Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Maran :: Penghidap kanser rayu bantuan

2 posters

Go down

Maran :: Penghidap kanser rayu bantuan Empty Maran :: Penghidap kanser rayu bantuan

Post  Deto_8 Mon Nov 09, 2009 10:27 am

Sinar Harian

KUALA SENTUL – :Bengkak pada hidung yang pada awalnya disangka bisul kerana penyakit resdung rupanya adalah kanser yang sudah mencapai tahap serius serta memerlukan rawatan segera bagi memastikan ia tidak merebak ke anggota lain.

:Penghidap kanser, Wan Paridulatras Wan Ahmad, berkata, pada mulanya dia hanya mendapatkan rawatan di klinik kerana menyangka hanya bisul dan mendapat ubat bagi merawat resdung yang dialaminya.

:Menurutnya, bengkak yang semakin merebak sehingga ke mata mendesaknya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) dan kesnya dirujuk ke Hospital Tuanku Ahmad Shah (HTAA) kerana keadaan penyakitnya semakin serius.

:“Pihak hospital mengesahkan saya menghidap penyakit kanser yang serius (tahap empat) melibatkan bahagian hidung kiri, mata kiri, sebahagian otak dan semakin menghampiri ke mata kanan.

:“Pada mulanya doktor mencadangkan satu pembedahan besar dilakukan melibatkan sebahagian besar bahagian muka sebelah kiri dibuang termasuk mata dan menggunakan khidmat pakar bedah plastik dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian,” katanya.

:Isterinya, Arbiah A Rani, berkata, khidmat pakar bedah plastik akan digunakan untuk menutup bahagian muka yang terdedah selepas pembedahan pembuangan kanser tersebut namun pembedahan tersebut tidak akan dapat dilakukan kerana penyakitnya sudah berada di tahap kritikal.

:“Sekarang dia perlu menjalani rawatan kemoterapi sekali dalam sebulan bermula September lepas di HUSM dan disusuli rawatan Radioterapi di mana segala kos perjalanan serta rawatan ditanggung sendiri dengan bantuan ahli keluarga yang lain.

:“Memandangkan suami sahaja yang bekerja menanggung keluarga dan enam anak, apabila dia sakit kami hilang sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pertolongan adik-beradik dan masyarakat yang sudi membantu,” katanya.

:Arbiah berkata, sebelum ini suaminya bekerja sebagai buruh kontrak pembalakan dan tidak lagi dapat bekerja menanggung keluarga sejak disahkan menghidap kanser lapan bulan lepas dan sekarang dia dan enam anaknya menumpang di rumah ibunya yang merupakan peneroka di Felda Dahlia Jengka 3.

:“Ibu saya juga tidak sihat kerana menghidap asma dan empat anak-anak saya sedang bersekolah di sekolah menengah dan sekolah rendah berdekatan kediaman manakala dua anak lagi masing-masing berumur tiga tahun dan satu tahun enam bulan.

:“Saya tidak dapat bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga kerana menjaga anak yang masih kecil di rumah di samping menemani ibu yang tidak sihat namun saya amat berterima kasih kepada jiran-jiran serta pihak tertentu yang sudi menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan juga barangan keperluan harian,” katanya.

:Menurutnya, bil hospital juga masih tertunggak kerana tidak mampu untuk dijelaskan dengan segera kerana tiada sumber pendapatan tetap setelah suami tidak mampu bekerja menyara keluarga.

:“Saya amat berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kewangan terutamanya bagi saya menyara keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah serta menanggung kos rawatan suami.

:“Setiap bulan saya perlu menghantar suami untuk mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian dan terpaksa meninggalkan anak-anak di bawah jagaan ibu yang tidak sihat buat sementara waktu,” katanya kepada Sinar Harian.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Maran :: Penghidap kanser rayu bantuan Empty Re: Maran :: Penghidap kanser rayu bantuan

Post  jasnoraizan Mon Nov 09, 2009 10:48 am

ada altenatif ke pihak PCC KALAU DAPAT BANTU.....?
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum