Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Mati tercampak atas jalan

3 posters

Go down

Mati tercampak atas jalan Empty Mati tercampak atas jalan

Post  along Fri Jul 31, 2009 11:20 am

KUANTAN: Seorang isteri terpaksa menerima hakikat menjadi balu dan membesarkan dua anak masih kecil sendirian apabila suaminya, Mohd Zamri Yahya, 37, terbunuh selepas kereta dipandu lelaki itu terbabit kemalangan hingga terputus dua di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, berhampiran Kampung Chendering, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, mangsa, pengusaha kedai makan memandu sendirian dalam perjalanan dari Gambang menuju Bukit Rangin apabila kereta Toyota LE dipandunya tiba-tiba terbabas ke kanan jalan.

Kenderaan itu merempuh sebatang tiang lampu di pembahagi jalan sebelum melayang ke laluan bertentangan dan terputus dua.

Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak di jalan manakala bahagian keretanya yang bercerai itu terkena dua kenderaan berat termasuk treler membawa muatan baja yang kebetulan melalui tempat kejadian.





Menurut adik ipar mangsa, Norizan Yusof, 35, arwah dari Felda Chini 3, Pekan, dikatakan dalam perjalanan menuju Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) menziarahi rakan yang sakit.

“Sebelum kejadian, arwah baru pulang dari pasar raya membeli barangan untuk keperluan kedai makannya yang dibuka di Gambang dan menyerahkan kepada isteri, Robayah, 40, di rumah mereka di Kampung Sri Fajar.

“Selepas menyerahkan barangan itu, dia sempat meminta wang RM50 daripada isterinya untuk mengisi minyak sebelum keluar semula menziarahi rakan di HTAA,” katanya.

Katanya, arwah mempunyai dua anak berusia enam dan dua tahun sempat singgah di rumah seorang lagi rakan di Bukit Setongkol sebelum meneruskan perjalanan ke hospital.

“Kami sekeluarga tidak menyangka kehilangan arwah sekelip mata selepas baru saja keluar rumah kira-kira jam 3 petang.

“Malah, sebelum kejadian juga sikapnya seperti biasa apabila dia tidak menunjukkan kelakuan pelik. Cuma dia memuji keadaan keretanya yang ‘sedap’ dipandu selepas dibaiki,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Mati tercampak atas jalan Empty Re: Mati tercampak atas jalan

Post  zulkbo Fri Jul 31, 2009 3:22 pm

إنا لله وإنا إليه راجعون
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Mati tercampak atas jalan Empty Re: Mati tercampak atas jalan

Post  zulkbo Fri Jul 31, 2009 3:23 pm

agak laju pemanduan tu rasanya...sampai terputus dua...simpatilah Sad
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Mati tercampak atas jalan Empty Re: Mati tercampak atas jalan

Post  MD Fri Jul 31, 2009 3:54 pm

Takziah....pada keluarga mangsa
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Mati tercampak atas jalan Empty Re: Mati tercampak atas jalan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum