Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Kuantan :: Kes buang bayi runtun hati masyarakat
3 posters
Page 1 of 1
Kuantan :: Kes buang bayi runtun hati masyarakat
KUANTAN – Kes terbaru membabitkan penemuan dua bayi iaitu seorang bayi lelaki ditinggalkan dalam sebuah kebun sayur di Cameron Highlands dan seorang lagi dianggarkan berusia tidak sampai seminggu berjaya diselamatkan ketika dihanyutkan arus sungai di Bentong dalam tempoh dua hari lalu menyentuh perasaan masyarakat.
Mohd Saufi Mohd Ramli, 21, berkata, dia kesal dengan kejadian berkenaan dan bertanya apalah dosa bayi itu hingga sanggup diperlakukan sedemikian ibunya.
Menurutnya, paparan demi paparan yang disiarkan media massa mengenai kejadian itu semakin kerap sejak kebelakangan ini membuktikan masyarakat hari ini semakin hilang nilai kasih sayang.
“Anak adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya, namun krisis sosial semakin kronik menyaksikan banyak kes pembuangan bayi dalam ruang lingkup masyarakat di negara ini.
“Saya kesal kerana haiwan pun tahu sayangkan anak, ini pula manusia. Bagaimana kita yang kental dengan agama dan adat ketimuran, boleh melakukan perkara sedemikian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, apa yang lebih menyedihkan, bayi bukan sahaja diperlakukan seperti sampah tetapi juga menjadi barang dagangan untuk pihak tertentu meraih keuntungan melalui penjualan bayi.
“Kasihan dengan nasib anak-anak kecil tidak berdosa dan berharap agar pihak bertanggungjawab dapat hentikan gejala ini,” katanya.
Khatijah Abu Bakar, 55, berkata, dia dukacita dan kecewa terhadap peningkatan bilangan kes pembuangan bayi sejak akhir-akhir ini.
“Bagi saya, akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan hidup, ada dalam kalangan masyarakat alpa lalu terjebak perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah.
“Terperangkap dengan jerat dicipta sendiri, pesalah ini ambil jalan mudah sama ada buang bayi atau menggugurkan kandungan mereka,” katanya.
Katanya, kehidupan generasi hari ini terlalu bertunjangkan keseronokan duniawi mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas.
“Usaha pencegahan perlu bermula dalam diri remaja agar mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina, selain bimbingan agama diterapkan untuk dijadikan sebagai perisai diri.
“Di samping itu, semua pihak diharapkan dapat beri penekanan dan bimbingan terhadap lelaki dalam usaha mendidik golongan ini untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita,” katanya.
sumber : Sinar Harian

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Kuantan :: Kes buang bayi runtun hati masyarakat
nak buat mudah, nak buang pun mudah
sam- Tok Empat
- Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR
Re: Kuantan :: Kes buang bayi runtun hati masyarakat
samdol wrote:nak buat mudah, nak buang pun mudah
tak mudah gak nak membuatnya Sam
berpeluh gak..tu pun belum tahu "lekat" lagi weh
hehe..
Re: Kuantan :: Kes buang bayi runtun hati masyarakat
owwwh maksud koi buat maksiat makin mudah... kekekkezulkbo wrote:samdol wrote:nak buat mudah, nak buang pun mudah
tak mudah gak nak membuatnya Sam
berpeluh gak..tu pun belum tahu "lekat" lagi weh
hehe..
sam- Tok Empat
- Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR
Similar topics
» Sex Luar Nikah...Buang Bayi...Guaner Citer..
» Kuantan :: Bayi koma didera
» Kuantan :: Kecurian kenderaan semakin berleluasa di Kuantan
» Kuantan l Kuantan jadi bandar raya 2015
» Kisah Babi Hutan Dan Masyarakat Felda

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum