Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Amaran Banjir | Updated
4 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH
Page 1 of 1
Amaran Banjir | Updated
Salam semua..berkemungkinan banjir yang melanda semenanjung Malaysia sekarang yang menyaksikan negeri di utara semenanjung sedang bersusah payah menghadapinya, akan turut di terima oleh warga Pahang berdasarkan amaran yang di keluarkan oleh pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail hari ini.
Pahang Hadapi Kemungkinan Banjir Lebih buruk Tahun Ini
Harapan , agar semua warga Pahang tabah dan bersedia dalam apa kemungkinan yang bakal berlaku.Sediakanlah apa yang patut untuk menghadapinya.Selalulah mendengar berita dan amaran yang di keluarkan oleh pihak yang berwajib.Wassalam.
Pahang Hadapi Kemungkinan Banjir Lebih buruk Tahun Ini
- Code:
KUANTAN: Pahang kini bersiap sedia menghadapi bencana banjir yang dijangka lebih buruk berbanding tahun lepas berasaskan keadaan banjir di utara Semenanjung sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti 594 pusat pemindahan yang mampu menampung kira-kira 128,528 mangsa jika berlaku banjir.
Selain itu, bekalan juga telah dihantar sejak Oktober lagi ke 92 buah pangkalan yang diwujudkan bagi menampung keperluan mangsa banjir yang terputus hubungan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
"Seramai 9,138 pesakit berisiko tinggi di kawasan yang mungkin terlibat banjir turut akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk kanak-kanak di bawah satu tahun, pesakit mental, ibu mengandung yang dijangka bersalin pada tempoh banjir, golongan istimewa dan lain-lain," katanya.
Kerajaan Pahang juga kata beliau, telah mengenal pasti pusat peperiksaan alternatif bagi pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sekiranya pusat sedia ada terlibat dengan banjir.
Muhammad Safian berkata sebanyak 442 kawasan di Pahang dikenal pasti sebagai berisiko dilanda bencana itu termasuk 123 kawasan di Temerloh, 64 di Pekan dan 47 di Kuantan.
Cuti penjawat awam juga dibekukan bagi tempoh 15 Nov hingga 15 Jan, kata beliau. - BERNAMA
Harapan , agar semua warga Pahang tabah dan bersedia dalam apa kemungkinan yang bakal berlaku.Sediakanlah apa yang patut untuk menghadapinya.Selalulah mendengar berita dan amaran yang di keluarkan oleh pihak yang berwajib.Wassalam.
Re: Amaran Banjir | Updated
saye juge sedang kerisauan kerana skng masih di terengganu...smpai la ujung bln 11....
bese nye dh ade kt umah time2 bln 11 ni...........jgn tersekat kt sini sudah....
bese nye dh ade kt umah time2 bln 11 ni...........jgn tersekat kt sini sudah....
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Amaran Banjir | Updated
lepat_ubi wrote:saye juge sedang kerisauan kerana skng masih di terengganu...smpai la ujung bln 11....
bese nye dh ade kt umah time2 bln 11 ni...........jgn tersekat kt sini sudah....
tak pe balik cepat..
beraya di Subang je la
tahun nie..macam tahun lepas
Re: Amaran Banjir | Updated
TIP menghadapi banjir
SUMBER
http://akuanakpahang.blogspot.com/2010/11/banjir-ker-kita.html
Di dalam Rumah
Dengar pengumuman dari radio
Simpan air bersih
Bawa masuk perabot dari luar rumah
Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
Jika diarahklan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Ikut laluan yang ditentukan.
Di luar Rumah
Berpindah awal dan semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
Pergi ke tempat tinggi dan selamat
Jangan bersiar-siar di kawasan banjir
Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh
Jangan minum air yang tercemar
Awasi kanak-kanak.
SUMBER
http://akuanakpahang.blogspot.com/2010/11/banjir-ker-kita.html
Re: Amaran Banjir | Updated
zulkbo wrote:lepat_ubi wrote:saye juge sedang kerisauan kerana skng masih di terengganu...smpai la ujung bln 11....
bese nye dh ade kt umah time2 bln 11 ni...........jgn tersekat kt sini sudah....
tak pe balik cepat..
beraya di Subang je la
tahun nie..macam tahun lepas
thn ni raye kelantan kot......umah kwn...skng tgh musin final exam.....(11 smpai 29 nov)....
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Amaran Banjir | Updated
katok besor dah keluor kat KB....tu penunjuk aras orang dedulu...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Amaran Banjir | Updated
MD wrote:katok besor dah keluor kat KB....tu penunjuk aras orang dedulu...
mak aihhh.....bahaye nih...
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Amaran Banjir | Updated
MD wrote:katok besor dah keluor kat KB....tu penunjuk aras orang dedulu...
katak mende pulok nya MD?
Re: Amaran Banjir | Updated
zulkbo wrote:MD wrote:katok besor dah keluor kat KB....tu penunjuk aras orang dedulu...
katak mende pulok nya MD?
Zul, katok yang macam katok kembung tu..dalam Kosmo! beberapa hari lepaih..
menurut,orang disitu katok tu keluar dari sarang [ untuk selamatkan diri ]tu dikira pedoman secara lojik la...apa pun ketentuan Allah SWT.kot mane pun kita sebagai manusia kena juga bersedia...
p/s - bapok besor 1.3KG...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Amaran Banjir | Updated
MD wrote:zulkbo wrote:MD wrote:katok besor dah keluor kat KB....tu penunjuk aras orang dedulu...
katak mende pulok nya MD?
Zul, katok yang macam katok kembung tu..dalam Kosmo! beberapa hari lepaih..
menurut,orang disitu katok tu keluar dari sarang [ untuk selamatkan diri ]tu dikira pedoman secara lojik la...apa pun ketentuan Allah SWT.kot mane pun kita sebagai manusia kena juga bersedia...
p/s - bapok besor 1.3KG...
betul la kate MD tuh....
binatang ni sensitif sket ngan bencana alam,,,,
kalo mcm kat jepun....dorang bela ikan emas kalo x salah koi...
itu utk bg signal gempa bumi...
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Amaran Banjir | Updated
bencana alam ni kalau kita
renungkan balik..sema nya berpunca dari kita....
aok tengok sungai Jengka udah lah..sempit je ler nih
main penuh sampah ke apa mende..
renungkan balik..sema nya berpunca dari kita....
aok tengok sungai Jengka udah lah..sempit je ler nih
main penuh sampah ke apa mende..
Re: Amaran Banjir | Updated
zulkbo wrote:
Ada macam gini tak ropernya..
ni katak garanggg...
cakap jer udahler...
tak yah lah awok kuarkan gambor katak tu..
geli geleman kawan melihatnya........
ainie rashid- JKK Kampung
- Posts : 243
Points : 265
Join date : 15/12/2009
Age : 53
Location : / J 2 / Kuantan
Re: Amaran Banjir | Updated
zulkbo wrote:Ainie..
mula-mula koi ingat nak buat
avatar gambo katak tu..he he
awok usoh mengada....geli geleman kawan melihatnya....
awok nok memanggil hujan lagi ker... he he he
rasanya comey doh gambor awok ngan background rumah kawan tu...
bukan senang nak amek gambor kat umah kawan tuh...... oren felda tu......
ainie rashid- JKK Kampung
- Posts : 243
Points : 265
Join date : 15/12/2009
Age : 53
Location : / J 2 / Kuantan
Re: Amaran Banjir | Updated
ainie rashid wrote:zulkbo wrote:Ainie..
mula-mula koi ingat nak buat
avatar gambo katak tu..he he
awok usoh mengada....geli geleman kawan melihatnya....
awok nok memanggil hujan lagi ker... he he he
rasanya comey doh gambor awok ngan background rumah kawan tu...
bukan senang nak amek gambor kat umah kawan tuh...... oren felda tu......
terbaikkk...tahu tak pe..
lama dah koi tak bergambo
sehensem itu..berkat kaler
cat rumah aok ter...la la la
Re: Amaran Banjir | Updated
baru bersembang dengan geng polis Bentong..
memang ada meeting pasal persiapan banjir ni..
jadi bersedilah saudara ku semua yak..?
pindah jika di beri arahan berpindah...
memang ada meeting pasal persiapan banjir ni..
jadi bersedilah saudara ku semua yak..?
pindah jika di beri arahan berpindah...
Re: Amaran Banjir | Updated
Pahang Siap Siaga Hadapi Banjir
- Code:
KUANTAN: Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Pahang diarah membuat senarai nama mereka yang berpindah dan yang tidak berpindah ketika berlakunya musim banjir nanti.
Pengerusi Pengurusan Bencana Alam Pahang, Datuk Seri Safian Ismail berkata perkara itu dilihat penting bagi urusan pengagihan bantuan kepada mangsa terbabit.
"Akibat pendaftaran yang tidak tersusun (pada tahun lepas), ada mangsa banjir yang menerima bantuan sebanyak dua kali dan sebanyak dua peratus mangsa banjir pula dikesan telah tercicir daripada menerima bantuan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sebuah bot dan jentera bomba dan penyelamat kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang di sini, Selasa.
Beliau berkata Pahang secara umumnya telah bersiap sedia untuk menghadapi musim banjir yang dijangka Disember ini.
"Kita berharap menerusi senarai nama berkenaan, pengagihan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir akan lebih efisyien," katanya.
Pada majlis berkenaan, stesen televisyen swasta, TV3 turut menyumbangkan dua buah bot kepada jabatan berkenaan untuk digunakan pada musim tengkujuh kelak. -BERNAMA
Re: Amaran Banjir | Updated
KUANTAN, (Bernama) - Seramai 95 mangsa banjir kini berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Darat di sini.
Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah itu bertambah berbanding 64 orang yang ditempatkan di pusat itu selepas kediaman mereka dinaiki air semalam.
"Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain daerah-daerah lain di negeri ini masih belum terjejas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya setakat 10 pagi tadi, jalan di Km 18 Jalan Gebeng-Kuantan turut ditenggelami air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.
Berhati-hati warga Pahang..
sila patuhi arahan banjir
dari pegawai berwajib di
tempat anda..
Similar topics
» CHELSEA :: THE BLUES
» Sketsa Banjir 2007
» Banjir di Pahang - 2007
» udah banjir gamoknya kuantan.......
» Bomba sedia hadapi bencana banjir
» Sketsa Banjir 2007
» Banjir di Pahang - 2007
» udah banjir gamoknya kuantan.......
» Bomba sedia hadapi bencana banjir
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum