Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Empat beradik mati bersama

+7
strikerbuncit
labu sayong
Jeck Sparow
Yassin
Deto_8
MD
along
11 posters

Go down

Empat beradik mati bersama Empty Empat beradik mati bersama

Post  along Tue Dec 08, 2009 8:55 am

Empat beradik mati bersama Mainpi10
MAULANA Harun (kiri) bersama ahli keluarga meratapi jenazah empat cucunya yang lemas di terusan di Muadzam Shah.

Lemas ketika cuba selamat adik jatuh terusan

MUADZAM SHAH: Empat beradik meninggal dunia dalam kejadian menyayatkan apabila tiga daripadanya lemas ketika cuba menyelamatkan adik mereka yang terjatuh ke dalam terusan di Ladang Kelapa Sawit Kota Bahagia di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang, Muhammad Syukri Md Shamsuri dan Norsyafiqah - kedua-duanya berusia 15 tahun yang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), serta Muhammad Syafiq, 12, dikatakan nekad terjun ke dalam terusan itu tetapi ketiga-tiganya turut lemas bersama adik mereka, Norsyakirah, 8.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, Cif Inspektor Abdul Rahman Abdul Jalil, berkata empat beradik itu serta dua lagi kembar berusia enam tahun, Nor Ain Syahirah dan Nor Ain Syariah, mengikuti ibu bapa mereka, Md Shamsuri Maulana, 46 dan Saeyah Mohd Noor, 38, ke terusan berkenaan untuk memancing dan berkelah sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, katanya, empat beradik itu memaklumkan mahu memancing dan mandi di kawasan berhampiran.

"Sebaik sampai di kawasan terbabit, Norsyakirah dipercayai tergelincir ke dalam terusan sedalam tujuh meter menyebabkan yang lain terjun bagi menyelamatkannya.

"Pada masa sama, bapa mangsa tergerak untuk melihat anak-anaknya yang berada agak jauh tetapi menjumpai joran serta selipar sebelum terlihat kelibat tangan mangsa terkapai-kapai di permukaan terusan berkenaan," katanya.

Abdul Rahman berkata, bapa mangsa segera terjun ke dalam terusan itu bagi menyelamatkan anak-anaknya, tetapi terpaksa naik semula selepas beliau sendiri hampir lemas.

Md Shamsuri kemudian berlari ke arah jalan besar, kira-kira 100 meter dari tempat terbabit dan menahan sebuah kenderaan bagi meminta bantuan untuk menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat.

Abdul Rahman berkata, 15 anggota bomba dan penyelamat bersama polis daerah ini terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Anggota penyelamat mengambil masa dua jam bagi mencari mayat mangsa yang ditemui di dasar terusan. Mangsa pertama dikeluarkan ialah Muhammad Syukri, diikuti Nursyakirah, Nursyafiqah dan Muhammad Syafiq. Mayat semua beradik itu dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat," katanya.

Empat beradik mati bersama Mainpi11
Nursyafiqah (atas)
dan Muhammad Syukri.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  MD Tue Dec 08, 2009 9:55 am

Takziah pada keluarga mangsa...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  Deto_8 Tue Dec 08, 2009 10:14 am

Takziah pada keluarga mangsa...Al-Fatihah
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  Yassin Tue Dec 08, 2009 10:26 am

Kawan berasa amat sedih dan simpati...al fatihah dan salam takziah buat keluarga mangsa.
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  Jeck Sparow Tue Dec 08, 2009 10:28 am

Sedihnyer....... uhukkss tak ziah dan Al Fatihah untuk keluarga Mangsa
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  labu sayong Tue Dec 08, 2009 10:28 am

Takziah kpd keluarga mangsa..Allah hanya meminjamkan mereka di dunia seketika itu shj..
Berat mata memandang,berat lg bahu memikul..Al-Fatihah..
labu sayong
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  strikerbuncit Tue Dec 08, 2009 10:31 am

Arwah seorang yg baikk... Sad
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  ozzy Tue Dec 08, 2009 10:35 am

Innalillahiwainailahirajiun...masyaallah sedihnya ..kehilangan 4 org anak sekaligus..takziah buat keluarga..moga tabah..allah lebih menyayangi mereka.. Sad
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  labu sayong Tue Dec 08, 2009 10:36 am

strikerbuncit wrote:Arwah seorang yg baikk... Sad

aok kenei yer?
labu sayong
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  strikerbuncit Tue Dec 08, 2009 10:39 am

labu sayong wrote:
strikerbuncit wrote:Arwah seorang yg baikk... Sad

aok kenei yer?

lepas berita ni kuar,baru kwn kenal deme..ekeke
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  lepat_ubi Tue Dec 08, 2009 10:41 am

strikerbuncit wrote:
labu sayong wrote:
strikerbuncit wrote:Arwah seorang yg baikk... Sad

aok kenei yer?

lepas berita ni kuar,baru kwn kenal deme..ekeke

koi pun kenal gak... Twisted Evil
lepat_ubi
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  labu sayong Tue Dec 08, 2009 10:41 am

strikerbuncit wrote:
labu sayong wrote:
strikerbuncit wrote:Arwah seorang yg baikk... Sad

aok kenei yer?

lepas berita ni kuar,baru kwn kenal deme..ekeke

koi xtau aok neh baik ke idok..sbb xde lg berite ttg aok... Twisted Evil
labu sayong
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  strikerbuncit Tue Dec 08, 2009 10:46 am

labu sayong wrote:
strikerbuncit wrote:
labu sayong wrote:
strikerbuncit wrote:Arwah seorang yg baikk... Sad

aok kenei yer?

lepas berita ni kuar,baru kwn kenal deme..ekeke

koi xtau aok neh baik ke idok..sbb xde lg berite ttg aok... Twisted Evil

kwn ni takla baik sgt.sbb tu tak kuar lg..hihihi..
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  sakur@86 Tue Dec 08, 2009 11:21 am

kita kehilangan seorang ahli keluarga pun dah cukup perit nak menghadapinye..inikan 4 orang sekali gus....Takziah wat keluarga Arwah2..
sakur@86
sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  acey Tue Dec 08, 2009 11:23 am

moga2 Allah memberikan rahmatNya, amin

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  along Wed Dec 09, 2009 2:16 pm

Gilir baring atas riba

MUADZAM SHAH: “Empat anak saudara saya menunjukkan sikap ganjil pada malam sebelum kejadian apabila mereka bergilir-gilir baring di riba ibu mereka (Saeyah Mohd Nor, 38).

“Mereka juga seolah-olah tidak puas-puas berbuat demikian hingga terpaksa ditegur,” kata Rahmat Maulana, 52, bapa saudara kepada empat beradik yang lemas ketika mandi di tali air sebuah ladang kelapa sawit persendirian berhampiran Kota Bahagia, dekat sini, kelmarin.

Dalam tragedi memilukan itu, empat beradik berkenaan, Mohd Syukri, 15, Syafiqah, 15, Mohd Syafiq, 12, dan Nursyakira, 8, lemas ketika mengikut bapa mereka, Md Shamsuri Maulana, 46, berkelah sambil memancing di tali air itu.

Turut serta dalam perkelahan itu, Saeyah bersama dua lagi anak yang juga pasangan kembar berusia enam tahun, Nurainun Syahirah dan Nurainun Syahriah.

Kata Rahmat, sikap ganjil keempat-empat anak saudaranya itu diceritakan sendiri adiknya, Md Shamsuri, yang tidak menyangka perlakuan itu petanda kehilangan mereka untuk selama-lamanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  along Wed Dec 09, 2009 2:29 pm

Empat beradik selamat dikebumi

KUALA ROMPIN – Empat beradik yang mati lemas dalam sebuah terusan di sebuah ladang kelapa sawit, di Kota Bahagia dekat Muadzam Shah, kelmarin selamat dikebumikan.

Jenazah keempat-empat beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Keratong 3, 4 dan 5, pada jam 12 tengah hari semalam.

Majlis bacaan talkin empat sekeluarga itu diketuai Pegawai Agama Islam Muadzam Shah, Mohd Rizal Mohd Ali Hanafiah, sambil diiringi jemaah masjid dan penduduk setempat.

Kelmarin, laporan akhbar melaporkan mangsa, Mohd Shukri Md.Samsuri, 15; Syafiqah, 15; Mohd Syafik, 12 dan Norsyakirah, 8, meninggal dunia kerana lemas dalam terusan berkenaan.

Kejadian pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika ayah dan ibu mereka sedang memancing bersama dua adik bongsu, sementara mereka berempat bermain di sekitar kawasan berkenaan.

Difahamkan dalam kejadian itu, salah seorang daripada mereka dikatakan tergelincir dalam parit sedalam tujuh meter menyebabkan yang lain terjun ke dalam terusan berkenaan untuk menyelamatkannya, namun usaha mereka gagal.

Kesemua mangsa yang tidak pandai berenang kemudian tenggelam di dalam terusan terbabit.

Majlis pengebumian jenazah itu turut dihadiri Pengerusi Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohamad Safri Ab Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain, pemimpin setempat dan orang awam.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Empat beradik mati bersama Empty Re: Empat beradik mati bersama

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum