiri terdapat rumah yang mereka impikan, mereka akan berusaha untuk mendapatkannya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh syarikat pemaju Sebang Perdana Sdn Bhd.

Sebang Perdana Sdn Bhd adalah syarikat pemaju yang mendirikan 393 unit rumah jenis banglo dan semi D di Taman Jengka Mahkota di sini dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Ruzie yang merupakan salah seorang pemilik rumah tersebut sangat berpuas hati dengan syarikat pemaju ini kerana harga yang dibayar berpadanan dengan kualiti dan keadaan rumah yang lengkap.

Menurutnya, selain daripada itu, rumahnya juga dilengkapi dengan pagar yang cantik dan pihak pemaju telah menyediakan taman untuk kemudahan penduduk-penduduk di situ nanti.

“Saya sangat berpuas hati dengan keadaan rumah ini. Jika di bandar lain, keadaan rumah seperti ini pasti dikenakan harga yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat ini. Harga yang dikenakan sangat kompetitif,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik rumah, M Azmi Ibrahim, 45, berkata, tindakan pemaju mendirikan rumah di kawasan ini adalah sangat baik kerana jika tidak, kawasan ini akan hanya dipenuhi semak samun dan membuatkan mencacatkan pemandangan orang ramai.

Menurutnya, lokasi yang strategik, reka bentuk yang cantik dan menarik serta harga yang ditawarkan kepada pembeli yang berpatutan membuatkan dia mengambil keputusan untuk membeli rumah tersebut.

“Saya berpuas hati dengan rumah yang saya beli. Setakat ini tiada masalah yang timbul dan semua proses berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pengarah Sebang Perdana Sdn Bhd, Dr Idris Nordin, berkata, syarikatnya membina unit perumahan yang lebih istimewa untuk masyarakat di sini. Sebanyak 393 unit banglo dan rumah semi D yang dibina ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

“Sambutan daripada masyarakat setempat sangat menggalakkan dan perumahan ini dijangka akan siap sepenuhnya dan boleh mula diduduki oleh pemiliknya hujung tahun ini,” katanya.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju Empty Re: Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju

Post  jasnoraizan Fri Oct 23, 2009 4:26 pm

Deto_8 wrote:SINAR HARIAN

JENGKA – Penduduk di sekitar bandar ini berpuas hati apabila terdapat sebuah taman perumahan yang lebih kondusif didirikan di sini sekali gus menunjukkan bandar ini melangkah maju setapak lagi ke hadapan.


permulaan yg baik...tahniah......tp jgn esok keluar pulok berita rumah terbengkalai pulok dah la.......
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju Empty Re: Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju

Post  Oesandro Jr. Fri Oct 23, 2009 4:28 pm

xde plok dinyatakan harga???
kalo banglo bwh 200k..mmg berbaloi..
Oesandro Jr.
Oesandro Jr.
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 343
Points : 350
Join date : 08/10/2009
Location : Dari jemapoh ke Manchestee singoh Melaka dulu

Back to top Go down

Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju Empty Re: Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju

Post  Deto_8 Fri Oct 23, 2009 4:30 pm

Oesandro Jr. wrote:xde plok dinyatakan harga???
kalo banglo bwh 200k..mmg berbaloi..

setuju...banglo bawah 200k....semi D bawah 150k
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju Empty Re: Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju

Post  jasnoraizan Fri Oct 23, 2009 4:54 pm

Deto_8 wrote:
Oesandro Jr. wrote:xde plok dinyatakan harga???
kalo banglo bwh 200k..mmg berbaloi..

setuju...banglo bawah 200k....semi D bawah 150k

bagi kwn lah kan ...jengka nih dah blh dikatakan kawasan rumah eksklusif tanda jengka maju...dah lama doh ,kalau dilihat rumah2 peneroka semua kebanyakanye semua blh dikatakan setaraf banglo dah....ke goner..?
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju Empty Re: Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju

Post  Oesandro Jr. Fri Oct 23, 2009 5:02 pm

lepas ni bole dah naik kondo2 mewah..
tp cam x sesuai plak..tanah byk lagi kat sini..
Oesandro Jr.
Oesandro Jr.
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 343
Points : 350
Join date : 08/10/2009
Location : Dari jemapoh ke Manchestee singoh Melaka dulu

Back to top Go down

Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju Empty Re: Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju

Post  rudini77 Fri Jan 08, 2010 10:18 am

Kawe ade jugok membe yg beli rumoh kat sini, tapi tok siap2 lg sampe le ni. Kirenye tahun lepaih boleh duduk doh, tapi sampei ke tahun 2010 tok boleh duduk lagi.. Gone kiranye tu.. ??
rudini77
rudini77

Posts : 26
Points : 26
Join date : 08/01/2010
Age : 47
Location : Bandar Jengka

Back to top Go down

Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju Empty Re: Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju

Post  termizi2010 Wed Apr 21, 2010 9:04 pm

jgn jd projek terbengkalai sudah la.....
termizi2010
termizi2010
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 155
Points : 164
Join date : 15/04/2010
Age : 40
Location : shah alam/jengka 7

Back to top Go down

Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju Empty Re: Jengka :: Rumah eksklusif tanda Jengka maju

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum