Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Pekan l Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Go down

Pekan l Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang Empty Pekan l Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Post  Deto_8 Wed Feb 10, 2010 2:58 pm

KAMPUNG KETAPANG TENGAH – “Dengan darah yang masih mengalir di jari, saya tinggalkan temu janji bersama doktor pakar ketika menghadiri rutin pemeriksaan penyakit jantung yang saya dihidapi.”

Sh Mohd Lokman Sh Husain, 43, berkata, dia dan isteri, Norazlina Bakar, 37, yang berada di Hospital Pekan terkejut selepas menerima panggilan daripada jiran yang memaklumkan rumah mereka terbakar.

Menurutnya, dalam keadaan terkejut dia dan isteri bergegas pulang ke rumah dan melihat keseluruhan rumah sudah musnah dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

“Selalunya, jika keluar bagi sesuatu urusan pasti ada yang akan tinggal di rumah tetapi nasib baik pada masa kejadian ibu mertua saya, Hashimah Mahmud, 70, yang tinggal bersama turut keluar untuk ke pasar.

“Lima daripada enam anak sudah ke sekolah seawal jam 7 pagi manakala saya dan isteri ke Hospital Pekan pada jam 8,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sh Mohd Lokman yang bekerja sendiri tidak menyangka akan ditimpa musibah hebat dalam sekelip mata namun bersyukur kerana keadaan kesihatannya masih baik walaupun amat terkejut dengan kejadian tersebut.

“Saya agak runsing memikirkan musibah melanda kami sekeluarga yang tinggal sehelai sepinggang. Apatah lagi kami bakal menyambut kelahiran orang baru (anak ke tujuh) tidak lama lagi,” katanya.

Norazlina yang sedang hamil tujuh bulan kelihatan sugul dengan kejadian serta tidak sempat menunaikan permintaan anaknya yang meminta membeli buku rujukan kerana bakal menduduki peperiksaan UPSR pada penghujung tahun ini.

“Saya sedih kerana kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah saudara selepas kehilangan tempat berlindung. Namun saya dan suami bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat.

“Apa yang boleh dilakukan kini hanyalah membeli kembali keperluan anak-anak sedikit demi sedikit bagi memastikan mereka dapat meneruskan persekolahan kerana semuanya musnah dalam kebakaran yang berlaku,” katanya.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum