Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Bomba sedia hadapi bencana banjir
5 posters
Page 1 of 1
Bomba sedia hadapi bencana banjir
PEKAN - Pasukan Bomba dan Penyelamat sentiasa mempergiatkan latihan kecekapan menyelamat di darat dan di air termasuk menghadapi bencana banjir yang mungkin akan kembali melanda daerah ini.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin berkata, bomba sedang melakukan persediaan bagi jenteranya dalam usaha membantu masyarakat jika bencana itu melanda.
Menurutnya, bencana banjir yang berlaku di kebanyakan negeri kini mungkin akan kembali melanda daerah ini yang menjadi antara daerah yang paling teruk terjejas sewaktu bencana itu dua tahun lalu.
“Bomba sentiasa melakukan persediaan untuk menghadapi apa sahaja situasi yang sukar kerana bencana yang melanda masyarakat seperti banjir menyebabkan jalan hubungan terputus dan majoriti penduduk di kawasan ini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir yang ditetapkan.
“Persiapan yang lebih baik akan terus dilakukan bagi melatih anggota bomba lebih cekap dan bersedia bagi operasi menyelamat di darat dan di air,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Balai Bomba dan Penyelamat di sini, semalam.
Menurutnya, latihan yang diadakan dari semasa ke semasa adalah antara cara untuk meningkatkan kekuatan jenteranya selain memastikan peralatan yang ingin digunakan berada dalam keadaan yang baik dan lengkap.
“Latihan yang berterusan ini dapat membantu setiap anggota mendalami semua ilmu kemahiran berkaitan operasi menyelamat mangsa dan kemalangan air khususnya sewaktu bencana banjir.
“Melalui latihan berterusan, kemahiran akan dapat dipertingkatkan selain penambahan anggota yang cekap mengendalikan bot sewaktu kerja menyelamat dilakukan,” katanya.
Beliau berkata, peralatan yang mencukupi dan lengkap membantu bomba dan penyelamat menyediakan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat yang dilanda kesusahan,” kata Sheikh Hassan.

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Bomba sedia hadapi bencana banjir
tak terbalas jasa ahli-ahli bomba ni
banyak orang dok cakap dulu-dulu
kerja bomba ni makan gaji buta..
tak tau lah tanggapan orang..
tapi pada koi la kan bukan senang nak
jadi bomba ni kerja dorang siang malam
tak kira hari raya ke sema kena kerja
ribut,taufan,banjir anak kucing lekat kat longkang
pun orang sekarang panggil bomba..belum
campur bab ular masuk umah lagi...
saya bangga pada siapa yang jadi bomba
TAHNIAH.. dari saya untuk semua ahli bomba
seluruh dunia...

ebe wrote:saya bangga kerana lahir dari keluarga bomba
woittt...
tahniah untuk aok juga dari koi
Re: Bomba sedia hadapi bencana banjir
Rasanya bomba, polis, askar sumer dah dan sentiasa ready menghadapi segala....
cumer, yg patut kena traning nih... sapa-sapa yg duk kat Penyelaras Pusat Banjir... ( maaf cakap... Org Jabatan Kebajikan Masyarakat ). Walau sebagus mana anggota penyelamat kita... kut org yg bg arahan xtentu hala... haa.... jadi ler cam banjir taun 2007.... tu yg ader org dpt biskut sekeping sorang jer......
Apa-apa pun aku mmg respek kat anggota bomba nih... kalu nak cari superman... hah! dema la org nyer.... dr padam api... sampai selamatkan kucing sangkut kat atas pokok.... tu belum lg org wat filem nak wat hujan tiruan.....

Banjir diramal berlarutan hingga minggu kedua Januari
BANJIR di negeri ini diramal bermula minggu kedua Disember ini dan berlarutan sehingga minggu kedua Januari depan, dan apa yang membimbangkan bencana itu berlaku berserta fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 26 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail, berkata sebagai persiapan cuti kakitangan awam khususnya jabatan yang terbabit secara langsung dengan operasi bantuan banjir dibekukan berkuat kuasa 15 Disember sehingga 30 Januari depan.
Bagaimanapun katanya, tarikh itu hanya ramalan dan pihaknya menjangkakan banjir berlaku di Sungai Lembing, Kuantan, Temerloh, Bera, Maran, Pekan dan Rompin.
"Biarpun dijangka banjir tahun ini adalah normal dan tidak seburuk banjir dua tahun lalu, tetapi persiapan menyeluruh tetap dilakukan dan sehingga kini kita sudah mengadakan dua mesyuarat bagi membincangkan persiapan logistik dan pangkalan hadapan.
"Tahun ini juga sebanyak 588 pusat pemindahan diwujudkan yang dijangka mampu menampung 127,144 mangsa banjir, manakala 94 pangkalan hadapan ditambah 20 peratus berbanding tahun lalu.
"Kita menjangkakan 6,000 anggota akan terbabit dalam persiapan menghadapi banjir tahun ini, termasuk pasukan barisan hadapan seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak berkuasa tempatan," katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri.
Muhammad Safian berkata, pusat pemindahan dan pangkalan hadapan ditambah tahun ini berikutan ada beberapa kawasan baru yang dilanda banjir tahun lalu.
"Contohnya di kawasan Sungai Galing, Kuantan yang tidak pernah dilanda banjir, namun berlaku tahun lalu tapi tidak mempunyai pusat pemindahan.
"Selain pangkalan hadapan juga akan bersiap sedia menghantar bekalan makanan dan keperluan dengan keutamaan ditumpukan di kawasan yang dijangka sering terputus hubungan setiap kali banjir terutama penempatan berhampiran sungai," katanya.
Beliau berkata, keperluan logistik juga mencukupi bagi menghadapi banjir tahun ini termasuk jaminan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan mengumpulkan semua logistik milik mereka bagi bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.
"Lima helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), polis dan bomba termasuk bot akan digunakan sepanjang banjir berlaku bagi membantu membawa mangsa yang mungkin terperangkap ke pusat pemindahan," katanya.
Muhammad Safian berkata, pemantauan juga akan dilakukan di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser.

Mrcipizs- Tok Penghulu
- Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 43
Location : Angkasa?
Similar topics
» Kuantan :: Bomba, JPA Pahang sudah siap sedia
» Kuantan :: MPK sedia hadapi musim tengkujuh
» Temerloh :: Sepakat buat perahu hadapi banjir
» Devan hadapi bekas sifu Selangor
» 2 negeri sedia naik mas kahwin

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum