Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

5 posters

Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  Mrcipizs Tue Aug 11, 2009 9:52 am

Kenya 'asli' uji Malaysia

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi jaminan bahawa lawan Malaysia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam esok, Kenya akan membawa skuad kebangsaan sebenar mereka.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, ia turut disahkan oleh persatuan bola sepak negara Afrika itu sekali gus menyangkal kemungkinan pihaknya 'diperdayakan lagi' seperti oleh sebuah kelab Manotapa yang mendakwa merekalah skuad Zimbabwe pada 12 dan 14 Julai lalu.

"Kami telah berhubung dan diberikan jaminan bahawa inilah skuad kebangsaan mereka. Tidak perlu untuk diselidik lagi," katanya kepada Utusan Malaysia mengenai skuad K. Rajagopal yang menentang Kenya jam 8.45 malam esok.

Kenya merupakan lawan sulung antarabangsa skuad negara yang kini dibarisi sebahagian besar pemain Harimau Muda dan pemain bawah 23 tahun yang dibentuk bagi menghadapi Sukan SEA XXV di Laos, Disember ini.

Selain Kenya yang berkedudukan ke-105 dunia, Malaysia (No. 152) turut akan menghadapi pasukan kebangsaan China pada 15 Ogos, juga di Shah Alam pada 5.30 petang dan mengunjungi Arab Saudi tanggal 30 Ogos.

Sebarang keputusan dalam ketiga-tiga perlawanan persahabatan ini akan turut mempengaruhi ranking dunia skuad negara memandangkan sudah tersenarai dalam jadual Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai perlawanan kelas 'A'.

Kali terakhir China menentang Malaysia berkesudahan mereka menang 5-1 pada perlawanan Kumpulan C pusingan akhir Piala Asia 2007 di Stadium Nasional, Bukit Jalil manakala Arab Saudi kini di tangga ke-64 dunia.

* moh layan.. samdol.. anda bagaimana?
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  Mrcipizs Tue Aug 11, 2009 10:12 am

Skuad B-23 serba kekurangan

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my

KEHEBATAN pemain muda negara bakal diuji apabila mereka menentang Kenya dan China pada aksi persahabatan
minggu ini.

SKUAD bawah 23 negara (B-23) masih perlu belajar.
Demikian pengakuan jurulatih, K. Rajagobal.
Menurutnya, semua pihak perlu berfikir secara realistik dan logik apabila skuad kendaliannya itu turun menentang dua pasukan kebangsaan, Kenya dan China minggu ini.

Rajagobal

"Kemenangan tidak mungkin boleh dicapai dalam masa yang singkat. Pemain masih mentah dan masih perlu belajar untuk mematangkan diri dan oleh itu, semua pihak tidak harus memberi harapan yang terlalu tinggi," katanya.


Menurut Rajagobal, soal menang atau kalah tidak seharusnya dijadikan ukuran memandangkan mereka masih dalam proses pembelajaran untuk muncul sebagai sebuah pasukan yang mantap menjelang Sukan SEA 2009 di Laos pada Disember depan.

"Memang kita nak terapkan mentaliti di kalangan pemain supaya mereka sentiasa mahu memberikan yang terbaik setiap kali turun beraksi.

"Tapi kita kena sedar yang tahap Kenya dan China ini jauh lebih baik berbanding kita. Apa yang lebih penting, kita perlu terus meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Malam kelmarin, skuad B-23 negara menewaskan skuad Liga Super Kedah 3-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Biarpun dikejutkan dengan jaringan awal Kedah menerusi Shafiq Jamal, skuad B-23 negara membalas tiga gol hasil jaringan Zaquan Adha Radzak, Amirulhadi Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha.

"Kita tak boleh buat rumusan daripada satu perlawanan saja selepas kita berehat lama dan baru kembali berlatih minggu lepas. Bagaimanapun kemenangan ini bagus untuk meningkatkan moral dan keyakinan pemain," jelas Rajagobal.

Skuad B-23 negara bakal bertemu skuad kebangsaan Kenya malam esok di Stadium Shah Alam dan skuad kebangsaan China pada petang Sabtu di stadium yang sama.

Selepas itu, anak-anak buah Rajagobal itu akan berlepas ke Arab Saudi untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan negara itu pada 30 Ogos dan 1 September depan.

Mengikut ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 5 Ogos lalu, Malaysia naik lima anak tangga untuk menduduki tangga ke-152 manakala Arab Saudi (64), Kenya (105) dan China (108).
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  Mrcipizs Tue Aug 11, 2009 10:16 am

Remaja negara kempunan ke perlawanan akhir

TUAH tidak memihak kepada skuad bawah 18 tahun (B-18) negara apabila gagal melangkah ke perlawanan akhir Kejuaraan B-19 Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2009.

Mereka tewas 0-1 kepada Thailand pada aksi separuh akhir di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam petang semalam.

Biarpun Malaysia lebih banyak menguasai permainan, jaringan tunggal ketua pasukan Thailand, Surachet Ngamtip menerusi sepakan percuma pada minit ke-55 sudah cukup untuk mengecewakan barisan pemain muda negara.

Malaysia memiliki deretan peluang untuk menjaringkan gol bermula dengan percubaan ketua pasukan, Mohd. Irfan Fazail pada minit ke-10 dan ke-15 yang masing-masingnya ditepis keluar penjaga gol lawan selain terkena tiang gawang Thailand.

Pada minit ke-29, penyerang Malaysia, A. Thamil Arasu dijatuhkan di dalam kotak penalti tetapi pengadil hanya memberikan sepakan percuma yang diambil Irfan, tetapi sepakannya terkeluar daripada sasaran.

Setelah dikejutkan jaringan Thailand selepas 10 minit babak kedua bersambung, Malaysia terus berusaha mencari gol penyamaan tetapi nasib terus tidak memihak kepada skuad negara.

Pada minit ke-87, berlaku keadaan kelam kabut di depan pintu gol Thailand tetapi ketika gawang sudah terbuka, Irfan memilih untuk menyepak tinggi dan tersasar.

Jurulatih skuad B-18 negara, Ong Kim Swee berkata, anak-anak buahnya telah beraksi mengikut segala arahan serta berjaya menguasai permainan tetapi cuma mereka gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan.

"Kita kuasai 80 peratus perlawanan. Mungkin nasib tidak memihak kepada kita selain banyak keputusan pengadil perlawanan dari Myanmar yang boleh dipertikaikan.

"Saya tak faham keputusannya pada minit ke-29 apabila Thamil dijatuhkan dalam kotak penalti tetapi kita hanya diberi sepakan percuma.

"Tapi kita kena terima hakikat, dalam bola sepak jika kita gagal menjaringkan gol, kita tetap dianggap gagal," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Vietnam malam tadi.

Kejayaan ke separuh akhir itu sebenarnya sudah dianggap baik memandangkan skuad negara yang dibarisi sembilan pemain Harimau Muda, lapan pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) serta tiga pemain Piala Presiden Selangor, Kelantan dan KM Naza itu hanya sempat berlatih bersama selama tiga hari.

Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat petang esok, Malaysia akan bertemu Vietnam yang tewas 1-4 kepada Australia pada satu lagi separuh akhir petang semalam.
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  Mrcipizs Wed Aug 12, 2009 1:18 pm

Malaysia elak 'ditipu' lagi

ENGGAN dijadikan bahan ketawa buat kali kedua, pengesahan Kenya bahawa mereka akan menurunkan barisan sebenar bagi perlawanan persahabatan, hari ini jelas melegakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas insiden ‘diperdayakan’ Zimbabwe bulan lalu.

Zimbabwe yang menjanjikan akan menurunkan barisan terkuatnya sebagai rangka persiapan kunjungan Manchester United ke tanah air, sebaliknya diwakili kelab divisyen utama mereka, Monomotapa United.

Kali ini, Kenya yang lebih dikenali sebagai negara yang melahirkan pelari jarak jauh terkemuka dunia, turun dengan misi bukan saja untuk menyediakan diri bagi cabaran seterusnya melayakkan diri ke Piala Dunia 2010 tetapi juga untuk membersihkan nama benua Afrika yang dicemari dengan insiden mengaibkan itu.

“Ini adalah pasukan kebangsaan penuh kami. Dua pemain berpangkalan di luar, Patrick Onyango dan MacDonald Mariga tidak dapat diturunkan kerana peraturan tidak membenarkan mereka mendapat pelepasan dari kelab lima atau enam hari sebelum perlawanan. Patrick bermain di Republik Czech manakala Mariga bermain buat Parma dalam Serie A,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kenya, Sammy Joel Obingo dalam sidang akhbar pra-perlawanan semalam.

Bagi pengendali kebangsaan, K Rajagobal, perlawanan ini memberi satu lagi peluang menguji pasukan bawah 23 menjelang misi penting akhir tahun, Sukan Sea Laos.

“Saya merancang untuk menguji beberapa pemain nanti. Terdapat beberapa pemain yang mahu saya panggil tetapi mereka mempunyai komitmen terhadap kelab mereka,” katanya.

Mengenai Kenya, Rajagobal belum pernah melihat mereka beraksi tetapi mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap barisan yang diberikan jolokan ‘Harambee Stars’.

“Saya belum pernah melihat mereka beraksi tetapi saya mengetahui mereka dalam proses melayakkan diri ke Piala Dunia,” katanya.

Harga tiket, dewasa adalah RM10 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun, RM5.

sapa nak layan?? moh le..
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  Deto_8 Wed Aug 12, 2009 1:19 pm

mcm nak layan....

game lawan arab saudi main kat sana lah pulak...kalau tidak nak jugak belanje set2 arab tu
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  Mrcipizs Wed Aug 12, 2009 1:21 pm

Kenya tetap hormati Malaysia

RAJAGOBAL optimis
skuad kendaliannya
mampu memberi cabaran kepada Kenya.



SKUAD kebangsaan Kenya tidak memandang mudah aksi persahabatan menentang skuad Bawah 23 (B-23) negara di Stadium Shah Alam, malam ini, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Mereka akan tampil dengan menurunkan barisan terkuat bagi menghadapi tentangan daripada skuad bimbingan K. Rajagobal itu.

Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Kenya (KFF), Sammy Joel Obingo berkata, pertemuan tersebut merupakan sebahagian daripada persiapan skuad bergelar Harambee Stars itu menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Mozambique pada 6 September depan.

"Selepas tiga perlawanan, saingan Kumpulan C diterajui Tunisia dengan 7 mata, Nigeria (5 mata), Kenya (3 mata) dan Mozambique dengan 1 mata. Keempat-empat pasukan masih berpeluang untuk melayakkan diri.

"Jadi, kami datang ke Malaysia ini dengan barisan terkuat kecuali beberapa pemain kami yang beraksi di liga luar kerana mereka terikat dengan persiapan pra musim kelab masing-masing.

"Tapi, 20 pemain yang datang ini tetap merupakan tonggak pasukan dan kami akan menghadapi perlawanan menentang Malaysia ini dengan serius," katanya pada sidang media di Kelana Jaya petang semalam.

Skuad Kenya yang dibimbing jurulatih dari Jerman, Antoine Hey tidak membawa Patrick Onyango yang beraksi dengan sebuah kelab Republik Czech dan McDonald Mariga yang merupakan pemain tengah kelab Itali, Parma tetapi menyelitkan bekas penyerang import Pahang bagi musim 2008, Abdulrazak Alwi Hussein.

Pengurus pasukan Kenya, Edward Odour pula berkata, dia pernah melihat aksi skuad negara ketika bertemu Manchester United 18 Julai lalu menerusi siaran langsung di televisyen.

"Saya lihat Malaysia sebuah pasukan yang kuat kerana mampu memberi saingan sengit kepada United. Pemain No.17 (Amri Yahyah) memiliki sentuhan penyudah yang hebat," katanya.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal memberitahu, dia tidak pernah melihat aksi skuad Kenya tetapi mengakui pasukan tersebut sebuah pasukan yang kuat yang kini menghuni kedudukan ke-105 dunia.

"Mereka (Kenya) masih bersaing dalam kelayakan Piala Dunia manakala kita sudah tersingkir.

"Tapi kita akan menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk bersaing dengan pasukan kuat. Saya mahu melihat semua pemain kita terus melalui proses pembelajaran.

"Saya rasa Kenya akan beraksi dengan serius bagi membuktikan reputasi mereka dan saya pula berharap pemain kita dapat memberikan persembahan terbaik untuk menyaingi Kenya," jelas Rajagobal.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, tiket-tiket perlawanan bagi aksi persahabatan malam ini dan bertemu China pada petang Sabtu ini, akan dijual pada harga RM10 (dewasa) dan RM5 untuk kanak-kanak.
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  Mrcipizs Fri Sep 11, 2009 10:03 am

Separuh akhir sasaran Raja
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my

Jurulatih Malaysia mahu anak buah bangkit di Sukan Sea Laos

SUNGGUH pun majikannya enggan meletakkan sasaran dalam masa terdekat ini, jurulatih K Rajagobal memiliki misi peribadi - iaitu membimbing anak didik mara ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Sea Laos, Disember ini.

"Kalau ditanya, sasaran sebagai jurulatih, saya sedar sebagai bekas pemain, kita mempunyai sasaran, pemain mempunyai sasaran.

"Sasaran saya adalah layak ke separuh akhir. Setiap jurulatih mahu layak ke pusingan seterusnya, tetapi ia semua bergantung pada undian," katanya pada sidang akhbar pra-perlawanan persahabatan menentang Lesotho di Wisma FAM, semalam.

Ketika diajukan sama ada ia adalah sasaran 'penakut', Rajagobal pantas mempertahankan dirinya dengan menyatakan ia bukan bermakna dirinya tidak berani mengambil risiko.

"Saya bukan penakut, kalau saya penakut takkan saya menurunkan pemain muda menentang Manchester United, Arab Saudi dan Jordan. Kami memerlukan sokongan positif daripada seluruh rakyat Malaysia dan kami akan melakukan yang terbaik," katanya.

Selepas keputusan membanggakan dalam kunjungan ke Asia Barat, baru-baru ini � kalah tipis 1-2 kepada Arab Saudi, 0-1 kepada kelab Al-Qadisya di negara sama dan seri tanpa jaringan menentang Jordan, Rajagobal mahu meneruskan prestasi baik itu menentang Lesotho � pasukan ranking ke-160 dunia � di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam ini (10 malam).

Walau pun terpaksa menerima hakikat pahit kehilangan tonggak sayap, Mohd Khyrill Muhymeen Zambri yang diketepikan buat tugasan Sukan Sea berikutan kecederaan lutut yang memaksanya berehat selama enam bulan, Rajagobal menerima khabar baik tiga tonggaknya � Bunyamin Omar, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan sudah pulih daripada kecederaan yang dialami ketika kunjungan Asia Barat.

"Bunyamin, Safiq dan Aidil boleh beraksi. Masih ada masa sehingga Disember untuk melihat pemain yang sesuai untuk menggantikan 'Messi' (Khyrill Muhymeen)," katanya.

* Ingt nak lyn mlm nie.. std pun dkt kt rumh.. ada sesiapa nak join?
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  apis11 Fri Sep 11, 2009 11:31 am

"Bunyamin, Safiq dan Aidil boleh beraksi. Masih ada masa sehingga Disember untuk melihat pemain yang sesuai untuk menggantikan 'Messi' (Khyrill Muhymeen)," katanya.[u]

yelah...ade gak messi malaysia......tp main kelam kabut gak. Sad Sad Sad Sad
apis11
apis11
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 620
Points : 620
Join date : 10/04/2009
Age : 40
Location : Shah Alam

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  apens7 Fri Sep 11, 2009 1:51 pm

xdinafikan mmg corak permaianan malaysia ada peningkatan kalau dibandingkan dgn malaysia di piala asia 2,3 tahun dulu...
kita boleh tgk ar ada beberapa player yg mmpunyai kemahiran mengelicik, passing pun accurate dsbgnya....
setuju gak cara FAM tak letak sebarang sasaran utk sukan sea... tiada sasaran mungkin meringankan beban player2... kalau letak sasaran cth ke final takut kalah 1st game player2 malaysia trus down....
bak kata rajagobal smlm kene tgk gak malaysia satu team ngn sapa.... baru leh target... mayb rajagobal sedar malaysia pun tak sehebat mana berdasarkan ranking asia tenggara dan FIFA.. walaupun menunjukkan peningkatan dlm beberapa perlawanan persahabatan... ermmm... jgn letak tanggapan negatif kat team negara kita sbelum berjuang... MALAYSIA!
apens7
apens7
EXCO

Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Di manakah cinta bola sepak tempatan

Post  along Tue Sep 15, 2009 11:28 am

SAYA baru kembali dari Itali minggu lalu dan mempunyai pengalaman yang hendak dikongsi bersama mengenai keindahan dan tempat-tempat bersejarah di sana.

Tidak dinafikan bahawa, Itali adalah negara yang kaya dengan sejarah dan monumen-monumen menakjubkan tetapi sesuatu yang menjadi perhatian saya semasa di sana adalah budaya bola sepak di kalangan masyarakatnya.

Saya mengambil kesempatan untuk menyaksikan perlawanan semasa saya berada di Milan.

Ia merupakan perlawanan pertama dalam Serie A dan pastinya para penyokong berpusu-pusu keluar dengan penuh semangat untuk menyokong pasukan pilihan mereka.

Saya merancang untuk menyaksikan perlawanan pasukan Jose Mourinho, Inter Milan menentang Bari di San Siro.

Ia kelihatan seperti Inter akan memenangi perlawanan itu tetapi Bari yang merupakan pasukan bukan pilihan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyamakan kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Ruangan ini bukan untuk mengisahkan tentang Inter Milan, AC Milan mahupun Bari tetapi mengenai gelagat peminat bola sepak yang saya temui di Itali.

Mereka datang daripada pelbagai bentuk dan saiz, latar belakang kehidupan yang berbeza dan pastinya anda dapat melihat gelagat kumpulan-kumpulan manusia yang berpakaian glamor dan bergaya dengan label jenama seperti Gucci dan Armani.

Tidak lupa juga, langkah warga tua yang begitu bertenaga dan perkara yang paling menyentuh hati saya adalah semangat penyokong kurang upaya yang diberikan tempat duduk khas buat mereka yang turut sama-sama menyokong pasukan pilihan mereka di atas kerusi roda.

Ia merupakan sesuatu yang menakjubkan dan kadang-kadang saya berharap keadaan di sana juga boleh berlaku di Malaysia.

Saya berpeluang untuk melihat semangat rakyat Malaysia terhadap bola sepak di negara ini tetapi ia hanya terjadi tiga atau empat kali setahun dimana kita boleh lihat dalam saingan Piala FA, peringkat akhir Piala Malaysia, Perisai Komuniti dan saingan merebut gelaran Liga Super.

Selain itu, tidak sampai separuh peminat yang datang ke stadium apabila saingan perlawanan bola sepak tempatan berlangsung.

Kali terakhir Stadium Bukit Jalil dibanjiri dengan kehadiran peminat yang sangat luar biasa adalah semasa kehadiran Manchester United untuk Siri Jelajah Asia dan kebanyakan peminat adalah penyokong setia Manchester United.

Rakyat Malaysia terlalu obses dengan saingan Liga Perdana England tetapi tidak menunjukkan sokongan kepada kemajuan arena bola sepak tempatan.

Apa yang saya perhatikan hanya Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak sahaja yang mempunyai penyokong setia mereka dan saya sangat berharap pada masa akan datang kita mampu melihat perubahan dan peningkatan terhadap budaya bola sepak di negara ini.

Perlawanan bola sepak boleh menjadi festival sosial di kalangan masyarakat tidak kira kepada para peminat mahupun apa yang kita boleh pelajari di San Siro.

n Edleen Ismail adalah pengacara SportsCenter Malaysia.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  Mrcipizs Tue Nov 03, 2009 2:01 pm

18hb nie ada game lwn uzbek..

jom la..
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  Deto_8 Tue Nov 03, 2009 2:06 pm

Mrcipizs wrote:18hb nie ada game lwn uzbek..

jom la..

jom...ULTRAS MALAYA nak wat giant banner Supermokh
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  apens7 Tue Nov 03, 2009 2:11 pm

Deto_8 wrote:
Mrcipizs wrote:18hb nie ada game lwn uzbek..

jom la..

jom...ULTRAS MALAYA nak wat giant banner Supermokh

jum... lepak2 ngn hmc... kita pun ultras per... hehehehe
apens7
apens7
EXCO

Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  Mrcipizs Tue Nov 03, 2009 4:44 pm

yoyo o je dua org nie.. kang kwn jugak pegi sowang2.. hehehehe..
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA Empty Re: SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum