Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Temerloh :: Patin luar dominasi pasaran tempatan

Go down

Temerloh :: Patin luar dominasi pasaran tempatan Empty Temerloh :: Patin luar dominasi pasaran tempatan

Post  Deto_8 Tue Nov 17, 2009 7:32 pm

TEMERLOH – Kegagalan pihak berkuasa membendung kegiatan mengimport patin luar dan menjualnya atas nama ‘patin Temerloh’ dibimbangi akan terus melenyapkan industri patin tempatan.

Sinar Harian difahamkan, kegiatan itu pada asalnya dilakukan segelintir peniaga yang menumpang tuah keenakan patin Temerloh dengan mengimport patin dari luar daerah berhampiran.

Namun, sejak awal tahun ini kes seumpama itu bukan sahaja dilakukan peniaga runcit malah lebih menyedihkan pengusaha patin sangkar sendiri mengimport patin luar dan menjualnya atas nama ‘patin Temerloh’.

Kegiatan itu didorong atas banyak faktor. Kos pengeluaran bagi sekilogram patin sangkar terus naik disebabkan peningkatan harga makanan ikan dan kos membina sangkar antara puncanya.

Bagi pemborong mereka tidak merasa sangat kesan peningkatan kos pengeluaran tetapi bagi pengusaha patin sangkar sendiri kenaikan kos sangat membebankan mereka.

Selain itu, faktor kegagalan pengusaha tempatan mengeluarkan ‘patin Temerloh’ dengan kuantiti yang diminta juga antara penyebabnya.

Daripada 80 metrik tan sebulan yang dicadangkan, pengusaha tempatan hanya mampu menghasilkan separuh dari jumlah itu. Akhir-akhir ini, hanya suku dari jumlah sasaran mampu dikeluarkan.

Cara paling mudah untuk mendapat untung ialah dengan mengimport patin luar yang jauh lebih murah dan menjualnya dengan harga standard ‘patin Temerloh’.

Sinar Harian difahamkan daripada berpuluh pengusaha patin sangkar di Temerloh, kini hanya tiga sahaja yang 100 peratus mengusahakan patin sangkar dan menjualnya sendiri, selebihnya diimport dari luar.

Bagi yang biasa makan ikan patin, rasa dan kualiti ‘patin Temerloh’ jauh lebih sedap dari patin luar. Faktor makanan ikan juga memainkan peranan keenakan ‘patin Temerloh’.

Apa yang dibimbangi, jika sehingga sekarang masih tidak ada usaha membendung kegiatan ini secara berterusan industri ‘patin Temerloh’ yang dikenali seluruh negara akan hanya tinggal nama.

Pengerusi Jemaah Peladang Kawasan (PPK) Temerloh Abu Hanipah Majid mengakui kegiatan mengimport patin luar semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, PPK sendiri sedang mengambil beberapa langkah untuk mengembalikan semula kuantiti pengeluaran ‘patin Temerloh’.

“PPK telah memohon peruntukan bagi menambah bilangan sangkar untuk diberikan kepada pengusaha tempatan supaya mereka mampu menghasilkan ‘patin Temerloh’ dengan kuantiti yang lebih.

“Perkara ini sudah diajukan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Pahang dan kita masih menunggu,” katanya sewaktu ditemui semalam.

Abu Hanipah berkata, dengan bantuan daripada LPP itu nanti diharap mampu memberi peluang kepada lebih ramai pengusaha ‘patin Temerloh’ dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pengusaha patin sangkar sedia ada.

Beliau berkata, selain itu PPK juga mengharapkan agensi lain yang berkaitan seperti FAMA, Jabatan Perikanan, dan lain-lain turut serta mencari jalan meningkatkan semula hasil pengeluaran ‘patin Temerloh’ 100 peratus dikeluarkan dari Sungai Pahang dan dari daerah Temerloh.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum