Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
KATA-KATA HIKMAT
+19
Qaisara
sayed7
Mrcipizs
acey
cikacung
edi
Jeck Sparow
strikerbuncit
koy101
zulkbo
labu sayong
apens7
MD
Yassin
lepat_ubi
Oesandro Jr.
jasnoraizan
Deto_8
ozzy
23 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 2 of 7
Page 2 of 7 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
Re: KATA-KATA HIKMAT
haa..ni ikklan mana plok ni MD???hehe
Oesandro Jr.- JKK Kampung
- Posts : 343
Points : 350
Join date : 08/10/2009
Location : Dari jemapoh ke Manchestee singoh Melaka dulu
Re: KATA-KATA HIKMAT
Oesandro Jr. wrote:haa..ni ikklan mana plok ni MD???hehe
ada kaitan dgn ...topik hok tu ke....?
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: KATA-KATA HIKMAT
akhirnya jadi begini topik ni...aokme ni pantang lepa...pantang diberi ruang
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: KATA-KATA HIKMAT
Deto_8 wrote:akhirnya jadi begini topik ni...aokme ni pantang lepa...pantang diberi ruang
maroh je diorang abg deto..base babey...
labu sayong- Tok Empat
- Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4
Re: KATA-KATA HIKMAT
labu sayong wrote:Deto_8 wrote:akhirnya jadi begini topik ni...aokme ni pantang lepa...pantang diberi ruang
maroh je diorang abg deto..base babey...
tolong terang apa maksud slang ni
"base babey"sajer nak tau
tak berapa fasih sangat koi
ayat ni..
tima kasih cikgu
Re: KATA-KATA HIKMAT
zulkbo wrote:labu sayong wrote:Deto_8 wrote:akhirnya jadi begini topik ni...aokme ni pantang lepa...pantang diberi ruang
maroh je diorang abg deto..base babey...
tolong terang apa maksud slang ni
"base babey"sajer nak tau
tak berapa fasih sangat koi
ayat ni..
tima kasih cikgu
Base - merujuk pada perbuatan
Babil - degil ( keras kepala)
Base babey - Memang perbuatan degil
Re: KATA-KATA HIKMAT
Oesandro Jr. wrote:"Quality begins and ends with the individual. Quality people do quality work"
Quote from Ranjit singh malhi.
PEOPLE WHO ARE AFRAID TO FAIL CAN NEVER EXPERIENCE THE JOYS OF SUCCESS - pete zafra
THE ONLY REAL PRISON IS FEAR AND THE ONLY REAL FREEDOM IS FREEDOM FROM FEAR - Aung San Suu Kyi
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: KATA-KATA HIKMAT
[quote' SEMBAHYANGLAH KAMU DIBELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN DIHADAPAN IMAM '[/color][/quote]
seram bunyi ni...
tapi mati tetap mati
'BIAR MATI MUDA BERAMAL.....
JANGAN MATI TUA TAK BERAKAL (jenis tua tak sedar diri)
seram bunyi ni...
tapi mati tetap mati
'BIAR MATI MUDA BERAMAL.....
JANGAN MATI TUA TAK BERAKAL (jenis tua tak sedar diri)
Re: KATA-KATA HIKMAT
zulkbo wrote:[quote' SEMBAHYANGLAH KAMU DIBELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN DIHADAPAN IMAM '[/color]
seram bunyi ni...
tapi mati tetap mati
'BIAR MATI MUDA BERAMAL.....
JANGAN MATI TUA TAK BERAKAL (jenis tua tak sedar diri)[/quote]
lum cukup ilmu la nak duk blakang imam... besor tanggungjawab tuh sebesor tanggungjawab imam tuh sendiri...
( p/s : aku setan lagi.... )
Re: KATA-KATA HIKMAT
koy101 wrote:zulkbo wrote:[quote' SEMBAHYANGLAH KAMU DIBELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN DIHADAPAN IMAM '[/color]
seram bunyi ni...
tapi mati tetap mati
'BIAR MATI MUDA BERAMAL.....
JANGAN MATI TUA TAK BERAKAL (jenis tua tak sedar diri)
lum cukup ilmu la nak duk blakang imam... besor tanggungjawab tuh sebesor tanggungjawab imam tuh sendiri...
( p/s : aku setan lagi.... )[/quote]
masing-masing
koi tak campo
yang penting
kita ngan Allah
Re: KATA-KATA HIKMAT
Renung dan kutiplah mutiara hikmahnya...selitkan diingatan pahatkan utk membaiki diri bersama....
MADAH TENTANG UMUM
1. Adakalanya kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri. Tidak pernah bersalah itu, Boleh mendatangkan sombong diri. Itulah dia satu Kesilapan yang tidak dapat disedari.
2. Tawaduk bukanlah beerti lemah tegas bukan bererti kasar. Beralah bukan beerti kalah. Kalah bukan bererti salah. Menang bukan bererti benar.
3. Buta mata hilang pedoman. Buta akal beku. Buta hati sesat.
4. Perbalahan yang berlaku di kalangan orang pandai, biasanya boleh bertemu. Tapi perbalahan yang berlaku di kalangan Orang bodoh, payah bertemu.
5. Apabila ilmu akhirat sudah dijadikan alat untuk mendapatkan dunia, maka akan
rosaklah dunia dan manusia, ulama hilang kehebatannya dan tidak dihormati orang lagi.
6. Diam tidak mesti berfikir, Merenung tidak mesti mengkaji, Bercakap tidak semesti berilmu,
Bertanya tidak semesti ingin tahu.
7. Jarang terhimpun pada seseorang itu Cantik, cerdik, berani dan terdidik.
8. takut biarlah bertempat, berani biarlah berdisiplin, tawaduk jangan sampai menghina diri,
menghukum jangan sampai berlebih-lebihan, malu tidak dalam semua hal.
9. Mengawal mulut lebih mudah daripada mengawal mata, mengawal mata lebih mudah
daripada mengawal hati.
10. Mata lahir nampak, mata hati tidak nampak tapi pandangannya tembus.
11. Kemudaan akan hilang, kecantikan akan pudar, kekuatan akan lemah, tua akan datang,
kematian pun datang tiba-tiba, jadi mengapa lupakan tuhan?
12. Alim tidak ditentukan oleh degree, kebenaran tidak ditentukan oleh jawatan rasmi, kaya tidak mesti dengan harta, miskin tidak mesti tidak berpunya.
13. Bekerja atas dasar jawatan rasmi, dibatasi oleh masa, tetapi bekerja dengan Allah,
sepanjang masa.
14. Apabila hidayah sahaja tidak bertemu dengan taufik selalu saja salah dalam bertindak.
15. Hidayah mudah didapati, taufiq susah dicari, hidayah seperti ilmu, taufiq ialah beramal dapat ditathbiq dengan ilmu.
16. Akal yang hidup selalu berfikir, jiwa yang hidup selalu berzikir, nafsu yang hidup selalu merangsang, badan yang hidup selalu aktif berjuang.
17. Pertelingkahan orang politik membawa peperangan, pertelingkahan orang berilmu membawa kemegahan dan perlumbaan, pertelingkahan orang bodoh membawa perseteruan.
18. Pengaruh agama lebih kuat daripada pengaruh bangsa dan keluarga, pengaruh keluarga lebih kuat, daripada pengaruh bangsa.
19. Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia merupakan perintah dan Sunnatullah dalam kehidupan. Tapi ingat, ia Tidak akan mengatasi takdir Allah.
20. Berjanji adalah hutang, menunggu pula adalah satu penyeksaan.
21. Bersatu, bertemu dan bersefahaman tidak sama, bersatu ikatan hati, bertemu ikatan jasad,
bersefahaman ikatan akal. Alangkah baiknya jika Ketiga-tiganya dapat digabungkan.
22. Kasih kepada ibu ayah kerana fitrah semulajadi, kasih terhadap isteri kerana nafsu,
kasih terhadap orang yang pernah menolong kita kerana budi dan akal.
23. Buatlah kerja tuhan pada siang hari, mengadulah pada Allah pada malam hari,
moga-moga kerja kita diredhai.
24. Orang yang jiwanya mati lebih susah untuk diurus daripada orang mati, orang mati ditanam saja, orang yang jiwanya mati, hendak ditanam nyawanya ada, hendak dimanfaatkan tidak memberi guna, hendak dipasung akalnya ada, akibatnya menyusahkan masyarakat.
25. Buta mata tidak nampak cahaya. Buta akal tidak nampak dunianya. Buta hati tidak nampak akhiratnya.
26. Berkawan dengan perempuan hilang maruah, berkawan dengan kanak-kanak hilang kehebatan, berkawan dengan orang bodoh tidak menambah pengalaman, berkawan dengan orang jahat bersyubahat, berkawan dengan orang pandai bertambah cerdik, berkawan dengan orang baik bertambah terdidik.
27. Kalau orang menghina kita, bukan kita yang terhina, yang sebenarnya orang itu
menghinakan dirinya sendiri.
28. Orang yang mengangkat dirinya hakikatnya dia menjatuhkan dirinya.
29. Orang yang pandai, tapi tidak sedar ia pandai, ia tidak akan bertanggungjawab kepada masyarakat, orang yang tidak pandai, merasa pandai selalunya merosakkan masyarakat.
30. Zuhud tidak mesti tidak memiliki harta, tamak tidak mesti berada, kerana kedua-duanya adalah sifat hati.
31. Tidak mesti orang yang banyak melihat itu, banyak pengalaman, sebab pengalaman itu
diperolehi hasil melihat dengan perhatian.
32. Mabuk arak dilaknat, mabuk betina dimurkai, mabuk Allah disukai.
33. Biasanya kalau seseorang lelaki terkenal, isterinya ikut terkenal juga,
tapi kalau isteri yang terkenal, suaminya belum tentu lagi.
34. Di antara cara-cara orang yang tidak beriman menggunakan harta ialah, kalau saudagar dengan melancong dan berfoya-foya, orang makan gaji menyimpan untuk tua, kanak-kanak untuk permainan, wanita muda untuk perhiasan dan pakaian.
35. Biasanya senyum orang politik untuk mencari pengaruh, senyum saudagar mencari pelanggan, senyum orang mukmin kerana bersedekah, senyum kanak-kanak untuk menarik
perhatian, senyum wanita untuk menggoda.
36. Petani berduit ikut musim, orang gaji berduit pada awal bulan, saudagar berduit setiap hari,
nelayan berduit tidak menentu, orang yang tidak ada mata pencarian tidak berduit sepanjang waktu.
37. Orang kaya yang paling malang ialah yang suka menyimpan saja hartanya,
bakhil dengan diri sendiri dan dengan orang lain apatah lagi.
38. Lidah walaupun lembut tidak bertulang peranannya hebat sekali boleh membunuh dan boleh menghidupkan boleh mendamaikan dan boleh memporak-porandakan boleh menghina dan boleh memuliakan, boleh mempersona dan boleh meliarkan, boleh menghasut dan boleh memujuk, maka gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya.
39. Gerak-geri dan sikap lahir manusia ialah bayangan hati mereka, atau buah yang dihasilkan oleh hati.
40. Banyak kemudahan hidup tidak semesti pandai hidup, sebaliknya pandai hidup tidak semestinya banyak kemudahan hidup, kerana pandai hidup itu ada hubungan dengan mengamalkan Quran dan sunnah dalam kehidupan.
41. Berilah bantuan kepada orang yang memerlukannya tapi jangan sampai orang itu terhutang budi dengan kita hingga hilang kemerdekaannya.
42. Apabila manusia telah rosak, hiduplah mereka dalam ketakutan, si kaya takut dirompak,
orang yang berilmu takut dijauhi orang yang berpangkat dan berjaya takut didengki
orang yang berkuasa takut dijatuhi orang, si miskin takut dihina orang.
43. Allah dan Rasul patut dicintai, Ibu bapa dan guru patut dihormati, Kanak-kanak patut disayangi, Orang yang mendapat kesusahan patut diberi Simpati.
44. Guru banyak ahli pidato berselerak, tapi mursyid amat sedikit sekali.
45. Ada orang tua badan (umurnya) tapi muda, akalnya, dan ada orang tua akalnya tapi muda
badannya (umurnya)
46. Berkawan dengan orang politik, kita selalu bimbang, kerana ia mudah saja jadi lawan,
sebab itulah berkawan dalam politik, jarang sampai ke hujung.
47. Jangan selalu membuat janji, kerana ia merupakan hutang yang mesti dibayar.
48. Antara kelemahan sesetengah lelaki ialah takut dengan isteri, sekalipun ia ketua negara.
49. Selalunya seseorang dipenjarakan orang, kerana kejahatan yang dilakukannya,
tapi ada orang yang memenjarakan dirinya sendiri, sebab dia tahu dia jahat, dan takut ditembak mati.
50. Sudah menjadi resam dunia, kebaikan seseorang walau bagaimana banyak
sekalipun, akan dilupakan orang, hanya dengan satu kesalahan yang dilakukannya.
51. Membuat kesalahan kerana tidak tahu, adalah satu kesalahan, salah kerana tidak belajar. Membuat salah sesudah belajar, Yakni buat salah setelah sedar, Adalah salah besar.
52. Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia, yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya.
53. Terimalah sedikit kesusahan di dunia yang sementara, dalam menegakkan kebenaran,
untuk terlepas daripada kesusahan akhirat, yang berkekalan.
54. Cemburu tidak apa asalkan berpatutan berlumba-lumba tidak mengapa asalkan dalam
kebaikan, berbohong adakalanya dibolehkan yakni
55. Mabuk cinta hingga menjadi gila, adalah dibenarkan, tapi hanya kepada Allah.
56. Orang kampung banyak bersandar kepada tradisi manakala orang bandar banyak
bersandar kepada pengetahuan dan pengalaman.
57. Bermusafir itu memberi banyak pengalaman tapi ia adalah satu daripada penderitaan.
58. Seseorang itu lebih mesra dengan orang negerinya, apabila bertemu di negeri orang lain.
59. Allah diingat, ibu juga diingat, ayah punDiingat, tapi rasa ingata itu tidak sama.
60. Cintakan isteri dan cintakan ibu bapa tidak sama. Cintakan isteri daripada nafsu,
tapi cintakan ibu bapa daripada fitrah nurani.
61. Apabila seseorang memberi tanpa kamu memintanya, ambillah. Itu beerti rezeki
pemberian Allah, yang disalurkan kepada kamu melalui orang itu.
62. Tidak ada manusia yang boleh hidup sendirian, tanpa bersandar kepada orang lain sekalipun ia raja, tapi manusia kurang sedar hal ini.
63. Bersiaplah segera untuk mati, kerana ia datang tidak berjanji, tibanya tidak berkaki dan berbunyi, masanya tidak tahu malam atau siang hari, apabila ia menjemput tidak ada tangguh
tangguh lagi, sekalipun kepada raja besar di dunia ini.
64. Berjalan sama tidak mesti kawan, berjauhan jarak tidak semesti lawan, sekampung tidak mesti sejalan,
65. Jelingan tidak sama ertinya; jelingan pemimpin mempasti, jelingan anak takut dimarahi,
jelingan bapa mengawasi, jelingan kawan meminta simpati, jelingan musuh sakit hati,
jelingan perempuan jatuh hati.

strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: KATA-KATA HIKMAT
' MY MIND IS MY BIGGEST ASSET.I EXPECT TO WIN EVERY TOURNAMENT I PLAY - TIGER WOODS '
' ONCE YOU LEARN TO QUIT IT BECOMES A HABIT - VINCE LOMBARDI '
' PAIN IS TEMPORARY BUT QUITTING LASTS FOREVER - LANCE ARMSTRONG '
' ONCE YOU LEARN TO QUIT IT BECOMES A HABIT - VINCE LOMBARDI '
' PAIN IS TEMPORARY BUT QUITTING LASTS FOREVER - LANCE ARMSTRONG '
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: KATA-KATA HIKMAT
zulkbo wrote:[quote' SEMBAHYANGLAH KAMU DIBELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN DIHADAPAN IMAM '[/color]
seram bunyi ni...
tapi mati tetap mati
'BIAR MATI MUDA BERAMAL.....
JANGAN MATI TUA TAK BERAKAL (jenis tua tak sedar diri)[/quote]
hormatilah org yg lebih tua dari kamu...walaupun jarak umur kamu hanya 1 minit..
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: KATA-KATA HIKMAT
jasnoraizan wrote:zulkbo wrote:[quote' SEMBAHYANGLAH KAMU DIBELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN DIHADAPAN IMAM '[/color]
seram bunyi ni...
tapi mati tetap mati
'BIAR MATI MUDA BERAMAL.....
JANGAN MATI TUA TAK BERAKAL (jenis tua tak sedar diri)[/quote]
hormatilah org yg lebih tua dari kamu...walaupun jarak umur kamu hanya 1 minit..
koi kene hormat la kt apens ni..eh abg apens...
labu sayong- Tok Empat
- Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4
Re: KATA-KATA HIKMAT
Menghormati orang yg lebih tua dari kita seperti kita menghormati ayah dan ibu kita....labu sayong wrote:jasnoraizan wrote:zulkbo wrote:[quote' SEMBAHYANGLAH KAMU DIBELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN DIHADAPAN IMAM '[/color]
seram bunyi ni...
tapi mati tetap mati
'BIAR MATI MUDA BERAMAL.....
JANGAN MATI TUA TAK BERAKAL (jenis tua tak sedar diri)[/quote]
hormatilah org yg lebih tua dari kamu...walaupun jarak umur kamu hanya 1 minit..
koi kene hormat la kt apens ni..eh abg apens...
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: KATA-KATA HIKMAT
jasnoraizan wrote:Menghormati orang yg lebih tua dari kita seperti kita menghormati ayah dan ibu kita....labu sayong wrote:jasnoraizan wrote:zulkbo wrote:[quote' SEMBAHYANGLAH KAMU DIBELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN DIHADAPAN IMAM '[/color]
seram bunyi ni...
tapi mati tetap mati
'BIAR MATI MUDA BERAMAL.....
JANGAN MATI TUA TAK BERAKAL (jenis tua tak sedar diri)[/quote]
hormatilah org yg lebih tua dari kamu...walaupun jarak umur kamu hanya 1 minit..
koi kene hormat la kt apens ni..eh abg apens...
Komen kawan bila cakap kena buat..cakap je tak buat baik jangan bercakap hehehehe
Re: KATA-KATA HIKMAT
Ada kata-kata org tua-tua dulu2....
dema kata hidup biar berakal mati biar berantu.....kawan tak paham juge... :cry:
dema kata hidup biar berakal mati biar berantu.....kawan tak paham juge... :cry:
Re: KATA-KATA HIKMAT
' WEAKNESS OF ATTITUDE BECOMES WEAKNESS OF CHARACTER - ALBERT EINSTEIN '
' WHAT I KNOW FOR SURE IS THAT WHAT YOU GIVE COMES BACK TO YOU - OPRAH WINFREY '
' WHAT I KNOW FOR SURE IS THAT WHAT YOU GIVE COMES BACK TO YOU - OPRAH WINFREY '
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: KATA-KATA HIKMAT
fourzy wrote:' WEAKNESS OF ATTITUDE BECOMES WEAKNESS OF CHARACTER - ALBERT EINSTEIN '
' WHAT I KNOW FOR SURE IS THAT WHAT YOU GIVE COMES BACK TO YOU - OPRAH WINFREY '
Ce laa aok tulis dalam bahase melayu pozi....kawan bender sekolah melayu je...hehehe..
Re: KATA-KATA HIKMAT
Yassin wrote:
Komen kawan bila cakap kena buat..cakap je tak buat baik jangan bercakap hehehehe
apabila banyak berkata2,maka banyaklah lahirnya tipu daya..
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: KATA-KATA HIKMAT
Yassin wrote:fourzy wrote:' WEAKNESS OF ATTITUDE BECOMES WEAKNESS OF CHARACTER - ALBERT EINSTEIN '
' WHAT I KNOW FOR SURE IS THAT WHAT YOU GIVE COMES BACK TO YOU - OPRAH WINFREY '
Ce laa aok tulis dalam bahase melayu pozi....kawan bender sekolah melayu je...hehehe..
Kwn copy dlm. diary kwn ni Yassin kdg2. kwn pun tak faham juge hehe..(kata2 utk. tarikh hari ni tu - saja nok share dgn kengkawan)..kalau convert dah tak ori dah...
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: KATA-KATA HIKMAT
"hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih"
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: KATA-KATA HIKMAT
Ceria seseorang itu kerana hatinya,
buruk lakunya juga disebab hati
sedihnya jua kerana hatinya.
jaga hati dan hiasi peribadi.
indah diri indah jua sifat diri.
Jadi ceria-ceriakan hati mu
buruk lakunya juga disebab hati
sedihnya jua kerana hatinya.
jaga hati dan hiasi peribadi.
indah diri indah jua sifat diri.
Jadi ceria-ceriakan hati mu
Re: KATA-KATA HIKMAT
"penonton sering melihat lebih baik daripada yg bermain"
cermin2kan lah diri...
cermin2kan lah diri...
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Page 2 of 7 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
Similar topics
» Kata Pujangga
» Orang Kata Aku Lahir Dari Perut Ibu
» PETIKAN HIKMAH KATA SEBAGAI PANDUAN & MOTIVASI
» Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi
» HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)
» Orang Kata Aku Lahir Dari Perut Ibu
» PETIKAN HIKMAH KATA SEBAGAI PANDUAN & MOTIVASI
» Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi
» HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN (Siri 1)
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 2 of 7
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum