Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s

5 posters

Go down

Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Empty Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s

Post  Deto_8 Wed Jan 06, 2010 9:33 pm

MARAN – Pasukan Jengka 2 mempamerkan kehebatan apabila meraih gelaran juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Akhir Tahun 2009 selepas menundukkan lawannya, pasukan Kuala Wau menerusi sepakan penalti 5-4 dalam final selepas terikat tanpa jaringan pada masa sebenar perlawanan di Padang Kompleks Maran, di sini.

Dalam final menerusi penentuan sepak penalti, kekentalan penjaga gawang Jengka 2 berjaya menampan keluar percubaan sepak yang diambil pemain lawan, Zaharum Sulong.

Sekali gus kejayaan menjadi milik Jengka 2 selepas pemainnya menyempurnakan sepakan penalti terakhir menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Saleh Mohd Sani.

Pada saingan separuh akhir, Jengka 2 mencatat kemenangan, 3-1 ke atas pasukan T.O.P FC manakala Kuala Wau menundukkan pencabarnya, Poco FC (5-4) menerusi sepakan penalti selepas terikat seri, 2-2.

Kejohanan itu menyaksikan 28 pasukan berentap dalam perebutan Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran yang menawarkan wang tunai RM1,000 bagi johan dan RM700, naib johan manakala RM300 bagi tempat ketiga serta keempat.

Penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib yang juga hadir menyaksikan perlawanan final itu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil dan Pembantu Penolong Pegawai Belia dan Sukan Maran, Zaini Abd Talib.

Ketua pasukan Jengka 2 menganggap kejayaan itu memang tidak diduga walaupun sasaran awal mereka hanya untuk bertahan sehingga ke saingan separuh akhir.

“Saya gembira dan berbangga dengan pasukan ini yang berjaya membawa pulang gelaran juara walaupun berhadapan dengan pasukan lebih berpengalaman.

“Kejayaan ini adalah hasil komitmen semua pemain yang bekerja keras untuk meraih kemenangan dan kita berhasrat untuk menyertai lebih banyak kejohanan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi ketua pasukan Kuala Wau, Abdul Basik Mohd Akil, berdepan dengan pasukan berpengalaman tidak menghalang mereka memberikan saingan sengit sebelum membawa perlawanan ke babak penentuan sepakan penalti.

Menurutnya, kesungguhan yang ditunjukkan rakan sepasukan amat dihargai dan terus beraksi pada kejohanan yang sama tahun depan.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Empty Re: Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s

Post  zulkbo Wed Jan 06, 2010 9:52 pm

terer gak orang jengka 2 ni yek..
he he..dunia semakin maju manusia semakin terer
tahniah dari koi buat warga jengka 2.. sunny
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Empty RE: Kejohanan bolasepak Maran

Post  noyie Thu Jan 07, 2010 2:30 am

Bangganya aku jadi warga jengka 2...
Yang sumbat gol penalty yg ke-5 tu ...aku lah..hehehe bounce
Boley caya ke Zulkbo........ Question

noyie

Posts : 29
Points : 40
Join date : 16/11/2009
Age : 52
Location : Jengka

Back to top Go down

Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Empty Re: Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s

Post  jasnoraizan Thu Jan 07, 2010 8:34 am

noyie wrote:Bangganya aku jadi warga jengka 2...
Yang sumbat gol penalty yg ke-5 tu ...aku lah..hehehe Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Icon_bounce
Boley caya ke Zulkbo........ Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Icon_question

kalau cam tu aok arranggekanlah satu perlawanan persahabatan jengka 2 ngan pasukan no satu liga komunity PCC YOUNG ELEPHANT..... Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Icon_lol
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Empty Re: Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s

Post  4biru90 Thu Jan 14, 2010 10:09 am

aok tak nok try game ngan bdk uj kerr

4biru90

Posts : 39
Points : 45
Join date : 08/01/2010
Location : ulu jempol,bkt sentosa rawang

Back to top Go down

Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Empty Re: Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s

Post  zulkbo Thu Jan 14, 2010 10:12 am

noyie wrote:Bangganya aku jadi warga jengka 2...
Yang sumbat gol penalty yg ke-5 tu ...aku lah..hehehe bounce
Boley caya ke Zulkbo........ Question

noyie ..abang Jas kita dah mencadang tu
goner..??he he he Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Empty Re: Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s

Post  Deto_8 Thu Jan 14, 2010 10:45 am

jasnoraizan wrote:
noyie wrote:Bangganya aku jadi warga jengka 2...
Yang sumbat gol penalty yg ke-5 tu ...aku lah..hehehe Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Icon_bounce
Boley caya ke Zulkbo........ Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Icon_question

kalau cam tu aok arranggekanlah satu perlawanan persahabatan jengka 2 ngan pasukan no satu liga komunity PCC YOUNG ELEPHANT..... Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Icon_lol

main pulak kat padang jengka 3 tepi jalan tu...mesti penyokong ramai...
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Empty Re: Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s

Post  zulkbo Thu Jan 14, 2010 10:47 am

Deto_8 wrote:
jasnoraizan wrote:
noyie wrote:Bangganya aku jadi warga jengka 2...
Yang sumbat gol penalty yg ke-5 tu ...aku lah..hehehe Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Icon_bounce
Boley caya ke Zulkbo........ Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Icon_question

kalau cam tu aok arranggekanlah satu perlawanan persahabatan jengka 2 ngan pasukan no satu liga komunity PCC YOUNG ELEPHANT..... Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Icon_lol

main pulak kat padang jengka 3 tepi jalan tu...mesti penyokong ramai...

cantekk cheers
koi tukang perabih air je la
he he he pirat
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s Empty Re: Maran :: Jengka 2 benam Kuala Wau, raih juara bola sepak 9s

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum