Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Koleksi Karya SB

+10
lepat_ubi
ozzy
acey
sayed7
labu sayong
zulkbo
Jeck Sparow
Yassin
MD
strikerbuncit
14 posters

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Go down

Koleksi Karya SB Empty Koleksi Karya SB

Post  strikerbuncit Tue Nov 17, 2009 12:19 pm

Pendahuluan:

Terima kasih kpd Deto&Admin krn respon thadap cadangan saya sblm ini.
Sebenarnya saya ada byk koleksi karya peribadi dan diletakkan dalam
Blog Friendster saya.Namun,alangkah baiknya saya boleh berkongsi di sini
untuk tatapan tuan puan & juga memberi komen sewajarnya.
Sebarang copypaste,sila PM saya untuk kebenaran.
Terima kasih kerana sudi membaca..


--------------------------------------------------------

Doa Buat Kekasih/teman.

Teman,
Jadilah wanita sejati,
dalam kelembutan,ada kekuatan.

Teman,
Jangan menjadi seperti kaca,
sekali pecah,takkan bercantum.

Teman,
Jangan menjadi hamba cinta,
kerana cinta sebenarnya hamba.

Teman,
Peliharalah dirimu dengan iman,
sesungguhnya ia menjauhi kamu dari kehinaan.

Teman,
Patuh&taatilah ibubapamu,
kerana kebahagiaan terletak pada restu mereka.

Teman,
Jangan lupa suruhan agama,
kerana ia jaminanmu ke syurga.

Teman,
Semua ini bukan satu bebelan,
tetapi nasihat atas dasar kasih,
membawamu ke jalan terpimpin,
kerana dirimu dari tulang rusukku,
dari seseorang bernama LELAKI...


Manusia atau Binatang

Matinya manusia penuh kehinaan..
mati manusia kerana dibunuh,
mati manusia kerana berlumba,
mati manusia kerana HIV,
mati manusia kerana dadah,
mati manusia kerana perang,
Hari ini..matinya manusia kerana manusia,
bukan kerana binatang atau bencana alam,
tetapi kerana tangan manusia sendiri yang
sebenarnya lebih binatang dari binatang,
dan lebih ganas dari bencana alam..


Kerana Lupa

Manusia selalu terlupa,
manusia lupa kerana cinta,
manusia lupa kerana harta,
manusia lupa kerana pangkat,
manusia lupa kerana disanjung,
hinggakan mereka benar-benar terlupa..

Terlupa dosa pahala,
Terlupa tuhan pencipta,
Terlupa syurga dan neraka,
Jangan hanya TERSEDAR semasa nafas terakhir
dikerongkongmu..


Si Tua

Kadang-kadang kita sering terlupa,
akan seseorang tua tak berdaya,
dek kerana leka dengan dunia,
sedangkan si tua itu jarang terlupa,
mendoakan kita sihat sejahtera.

Sejak kecil kita dibelai dan dimanja,
dipeluk,dicium,disuap,apa saja,..
bila dewasa,cuma isteri merasa,
hasil menjadi insan sempurna,
sedangkan si tua itu memendam rasa

Biarpun si tua itu kecewa,
senyuman diukir,tetap ceria,
jarang mengadu deritanya,
kita cuma mengiyakan saja,
sedangkan kita gagal merasa,
apa yang tersembunyi dijiwanya,
meronta-ronta penuh siksa,
bukan mengharapkan harta berjuta,
cuma perhatian dan kasih dipinta,
untuk mengisi kekosongan
di hari hari terakhirnya..
sebelum menemui pencipta,
Itulah ibu kita..


Last edited by strikerbuncit on Tue Nov 17, 2009 4:13 pm; edited 1 time in total
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  strikerbuncit Tue Nov 17, 2009 12:25 pm

TANGISAN ALAM

Kasihan melihat alam,
yang dahulunya hijau nan damai,
kini tinggal air lumpur coklat,yang mengalir lesu,
sebagaimana lesunya alam menghadapi sikap manusia,
yang tamak haloba..
Tanpa memikirkan akibat-untuk diri dan generasi mereka sendiri,
di’belasah’ alam itu dengan sekejamnya..
kerana lumayannya konsesi balak..
kerana bernilainya tanah untuk projek mega..
kerana komisen jutaan ringgit buat si pengkhianat..
akhirnya alam menjadi alat dan lubuk kemewahan.
Hinggalah suatu saat,alam menjadi marah,
meluahkan ‘runtuhan tanah’ perasaannya..dan
air mata ‘banjir kilat’ hadiah untuk manusia,
sebagai pengajaran dan peringatan..
namun,habuan itu bukan sahaja menimpa makhluk perosak tersebut,
malah insan-insan tak berdeosa juga menanggung akibatnya..
Kalaulah manusia menghargai alam…………!


IBU DAN AYAH

Kasih ibu amat mendalam,
kasih bapa dengan tindakan..
sayangnya ibu dengan belaian,
sayangnya bapa dengan nasihat..
marahnya ibu kerana mendidik,
marahnya bapa kerana memimpin..
perginya ibu,hilanglah sumber motivasi,
perginya bapa,hilanglah sumber rujukan..
Dengarlah anak-anak..dengarlah semua..
Sayangi dan berbaktilah pada ibu bapa,
kerana itulah tujuan kamu dilahirkan…


SEMPADAN MASA

Mata-mata semakin layu
terbuai-buai dalam lelap
sebagai penamat kisah semalam
kerana tidur adalah jalan
ke dalam dunia keesokkan
yang tak menjanjikan apa-apa
membawa cita-cita dan harapan
agar lebih baik dari sebelum
Dan, mimpi sebagai pintu-pintu
gerbang sebuah realiti dan juga
hadiah dari malam…


MASA YANG KESAL

Setiap saat berputar,
setiap detik berlalu,
pantas meninggalkan kita,
samada pengakhiran yang baik,ataupun sia-sia..
yang tahu menghargainya,akan merasa kesuntukan..
yang hanya membazirkan,tidak merasa apa-apa..
melainkan rasa kerugian sesudahnya,
satu penyesalan yang tidak berguna
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  MD Tue Nov 17, 2009 12:45 pm

Teruskan berkarya SB,
kalau aok ada dizaman 80an mudah mencipta nama...masa ni tengah meriah,banyak ruangan penulisan,dan penjualan novel dll hasil karya sangat diminati..dulunya sastera ni agak kuat dan ramai peminatnya...zaman berubah..
btw,
kalau banyak karya,kumpulkan dan bukukan...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  Yassin Tue Nov 17, 2009 12:47 pm

strikerbuncit wrote:Pendahuluan:

Terima kasih kpd Deto&Admin krn respon thadap cadangan saya sblm ini.
Sebenarnya saya ada byk koleksi karya peribadi dan diletakkan dalam
Blog Friendster saya.Namun,alangkah baiknya saya boleh berkongsi di sini
untuk tatapan tuan puan & juga memberi komen sewajarnya.
Sebarang copypaste,sila PM saya untuk kebenaran.
Terima kasih kerana sudi membaca..


--------------------------------------------------------

Tu pasal kawan cakap ada peminat nyer bender gini bagus SB kawan tapik juge ke aok... Very Happy
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  Jeck Sparow Tue Nov 17, 2009 12:49 pm

IBU DAN AYAH

Kasih ibu amat mendalam,
kasih bapa dengan tindakan..
sayangnya ibu dengan belaian,
sayangnya bapa dengan nasihat..
marahnya ibu kerana mendidik,
marahnya bapa kerana memimpin..
perginya ibu,hilanglah sumber motivasi,
perginya bapa,hilanglah sumber rujukan..
Dengarlah anak-anak..dengarlah semua..
Sayangi dan berbaktilah pada ibu bapa,
kerana itulah tujuan kamu dilahirkan…


Memang yerrrr....
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  zulkbo Tue Nov 17, 2009 12:52 pm

SB...
koi suka karya aok
tak leh nak layan sekarang
time "peak" ...nanti malam
koi menghayatinya...
hu hu hu..jiwang gak aok ni yek
cam bang Yassin kite Very Happy Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  strikerbuncit Wed Nov 18, 2009 3:52 pm

Pesan Ibu

Oh anakku..
sembilan bulan sepuluh hari,
kukandungkan dirimu,
maka hari ini penuh sejarah,
kau lahir dan melihat dunia,
sebelum itu,
dengarlah pesan ibu,
sebagai pedoman buatmu,
untuk mengharungi kehidupan..

Anakku,
suatu hari nanti,
bila kamu sudah pandai merangkak,
merangkaklah dengan perlahan-lahan,
kerana untuk hidup,
kita tidak boleh terburu-buru,
sikap itu akan memusnahkan,
apa yang kamu impikan..

Anakku,
suatu hari nanti,
bila kamu sudah pandai berjalan,
lihatlah jalan yang kamu pilih,
jika tersilap,kamu akan tersungkur,
dan jangan lupa untuk bangkit,
setelah kamu terjatuh..

Anakku,
suatu hari nanti,
bila kamu sudah pandai bercakap,
tuturlah perkataan yang elok,
kerana pepatah lama ada menyebut,
kerana mulut badan binasa,
dan hati-hatilah bila berkata,
kerana kata-kata itu doa..

Anakku,
suatu hari nanti,
bila kamu sudah dewasa,
pilihlah haluan yang betul,
carilah kawan yang menyokong,
tuntutlah ilmu sebanyak mungkin,
jika tidak,kamu dipandang hina,
dan dibenci orang..

Anakku,
suatu hari nanti,
bila kamu sudah bekerja dan berjaya,
bila setinggi awan kamu telah capai,
janganlah dilupa rumput melata,
berpijaklah dibumi nyata,
rendahkanlah kepalamu itu,
jangan angkuh dan berbangga diri,
kerana hidup tak selalunya indah..

Anakku,
suatu hari nanti,
bila kamu ingin berkeluarga,
carilah isteri yang taat,
didiklah anakmu dengan ajaran agama,
bentuklah mereka dengan acuan yang betul,
kerana mereka adalah anugerah,
dan juga amanah buatmu..

Anakku,
suatu hari nanti,
bila ibu tiada lagi di dunia ini,
solatkan dan kebumikan ibu di kubur,
dengan tangan mu sendiri,
hanya itu sudah memadai,
untuk ibu gembira dan pergi dengan tenang,
dan jangan lupa doakan ibu,
agar dilindungi dari azab-Nya,
kerana doa seorang anak,
menjadi bekalan ibu di sana..

Anakku,
Ibu amat menyayangimu..
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  strikerbuncit Thu Nov 19, 2009 5:15 pm

Tawa Dalam Misterius

Hai,nama saya Bomoh.
saya suka tolong orang ramai,
sesiapa yang ada masalah,
bolehlah ketemu saya..
kena santau?
benci seseorang?
nak pakai susuk?
minta tangkal kebal?
tukar daun jadi emas?
badan tak sedap semacam?
Jangan risau,saya boleh buat semuanya,
dijamin tiada kesan sampingan,
asalkan pengerasnya tinggi,
takpun dapat raba-raba sikit,
boleh baik punya..
tapi ada pantang larang,
jangan beritahu sesiapa 'kaedah'saya,
takut tak menjadi,
ataupun memakan diri.
ok,faham?..
(tiba-tiba..)
err,sakit perutla pulak..
nak demam pun ada,
arghh,baik aku jumpa doktor kejap..
kamu semua tunggu sini ye!
....??????
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  labu sayong Thu Nov 19, 2009 6:15 pm

walaupun koi ni dari sekolah lg koi dari aliran sains,tapi mmg minat dalam sastera ni.. mgkn pengaruh abg2 dan akak2 kot..org suke menulis ni suka berfikirkan psl khdpn..
labu sayong
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  Jeck Sparow Thu Nov 19, 2009 10:33 pm

Teruskan usaha anda berkarya SB
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  strikerbuncit Fri Nov 20, 2009 2:55 pm


Tabiat-Tabiat Yang Baik Untuk Diri Tetapi Tidak Disenangi Orang Lain.


1)Kentut

Baik:
Elok untuk badan kerana jika gas kentut tidak dikeluarkan,ia akan naik ke kepala dan menyebabkan pening.Ia juga mempunyai bunyi yang pelbagai dan menghiburkan.

Buruk:
Baunya yang agak aneh boleh menyebabkan orang lain(mangsa)mudah menjadi pemarah dan
trauma berpanjangan.Juga boleh merosakkan majlis atau porak poranda.

2)Sendawa


Baik:
Untuk membuang angin dalamperut dan memberi kelegaan pada tubuh.Mengelakkan perut
menjadi sebu atau senak.

Buruk:
Masalah bau juga jika mulutseseorang itu disahkan mengidap penyakit mulut 'cambangkaitikus'.selain itu,jika sendawa yang dibuat-buat atau dipaksa,boleh menyebabkan anda dipulau tanpa disedari.

3)Korek Hidung

Baik:
Melancarkan pernafasan,oksigen mudah disedut,tidak menggangu tidur,mengelakkan ia terkeluar sendiri di depan kekasih.

Buruk:
Dianggap jijik di mata orang ramai,orang sebelah yang sedang makan boleh muntah atau hilang selera makan beberapa hari.Ditambah pula tabiat anda yang suka meletak tahi tersebut di tempat terbuka.Memang ngeri..

4)Korek Telinga

Baik:
Nikmat khayal tanpa unsur dadah,tiada kesan sampingan,mengelakkan anda digelar tuli/si pekak.Lebih sensitif pada setiap bunyi,mudah mendengar kata dan nasihat.

Buruk:
Orang yang bersembang dengan anda seolah-olah bercakap seorang diri kerana anda di dunia lain.Tahi yang serupa asam biji botol 10sen itu boleh menimbulkan kekeliruan lantas dimakan kanak-kanak atau sesiapa aja.

5)Potong Kuku

Baik:
Mengikut sunnah Nabi,mengelakkan keracunan makanan,dianggap pembersih,menghalang syaitan hinggap,mudah melakukan kerja tanpa tersangkut oleh kuku.

Buruk:
Membuang sisa kuku merata-rata dan amat malang jika ia berada atas katil.Boleh juga dianggap tidak sopan jika memotong kuku dengan gigi anda.Dan lebih menyeramkan menggigit kuku kaki dengan gigi juga.Tidak mustahil anda akan ditinggalkan kekasih walaupun anda bekas Miss World dan amat kaya.

6)Bersin

Baik:
Menurut hadis,bersin akan menyingkirkan 70jenis penyakit.Melegakan pernafasan dan rongga mulut.

Buruk:
Membersin di depan orang bukanlah idea yang baik.Kelajuan bersin secara purata mencapai 200km/j adalah tidak mampu dielak oleh manusia biasa dan boleh mengakibatkan muka seseorang yang penuh air liur anda itu akan membenci anda seumur hidup.Sesetengah kes,terdapat pembersin mencapai bunyi bersin hingga 2gigaheartz dan mungkin menjadikan
orang tak bersalah menjadi pekak.

7)Memicit Jerawat

Baik:
Membersihkan muka dari biji jerawat yang menonjol,memberikan keyakinan selepas memicit.Wajah bertambah seri dan licin.

Buruk:
Jika ingin memicit jerawat,lihatlah kiri kanan supaya isi jerawat anda tidak terpalit ke muka sesiapa.Tidak dapat dibayangkan perasaan mangsa tersebut.Kerap juga para pemicit jerawat melenyekkan isi jerawatnya di cermin atau dimana saja beliau suka.Pasal itu,orang yang gemar melihat cermin mudah berjangkit jerawat.

Nasihat:
Jadi berhati-hatilah dengan tabiat anda itu kerana tidak semua orang suka atau mendapat manfaat darinya.Jika sukar mengikis tabiat itu, buatlah di tempat terpencil seperti di atas siling,dalam almari,bawah katil dll.

Berubahlah sebelum kena rembat.Sekian.

"ANDA MAMPU MENGUBAHNYA"
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  sayed7 Fri Nov 20, 2009 2:58 pm

x sia2 ko SB ko amik management..hehehehe
sayed7
sayed7
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 211
Points : 212
Join date : 23/10/2009
Age : 37
Location : kuantan+putrajaya

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  strikerbuncit Fri Nov 20, 2009 3:30 pm

Falsafahku Pendirianku

1- "Utamakan kehidupan yang anda lalui daripada
memikirkan orang lain kerana kita sendiri
yang tentukan arah tujuan,kebahagiaan yang
diingini dan mencari peluang-peluang untuk
berjaya"

2- "Pedulikan kata-kata orang,kerana ia akan
melemahkan pendirian dan membunuh cita-cita
anda"

3- "You can't say anything if you know nothing"

4- "Pandangan mata sentiasa menipu,lihatlah dengan
hati kerana hati tidak tahu menipu diri sendiri."

5- "Pengalaman saja itu bagus tetapi pengetahuan
lebih penting untuk membentuk pengalaman
lebih sempurna."

6- "Semakin kita tahu banyak perkara,semakin kita
mengenali kelemahan diri"

7- "Setiap permulaan yang baik belum tentu juga
penghujung yang baik,tetapi ia bagus sebagai
motivasi"

8- "Orang bercinta umpama penagih dadah,semua
yang dilihatnya indah belaka tetapi bila
terputus bekalan(cinta),dunia seolah-olah
sudah berakhir.Maka,jangan 'overdose'
tentang cinta."

9- "Manusia,alam dan haiwan hadir dalam satu
pakej,saling memerlukan,saling melindungi,
menyayangi dan memahami."

10- "Keindahan alam hanya bermakna apabila
manusia tahu menghargainya."

11- "Menang kalah bukan persoalan,yang penting
anda telah bertanding dan mempelajari
sesuatu."

12- "Hidup perlukan prinsip.Tanpa prinsip anda akan
menjadi lalang."

13- "Kata-kata yang benar tidak memerlukan bukti,
kerana kebenaran itu sudah menjadi bukti."

14- "Berdamailah walaupun kerugian,kerana tiada
makna kekayaan tanpa keamanan."

15- "Wang penting untuk terus hidup,tetapi
wang tidak boleh membeli kehidupan."

16- "Kejahatan akan sentiasa menentang kebaikan,
walaupun kebaikan tidak melakukan apa-apa."

17- "Kita lebih menghargai kejayaan yang datang
dengan kesukaran berbanding kita mudah
mendapatkannya."

18- "Sekeras manapun hati seseorang,namun ia masih
boleh dilembutkan dengan kata-kata."

19- "Semua keraguan akan tewas ditangan keyakinan."

20- "Rasuah adalah bom jangka.Ia akan memusnahkan
seseorang dan juga negara tanpa disedari.
Mereka akan 'mati' secara perlahan-lahan."

21- "Bersikap jujurlah pada sesiapa anda temui,
biarpun ada risiko untuk ditipu,sekurang-
kurangnya anda adalah insan mulia di sisi
Tuhan."

22- "Tonjolkan diri anda yang sebenar,mungkin
sukar untuk orang lain menerimanya,tetapi
ia akan difahami dan dihargai akhirnya."

23- "Kebahagiaan bukan bermakna pada apa yang
kita miliki,tetapi terletak pada apa yang
kita berikan selama ini."

24- "Bersikap mengalah adalah sikap pemenang"

25- "Maafkanlah pada mereka yang memburukkan
nama anda,sebenarnya mereka tidak tahu
apa-apa mengenai diri anda."

26- "Menyatakan cinta tanpa memberi komitmen
seperti memberi pelambung yang bocor.Ia takkan
bertahan lama dan akan karam"

27- "When our heart start to voice..it will
never end"

28- "Words can be sniper rifle,able to 'kill' you
soundless but effectively"

29- "Tawarkan kebaikan yang kamu ada pada semua,
mungkin kamu tidak mendapat apa-apa ganjaran,
tetapi mendapat sebuah penghargaan,amat
tinggi nilainya"

30- "Berbudi bahasa meramaikan kawan,merendah diri
mengurangkan musuh"

31- "Kemampuan seseorang untuk memperoleh ilmu
bergantung pada keazamannya"

32- "Senyumlah seikhlas mungkin,semua orang
akan menyenangi anda"

33- "Mata akan melihat yang tersurat,hati pula
membaca apa yang tersirat"

34- "Cara paling mudah untuk menjadi juara ialah
jangan mudah menyerah kalah"

35- "Orang yang hidup berprinsip tidak akan mudah
tergugat dengan keadaan sekeliling"

36- "Jika anda meluaskan skop pembacaan,anda mampu
'menjelajah' ke serata dunia tanpa bergerak
seinci pun.."

37- "Asking is caring,loving is understanding"

38- "Seteruk-teruk perangai manusia untuk dilihat
ialah mereka yang perasan bagus,namun,hakikatnya
tidak"

39- "Orang yang kuat berfikir adalah dua langkah
lebih cepat dari mereka yang tidak mahu."

40- "Insan yang hebat ialah orang yang selalu
bermuhasabah diri,sedia menerima nasihat
dan pandangan orang lain serta berani
melakukan perubahan demi kemajuan diri"

41- "Tiada kejahatan mampu kekal selamanya,
dan tiada kebaikan yang akan sia-sia"

42- "Kalau takutkan ombak,jangan berumah di tepi
pantai.Kalau takut cinta dilanda badai,jangan
dicerita erti cinta dan pengorbanan"

43- "Biarkan awan mendung berarak selalu,walaupun
tiada cahaya,bukankah laluan kita redup
sebenarnya?.."

44- "Kehilangan bukan untuk diratapi,tetapi
untuk diingati"

p/s:Catatan berdasarkan pengamatan,pemikiran&pengalaman hidup saya.Jika pernah terjumpa mana2 'prinsip' di atas pada sebarang sumber,sila maklumkan pd saya utk correction..
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  acey Fri Nov 20, 2009 3:40 pm

12- "Hidup perlukan prinsip.Tanpa prinsip anda akan
menjadi lalang."

koi nak minta awok beri sedikit penjelasan pasal ni la. macam koi ni keje kerajaan, kuli kepada boss koi, macam mana koi nak ada prinsip sedangkan koi hanya ikut arahan boss koi aje

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  strikerbuncit Fri Nov 20, 2009 3:45 pm

acey wrote:12- "Hidup perlukan prinsip.Tanpa prinsip anda akan
menjadi lalang."

koi nak minta awok beri sedikit penjelasan pasal ni la. macam koi ni keje kerajaan, kuli kepada boss koi, macam mana koi nak ada prinsip sedangkan koi hanya ikut arahan boss koi aje

tu cite aok..mgkin ia hanya berkaitan dgn hidup koi aje..tp ikut arahan bos tak perlukan prinsip slagi ia mmg tugas kita& tak bertentangan dgn mana2 hukum sama ada hukum Tuhan@peraturan biasa yg diakui semua orang.. Very Happy
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  ozzy Fri Nov 20, 2009 3:48 pm

acey wrote:12- "Hidup perlukan prinsip.Tanpa prinsip anda akan
menjadi lalang."

koi nak minta awok beri sedikit penjelasan pasal ni la. macam koi ni keje kerajaan, kuli kepada boss koi, macam mana koi nak ada prinsip sedangkan koi hanya ikut arahan boss koi aje

Koi rasa skop kata2 tu meluas ..bukan pasal keje je..
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  acey Fri Nov 20, 2009 3:49 pm

strikerbuncit wrote:
acey wrote:12- "Hidup perlukan prinsip.Tanpa prinsip anda akan
menjadi lalang."

koi nak minta awok beri sedikit penjelasan pasal ni la. macam koi ni keje kerajaan, kuli kepada boss koi, macam mana koi nak ada prinsip sedangkan koi hanya ikut arahan boss koi aje

tu cite aok..mgkin ia hanya berkaitan dgn hidup koi aje..tp ikut arahan bos tak perlukan prinsip slagi ia mmg tugas kita& tak bertentangan dgn mana2 hukum sama ada hukum Tuhan@peraturan biasa yg diakui semua orang.. Very Happy

ok n tqvm

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  strikerbuncit Fri Nov 20, 2009 4:07 pm

Kwn letakkan gambar kwn sbg bertanggung jawab pd apa yg kwn tulis dlm forum ini.Kwn bukan menulis utk bersuka2 tetapi lebih kpd perkongsian ilmu dgn aokme..mana yg baik kita ambil,mana yg tak betul,kita tegur demi kebaikan.. Wink
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  Jeck Sparow Fri Nov 20, 2009 4:12 pm

strikerbuncit wrote:Kwn letakkan gambar kwn sbg bertanggung jawab pd apa yg kwn tulis dlm forum ini.Kwn bukan menulis utk bersuka2 tetapi lebih kpd perkongsian ilmu dgn aokme..mana yg baik kita ambil,mana yg tak betul,kita tegur demi kebaikan.. Wink

Ada gaya seorang ustaz pun ader aok ni SB ikhlas dari hamba tanpa sebarang niat yang tersembunyi...
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  ozzy Fri Nov 20, 2009 4:18 pm

Jeck Sparow wrote:
strikerbuncit wrote:Kwn letakkan gambar kwn sbg bertanggung jawab pd apa yg kwn tulis dlm forum ini.Kwn bukan menulis utk bersuka2 tetapi lebih kpd perkongsian ilmu dgn aokme..mana yg baik kita ambil,mana yg tak betul,kita tegur demi kebaikan.. Wink

Ada gaya seorang ustaz pun ader aok ni SB ikhlas dari hamba tanpa sebarang niat yang tersembunyi...

ehemmmm..
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  Jeck Sparow Fri Nov 20, 2009 4:21 pm

ozzy wrote:

ehemmmm..

Terpulang pada Akal untuk mentafsirkannyer.....
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  zulkbo Fri Nov 20, 2009 5:18 pm

Jeck Sparow wrote:
strikerbuncit wrote:Kwn letakkan gambar kwn sbg bertanggung jawab pd apa yg kwn tulis dlm forum ini.Kwn bukan menulis utk bersuka2 tetapi lebih kpd perkongsian ilmu dgn aokme..mana yg baik kita ambil,mana yg tak betul,kita tegur demi kebaikan.. Wink

Ada gaya seorang ustaz pun ader aok ni SB ikhlas dari hamba tanpa sebarang niat yang tersembunyi...

koi pun rasa aok mmg special kat
sini SB..ada aura aok
ikhlas dari koi...
Laughing
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  strikerbuncit Sun Nov 22, 2009 10:59 pm

Temanku dan Temanmu

Aku ada seorang teman
lebih kecil dariku tapi egonya tinggi
sukar dikawal dan gemar mencari pasal
aku benar-benar membencinya
tapi dia sebenarnya bukanlah jahat sangat
cuma perlukan bimbingan sahaja
kerana itu,
aku selalu berjalan bersama dengannya
aku cuba pengaruhinya
agar mengikut rentakku
agar menjadi lebih baik
tetapi,
kadang-kadang aku yang tewas jua
terikut-ikut ajakannya
yang biasanya berniat jahat
yang amat sukar ditolak
akhirnya aku cepat-cepat sedar
supaya tak terpesong lagi
aku perlu berhati-hati
sebab dia tak tahu apa yang baik dan buruk
yang dia tahu,berseronok!
kamu nak tahu siapa temanku ini?
rasanya kamu juga memilikinya
baiklah,
aku akan perkenalkannya
dia adalah…

NAFSU!!
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  strikerbuncit Sun Nov 22, 2009 11:03 pm

Harapan

Titian penghujung ini,
tiada lagi orang baik-baik,
anda,saya,mereka dan semua,
yang ada hanyalah,
orang yang berusaha
menjadi baik,
kita memang tak terlepas
dari melakukan noda dan dosa
walaupun tanpa rela
kiri,kanan,atas,bawah..
ia datang dari segenap segi,
mata kerap terpandang
sesuatu yang tak patut,
tubuh yang enggan
pergi ke tempat diharapkan,
akal yang kerap tergelincir
dari landasan,
namun,
seterukmana pun kita,
jangan sekali-kali kita kufur,
berpeganglah pada paksi sebenar,
walaupun pautan kita lemah,
selagi kalimah tauhid boleh ditutur,
kemungkinan ke ’sana’ tetap ada,
bagaimana seterusnya,
bergantung pada amalan kita..
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  zulkbo Mon Nov 23, 2009 12:16 am

strikerbuncit wrote:

baiklah,
aku akan perkenalkannya
dia adalah…

NAFSU!!

ubat terbaik untuk yang bujang
ialah selalulah berpuasa sunat
hu hu hu Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Koleksi Karya SB Empty Re: Koleksi Karya SB

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum