Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Kata Pujangga
+3
ozzy
Yassin
Jeck Sparow
7 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 1 of 1
Kata Pujangga
Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( i ) Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
( ii ) Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.
Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."
( iii ) Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.
( iv ) Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "
( v )Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.
Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....

Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: Kata Pujangga
Kawan ttp asyik dengan ayat-ayat bergini....
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
Re: Kata Pujangga
Yesss zaaaaaa...
Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: Kata Pujangga
Rajuk isteri bagaikan kerak nasi..
direndam air longkah jua...
jika keras melekat...
akan ku ambil sodek tertanggal jua...
direndam air longkah jua...
jika keras melekat...
akan ku ambil sodek tertanggal jua...
Last edited by Yassin on Wed Nov 04, 2009 4:36 pm; edited 1 time in total
Re: Kata Pujangga
Yassin wrote:Rajuk isteri bagaikan kerak nasi..
direndam air longkah jua...
jika keras melakat...
akan ku ambil sodek tertanggal jua...
Kena amat dah topic ni dgn aok yassin..keh tgk jela
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Kata Pujangga
fourzy wrote:Yassin wrote:Rajuk isteri bagaikan kerak nasi..
direndam air longkah jua...
jika keras melakat...
akan ku ambil sodek tertanggal jua...
Kena amat dah topic ni dgn aok yassin..keh tgk jela
kome bg laluan buat aok lah sin...line nih memang line aok.....
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: Kata Pujangga
fourzy wrote:Yassin wrote:Rajuk isteri bagaikan kerak nasi..
direndam air longkah jua...
jika keras melakat...
akan ku ambil sodek tertanggal jua...
Kena amat dah topic ni dgn aok yassin..keh tgk jela
aok pozi jgn kabor gitu kawan meraban je...
Re: Kata Pujangga
Yassin wrote:Rajuk isteri bagaikan kerak nasi..
direndam air longkah jua...
jika keras melekat...
akan ku ambil sodek tertanggal jua...
ni kata2 kwn plak yassin..
Rajuk isteri bagaikan biskut merry..
celup air lembik la ia..
ekekekeke..boleh terima ke madah kwn tu yassin..
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Kata Pujangga
fourzy wrote:Yassin wrote:Rajuk isteri bagaikan kerak nasi..
direndam air longkah jua...
jika keras melekat...
akan ku ambil sodek tertanggal jua...
ni kata2 kwn plak yassin..
Rajuk isteri bagaikan biskut merry..
celup air lembik la ia..
ekekekeke..boleh terima ke madah kwn tu yassin..
aok ni dah pagi tak tido lagi Jie
bini tak merajuk ker...
huh huh huh
Re: Kata Pujangga
fourzy wrote:Yassin wrote:Rajuk isteri bagaikan kerak nasi..
direndam air longkah jua...
jika keras melekat...
akan ku ambil sodek tertanggal jua...
ni kata2 kwn plak yassin..
Rajuk isteri bagaikan biskut merry..
celup air lembik la ia..
ekekekeke..boleh terima ke madah kwn tu yassin..
ame ker biskut merry x payoh celup kunyop gitu abis lebur hehehehe
kala rajuk isteri bagai arang bakor satay tu goner? direndam tak jadi bender dibakor makin marak huhuhuhuhu...........
Re: Kata Pujangga
zulkbo wrote:
aok ni dah pagi tak tido lagi Jie bini tak merajuk ker...huh huh huh
Nak merajuk mendenya zul..koi bagi
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Kata Pujangga
fourzy wrote:zulkbo wrote:
aok ni dah pagi tak tido lagi Jie bini tak merajuk ker...huh huh huh
Nak merajuk mendenya zul..koi bagirasuaprasuah dulu dahh..hehe
aok tak takut SPRM ke..?(sifat perempuan rajin merajuk)
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: Kata Pujangga
Yassin wrote:fourzy wrote:Yassin wrote:Rajuk isteri bagaikan kerak nasi..
direndam air longkah jua...
jika keras melekat...
akan ku ambil sodek tertanggal jua...
ni kata2 kwn plak yassin..
Rajuk isteri bagaikan biskut merry..
celup air lembik la ia..
ekekekeke..boleh terima ke madah kwn tu yassin..
ame ker biskut merry x payoh celup kunyop gitu abis lebur hehehehe
kala rajuk isteri bagai arang bakor satay tu goner? direndam tak jadi bender dibakor makin marak huhuhuhuhu...........
mekala hok gini panggil jek stamroll lenyek ... hahahahaha
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Kata Pujangga
jasnoraizan wrote:fourzy wrote:zulkbo wrote:
aok ni dah pagi tak tido lagi Jie bini tak merajuk ker...huh huh huh
Nak merajuk mendenya zul..koi bagirasuaprasuah dulu dahh..hehe
aok tak takut SPRM ke..?(sifat perempuan rajin merajuk)
Lelaki pun ada sifat SPRM - SIFAT PERANGAI ROMANTIS MENGEJAS heheheh
Re: Kata Pujangga
Yassin wrote:jasnoraizan wrote:fourzy wrote:zulkbo wrote:
aok ni dah pagi tak tido lagi Jie bini tak merajuk ker...huh huh huh
Nak merajuk mendenya zul..koi bagirasuaprasuah dulu dahh..hehe
aok tak takut SPRM ke..?(sifat perempuan rajin merajuk)
Lelaki pun ada sifat SPRM - SIFAT PERANGAI ROMANTIS MENGEJAS heheheh
weh....lepas ni buleh la koi gune word SPRM ni...
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Kata Pujangga
lepat_ubi wrote:Yassin wrote:jasnoraizan wrote:fourzy wrote:zulkbo wrote:
aok ni dah pagi tak tido lagi Jie bini tak merajuk ker...huh huh huh
Nak merajuk mendenya zul..koi bagirasuaprasuah dulu dahh..hehe
aok tak takut SPRM ke..?(sifat perempuan rajin merajuk)
Lelaki pun ada sifat SPRM - SIFAT PERANGAI ROMANTIS MENGEJAS heheheh
weh....lepas ni buleh la koi gune word SPRM ni...
aok kena rasuah dulu baru blh ...dapat guna SPRM NIH....
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: Kata Pujangga
lepat_ubi wrote:Yassin wrote:jasnoraizan wrote:fourzy wrote:zulkbo wrote:
aok ni dah pagi tak tido lagi Jie bini tak merajuk ker...huh huh huh
Nak merajuk mendenya zul..koi bagirasuaprasuah dulu dahh..hehe
aok tak takut SPRM ke..?(sifat perempuan rajin merajuk)
Lelaki pun ada sifat SPRM - SIFAT PERANGAI ROMANTIS MENGEJAS heheheh
weh....lepas ni buleh la koi gune word SPRM ni...
ni ser lagi lepat ubi makna SPRM - SUAMI PERANGAI RUPE MENDE ..ekekeke
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Kata Pujangga
"kata pujangga..biar putih tulang..jgn putih mata dan kecewa..
biarpun hilang..kemana pun jua..namun semangatku..tetap bersamamu.." yeargghhh
biarpun hilang..kemana pun jua..namun semangatku..tetap bersamamu.." yeargghhh
RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: Kata Pujangga
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: Kata Pujangga
NEVER CRY FOR ANY RELATION IN LIFE
BECAUSE FOR THE ONE WHOM YOU CRY
DOES NOT DESERVE YOUR TEARS
AND THE ONE WHO DESERVES
WILL NEVER LET YOU CRY......... ........
TREAT EVERYONE WITH POLITENESS
EVEN THOSE WHO ARE RUDE TO YOU,
NOT BECAUSE THEY ARE NOT NICE
BUT BECAUSE YOU ARE NICE........ ......... ......
NEVER SEARCH YOUR HAPPINESS IN OTHERS
WHICH WILL MAKE YOU FEEL ALONE,
RATHER SEARCH IT IN YOURSELF
YOU WILL FEEL HAPPY
EVEN IF YOU ARE LEFT ALONE....... ......... ......
ALWAYS HAVE
A POSITIVE ATTITUDE IN LIFE.
THERE IS SOMETHING POSITIVE
IN EVERY PERSON.
EVEN A STOPPED WATCH IS RIGHT
TWICE A DAY......... ......... ......... ........
HAPPINESS ALWAYS LOOKS SMALL
WHEN WE HOLD IT IN OUR HANDS.
BUT WHEN WE LEARN TO
SHARE IT,
WE REALIZE HOW BIG AND PRECIOUS IT IS!......... .......

> Cinta tidak boleh dipaksa dan
> cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan
> bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah
> tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
>
> Peraturan cinta menyatakan
> yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta
> itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta
> yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu
> peraturan pertama bercinta!
>
> Cinta hanya satu perasaan.
> Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan
> rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan
> layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan.
> Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.
>
> Tuhan tahu rasa hati kita.
> Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak
> lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada
> pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau
> tidak.
>
> Kadang-kadang, kita terlepas
> pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia
> mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan
> memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita
> cintai.
>
> Rasa terikat, terlalu sayang
> dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.
> Dalam hidup ini, tidak semua
> yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita
> terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila
> melibatkan perasaan orang lain.
> Kadang-kadang Tuhan turunkan
> petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya
> matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita
> pelangi.
> Terkadang, kita tidak dapat
> apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana
> terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita
> perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita
> harapkan.
>
> Sungguh benar bahawa kita
> tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya.
> Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang
> belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
>
> Benarkah bahawa percintaan
> itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus
> mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat
> menemaninya setiap waktu ?
> Dan benarlah kata orang itu
> cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari
> untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu
> amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup
> untuk menerangi segalanya.

Similar topics
» KATA-KATA HIKMAT
» Orang Kata Aku Lahir Dari Perut Ibu
» PETIKAN HIKMAH KATA SEBAGAI PANDUAN & MOTIVASI
» Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi
» Orang Kata Aku Lahir Dari Perut Ibu
» PETIKAN HIKMAH KATA SEBAGAI PANDUAN & MOTIVASI
» Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum