Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Emping Padi - Semakin Dilupai
+9
Jeck Sparow
Awangmaseru
SailorMoon
Deto_8
RoyKay33
lepat_ubi
Bederun
zulkbo
MD
13 posters
:: SEMBANG UMUM :: MAKANAN & RESIPI
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Emping Padi - Semakin Dilupai
Mungkin ada diantara kalangan warga PCC yang pernah makan emping padi?Walaupun bukan negeri jelapang padi,ada diantara daerah di negeri Pahang yang mengusahakan tanaman padi seperti di Pekan,Rompin,Kuala Lipis dan lain lainya.Tentunya emping padi menjadi kebiasaan bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan daerah tersebut.
Padi muda yang dipilih dileraikan dari tangkai kemudian digoreng tanpa menggunakan minyak.Proses seterusnya ditumbuk dengan lesung dan diasingkan kulit padi tersebut..dalam proses ini juga padi muda tadi menjadi leper..
Biasanya emping dicampurkan dengan kelapa parut [ diambil bahagian isi yang putih sahaja ] dan dicampur sedikit garam dan gula.Digaul hingga sebati dan ianya sedia untuk dimakan...Terdapat juga resepi masakan lain yang menggunakan emping padi seperti kerabu,bubur mengikut kreativiti masing masing..
Oleh yang demikian jemput semua berkongsi maklumat berkaitan dengan Emping Padi - Makanan tradisi yang semakin dilupai.
selamat berforum!

MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
tq Zulkbo,
gambar tersebut boleh menjadi rujukan pada yang belum pernah mengetahui atau makan emping ni...

Wehhhh aok MD.. kecor lior keh nengok ke gambo emping Zul te.. doh bezaman amat keh tok merase mkn emping.. keh rajin jugok dok musing2 pkn sari, paso mlm, paso tani jerantek te, keknya tk mboh nye teserempok dgn mender neh..
Bederun- JKK Kampung
- Posts : 160
Points : 171
Join date : 25/03/2010
Age : 48
Location : Jerantut - Sintok - Damansara - Muar
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
Bederun wrote:Wehhhh aok MD.. kecor lior keh nengok ke gambo emping Zul te.. doh bezaman amat keh tok merase mkn emping.. keh rajin jugok dok musing2 pkn sari, paso mlm, paso tani jerantek te, keknya tk mboh nye teserempok dgn mender neh..
baru aok tau,hehehehe
kabornya di jerantek ada kampung yg buat acara mengemping tahun lepas..sumber dari fans FB PCC
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
Bete amat te.. Ande jugok rodong2 ngabo, kt Perlok ande deme buat acara tahunan, keknye keh tok mengkaji kesohihannye..
Bederun- JKK Kampung
- Posts : 160
Points : 171
Join date : 25/03/2010
Age : 48
Location : Jerantut - Sintok - Damansara - Muar
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
beh nye,,,,,mok koi la ngajor koi mkn emping ngan kelape teh....sedak ngat weyh...
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
kenit2 dulu koi penoh tgk org buat emping nie..
pakei kayu beludi besor sangkut mcm kapei terebang..ekekek
pakei kayu beludi besor sangkut mcm kapei terebang..ekekek
RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
kawan pernoh makan masa kecik2 dulu kat pekan...memang rangup...
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
Deto_8 wrote:kawan pernoh makan masa kecik2 dulu kat pekan...memang rangup...
kat pekan mmg byk jual..
ketnye koi x gemor emping nih...
mcm x kenyang jer mkn dia...
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
…. Sedikit info tentang Emping Padi untuk dikongsi….
PROSES MENGHASILKAN EMPING PADI
Kebiasaannya, emping padi dihasilkan pada penghujung musim penanaman padi, bila mana dalam tempoh tersebut, padi yang ditanam telah mencapai proses pra matang. Ianya dapat dikenalpasti dari warna buah padi muda yang hijau telah bertukar menjadi hampir kekuning-kuningan. maka dalam tempoh tersebut, adalah sangat sesuai buah padi tersebut di proses untuk dijadikan emping.
Bukan semua jenis padi sesuai untuk untuk dijadikan emping, hanya beberapa jenis padi sahaja dapat menghasilkan emping yang sedap dan menyelerakan. Spesis padi pulut adalah tidak sesuai sama sekali dalam proses ini.
Padi yang akan menjalani proses, hendaklah dari padi yang baru dituai, dipisahkan dari tangkainya serta diasingkan dari padi yang tidak berisi dengan melalui proses yang dinamakan ’mengangin’. Proses seterusnya adalah dengan merendam padi tersebut untuk tempoh 6 hingga 8 jam. Dalam proses ini, hanya padi yang tenggelam sahaja akan dipilih.
Dalam tempoh merendam tersebut, peralatan mengemping perlu disediakan secukupnya supaya tidak akan mengganggu proses seterusnya, kerana padi yang telah siap direndam, perlu segera menjalani proses mengemping.
Peralatan-peralatan yang perlu disediakan adalah:
A. Peralatan memasak
1. Dapur gas besar atau Dapur kayu
2. Kuali bersaiz besar
3. Sabut kelapa
B. Peralatan Mengemping.
1. Lesung padi (lesung kayu)
2. Antan (alu) / 2 unit
3. Bilah Perejam (1.5m panjang)
4. Nyiru dan gadang
MENGEMPING
Buah padi yang telah menjalani proses merendam tadi hendaklah ditoskan selama 1 hingga 2 jam bagi menyingkirkan air yang terdapat di bahagian luar buah padi tersebut. Sementara itu, dapur dinyalakan dan kuali penggoreng dipanaskan dengan api yang perlahan. Setelah proses tos selesai, padi tersebut digoreng di atas kuali dengan nyalaan api yang sederhana. Sabut kelapa digunakan untuk mengacau padi yang digoreng. Padi hendaklah sentiasa dikacau supaya masak samarata dan mengelakkan kulit padi dari hangus.
Padi yang telah sedia ditumbuk dapat dikenalpasti apabila beberapa biji padi tersebut pecah dan membentuk ‘bertih’, maka, padi tersebut hendaklan dipindahkan seberapa segera ke dalam lesung kayu yang tersedia. Proses menumbuk juga hendaklah dimulakan sebaik sahaja padi goring tadi dimasukkan, kerana melambatkan proses ini akan menyebabkan padi menjadi sejuk dan menghasilkan emping yang kurang bermutu.
Kaedah menumbuk hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Biasanya 2 atau 3 individu diperlukan untuk proses ini. Peraturan dan kesefahaman juga perlu diambil kira bagi melancarkan proses penting ini, penggiliran menumbuk dan merejam adalah amat penting. Bilah perejam adalah merupakan alat bagi membalik-balikkan bahan di dalam lesung dan mengelakkan bahan dari melekat pada lesung dan perlu dilakukan berselang dengan antan (alu).
Proses menumbuk akan berakhir apabila padi goreng tersebut menjadi leper dan semua kulit padi tersebut telah terpisah dari isi. Emping yang masih bercampur kulit padi tadi perlulah dikeluarkan dari lesung dan diletakkan de dalam nyiru bagi menjalani proses ‘menampi’ untuk membuang kulit padi tersebut. Setelah bersih, pindahkan emping yang telah siap ke dalam gadang untuk disimpan. Ulangi semula proses menggoreng padi dan menumbuk sehingga kesemua padi rendam habis.
Selamat Mencuba.

SailorMoon wrote:Deto_8 wrote:kawan pernoh makan masa kecik2 dulu kat pekan...memang rangup...
kat pekan mmg byk jual..
ketnye koi x gemor emping nih...
mcm x kenyang jer mkn dia...
x kenyang aok kate???
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
Last edited by zulkbo on Sat May 01, 2010 5:44 pm; edited 1 time in total
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
ada sejenis lagi makanan tradisi serupa emping yaitu kekalu ,cuma padi tu tak ditumbuk leper . sesapa yang pernoh makan dan ada maklumat tolonglah citer .
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
zulkbo wrote:
Biasa tengok orang MENGEMPING padi
pakai lesung kaki
haaa..lesung ni laa yg koi kabor mcm kapei terebang tu..
tp lawo lg..xde laa berikat dgn batu gitu..ekekek
RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
aderrr lagi ker org mnegemping nieee..rindu betul kawan nak pijok lesong tuuu..masa kecik kecik dulu rajin la.. skrg da tak jumpa da...
Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
teknik pemberatRoyKay33 wrote:
haaa..lesung ni laa yg koi kabor mcm kapei terebang tu..
tp lawo lg..xde laa berikat dgn batu gitu..ekekek
orang dolu2
hu hu
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
zulkbo wrote:teknik pemberatRoyKay33 wrote:
haaa..lesung ni laa yg koi kabor mcm kapei terebang tu..
tp lawo lg..xde laa berikat dgn batu gitu..ekekek
orang dolu2
hu hu
Keknye org beloh2 temeling nun pakei lesung tgn je deme te..
Pantas & Efektif kate deme.. huhuhu
Bederun- JKK Kampung
- Posts : 160
Points : 171
Join date : 25/03/2010
Age : 48
Location : Jerantut - Sintok - Damansara - Muar
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
Tp ntah ler....
rase cam emping skarang nih.... dok braper nok sedak kalo berbanding ngan dulu...
mungkin pasai dah komersil kut...
kalo dulu... org buat emping nih... pasai nak makan sendiri...
jadi kena la buat bebetul.....
hmmm.... tp ..
mmg lama mat dah rasenya dok makan emping nih...
(ujung minggu nih balik paya pulai... g cari lah kat pekan sari nuuu...)
rase cam emping skarang nih.... dok braper nok sedak kalo berbanding ngan dulu...
mungkin pasai dah komersil kut...
kalo dulu... org buat emping nih... pasai nak makan sendiri...
jadi kena la buat bebetul.....
hmmm.... tp ..
mmg lama mat dah rasenya dok makan emping nih...
(ujung minggu nih balik paya pulai... g cari lah kat pekan sari nuuu...)
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
zulkbo wrote:teknik pemberatRoyKay33 wrote:
haaa..lesung ni laa yg koi kabor mcm kapei terebang tu..
tp lawo lg..xde laa berikat dgn batu gitu..ekekek
orang dolu2
hu hu
jenoh jugok hak nok memijoknye tuu..mmg teging kaki..
tp mmg praktikal laa pasei kayu tu doh lempong..ekekek
RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
Tq sbb naikkan gambar ni.... minggu lepas gi pekan sari jengka 2... jumpa benda ni......
seumur hidup tak penah makan.. beli rm2.00(1 pot susu) balik umah campur kelapa muda dan gula... dan makan la sikit...... lengoh keng mengunyah..., tp memang beh...
yang sedihnya....anak-anak sumer tak nak makan sebab..............makanan pelik katanya..........
**** TQ PCC sebab kenalkan sy makanan tradisi cam ni************
ainie rashid- JKK Kampung
- Posts : 243
Points : 265
Join date : 15/12/2009
Age : 53
Location : / J 2 / Kuantan
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
Ainie,
memang sedikit liat...bergantung kepada orang yang buat dan pemilihan padi muda yang betul betul muda....
memang sedikit liat...bergantung kepada orang yang buat dan pemilihan padi muda yang betul betul muda....
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
Awangmaseru wrote:ada sejenis lagi makanan tradisi serupa emping yaitu kekalu ,cuma padi tu tak ditumbuk leper . sesapa yang pernoh makan dan ada maklumat tolonglah citer .
kekalu pun sejenis emping jugak tp dibuat dari padi pulut, mmg lebih sedap dan lembut. susah nk jumpa kekalu zaman ni..
Re: Emping Padi - Semakin Dilupai
MD wrote:Ainie,
memang sedikit liat...bergantung kepada orang yang buat dan pemilihan padi muda yang betul betul muda....
Kawan nak tumpang tanya....
Baru ni kawan gi pasar tani....
Jumpa emping ni... tapi warna putih..... Kawan dok le pulak membelinya....kwn tengok je...
Masa kawan beli kat jengka dulu tu warna hijau.....
Sesapa yg tahu....... ader beza ke antara dua colour ni??????
ainie rashid- JKK Kampung
- Posts : 243
Points : 265
Join date : 15/12/2009
Age : 53
Location : / J 2 / Kuantan
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Pekan bakal ada Sawah Padi Moden
» CHELSEA :: THE BLUES
» Musim menuai padi huma di post iskandar ,bera
» Pantai Sepat yang semakin sepi
» Kuantan :: Kecurian kenderaan semakin berleluasa di Kuantan
» CHELSEA :: THE BLUES
» Musim menuai padi huma di post iskandar ,bera
» Pantai Sepat yang semakin sepi
» Kuantan :: Kecurian kenderaan semakin berleluasa di Kuantan
:: SEMBANG UMUM :: MAKANAN & RESIPI
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum