Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Peneroka jumpa bom ketika menoreh

+3
zulkbo
ebe
along
7 posters

Go down

Peneroka jumpa bom ketika menoreh Empty Peneroka jumpa bom ketika menoreh

Post  along Fri Sep 18, 2009 12:56 pm

Peneroka jumpa bom ketika menoreh 49773810

FELDA JENDERAK UTARA - “Saya bersyukur kerana selama 33 tahun menjadi peneroka dan mencari rezeki dalam ladang ini, bom yang tertanam dalam ladang getah saya tidak meletup,” kata peneroka, Ali Deraman, 55.

Menceritakan bagaimana dia menjumpai bom itu, Ali berkata, dia melihat besi buruk itu lima tahun lalu dalam keadaan tertanam dan hanya keluar sedikit sahaja badan besi buruk itu dan dia langsung tidak mempedulikan besi buruk itu di situ.

Menurutnya, dia menyangka besi buruk itu adalah ekzos motosikal dan langsung tidak berniat untuk menggali besi itu dan membuangnya.

“Saya perasan besi itu lima tahun lalu dan saya sangka ia ekzos motosikal. Saya tidak menghiraukan besi buruk itu kerana yang penting adalah mencari rezeki dengan menoreh getah dalam ladang saya ini.

“Namun, selepas beberapa hari hujan lebat menyebabkan keadaan tanah di sekeliling besi buruk itu terhakis oleh air hujan dan memperlihatkan bentuk sebenar besi buruk itu. Setelah besi buruk itu terkeluar sedikit, saya pergi melihat dengan lebih dekat,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Ali berkata, setelah dia mengamati bentuk besi buruk itu lalu dia mencungkil keluar besi buruk itu dan terkejut mendapati besi buruk yang disangka ekzos selama ini adalah sebiji bom yang digugurkan oleh tentera British semasa memerintah negara ini.

Menurutnya, dia segera membuat pagar di kawasan itu menggunakan kayu pokok getah yang mati dan segera memberitahu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR).

“Selepas siap membuat pagar di situ saya memberitahu Pengerusi JKKR dan segera membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Krau,” katanya.

Pengerusi JKKR, Mohd Salim Muda berkata, dia segera membuat laporan polis kerana bimbang bom tersebut meletup dan membahayakan nyawa penduduk.

Menurutnya, dia bersyukur kerana selama 33 tahun ini bom tersebut tidak meletup.

Peneroka, Abdul Razak Idris, 60, berkata, dia tidak menyangka dalam tanah rancangan ini juga mempunyai bom dan kawasan ini menjadi kawasan perang tentera British ketika zaman penjajahan lalu.

Ketua Polis Daerah, ACP Ahmad Fadzillah Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penemuan bom tersebut.

Beliau berkata, dia meminta orang ramai yang menemui sebarang besi buruk yang mencurigakan supaya tidak menyentuhnya tetapi menghubungi segera pihak polis kerana bimbang membahayakan keselamatan orang ramai.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Peneroka jumpa bom ketika menoreh Empty Re: Peneroka jumpa bom ketika menoreh

Post  ebe Fri Sep 18, 2009 12:58 pm

tanya nordin mat top active tak boom nie.. hehhehe tapi kan bahaya takut active boom nie... meletup tak pasal2 Suspect
ebe
ebe
Security Guard
Security Guard

Posts : 414
Points : 5452
Join date : 14/09/2009
Age : 40
Location : Technology Park Malaysia

http://www.bisneskad.biz

Back to top Go down

Peneroka jumpa bom ketika menoreh Empty Re: Peneroka jumpa bom ketika menoreh

Post  along Fri Sep 18, 2009 1:00 pm

ebe wrote:tanya nordin mat top active tak boom nie.. hehhehe tapi kan bahaya takut active boom nie... meletup tak pasal2 Suspect


nordin mat top dah tkde....
dia bom diri dia sndiri....
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Peneroka jumpa bom ketika menoreh Empty Re: Peneroka jumpa bom ketika menoreh

Post  zulkbo Fri Sep 18, 2009 1:26 pm

popaleh...
ada lagi bom yek
panjang umor pak cik tu
kalau molotop mau hanco
tak raya pak cik Very Happy Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Peneroka jumpa bom ketika menoreh Empty Re: Peneroka jumpa bom ketika menoreh

Post  MD Fri Sep 18, 2009 1:29 pm

hujung tahun 80an ...ada jugak jumpa bom lama kat Sg Jempul kat pinggir jengka 4 ni...geng menyelam ikan yg jumpa,ingat besi buruk bawak balik umah...sekali orang tua tua tgk lain macam bgtau polis...memang bom lama...
pastu bom tu diletakkan di ladang sawit dekat tepi sungai...
yg best nya kawan dengan geng nak mikat burung serindit laluan memang kat kawasan tu...kitaorang siap pegang lagi bom tu...gilleeer betul, belakang dia macam ada kipas...body dari tembaga

petang jumaat unit pemusnah bom datang dan letupkan bom tu....
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Peneroka jumpa bom ketika menoreh Empty Re: Peneroka jumpa bom ketika menoreh

Post  ebe Fri Sep 18, 2009 1:32 pm

[quote="along"][quote="ebe"]tanya nordin mat top active tak boom nie.. hehhehe tapi kan bahaya takut active boom nie... meletup tak pasal2 Suspect[/quote]


nordin mat top dah tkde....
dia bom diri dia sndiri....[/quote]

cabar polis indon letak gambar mayat mat top.. baru prove
ebe
ebe
Security Guard
Security Guard

Posts : 414
Points : 5452
Join date : 14/09/2009
Age : 40
Location : Technology Park Malaysia

http://www.bisneskad.biz

Back to top Go down

Peneroka jumpa bom ketika menoreh Empty Re: Peneroka jumpa bom ketika menoreh

Post  koy101 Sat Sep 19, 2009 1:06 am

errr.... leh wat bom ikan tak??? Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Peneroka jumpa bom ketika menoreh Empty Re: Peneroka jumpa bom ketika menoreh

Post  zulkbo Tue Sep 22, 2009 10:09 am

koy101 wrote:errr.... leh wat bom ikan tak??? Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

satu sungai pahang
mati ikan nih
popaleh awok...
huh huh huh Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Peneroka jumpa bom ketika menoreh Empty Re: Peneroka jumpa bom ketika menoreh

Post  Yassin Tue Sep 22, 2009 11:43 am

zulkbo wrote:
koy101 wrote:errr.... leh wat bom ikan tak??? Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

satu sungai pahang
mati ikan nih
popaleh awok...
huh huh huh Very Happy

kena bom x pe jangan kena tube...kawan marah bete mekala menube ikan nei sbb kawan ahli ngail juge...
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Peneroka jumpa bom ketika menoreh Empty Re: Peneroka jumpa bom ketika menoreh

Post  lepat_ubi Thu Sep 24, 2009 11:20 pm

MD wrote:hujung tahun 80an ...ada jugak jumpa bom lama kat Sg Jempul kat pinggir jengka 4 ni...geng menyelam ikan yg jumpa,ingat besi buruk bawak balik umah...sekali orang tua tua tgk lain macam bgtau polis...memang bom lama...
pastu bom tu diletakkan di ladang sawit dekat tepi sungai...
yg best nya kawan dengan geng nak mikat burung serindit laluan memang kat kawasan tu...kitaorang siap pegang lagi bom tu...gilleeer betul, belakang dia macam ada kipas...body dari tembaga

petang jumaat unit pemusnah bom datang dan letupkan bom tu....

alhamdulillah..
panjang umo MD
sempat lagi kite berjumpe di pagi raye
ekekekekeke...
lepat_ubi
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

Peneroka jumpa bom ketika menoreh Empty Re: Peneroka jumpa bom ketika menoreh

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum