Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
4 posters
Page 1 of 1
Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
Lubuk maut ragut nyawa
ULU JEMPOL – Kegembiraan lima lelaki bermandi-manda di Hutan Lipur Lubuk Yu di sini, bertukar tragedi apabila salah seorang rakan mereka dipercayai mati lemas di tempat kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, dalam kejadian terbabit mangsa, Mohd Azhar Azizan, 28, bersama empat rakannya datang berkelah di tempat tersebut.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Felda Jengka 17 adalah bapa kepada seorang anak juga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertugas di Tapah, Perak.
“Menurut keterangan saksi, mangsa dipercayai menyelam ketika mandi di kawasan pada kedalaman 4.3 meter dan tidak timbul menyebabkan rakannya mengesyaki mangsa lemas dan membuat percubaan mencari di kawasan sekitar.
“Usaha mereka gagal dan polis dimaklumkan kira-kira jam 8.00 malam dan tiba di kawasan kejadian bersama pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bandar Jengka kira-kira jam 8.25 malam,” katanya.
Ahmad Johari berkata, operasi mencari dan menyelamat bermula jam 8.25 malam semalam namun pasukan penyelam tidak boleh meneruskan usaha mencari mangsa di dasar sungai kerana arus deras serta hujan.
“Operasi pada malam tersebut hanya dilakukan di atas permukaan dan di bahagian tebing sungai sahaja. Ia dihentikan pada tengah semalam dan disambung semula pada jam 9 pagi semalam,” katanya.
Pasukan Bomba dari Balai Bomba Bandar Jengka bersama Unit Skuba Temerloh bagi Zon Pahang Barat giat menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu dekat sini sejak petang kelmarin.
Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba Bandar Jengka, Sabri Roslan berkata, pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Jengka dengan kekuatan lapan anggota dibantu lapan orang penyelam dari Unit Skuba Temerloh.
Kawasan carian dilakukan dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan mangsa dikhuatiri lemas.
Menurutnya, sehingga jam 6.30 petang mangsa masih belum ditemui dan operasi dihentikan buat sementara memandangkan keadaan semakin gelap.
Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan jam 8 pagi esok.
sumber - SinarHarian/Pahang

Last edited by MD on Mon Jul 26, 2010 3:45 pm; edited 1 time in total
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
simpatinya..
moga mangsa
dapat di temui
secepat mungkin
moga mangsa
dapat di temui
secepat mungkin
Re: Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
zulkbo wrote:simpatinya..
moga mangsa
dapat di temui
secepat mungkin
sehingga semalam,mangsa masih belum ditemui..
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
Penah dengar lubuk yu ni...kat belah mana ekk... sblm tong kiat tu ke
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
ozzy wrote:Penah dengar lubuk yu ni...kat belah mana ekk... sblm tong kiat tu ke
Kawasan tu la...
sini dalam sikit airnya, sebelum ni ada dah yang mati lemas...
p/s - ikut pada cerita member yang duk jengka 17,mangsa terjun tak naik naik...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
Gambar sekitar operasi menyelamat...
Tinjauan oleh Ahli Parlimen Maran & Adun Jengka
Ada banyak lagi..boleh layari blog Adun Kuala Sentul
Dato' Shahaniza:
http://dunkualasentul.blogspot.com/2010/06/lubuk-yu-gambar-sekitar-operasi-mencari.html
Tinjauan oleh Ahli Parlimen Maran & Adun Jengka
Ada banyak lagi..boleh layari blog Adun Kuala Sentul
Dato' Shahaniza:
http://dunkualasentul.blogspot.com/2010/06/lubuk-yu-gambar-sekitar-operasi-mencari.html
Re: Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
semoga dipermudahkan segala urusan...Takziah pada keluarga mangsa...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
update dari FB Dato' YB Adun Kuala Sentul
Jenazah mangsa ditemu terdampar di tebing sungai kira-kira jam 3.30 petang 30 Jun 2010, 4 hari selepas kejadian.
AlFatihah....
http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story7891305.asp
Jenazah mangsa ditemu terdampar di tebing sungai kira-kira jam 3.30 petang 30 Jun 2010, 4 hari selepas kejadian.
AlFatihah....
http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story7891305.asp
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
rupanya kisah ni bersambung...6 orang lagi meninggal, selepas mangsa.dan mengikut kajian juga dipercayai berpunca dari virus bawaan air sungai...Takziah pada mangsa.
p/s ayah mangsa yang lemas meninggal seminggu selepas jenazah [ anaknya ] ditemui
p/s ayah mangsa yang lemas meninggal seminggu selepas jenazah [ anaknya ] ditemui
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
MD wrote:Lubuk maut ragut nyawa
ULU JEMPOL – Kegembiraan lima lelaki bermandi-manda di Hutan Lipur Lubuk Yu di sini, bertukar tragedi apabila salah seorang rakan mereka dipercayai mati lemas di tempat kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, dalam kejadian terbabit mangsa, Mohd Azhar Azizan, 28, bersama empat rakannya datang berkelah di tempat tersebut.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Felda Jengka 17 adalah bapa kepada seorang anak juga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertugas di Tapah, Perak.
“Menurut keterangan saksi, mangsa dipercayai menyelam ketika mandi di kawasan pada kedalaman 4.3 meter dan tidak timbul menyebabkan rakannya mengesyaki mangsa lemas dan membuat percubaan mencari di kawasan sekitar.
“Usaha mereka gagal dan polis dimaklumkan kira-kira jam 8.00 malam dan tiba di kawasan kejadian bersama pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bandar Jengka kira-kira jam 8.25 malam,” katanya.
Ahmad Johari berkata, operasi mencari dan menyelamat bermula jam 8.25 malam semalam namun pasukan penyelam tidak boleh meneruskan usaha mencari mangsa di dasar sungai kerana arus deras serta hujan.
“Operasi pada malam tersebut hanya dilakukan di atas permukaan dan di bahagian tebing sungai sahaja. Ia dihentikan pada tengah semalam dan disambung semula pada jam 9 pagi semalam,” katanya.
Pasukan Bomba dari Balai Bomba Bandar Jengka bersama Unit Skuba Temerloh bagi Zon Pahang Barat giat menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu dekat sini sejak petang kelmarin.
Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba Bandar Jengka, Sabri Roslan berkata, pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Jengka dengan kekuatan lapan anggota dibantu lapan orang penyelam dari Unit Skuba Temerloh.
Kawasan carian dilakukan dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan mangsa dikhuatiri lemas.
Menurutnya, sehingga jam 6.30 petang mangsa masih belum ditemui dan operasi dihentikan buat sementara memandangkan keadaan semakin gelap.
Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan jam 8 pagi esok.
sumber - SinarHarian/Pahang
kas banyak kali da mandi manda de tempat tu..air memang dalam,hitam jer airnyer..kas pernah menyelam sampai telinga rasa berdesing macm nak pecah tp tak cecah jugak kedasarnyer lagi..mengikut pengiraan kas mase kas mandi tu musim kemarau tp kedalamnyr lebih kurang sebatang tiang TNB la kas elam tp tak pt cecah tanh bwah tu gak...
Re: Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
10 positif virus Lubuk Yu
KUANTAN - Seramai 10 disahkan positif virus meliodosis dan leptospirosis manakala sembilan yang lain negatif melalui sampel darah yang diperiksa sejurus didapati mempunyai simptom demam akibat terlibat dalam operasi menyelamat mangsa lemas di Lubuk Yu akhir Jun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Hoh Khai Mun berkata, mereka merupakan 19 daripada 148 anggota penyelamat yang terlibat secara terus dalam operasi itu.
Menurutnya, daripada 10 yang disahkan positif, empat daripada mereka disahkan mengalami kedua-jangkitan iaitu meliodosis dan leptospirosis manakala enam positif meliodosis.
“Setakat Rabu lalu terdapat satu kes baru dan enam yang lain masih dirawat iaitu dua di Hospital Jengka, tiga di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan satu di Hospital Selayang.
“Bagaimana pun, kita berharap tidak ada kes baru selepas 28 Julai malah kerja pembersihan yang dilakukan kelmarin dijangka akan membantu menangani virus itu,” katanya.
Dalam perkembangan terbaru, Khai Mun memberitahu, kajian daripada pakar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) turut mendapati virus tersebut wujud di Jerantut dan Lipis.
“Bagaimana pun, lokasinya belum dapat dikenal pasti kerana ia masih di peringkat penyelidikan,” katanya.
Kelmarin, seramai 52 petugas daripada enam jabatan kerajaan mengambil masa kira-kira lima jam melakukan operasi bersepadu membersihkan Pusat Rekreasi Lubuk Yu, di sini, bermula jam 10 pagi semalam.
Sebelum kerja pembersihan dilaksanakan, petugas menjalani ujian saringan bagi memastikan tahap kesihatan baik, malah mereka memakai sut perlindungan serta keselamatan diri ketika melaksanakan tugas berkenaan.
Beberapa sampel tanah dan air diambil untuk dianalisis semula oleh Jawatankuasa Kecil Teknikal terdiri daripada pakar dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan.
Katanya, hasil itu pula akan dirujuk serta dibincangkan dengan Jawatankuasa Kecil Bencana wabak berkenaan sebelum dapat memutuskan sama ada pusat rekreasi terbabit dapat dibuka semula kepada pengunjung.
sumber : sinarharian pahang

Lagi mangsa Lubuk Yu meninggal dunia
Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
berita@kosmo.com.my
KUANTAN - Seorang pegawai bomba yang dijangkiti wabak Melioidosis dan Leptospirosis selepas menyertai misi mencari seorang mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh semalam.
Mohd. Nor Abidin Ismail (gambar), 50, yang bertugas di Balai Bomba Jengka dan tinggal di Felda Jengka 2, Maran disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung koronari pada pukul 3.11 pagi.
Kematian beliau menjadikan bilangan mangsa yang maut akibat jangkitan kuman tersebut adalah tujuh orang.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Rosnah Ismail memberitahu, selain dijangkiti dua bakteria itu, mangsa turut menghidap penyakit kencing manis dan keracunan darah.
"Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Jengka pada 3 Julai lalu sebelum dirujuk ke HoSHAS pada 8 Julai untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi dan diberi rawatan antibiotik.
"Apabila semakin stabil, dia telah dipindahkan ke wad biasa sebelum mendapat serangan jantung koronari dan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

kalau tak silap koi
abang ipar seorang forumer
kita saudara noyie..
semoga Allah tempatkan
arwah di sisi orang yang soleh
Al-Fatihah..
abang ipar seorang forumer
kita saudara noyie..
semoga Allah tempatkan
arwah di sisi orang yang soleh
Al-Fatihah..
Re: Ulu Jempol - Lubuk Maut Ragut Nyawa [ update ]
zulkbo wrote:kalau tak silap koi
abang ipar seorang forumer
kita saudara noyie..
semoga Allah tempatkan
arwah di sisi orang yang soleh
Al-Fatihah..
Takziah...Al Fatihah
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Similar topics
» 'Puaka' Lubuk YU
» HERBA DAN ULAMAN
» Insuran Nyawa, Takaful dan ASB
» 10 kawasan diwarta lubuk ikan
» Maran :: RM3j diperlukan naik taraf Lubuk Yu

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum