Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kuantan l Promosikan Pantai Chendor

2 posters

Go down

Kuantan l Promosikan Pantai Chendor Empty Kuantan l Promosikan Pantai Chendor

Post  Deto_8 Mon Mar 22, 2010 3:31 pm

KUANTAN – Nama Pantai Chendor barangkali tidaklah terkenal seperti pantai Teluk Cempedak, Balok, Sepat dan juga Cherating di daerah ini.

Namun tidak mustahil pengunjung yang gemarkan keindahan pantai akan jatuh cinta pandang pertama khususnya bagi mereka yang mahukan ketenangan untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Di Pantai Chendor, pengunjung boleh berkhemah, memasak, memancing dan mandi-manda sambil menikmati keindahan air laut yang tenang, langit membiru serta hembusan bayu yang mendamaikan.

Pantai yang tenang dengan dikelilingi pokok kelapa itu turut memiliki tandas awam dan gerai makanan untuk kemudahan orang ramai.

Bagaimanapun, penduduk setempat berharap agar pihak berkuasa tempatan dapat menyediakan lebih kemudahan di pantai berkenaan supaya menjadi tumpuan pelancong setanding dengan pantai-pantai lain di daerah ini.

Muhammad Yasin Abdullah, 52, berkata, dia berharap agar pihak berkuasa menyediakan kerusi rehat untuk membolehkan pengunjung bersantai dengan selesa.

“Ketiadaan kerusi menyebabkan pengunjung terpaksa berehat di dalam kereta sahaja atau pun membentang tikar.

“Ini pasti mendatangkan ketidakselesaan pelancong yang datang untuk berehat dan bersantai bersama keluarga serta rakan-rakan,” katanya ketika ditemui di pantai berkenaan.

Menurutnya, dia juga melihat adanya keperluan untuk menyediakan kemudahan taman permainan buat kanak-kanak yang berkunjung ke situ.

“Taman permainan dapat dijadikan salah satu tarikan di sini, sesuai dengan konsepnya untuk membolehkan pengunjung berehat dan beriadah.

“Pengunjung juga tidak perlu bimbang kerana pantai ini landai dan cetek, membuatkannya tidak berbahaya untuk aktiviti air,” katanya.

Seorang penduduk, Ahmad Azari Muhammad, 54, berkata, pantai itu sememangnya diketahui menjadi tumpuan penggemar sukan luncur air terutamanya pelancong dari negara luar seperti Singapura dan Jepun.

“Mereka kerap datang ke sini sekitar bulan Disember hingga Februari kerana ketika itu, keadaan ombak agak besar dan sesuai untuk sukan berkenaan.

“Setakat ini masih belum ada pertandingan sukan luncur air yang dianjurkan di sini namun saya yakin pantai ini mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan sebagai lokasi sukan bertaraf antarabangsa itu,” katanya.

Ahmad Azari berharap agar pihak berkuasa tempatan turut menyediakan kemudahan surau untuk memudahkan pengunjung menunaikan ibadat semasa berkunjung ke situ.

“Gerai makanan yang disediakan di sini setakat ini hanya dibuka pada waktu malam sahaja dan kita mengharapkan lebih banyak gerai diwujudkan untuk memenuhi keperluan pengunjung.

“Kesukaran mencari tempat makan yang sesuai pada waktu siang perlu diatasi segera kerana kebiasaannya pelancong gemar mencari gerai-gerai makan di luar dan berkonsep terbuka sambil menikmati hembusan angin laut,” katanya.

Mohd Kamal Salleh, 52, berpendapat Pantai Chendor dilihat sukar untuk dikunjungi berikutan kekurangan papan tunjuk arah selain gerai makan dan lampu jalan.

“Tidak dinafikan, terdapat beberapa gerai kecil makanan di sepanjang jalan menuju ke Pantai Chendor namun auranya belum mampu melekat di hati pelancong.

“Bagi menaikkan nama pantai ini, suntikan daya penarik yang boleh menjadikan ia lebih terkenal seperti pembinaan taman tema, pusat beli-belah borong dan medan ikan bakar serta makanan laut perlu saya fikir boleh ditonjolkan,” katanya.

Menurutnya, biarpun terpinggir, banyak kelebihan yang membolehkan Pantai Chendor menjadi destinasi pelancongan lebih terkenal tambahan dengan kawasan persekitarannya yang bersih.

“Jika usaha untuk mempromosikan pantai ini sebagai destinasi pelancongan utama dibuat, tidak mustahil ia mampu menarik bilangan pelancong yang lebih ramai dan menjana perkembangan ekonomi penduduk tempatan menerusi peluang perniagaan yang ada.

“Saya juga mencadangkan pembinaan chalet dan resort dibuat untuk merancakkan lagi aktiviti pelancongan di kawasan ini,” katanya.

Kini, cabaran besar menanti untuk menjadikan Pantai Chendor sebagai produk dan destinasi utama bagi pelancong menghabiskan cuti pada hujung minggu.

Sebagai permulaan, sasaran pengunjung luar dari Pahang tidak diperlukan, namun memadai meningkatkan jumlah pengunjung tempatan ke Pantai Chendor.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Kuantan l Promosikan Pantai Chendor Empty Re: Kuantan l Promosikan Pantai Chendor

Post  Deto_8 Mon Mar 22, 2010 3:34 pm

Kuantan l Promosikan Pantai Chendor Panataichendorbig
sumber : malaysiatrekker.com
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Kuantan l Promosikan Pantai Chendor Empty Re: Kuantan l Promosikan Pantai Chendor

Post  SailorMoon Mon Mar 22, 2010 8:25 pm

Deto_8 wrote:Kuantan l Promosikan Pantai Chendor Panataichendorbig
sumber : malaysiatrekker.com

mase kecik2 dulu arwah ayah salu bwk picnic kat sini... Sad
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

Kuantan l Promosikan Pantai Chendor Empty Re: Kuantan l Promosikan Pantai Chendor

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum