Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah

4 posters

Go down

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah Empty Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah

Post  Deto_8 Sun May 10, 2009 1:10 pm

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah Mainpix

BERATNYA boleh menyamai bas sekolah.

Jika bermain di kebun getah, boleh meranapkan lebih 300 pokok semalaman.


Justeru, apakah fungsi sebenar mamalia darat terbesar ini?

“Ibarat orang membuat taman. Jika tidak dicantas selalu, tumbuhan tidak akan tumbuh cantik atau sempurna.

“Itulah antara tugas gajah, mencantas tumbuhan renek sehingga dahan pohon yang lebih tinggi.

“Dengan ini, ia membantu kitaran hidup tumbuhan dalam hutan,” kata Timbalan Ketua Unit, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Ahmad Kamsul Alias,

Beliau berkata demikian ketika menyambut peserta Kembara Zoom Malaysia anjuran majalah pelancongan Gaya Travel Nusantara dan Tourism Malaysia, baru-baru ini.

Beliau berkata, pusat itu menempatkan gajah yang dirawat selepas pulih dari kecederaan akibat jerangkap haiwan liar atau tersesat dalam kawasan kampung untuk mencari makanan selepas terpisah dari kumpulan.

“’Sanum’, 5, umpamanya ditemui calar-balar dengan kesan taring di leher pada 2007 dipercayai diserang harimau. Walaupun tidak mempunyai ekor, ia pulih sepenuhnya selepas setahun menjalani rawatan.

“’Selendang’ pula cacat selepas kaki kiri depan terputus ketika melepaskan diri daripada jerat dawai yang dipasang pemburu haiwan. Haiwan itu kini bebas bergaul bersama rakannya yang lain.

“’Siput’ ditemui selepas aduan orang kampung mengenai anak gajah mengamuk di ladang gajah di Sungai Siput. Ia menumpahkan susu getah kerana amat laparkan susu. Anak gajah biasanya menyusu antara 18 bulan dan dua tahun,” katanya.

Tiga gajah yang dinamakan sempena dengan tempat dijumpai ini antara sebahagian besar anak yatim yang menjadi penghuni pusat ini.

Berbanding dengan rakan lain yang kembali ke habitat asal, anak gajah ini tidak dilepaskan semula kerana dikhuatiri tidak mampu berdikari.

Justeru, usah berharap menyaksikan aksi gajah melukis, bermain bola atau menunggang dalam hutan seperti di Chiang Mai atau Phuket, Thailand.

Pusat ini lebih menerapkan usaha pendidikan dan memulihara hidupan liar ini.

Namun, anda dijamin akan terhibur dengan aksi genit anak gajah ini seakan-akan berada di padang permainan. Keletahnya tak ubah anak kecil yang tidak betah diam dan gemar berendam dalam air Sungai Teris yang cetek.

Seperti kanak-kanak kecil yang pantang dihulurkan gula-gula, anak gajah ini ternyata amat gemarkan kacang. Pengunjung berpeluang memberi makan gajah lebih tua buah-buahan tempatan seperti tembikai atau betik.

Lazimnya, selepas waktu makan tengah hari, pengunjung diberikan kesempatan untuk menunggang gajah dewasa termasuk Lokimala, 71, Pian, 35 dan Abot, 14. Tiada bakul penumpang disediakan, sebaliknya pelancong duduk di atas gajah bersama dengan pekerja pusat itu.

Lawatan ke pusat ini akan lebih bermakna apabila pengunjung berpeluang memandikan gajah, pengalaman unik yang tidak ditawarkan mana-mana kem gajah di Asia Tenggara.

“Kadangkala, ‘Pian’ boleh membawa antara tiga dan lima orang. Sebaik memasuki air, akan menjatuhkan semua penumpang di belakangnya ke dalam sungai. Aktiviti ini kini menjadi tarikan utama pelancong asing.

“Apabila yang tua dibersihkan, anak gajah dibawa memasuki sungai. Geli hati melihat gajah ini bergolek-golek seakan meminta badannya dibersihkan,” katanya.

Ada kalanya, anak gajah ini akan menyembur air antara satu sama lain kerana hidupan ini diketahui tidak tahan cuaca panas.

Selendang, gajah betina yang kudung satu kaki juga tidak mahu ketinggalan berendam dalam air sungai cetek.

Ahmad Kamsul berkata, aktiviti bermula selepas jam 12.30 tengah hari dan pelancong berpeluang melihat habitat hidupan liar ini secara dekat.

“Gajah Asia hanya boleh didapati di Mynmar, Thailand, Laos dan Malaysia. Dianggarkan ada kira-kira 1,200 gajah di Semenanjung Malaysia iaitu di Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor,” katanya.



>>TRIVIA GAJAH

- Mamalia darat terbesar ini boleh mencecah berat bas sekolah, 450 kilogram (kg). Berat ini menyebabkan ia tidur berdiri. Jangka hayatnya antara 80 hingga 100 tahun.

- Gajah tidak tahan panas dan amat suka berendam sama ada dalam air atau lumpur. Telinganya kelihatan seperti kipas berfungsi melancarkan pengaliran darah sekali gus menyejukkan badan.

- Gajah berkomunikasi dengan frekuensi rendah yang hampir tidak dapat dikesan oleh pendengaran manusia. Ini membolehkan ia kembali kepada kumpulannya walaupun dalam hutan tebal.

- Belalai gajah boleh menyedut sehingga 11.5 liter atau tiga gelen air untuk diminum atau disembur ke bahagian badan ketika mandi.

- Haiwan ini hanya tidur kira-kira empat jam sehari dan memerlukan kawasan yang luas untuk bermain dan sebagai sumber makanan. Oleh itu, ia menghasilkan 36kg najis sehari.


INFO



PKGK ditubuhkan lebih 20 tahun lalu oleh Perhilitan sebagai pangkalan Unit Tangkapan Gajah. Unit ini bertanggungjawab menangkap gajah tersesat dan tercedera sebelum dilepaskan kembali ke habitat semula jadi.


Bagi memastikan kunjungan anda berbaloi, pastikan tiba awal pagi. Bawa bersama baju ganti dan tuala untuk menyertai aktiviti memberi makan dan mandi bersama gajah yang bermula pada jam 12.30 tengah hari.


Pusat ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk. Bagaimanapun, anda dinasihatkan membuat tempahan di talian 09-2790391 kerana hanya 120 pengunjung pertama dibenarkan menyertai aktiviti menunggang dan mandi bersama gajah.

CARA KE SANA

Kuala Gandah satu setengah jam perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Ambil susur keluar ke tol Lanchang. Ambil kiri dan ikut papan tanda ke pusat ini.

RUJUKAN PERCUTIAN
Tourism Malaysia
Tel: 03-2615 8188
Faks: 03-2693 5884 / 2693 0207
Talian Pelancongan: 1-300-88-5050
E-mel: enquiries@tourism.gov.my
www.tourism.gov.my
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah Empty Re: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah

Post  lepat_ubi Fri May 29, 2009 6:26 pm

koi cadangkan kita buat satu sesi lawatan ke sini ( mcm zaman skoloh dulu ) sebak koi rase ramai yg belum sampai lg kt sini..betoii dak.?? Sesambil bawok anok2 jln makan angin..gone tok ketua.?
lepat_ubi
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah Empty Re: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah

Post  Deto_8 Fri May 29, 2009 6:37 pm

lepat_ubi wrote:koi cadangkan kita buat satu sesi lawatan ke sini ( mcm zaman skoloh dulu ) sebak koi rase ramai yg belum sampai lg kt sini..betoii dak.?? Sesambil bawok anok2 jln makan angin..gone tok ketua.?

idea menarik....kawan pun tok pernoh sampai lagi....

jalan lama lanchang tu pun lama tok lalu sejak LPT bukak ni
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah Empty Re: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah

Post  labu sayong Sat Aug 01, 2009 10:30 am

Deto_8 wrote:
lepat_ubi wrote:koi cadangkan kita buat satu sesi lawatan ke sini ( mcm zaman skoloh dulu ) sebak koi rase ramai yg belum sampai lg kt sini..betoii dak.?? Sesambil bawok anok2 jln makan angin..gone tok ketua.?

idea menarik....kawan pun tok pernoh sampai lagi....

jalan lama lanchang tu pun lama tok lalu sejak LPT bukak ni

weh..keh nok iket...
labu sayong
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah Empty Re: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah

Post  T.O.K.A.N Tue Oct 27, 2009 12:36 pm

Deto_8 wrote:
lepat_ubi wrote:koi cadangkan kita buat satu sesi lawatan ke sini ( mcm zaman skoloh dulu ) sebak koi rase ramai yg belum sampai lg kt sini..betoii dak.?? Sesambil bawok anok2 jln makan angin..gone tok ketua.?

idea menarik....kawan pun tok pernoh sampai lagi....

jalan lama lanchang tu pun lama tok lalu sejak LPT bukak ni

cantikkk nie..
T.O.K.A.N
T.O.K.A.N
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 157
Points : 156
Join date : 03/07/2009

Back to top Go down

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah Empty Re: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum