Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Lawatan rapatkan hubungan istana-rakyat
2 posters
Page 1 of 1
Lawatan rapatkan hubungan istana-rakyat
ERANTUT 27 Julai - Para pemimpin dan penduduk menyifatkan lawatan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ke Hulu Tembeling dekat sini dapat merapatkan hubungan antara pihak istana dengan penduduk di pedalaman.
Mereka berkata, tradisi lawatan diraja ke luar bandar dan pedalaman itu sejajar dengan konsep 'raja dan rakyat, berpisah tiada' yang menjadi pegangan pihak istana Pahang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, lawatan Tengku Abdullah ke Hulu Tembeling menzahirkan konsep 'raja berjiwa rakyat' dan merapatkan lagi hubungan antara istana dengan penduduk kawasan pedalaman itu.
''Tengku Mahkota sentiasa mengambil berat kebajikan dan usaha-usaha pembangunan yang kini rancak dijalankan oleh kerajaan di Hulu Tembeling," katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Bantal dekat sini baru-baru ini.
Menurut Wan Amizan, sambutan luar biasa penduduk Hulu Tembeling membuktikan mereka amat berbangga kerana mempunyai anak raja yang amat mengambil berat mengenai kehidupan mereka.
Malah, kata beliau, tradisi mencemar duli yang diamalkan oleh pihak istana Pahang jarang dapat dilihat di negeri atau negara lain.
Warga emas, Abu Zaman Yusop, 82, berkata, tradisi keberangkatan kerabat istana Pahang ke Hulu Tembeling sememangnya diwarisi sejak zaman silam.
''Sungai Tembeling dan Sungai Pahang menjadi laluan rakit dan perahu besar yang dinaiki kerabat Pahang untuk singgah di kampung-kampung persisiran sungai hingga ke Bandar Diraja Pekan," katanya.
Abu Zaman memberitahu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota kerap melawat Hulu Tembeling serta mengambil berat pembangunan termasuk kebajikan rakyat khususnya pada musim banjir dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Seorang penduduk Kampung Pagi, Ahmad Omar, 40, berkata, sikap pemurah dan keprihatinan baginda menyebabkan kerabat istana disayangi penduduk Hulu Tembeling.
''Saya amat menyanjungi dan kagum kerana baginda akrab dengan semua penduduk. Setiap kali ke sini, baginda bersama penduduk menyertai semua kegiatan sukan," katanya.
Hubungan keakraban itu, menurut Ahmad, melambangkan raja dan rakyat tidak boleh berpisah malah nilai jati diri dan semangat berkenaan wajar diambil iktibar oleh generasi hari ini.
Sementara itu, penyanyi Farah AF5 pula berkata, beliau bangga kerana berpeluang buat pertama kali membuat persembahan di hadapan Tengku Mahkota Pahang dan penduduk kawasan Hulu Tembeling.
''Saya teruja melihat kerjasama serta hubungan akrab penduduk tempatan dengan Tengku Mahkota di sini yang bagaikan satu keluarga," ujarnya.

along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Similar topics
» Temerloh :: Erat hubungan rakyat, kerabat
» Foto :: Istana Pahang
» Semua petugas Istana Abdul Aziz dikuarantin
» Peneroka diingat tingkat hubungan keluarga
» HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DAN BUAH-BUAHAN

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum