Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Suami Boroi Tanda Bahagia?

4 posters

Go down

Suami Boroi Tanda Bahagia? Empty Suami Boroi Tanda Bahagia?

Post  strikerbuncit Wed Aug 26, 2009 4:40 pm

Suami Boroi Tanda Bahagia?

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat
badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti
berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang
waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa
dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak
menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka
sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah
tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah
kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan
bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila
mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki
berkahwin dengan tujuan untuk æakan di rumah�. Lelaki akan merasa selesa
setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah
bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi
mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian
wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati
akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka
akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan
alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu.
Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami
memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang
dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat
mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.
Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain
boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat
badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis
kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi
kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda
mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab
dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke
atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir
89% kes penceraian berlaku kepada suami yang ælim� dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19%
kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya.
Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut
kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih
mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk
mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula
gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan
anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97%
kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas
dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak
memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar
menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia
menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di
antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.
Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik
sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami
yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi,
botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh
perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang
harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai
susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin
lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga,
buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat
dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut
buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang
telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun
mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai
isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan
anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan
pemakanan sihat sekeluarga.
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Suami Boroi Tanda Bahagia? Empty Re: Suami Boroi Tanda Bahagia?

Post  zulkbo Thu Aug 27, 2009 5:41 pm

happy lah...
bahaya membawa penyakit
sekarang pun byk berisi badan
maka byk lah penyakit dalam badan tu Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Suami Boroi Tanda Bahagia? Empty Re: Suami Boroi Tanda Bahagia?

Post  Yassin Thu Aug 27, 2009 11:03 pm

Bahagia tidak tu Wa'allahhualam..kadang org lelaki ni kala dah kawin mmg perut naik sikit...apa pun jangan sampai jadi gemuk tak pasal...sebab boroi org pompuan ada masa reti abis, boroi kita tak reti abis...apa pun almalan permakanan kena jage sebab penyakit itu datang dari perut!
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Suami Boroi Tanda Bahagia? Empty Re: Suami Boroi Tanda Bahagia?

Post  zulkbo Fri Aug 28, 2009 8:04 am

Yassin wrote:Bahagia tidak tu Wa'allahhualam..kadang org lelaki ni kala dah kawin mmg perut naik sikit...apa pun jangan sampai jadi gemuk tak pasal...sebab boroi org pompuan ada masa reti abis, boroi kita tak reti abis...apa pun almalan permakanan kena jage sebab penyakit itu datang dari perut!

Pada saya pemakanan orang melayu kita
masakan kebykn mesti nak minyak dan santan
compare orang sebelah barat minyak pun "zaitun" dah tentu sihat
apa komen aok yassin?
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Suami Boroi Tanda Bahagia? Empty Re: Suami Boroi Tanda Bahagia?

Post  Yassin Fri Aug 28, 2009 10:25 am

zulkbo wrote:

Pada saya pemakanan orang melayu kita
masakan kebykn mesti nak minyak dan santan
compare orang sebelah barat minyak pun "zaitun" dah tentu sihat
apa komen aok yassin?

Tak manpu tu laa nak beli minyak zaitun nei....apa pun kadang kita dah sebati ngan cara kita susah jugak nak tukar cara lain.


Last edited by Yassin on Fri Aug 28, 2009 10:53 am; edited 1 time in total
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Suami Boroi Tanda Bahagia? Empty Re: Suami Boroi Tanda Bahagia?

Post  MD Fri Aug 28, 2009 10:27 am

Boroi sesikit tu takpa,tapi kalau boleh kawal jangan melebih lebih...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Suami Boroi Tanda Bahagia? Empty Re: Suami Boroi Tanda Bahagia?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum