Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Temerloh :: Erat hubungan rakyat, kerabat
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: TEMERLOH :: BANDAR IKAN PATIN :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1

LANCHANG - “Saya langsung tidak tahu anak angkat saya ini sebenarnya Kerabat Diraja Kedah,” kata Abdul Rahman Mohammad Salleh, 55.
Menurutnya, tahun lalu dia bersama ahli keluarganya bercuti ke Pulau Langkawi dan di sana dia bertemu dengan anak angkatnya itu dan mempelawa untuk datang ke rumahnya di Kampung Mempateh, di sini.
Katanya, selepas setahun berlalu anak angkatnya menghubunginya untuk datang melawatnya dan dia berasa begitu gembira.
“Setibanya dia di rumah, saya terkejut kerana melihat lambang Negeri Kedah di keretanya dan saya berasa hairan. Selepas itu, saya bertanya kepada anak angkat saya statusnya yang sebenar.
“Saya terkejut kerana diberitahu beliau merupakan Kerabat Diraja Kedah dan berasa bangga kerana beliau sanggup datang ke negeri ini bertujuan merapatkan lagi hubungan antara penduduk di sini dengan Kerabat Diraja Kedah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.
Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Tengku Abd Rahim Datuk Tengku Zainal Rashid berkata, beliau sengaja menyembunyikan statusnya kerana takut orang awam menjauhi diri sedangkan beliau mahu menyelami permasalahan penduduk.
Menurutnya, pengalaman tinggal di kampung ini selama enam hari lima malam menimbulkan rasa teruja melihat penduduk kampung yang begitu peramah menyambut kehadiran orang luar sepertinya.
“Saya harap dengan kehadiran saya ke negeri ini terutama di daerah ini dapat menjadikan hubungan antara dua negeri bertambah erat. Saya bukan sahaja mahu merapatkan hubungan dengan rakyat negeri ini malah juga dengan Kerabat Diraja Pahang.
“Saya begitu seronok berada di negeri ini dan pastinya saya akan datang lagi pada masa akan datang. Saya berhasrat mengadakan bermacam-macam kegiatan bersama penduduk di sini supaya saya dapat mengenali rakyat di sini lebih dekat dan pertalian persaudaraan antara dua negeri menjadi bertambah dekat.
“Insya-Allah saya akan membawa lebih ramai PKDK di sini supaya dapat memeriahkan lagi program akan datang,” katanya.
Menurutnya, dia juga melawat beberapa perkampungan Orang Asli di sini dan melihat pembangunan di perkampungan Orang Asli sedang rancak dijalankan.
“Saya tidak berasa kekok atau janggal berada di sini kerana saya boleh menyesuaikan diri dengan penduduk luar bandar. Saya sudah pergi merata-rata kampung melihat keadaan penduduk. Saya mahu dekatkan diri dengan penduduk supaya mengetahui bagaimana kehidupan mereka,” katanya.
sumber : Sinar Harian

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Similar topics
» Lawatan rapatkan hubungan istana-rakyat
» ‘Kerabat raja’ ditahan
» Peneroka diingat tingkat hubungan keluarga
» Info Daerah : Temerloh
» Lagu Rakyat Pahang
» ‘Kerabat raja’ ditahan
» Peneroka diingat tingkat hubungan keluarga
» Info Daerah : Temerloh
» Lagu Rakyat Pahang
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: TEMERLOH :: BANDAR IKAN PATIN :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum