Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Mandi Wajib..

3 posters

Go down

Mandi Wajib.. Empty Mandi Wajib..

Post  zulkbo Tue Nov 24, 2009 10:29 am

koi dapat dari email
sajer nak kongsi ngan aok me..


Nampak mudah TAPI inilah benda penting dan asas kpd keberkesanan dalam
amalan kita...walahualam...

> Mandi wajib
>
> Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.
>
> Mandi wajib yg betul
>
> Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut
> jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi
> wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
>
> Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
> melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
> sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi
> membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang
> zahir.
>
> Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
> (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun,
> berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak
> Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui
> perkara ini.
>
> "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah
> satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang
> zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang
> itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi
> wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
> Keramat Kuala Lumpur.
>
> Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
> dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah
> mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu
> tidak akan sah.
>
> Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis
> di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
>
> Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
>
> Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
>
> Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
> mana2 bahagian anggota badan.
>
> Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku
> mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang
> habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas
> nifas kerana Allah Taala".
>
> Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas
> dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
> tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula
> menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum
> air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya
> tidak sah.
>
> Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada
> pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita
> ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
> Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
>
> Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh
> anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
> badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
> ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang
> atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak
> wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam
> hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
>
> Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang
> sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah
> dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika
> sedang mandi.
>
> Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
> Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain
> inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang
> mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi
> wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.
> Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
>
> Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak
> boleh dibuang begitu mudah.
>
> Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
> tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air
> sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke
> rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang
> ke rambut.
>
> Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna
> itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu
> tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini,
> sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.
> Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
>
> Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi
> wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah
> atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih
> oleh umat Islam.
>
> Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais
> menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki
> dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,
> keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum
> perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan
> anak(wiladah) .
>
> Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama
> ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
>
> Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya
> mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
> Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak
> mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah
> sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.







Wassalam.

> Sebaik-baik manusia itu adalah
mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Mandi Wajib.. Empty Re: Mandi Wajib..

Post  sakur@86 Tue Nov 24, 2009 10:41 am

thanks 4 this info...terase jahilnye tentang ilmu agama ni.... Embarassed Embarassed Crying or Very sad
sakur@86
sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera

Back to top Go down

Mandi Wajib.. Empty Re: Mandi Wajib..

Post  zulkbo Tue Nov 24, 2009 10:58 am

sakur@86 wrote:thanks 4 this info...terase jahilnye tentang ilmu agama ni.... Embarassed Embarassed Crying or Very sad

koi bukak special kat aok yang baru kawin tu
hu huh hu
Razz Razz
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Mandi Wajib.. Empty Re: Mandi Wajib..

Post  sakur@86 Tue Nov 24, 2009 11:21 am

zulkbo wrote:
sakur@86 wrote:thanks 4 this info...terase jahilnye tentang ilmu agama ni.... Embarassed Embarassed Crying or Very sad

koi bukak special kat aok yang baru kawin tu
hu huh hu
Razz Razz

time kasih la...prihatin jgk Bro kat koi ni...kehkehkeh
sakur@86
sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera

Back to top Go down

Mandi Wajib.. Empty Re: Mandi Wajib..

Post  MD Tue Nov 24, 2009 11:23 am

practise make perfect...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Mandi Wajib.. Empty Re: Mandi Wajib..

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum