Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Insuran Nyawa, Takaful dan ASB

2 posters

Go down

Insuran Nyawa, Takaful dan ASB Empty Insuran Nyawa, Takaful dan ASB

Post  strikerbuncit Tue Dec 08, 2009 3:40 pm

Insuran nyawa, takaful dan ASB

Assalamualaikum Ustaz,
1) Apakah hukum mengenainya Insuran Hayat/Nyawa?
2)Insuran nyawa secara Islam(Takaful), bagaimanakah ianya dijalankan?

Nama penuh: wan nazri
E-email: nazri_00@yahoo.com
---------------------------------------
Assalamualaikum,
Ustaz,
1) Saya mempunyai kemuskilan mengenai bab insuran nyawa secara islam(Takaful).
Apakah pandangan Ustaz, berkenaan dengan lnsuran nyawa dari sudut kaca mata Islam? Apakah kaedah yang dipakai bagi menghalalkannya?
2)Apakah pandangan Ustaz, mengenai ASB dan ASN.

--------------------------------------------------------------------

Jawab

1. Perbahasan Hukum Insuran Nyawa (Life Assurance):

Islam tidak menolak konsep insurans. Secara am insuran ditakrifkan sebagai satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk mewujudkan satu tabung atau dana kewangan bersama yang khusus bagi tujuan membantu ahli ketika ditimpa musibah. Amalan seumpama ini selaras dengan tuntutan Islam.

Kerjasama, saling bantu membantu dan prihatin kepada golongan yang memerlukan bantuan kerana seperti yang tersirat dalam konsep insuran adalah selari dengan tuntutan Islam, sebagaimana maksud hadis yang berbunyi:

"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan
perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia' (Riwayat Ibnu Majah).

Konsep insuran sudah lama dipraktikkan. Dalam zaman Jahiliyyah ia adalah antara beberapa bentuk amalan kerjasama dikalangan puak atau suku kaum Arab sebagai strategi mambantu sesama mereka apabila ada anggota atau ahli yang menanggung kesusahan, seperti pembunuhan,penculikan, rompakan dan sebagainya. Malahan kini diperakui bahawa insuran telah berkembang daripada amalan Islam. Walaubagaimanapun ulama umumnya sepakat bahawa operasi insuran dalam bentuknya sekarang tidak menepati hukum syarak.

Jika konsep insuran diterima Islam,mengapa pula operasi seperti yang ada dalam pelbagai jenis polisi yang disediakan oleh syarikat insuran sekarang didiapati bercanggah dengan kehendak syarak?

Misalnya, Jawatankuasa Fatwa , Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan, dalam mesyuarat
pada 15 Jun 1972, memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana dijalankan oelh syarikat
insuran yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat yang fasid kerana tidak sesuai dengan prinsip Islam dari segi aqadnya, kerana mengandungi unsur yang tidak Islamik; yang mana hukumnya menurut Islam adalah HARAM.

Selain itu, Akademi Feqah Islam (Majmak Fiqh) yang mana anggotanya terdiri daripada ulama' dari seluruh dunia Islam termasuk Malaysia dan diasaskan dibawah Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dalam mesyuaratnya di Jeddah pada
22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insurans, bahawa kontrak perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans mengandungi unsur yang membawa kepada fasid.

Yang demikian,menurut Majmak Fiqh, ia HARAM disisi syarak. Daripada kedua-dua keputusan,
ini jelas menunjukkan ulama' sependapat bahawa kedua-dua jenis perniagaan insurans nyawa dan am adalah tidak menepati landasan syariah. Mengapa pula ulama' memutuskan perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans sekarang tidak menepati hukum syarak ialah kerana polisi insurans adalah kontrak atau akad jual beli, Di bawah urusan transaksinya, pembeli yang dipanggil pemegang polisi dikehendaki membayar wang premium sebagai harga kepada syarikat insurans yang menjual polisi insurans yang menyediakan faedah perlindungan sama ada untuk diri (nyawa) atau harta benda pemegang polisi itu sendiri.

Jual beli dalam Islam mempunyai rukun tertentu.Sekiranya salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jual beli dikira tidak sempurna dan boleh membatalkan akad tersebut.
Dalam kontrak jual beli insurans, salah satu rukun yang tidak sempurna ialah yang berkaitan dengan ma'qudalaih (apa yang diakadkan). Perkara atau apa yang diakadkan, yang dibeli atau dijual, mestilah jelas dan tidak mengadungi unsur 'gharar'. Jika rukun ini tidak dipenuhi, maka akad jual menjadi cacat. Gharar dilarang oleh Rasulullah SAW mengikut sabda baginda yang bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang jual beli secara baling batu dan jual beli gharar (Riwayat Muslim).

Sehubungan itu, ulama' menjelaskan gharar dalam salah satu daripada daripada tiga sebab berikut;
I. Tiada barang yang dijual beli (akad jual beli tanpa barang).
2. Ada barang tetapi tidak boleh diserah kepada pembeli, dan
3. Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak
dapat ditentukan atau tidak jelas sama ada sifatnya, caranya, banyaknya atau lain-lain.

Dalam konteks ini, ulama' berpendapat perkara ke-3 diatas menunjukkan ada unsur gharar dalam konteks jual beli insurans. Dalam setiap urusan, Islam sentiasa menekankan kepada prinsip keadilan dan kebaikan. Unsur gharar menafikan kedua-dua prinsip ini. Mana-mana kontrak jual beli yang mengandugi amalan atau mengenakan syarat berat sebelah dan kesannya boleh membawa kerugian kepada sebelah pihak sahaja adalh jual beli gharar.

Misalnya, syarat yang menetapkan luputnya wang pembeli atau pengembalian wang tidak mengikut kiraan yang adil, sekiranya pembeli terbabit tidak memenuhi kewajipan, tempoh atau tanggungjawab tertentu seperti membatalkan atau memecahkan akad sebelum genap tempoh yang dipersetujui. Urusan jual beli seperti ini, tidak mengambil kira langsung kepentingan keadilan dan kebaikan kepada akid atau pihak-pihak yang
berakad, lebih-lebih lagi pembeli yang menyumbangkan wang.

2. Operasi Takaful

Berbeza dengan insurans, operasi takaful sebagai satu bentuk perniagaan adalah tidak berasas kepada akad jual beli. Dalam hubungan ini, peserta takaful tidak membeli produk takaful daripada syarikat takaful dan sebaliknya syarikat takaful tidak menjual produk itu seperti syarikat-syarikat insurans menjual polisi insurans. Apa pun konsep takaful, seperti insurans, tetap mementingkan dan menghayati amalan kerjasama, tolong-menolong, setiakawan atau ringkasnya saling jamin menjamin diantara mereka.

Umumnya, struktur perjalanan takaful tidak banyak berbeza dengan insurans. Disatu pihak ada peserta yang melanggani produk takaful daripada pihak yang menyediakan produk itu, iaitu syarikat takaful. Kedua-dua pihak ini akan memeteraikan akad. Oleh kerana wang sumbangan dibayar oleh peserta dengan tujuan untuk menabung dan mendapat untung sambil berniat untuk membantu rakan peserta yang memerlukan bantuan ketika ditinpa musibah, maka opersi takaful lebih berbentuk satu usaha pelaburan.

Yang demikian wang sumbangan peserta tidak menjadi hak syarikat. Sedang dibawah jual beli
insurans, wang premium menjadi hak syarikat insurans sebagai balasan pemegang polisi membeli polisi insurans daripada syarikat berkenaan. Sesuai dengan struktur operasinya, ulama' memutuskan bahawa akad takaful HARUS berasaskan prinsip al-Mudharabah atau berkongsi untung dalam perniagaan. Peserta akan berhak mendapat untung daripada bahagian tabungan atas pulangan pelaburan yang dijalankan oleh syarikat takaful. Diwaktu yang sama, peserta juga bersetuju menyumbang sebagai tabarru' (derma) sebahagian daripada sumbangannya dan untung pelaburan keatasnya bagi tujuan membantu rakan peserta yang ditimpa kesusahan.

3. ASB dan ASN

Hukum melabur dalam ASN dan ASB atau mana-mana amanah saham adalah berdasarkan kaedah yang sama dengan urusniaga saham. Ia dianggap halal oleh syara' sekiranya aktiviti-aktiviti amanah saham itu dilakukan adalah tidak melanggar hukum syara'. Jika mana-mana amanah saham termasuk ASN dan ASB terlibat dalam aktiviti-aktiviti tidak halal atau syubhah, maka andalah yang perlu membuat penyelidikan dan keputusan. Ada beberapa amanah saham yang mengisytiharkan diri mereka pelaburan halal 100%, antaranya ASDI,ASK, Abrar Trust fund, Tabung Pertama bank Islam bhd, Tabung Ittikal Arab malaysia, Tabung Ittikal KL Mutual, Tabung ittikal Rasyid Hussin,Tabung Haji; maka pilihlah salah satu amanah saham tersebut.

Rujukan: Rumusan dari perbahasan di islah-net dan msm-net pada tahun 1997.

*masa kursus 4hari baru2 ni,kwn dpt info:

1-HARAM mengambil perlindungan kenderaan@lain2 insurans drpd Kurnia Insurans krn ia tidak mematuhi syariah (tak islamik)..seeloknya bertukar kpd polisi Takaful.(rujuk dahulu kpd ejen ttg status polisi tsebut sblm mmohon)

2-HARAM juga sesiapa yg membuat pelaburan ASB krn ASB telah melabur smula di tempat yg syubhah (meragukan) spt di Maybank (MBB tak smuanya islamik),dan bbrpa sykt yg kwn dah lupa (ada catit note,nti leh add)

3-AIA a.k.a AIG adalah HARAM kerana tiada lgsg produk yg mematuhi syariah.

P/s: Jika ada sebarang keraguan,kawan ble bg no.hp perunding kewangan yg mberi ceramah dlm kursus sblm ni.TQ
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Insuran Nyawa, Takaful dan ASB Empty Re: Insuran Nyawa, Takaful dan ASB

Post  zulkbo Tue Dec 08, 2009 3:46 pm

good info bro..
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum