Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Koleksi Karya SB
+10
lepat_ubi
ozzy
acey
sayed7
labu sayong
zulkbo
Jeck Sparow
Yassin
MD
strikerbuncit
14 posters
Page 2 of 3
Page 2 of 3 • 1, 2, 3
Re: Koleksi Karya SB
strikerbuncit wrote:Harapan
walaupun pautan kita lemah,
selagi kalimah tauhid boleh ditutur,
kemungkinan ke ’sana’ tetap ada,
bagaimana seterusnya,
bergantung pada amalan kita..
sambungan sajak yang sebelumnya
kesinambungan nafsu kita..
pada koi kita tak dapat lari dari
pengaruh semasa..cer aok nengok
celik mata keluar rumah jer
apa yang kita nampok..godaan belaka
nafsu mata sudah cukuplah
tak tertangkis oleh kita.benar lah kata
aok..selagi kita berpegang pada khalimah
itu insyaallah kita akan terpelihara..
terima kasih atas karya yang menyentuh..
hu hu hu
Re: Koleksi Karya SB
dahsat la aok SB.....tahniah....tahniah......(blh gnti Usman awang ni)
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Koleksi Karya SB
waaahhhhhhhhh tabik spring LA bRO SB...
TERUSKAN USAHA KREATIF ANDA INI....CHAIYOOKKK..CHAIYOOKKK....
TERUSKAN USAHA KREATIF ANDA INI....CHAIYOOKKK..CHAIYOOKKK....
sakur@86- Tok Empat
- Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera
Re: Koleksi Karya SB
Erti Wang Dan Kehidupan
Semua orang mahukan wang,
wang boleh membahagiakan,
wang boleh membantu kehidupan,
wang boleh memberi kejayaan,
wang boleh mengangkat darjat,
tetapi..
kerana wang jugalah kita bersengketa,
kerana wang jugalah kita putus saudara,
kerana wang jugalah kita bercerai berai,
kerana wang jugalah kita berbunuh-bunuhan,
kerana wang jugalah kita menjadi tamak,
kerana wang jugalah yang miskin terus ditindas,
kerana wang jugalah amanah dipergadai,
kerana wang jugalah peraturan dilanggar,
kerana wang jugalah nyawa jadi taruhan,
Alahai manusia..
kenapa hanya kerana kertas tak berguna itu,
kamu membelakangkan agamamu,
kamu menolak perikemanusiaanmu,
kamu seperti tidak bertuhan,
Aduhai malangnya..
kerna matimu tidak akan ber’wang,
pakaian mewahmu berganti kain putih,
tilam empukmu berganti tanah,
kelambu indahmu berganti papan,
hiburanmu adalah tangisanmu sendiri,
Ingatlah,
wang bukanlah segalanya…
Semua orang mahukan wang,
wang boleh membahagiakan,
wang boleh membantu kehidupan,
wang boleh memberi kejayaan,
wang boleh mengangkat darjat,
tetapi..
kerana wang jugalah kita bersengketa,
kerana wang jugalah kita putus saudara,
kerana wang jugalah kita bercerai berai,
kerana wang jugalah kita berbunuh-bunuhan,
kerana wang jugalah kita menjadi tamak,
kerana wang jugalah yang miskin terus ditindas,
kerana wang jugalah amanah dipergadai,
kerana wang jugalah peraturan dilanggar,
kerana wang jugalah nyawa jadi taruhan,
Alahai manusia..
kenapa hanya kerana kertas tak berguna itu,
kamu membelakangkan agamamu,
kamu menolak perikemanusiaanmu,
kamu seperti tidak bertuhan,
Aduhai malangnya..
kerna matimu tidak akan ber’wang,
pakaian mewahmu berganti kain putih,
tilam empukmu berganti tanah,
kelambu indahmu berganti papan,
hiburanmu adalah tangisanmu sendiri,
Ingatlah,
wang bukanlah segalanya…
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Koleksi Karya SB
Siapakah Dia..
Siapakah orang ini?
Bebas melakukan apa aja,
walau dimana saja dia berada,
tanpa mengira masa.
Siapakah orang ini?
Boleh mengganggu orang lain,
tetapi tidak dimarahi,
kadang-kadang diberi makan pula,
dan hadiah pakaian cantik,
Ishh,biar betul!..
Siapakah orang ini?
tidak akan didakwa di mahkamah,
atas apa jua kesalahan,
walaupun kesalahan membunuh,
wow,hebatnya!..
Siapakah orang ini?
Boleh masuk syurga akhirnya,
walaupun tak solat dan puasa,
cuma dicelup seketika dineraka,
wah,untungnya!..
Siapakah orang ini?
Anda mahu jadi sepertinya?
Diberi kunci kebebasan untuk apa saja?
caranya amat mudah..
jadilah ORANG GILA!!! hahahaha…
Siapakah orang ini?
Bebas melakukan apa aja,
walau dimana saja dia berada,
tanpa mengira masa.
Siapakah orang ini?
Boleh mengganggu orang lain,
tetapi tidak dimarahi,
kadang-kadang diberi makan pula,
dan hadiah pakaian cantik,
Ishh,biar betul!..
Siapakah orang ini?
tidak akan didakwa di mahkamah,
atas apa jua kesalahan,
walaupun kesalahan membunuh,
wow,hebatnya!..
Siapakah orang ini?
Boleh masuk syurga akhirnya,
walaupun tak solat dan puasa,
cuma dicelup seketika dineraka,
wah,untungnya!..
Siapakah orang ini?
Anda mahu jadi sepertinya?
Diberi kunci kebebasan untuk apa saja?
caranya amat mudah..
jadilah ORANG GILA!!! hahahaha…
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Koleksi Karya SB
"Kecantikan Lelaki
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi
pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ..
Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: Koleksi Karya SB
"ORANG KATA...
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA...
orang muda hidup memang baru
bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA...
betul jugak tu..
ORANG KATA..
exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year
papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA..
exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
ATUK KATA..
setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal,
bertaubat..
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!
ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
successful people have a good
time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan
karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm
sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali
sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali
seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau
setahun?
AKU RASA..
err..betul jugak tu..
Jadi...
Apa yang KORANG RASA?"
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA...
orang muda hidup memang baru
bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA...
betul jugak tu..
ORANG KATA..
exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year
papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA..
exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
ATUK KATA..
setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal,
bertaubat..
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!
ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
successful people have a good
time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan
karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm
sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali
sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali
seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau
setahun?
AKU RASA..
err..betul jugak tu..
Jadi...
Apa yang KORANG RASA?"
Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: Koleksi Karya SB
So Aper Korang semua nak Kata
Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: Koleksi Karya SB
Jeck Sparow wrote:So Aper Korang semua nak Kata
Nak kata haper.... Aku setan.. dah mmg grenti kena bakor....
Re: Koleksi Karya SB
koy101 wrote:
Nak kata haper.... Aku setan.. dah mmg grenti kena bakor....
kalau setan memang dibakar la jawabnyer tapi oak tu manusia kan semulia mulia kejadian semuga hidup ader keberkatan insyaallah kawan sentiasa mendoakan yang tebaik untuk kawan kawan
Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: Koleksi Karya SB
Jeck Sparow wrote:So Aper Korang semua nak Kata
nak kata apa lg? betul dah tu..tp aok tanya mcm malaikat pencabut nyawa..seram la plk..
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Koleksi Karya SB
strikerbuncit wrote:
nak kata apa lg? betul dah tu..tp aok tanya mcm malaikat pencabut nyawa..seram la plk..
Idok ler gitu.....sajer nak tau jerkk huhuhu
Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: Koleksi Karya SB
ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm
sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali
sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali
seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau
setahun?
ermm insaf jap......
setiap manusia dapat 24 jam dlm
sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali
sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali
seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau
setahun?
ermm insaf jap......
Cronical_Narnia- Posts : 29
Points : 31
Join date : 02/12/2009
Location : Bumi Tuhan
Re: Koleksi Karya SB
ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA..
betul jugak tu..
hermmm kupanjatkan doa padamu ya rabbi
semuga aku dan sahabatku sekalian
sudah bersedia untukMu ya Tuhan
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA..
betul jugak tu..
hermmm kupanjatkan doa padamu ya rabbi
semuga aku dan sahabatku sekalian
sudah bersedia untukMu ya Tuhan
Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: Koleksi Karya SB
Kenapa & Kerana
1.Kenapa orang suka berita yang tidak benar?
>Kerana orang tak suka kebenaran yang biasanya pahit untuk diterima.
2.Kenapa orang gemar bercerita keburukan orang lain?
>Kerana satu kepuasan untuk berkongsi dendam dengan orang lain.
3.Kenapa mudah berkata berbanding melakukannya?
>Kerana manusia dibekalkan dengan mulut dan akal tapi hanya kerap menggunakan mulut sahaja.
4.Kenapa ada yang suka dengki pada orang lain?
>Kerana dia tak pernah berusaha dan miskin jiwa.
5.Kenapa lelaki lebih cenderung untuk curang?
>Kerana dia ada nafsu satu tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.
6.Kenapa perempuan suka membeli belah?
>Kerana dia ada akal satu tetapi memanfaatkan musim jualan murah.
7.Kenapa pasangan bercinta kerap bergaduh lebih bahagia dikemudian hari?
>Supaya dia tahu apa yang boleh dan tak boleh dalam menjaga hati masing-masing.
8.Kenapa hidup hanya sekali?
>Supaya kita merasai sakit menjelang kematian sekali juga.Kerana ia tak terperi sakitnya.
9.Kenapa ada orang merokok?
>Kerana hukum makruh jua dijadikan alasan..
10.Kenapa kita takutkan hantu?
>Kerana kita kurang takutkan Allah..
11.Kenapa ada orang jahat di dunia ini?
>Kerana mudah kita membezakannya dengan yang baik..
12.Kenapa kawan sering mengkhianati?
>Kerana kita kawannya semasa kita senang
13.Kenapa PCC sangat ku sayangi?
>Kerana anda semua jugalah...
1.Kenapa orang suka berita yang tidak benar?
>Kerana orang tak suka kebenaran yang biasanya pahit untuk diterima.
2.Kenapa orang gemar bercerita keburukan orang lain?
>Kerana satu kepuasan untuk berkongsi dendam dengan orang lain.
3.Kenapa mudah berkata berbanding melakukannya?
>Kerana manusia dibekalkan dengan mulut dan akal tapi hanya kerap menggunakan mulut sahaja.
4.Kenapa ada yang suka dengki pada orang lain?
>Kerana dia tak pernah berusaha dan miskin jiwa.
5.Kenapa lelaki lebih cenderung untuk curang?
>Kerana dia ada nafsu satu tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.
6.Kenapa perempuan suka membeli belah?
>Kerana dia ada akal satu tetapi memanfaatkan musim jualan murah.
7.Kenapa pasangan bercinta kerap bergaduh lebih bahagia dikemudian hari?
>Supaya dia tahu apa yang boleh dan tak boleh dalam menjaga hati masing-masing.
8.Kenapa hidup hanya sekali?
>Supaya kita merasai sakit menjelang kematian sekali juga.Kerana ia tak terperi sakitnya.
9.Kenapa ada orang merokok?
>Kerana hukum makruh jua dijadikan alasan..
10.Kenapa kita takutkan hantu?
>Kerana kita kurang takutkan Allah..
11.Kenapa ada orang jahat di dunia ini?
>Kerana mudah kita membezakannya dengan yang baik..
12.Kenapa kawan sering mengkhianati?
>Kerana kita kawannya semasa kita senang
13.Kenapa PCC sangat ku sayangi?
>Kerana anda semua jugalah...
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Koleksi Karya SB
- Code:
13.Kenapa PCC sangat ku sayangi?
>Kerana anda semua jugalah...
betul ker..
cer kabo bagi
terranggg sket..
hu hu hu
Re: Koleksi Karya SB
Cinta
Cinta itu indah
tak terucap dengan kata-kata
hati tak keruan,jiwa tak tenteram
resah gelisah,mahu ditatapnya berulang kali
sehari berpisah bagaikan terasa berbulan lamanya
sesaat begitu lambat berdetik
mabuk dengan perasan,khayal dengan angan-angan
angan mencipta istana kebahagiaan
dengan insan yang dicintai
Namun,
tak semudah melafazkan kata cinta
mengotakannya dan memberi komitmen adalah berat
sukar buat mereka yang berpura-pura
yang hipokrit dan tidak setia
yang boleh menukar cinta kepada derita
Dan cinta sememangnya indah
pada mereka yang benar-benar menghargai
dan menyayangi pasangannya setulus hati
hebatnya sebuah perasaan
bernama Cinta….
Cinta itu indah
tak terucap dengan kata-kata
hati tak keruan,jiwa tak tenteram
resah gelisah,mahu ditatapnya berulang kali
sehari berpisah bagaikan terasa berbulan lamanya
sesaat begitu lambat berdetik
mabuk dengan perasan,khayal dengan angan-angan
angan mencipta istana kebahagiaan
dengan insan yang dicintai
Namun,
tak semudah melafazkan kata cinta
mengotakannya dan memberi komitmen adalah berat
sukar buat mereka yang berpura-pura
yang hipokrit dan tidak setia
yang boleh menukar cinta kepada derita
Dan cinta sememangnya indah
pada mereka yang benar-benar menghargai
dan menyayangi pasangannya setulus hati
hebatnya sebuah perasaan
bernama Cinta….
Last edited by strikerbuncit on Tue Dec 08, 2009 5:33 pm; edited 1 time in total
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Koleksi Karya SB
Dilema Di Kaki Lima
Kaki lima
cuma lebar lima kaki
tetapi peranannya besar
menempatkan golongan ‘cendiakawan’
yang menggemarinya..
di situlah,
pelbagai koloni memenuhinya
pelbagai gelagat dapat dilihat
apa yang tak pernah kita lihat di situ?
seperti penagih dadah melepas gian,
pelacur mencari pelanggan,
remaja berpeleseran dengan arak di tangan,
gay dan homo mencari teman,
dan bagi pengemis,itulah kediamannya.
Lebih mengharukan,
majoritinya adalah kaum kita,
kaum Melayu bangsa terbilang,
yang lebih ramai menetap di itu,
daripada berkelana menuntut ilmu,
kerana mencari keseronokan,
dan nikmat sementara.
alangkah sedihnya,
bagaimanakah hari esok mereka?
adakah kekal di situ selamanya?
kalaulah Hang Tuah tahu semua ini,
lantas dia akan menukar ayat keramatnya,
“takkan Melayu hilang di kaki lima”..
kepada yang celik,
selamatkan mereka ini sebelum terlambat,
hulurkan tangan dan berikanlah bantuan
sokongan serta harapan
pada mereka,
itulah sebaik-baik usaha seorang insan
atas dasar perikemanusiaan…
Kaki lima
cuma lebar lima kaki
tetapi peranannya besar
menempatkan golongan ‘cendiakawan’
yang menggemarinya..
di situlah,
pelbagai koloni memenuhinya
pelbagai gelagat dapat dilihat
apa yang tak pernah kita lihat di situ?
seperti penagih dadah melepas gian,
pelacur mencari pelanggan,
remaja berpeleseran dengan arak di tangan,
gay dan homo mencari teman,
dan bagi pengemis,itulah kediamannya.
Lebih mengharukan,
majoritinya adalah kaum kita,
kaum Melayu bangsa terbilang,
yang lebih ramai menetap di itu,
daripada berkelana menuntut ilmu,
kerana mencari keseronokan,
dan nikmat sementara.
alangkah sedihnya,
bagaimanakah hari esok mereka?
adakah kekal di situ selamanya?
kalaulah Hang Tuah tahu semua ini,
lantas dia akan menukar ayat keramatnya,
“takkan Melayu hilang di kaki lima”..
kepada yang celik,
selamatkan mereka ini sebelum terlambat,
hulurkan tangan dan berikanlah bantuan
sokongan serta harapan
pada mereka,
itulah sebaik-baik usaha seorang insan
atas dasar perikemanusiaan…
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Koleksi Karya SB
i love u SB.. ekekekeke
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Re: Koleksi Karya SB
apens7 wrote:i love u SB.. ekekekeke
eh..jgn curang ek....
labu sayong- Tok Empat
- Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4
Re: Koleksi Karya SB
labu sayong wrote:apens7 wrote:i love u SB.. ekekekeke
eh..jgn curang ek....
ops.. love LS too.. hehehe
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Re: Koleksi Karya SB
apens7 wrote:labu sayong wrote:apens7 wrote:i love u SB.. ekekekeke
eh..jgn curang ek....
ops.. love LS too.. hehehe
sy hrp MD xlintas kt cni....
labu sayong- Tok Empat
- Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4
Re: Koleksi Karya SB
Masalah oh masalah
Negara kita,
ada masalah yang boleh diselesai,
tapi masalahnya,
sengaja tak diselesai,
akibatnya,masalah bertambah masalah,
yang bersalah,jadi tak bersalah,
yang tak salah,jadi bersalah,
sampai tak tahu siapa pesalah,
masalahnya juga,
sengaja dicipta masalah,
untuk selamatkan orang bersalah,
akhirnya tiada siapa bersalah,
oleh itu,negara kita bebas masalah,
kalau ada,bukan satu masalah.
Negara kita,
ada masalah yang boleh diselesai,
tapi masalahnya,
sengaja tak diselesai,
akibatnya,masalah bertambah masalah,
yang bersalah,jadi tak bersalah,
yang tak salah,jadi bersalah,
sampai tak tahu siapa pesalah,
masalahnya juga,
sengaja dicipta masalah,
untuk selamatkan orang bersalah,
akhirnya tiada siapa bersalah,
oleh itu,negara kita bebas masalah,
kalau ada,bukan satu masalah.
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Koleksi Karya SB
Celikkah Kita?
Apabila kadar jenayah menggusarkan,
kita kebingungan,
mencari-cari punca,
mencari-cari penyelesaian,
semua buntu,
sebenarnya kita terlupa,
atau buat-buat terlupa?
Tuhan sudah menyediakan petunjuk,
dan panduan melalui wahyuNya,
bahawa undang-undangNya adalah terbaik,
berbanding ciptaan manusia,
yang rapuh dan tidak sempurna,
tetapi kita dimomokkan dengan,
dakwaan dan prasangka,
akan ketidaksesuaiannya di zaman ini,
sudah tidak relevan lagi,
umat akan kudung tangannya,
harus berubah mengikut arus semasa,
dan sekarang,
inilah hasilnya,
bila manusia mengaku lebih pandai,
dan tak mahu mengakui hukum tuhan,
sibuk mencari kaedah lain,
walaupun sudah ada di depan mata,
dasar manusia bodoh sombong,
rela melihat jenayah terus berlaku,
daripada hukum Tuhan ditegakkan!..
Apabila kadar jenayah menggusarkan,
kita kebingungan,
mencari-cari punca,
mencari-cari penyelesaian,
semua buntu,
sebenarnya kita terlupa,
atau buat-buat terlupa?
Tuhan sudah menyediakan petunjuk,
dan panduan melalui wahyuNya,
bahawa undang-undangNya adalah terbaik,
berbanding ciptaan manusia,
yang rapuh dan tidak sempurna,
tetapi kita dimomokkan dengan,
dakwaan dan prasangka,
akan ketidaksesuaiannya di zaman ini,
sudah tidak relevan lagi,
umat akan kudung tangannya,
harus berubah mengikut arus semasa,
dan sekarang,
inilah hasilnya,
bila manusia mengaku lebih pandai,
dan tak mahu mengakui hukum tuhan,
sibuk mencari kaedah lain,
walaupun sudah ada di depan mata,
dasar manusia bodoh sombong,
rela melihat jenayah terus berlaku,
daripada hukum Tuhan ditegakkan!..
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Koleksi Karya SB
Angan-Angan
Kerapkali diwaktu senggang,
kuimpikan seseorang yang baik,
mencampakkan sejumlah wang,
ataupun membelikan apa saja,
ataupun menawar sebarang pertolongan,
ataupun sokongan berterusan,
lumrah seorang yang papa,
bermimpi dan berangan-angan,
sesuatu yang sukar diperoleh,
biarpun bermimpi secara sedar,
kerana takdirnya memang begitu..
Akan tetapi,
papa bukan bermakna hina,
kaya pun boleh menjadi hina,
biarlah nilai harta cuma segenggam,
asalkan milik kita,
daripada harta bergunung,
tetapi hutang pun berjela-jela,
tanggungjawab bertambah,
juga menjadi sasaran jenayah,
tekanan datang seiring,
dan kekayaan itu,
boleh menjadi tali gantung
bila-bila masa saja..
Ah,baiknya menjadi papa!
hanya memikirkan diri,
dan tak perlu takut,
akan kehilangan apa-apa,
kerana harta yang sebenar,
ialah kebahagiaan dan ketenangan jiwa…
Kerapkali diwaktu senggang,
kuimpikan seseorang yang baik,
mencampakkan sejumlah wang,
ataupun membelikan apa saja,
ataupun menawar sebarang pertolongan,
ataupun sokongan berterusan,
lumrah seorang yang papa,
bermimpi dan berangan-angan,
sesuatu yang sukar diperoleh,
biarpun bermimpi secara sedar,
kerana takdirnya memang begitu..
Akan tetapi,
papa bukan bermakna hina,
kaya pun boleh menjadi hina,
biarlah nilai harta cuma segenggam,
asalkan milik kita,
daripada harta bergunung,
tetapi hutang pun berjela-jela,
tanggungjawab bertambah,
juga menjadi sasaran jenayah,
tekanan datang seiring,
dan kekayaan itu,
boleh menjadi tali gantung
bila-bila masa saja..
Ah,baiknya menjadi papa!
hanya memikirkan diri,
dan tak perlu takut,
akan kehilangan apa-apa,
kerana harta yang sebenar,
ialah kebahagiaan dan ketenangan jiwa…
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Page 2 of 3 • 1, 2, 3
Similar topics
» Koleksi Karya Amienski
» Koleksi Pendrive
» Koleksi kisah benar
» KOLEKSI cerita&video lawak
» Koleksi Gambar Team Pahang
» Koleksi Pendrive
» Koleksi kisah benar
» KOLEKSI cerita&video lawak
» Koleksi Gambar Team Pahang
Page 2 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum