Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Indahnya Islam

+3
sam
RoyKay33
strikerbuncit
7 posters

Go down

Indahnya Islam Empty Indahnya Islam

Post  strikerbuncit Tue Dec 29, 2009 4:30 pm

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

CARA MAKAN RASULULLAH S.A.W

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

CARA RASULULLAH MINUM

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

HIKMAH SEBAT DAN RAJAM DALAM KES ZINA

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian.

KAABAH PUSAT BUMI

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka 'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.


Last edited by strikerbuncit on Tue Jan 12, 2010 10:23 am; edited 1 time in total
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  RoyKay33 Tue Dec 29, 2009 4:43 pm

Inf0 yg sgt baik..masehhh SB..
RoyKay33
RoyKay33
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  sam Tue Dec 29, 2009 6:34 pm

lagi best kalau baca paham...
sam
sam
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  zulkbo Tue Dec 29, 2009 8:07 pm

alhamdulillah..dapat jugak ilmu hari ni
aminnn... Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  Awangmaseru Tue Dec 29, 2009 9:35 pm

Cerita lain..
Menurut Dr XX dalam tulisannya, dia ni pengajar sejenis seni pertahandiri China (Qigung ) gitulah bunyinya lebihkurang, penuntutnya memerlukan bertahun masa berlatih untuk mencapai satu tahap dalam tenaga dalaman tapi power tu dah ada pada muslim yang taat solat cuma kita je tak sedor.

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 62
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  Cik_N Tue Dec 29, 2009 11:02 pm

Rentetan dr topik ini saya teringat dengan keistimewaan solat berjemaah...

Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - samaada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Hebatnya Tuhan Maha Pencipta... ...
Cik_N
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  zulkbo Wed Dec 30, 2009 1:06 am

Cik_N wrote:Rentetan dr topik ini saya teringat dengan keistimewaan solat berjemaah...

Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - samaada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Hebatnya Tuhan Maha Pencipta... ...


CARA YANG BETUL

Indahnya Islam Saf-111
Indahnya Islam Kaki_010
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  zulkbo Wed Dec 30, 2009 10:18 am

tapi pengalaman koi sekarang ni bila kat masjid pakat nak luas belaka
kangkang besor-besor..tak mboh nak rapat-rapat ni..he he..
dulu masa remaja koi pernah belajo ugama ngan Al-Arqam kat kampung sempadan
nuh..kat sana time jemaah mmg rapat-rapat almaklumlah "islam cara hidupku"
konsep sana..laki pompuan pun tak bercampo..sekarang tinggal kenangan..
dari 10 pengalaman 9 yang terindah di sana.. Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  zulkbo Sun Jan 10, 2010 10:34 am

Apa Makna Allah Kepada Melayu



Code:
KUALA LUMPUR: Kontroversi penggunaan nama "Allah" oleh bukan Islam perlu ditangani secara teliti bukan sahaja dari sudut undang-undang dan ketuhanan tetapi juga perlu dinilai dari aspek sosiologikal, kata seorang pakar.

Katanya kelantangan sesetengah pihak menyuarakan isu tersebut tanpa memahami secara mendalam isu berkenaan, mengeruhkan lagi keadaan.

Profesor antropologi sosial Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata isu itu perlu ditangani secara teliti ibarat menarik rambut di dalam tepung kerana ia bukan isu remeh.

"Sebaliknya ia boleh membawa implikasi besar terhadap hubungan etnik dan ketenteraman awam," kata beliau.

Penggunaan kalimah "Allah" menjadi kontroversi sejak Mahkamah Tinggi membenarkan majalah mingguan Katolik, Herald, menggunakan kalimah itu pada 31 Disember lepas.

Kelmarin, atas dasar kepentingan negara, kebenaran itu ditangguh hakim yang sama, Datuk Lau Bee Lan berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia. Shamsul Amri berkata penyelesaian isu itu banyak bergantung kepada sudut mana ia dinilai serta sejauh mana semua pihak mampu berhujah secara rasional.

Persoalannya, kenapa sebahagian Melayu-Muslim di negara ini menentang keputusan itu sama ada secara terbuka ataupun senyap?

Untuk memahami dari sudut realiti sejarah-sosial, Shamsul Amri merujuk kepada Artikel 160 Perlembagaan Malaysia yang menginterpretasi bahawa orang Melayu adalah "seseorang yang menganut agama Islam, kebiasaannya bertutur dalam Bahasa Melayu serta akur kepada adat Melayu".

Di atas interpretasi ini dan beberapa peruntukan lain khususnya Artikel 3 dan Artikel 11 (4) sejak negara merdeka, kerajaan sama ada pada peringkat persekutuan atau negeri telah mentadbir, merancang dan melaksana pelbagai dasar tadbir urus, menyentuh pelbagai aspek kehidupan orang Melayu beragama Islam.

Keadaan ini, menurut pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) itu telah memahat semacam satu "psychic unity" yang sukar dikikis bahawa, "Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Shamsul Amri berkata dalam kehidupan beragama orang Melayu, kalimah "Allah" adalah segala-galanya daripada tiang iman hinggalah pegangan, norma dan nilai dalam kehidupan seharian mereka.

"Label Melayu-Muslim adalah paling tepat untuk mengkategorikan orang Melayu di Malaysia tetapi ia jarang digunakan kerana wujud pandangan umum orang Melayu adalah secara otomatis beragama Islam," katanya.

Keadaan ini berbeza dengan etnik Melayu di Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thai, Selatan Filipina, Sri Lanka, Afrika Selatan dan tempat lain dalam "diaspora Melayu" di mana orang Melayu bukan secara otomatisnya beragama Islam kerana tidak didukung faktor disebutkan di atas, membezakan identiti sosial mereka.

Beliau berkata kajian sosiologikal membuktikan perkara paling sensitif kepada Melayu di Malaysia adalah berkaitan dengan agama Islam kerana mereka menganggap "Islam adalah kepunyaan mereka" dan "social proprietyship" ini tidak boleh dipersoalkan.

Maka Melayu-Muslim menganggap Allah adalah kepunyaan mereka dan hanya mereka yang tahu dan berhak membincangkan mengenainya. "Mereka dilahirkan sebagai seorang Islam, hidup sebagai seorang Islam dan mati sebagai seorang Islam... inilah realiti historissosial di Malaysia.

"Kompleksiti realiti sosial kehidupan beragama Islam orang Melayu di Malaysia bertambah rumit apabila Islam dijadikan simbol dan ideologi politik," kata Shamsul Amri, yang menambah kewujudan politikal Islam di peringkat global yang bergerak dalam kerangka Ummah turut merumitkan lagi keadaan.

"Misalnya, ramai orang Melayu-Muslim tidak dapat membezakan perjuangan Palestin adalah perjuangan nasionalisme bukan perjuangan Islam kerana tidak semua orang Palestin beragama Islam," katanya.

Barangkali senario ini menerangkan kenapa timbul reaksi negatif daripada kumpulan Melayu-Muslim apabila pihak Gereja Kristian dibenarkan menggunakan kalimah "Allah" sebagai terjemahan "God" dalam seksyen bahasa Melayu majalah terbitan mereka yang dicetak dalam empat bahasa itu.

Hakim Lau telah memutuskan lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dari segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian. Beliau berkata lanjutan daripada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" kepada orang Islam untuk menyebarluaskan agama tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama.

Pada 16 Febuari, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan gereja dan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Beliau mendakwa perkataan 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Kalimah 'Allah' digunakan dengan meluas dalam kalangan penduduk asli Kristian di Sabah dan Sarawak dengan kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

KDN mewajarkan larangan itu atas alasan keselamatan negara dan bagi mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam sehinggalah membawa kepada keputusan mahkamah pada 31 Disember lepas dan penangguhan penggunaannya semalam.

Bagi felo utama KITA Datuk Dr Denison Jayasooria, isu kalimah itu mampu diselesaikan dengan mengadakan perbincangan dan dialog di antara pemimpin agama dan masyarakat. Dalam hal ini, Denison berkata kerajaan perlu menjadi orang tengah dan menyelesaikan isu itu secara berhemah sejajar dengan konsep 1Malaysia yang menekankan kepada teras penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

"Harapan masih ada namun kerajaan mesti benar-benar ikhlas dalam menyelesaikan punca masalah dan menjadi orang tengah dalam isu ini," katanya mengaitkan konsep 1Malaysia dengan isu itu sebagai antara cabaran perlu ditangani kerajaan dalam meyakinkan rakyat terutamanya golongan minoriti.

Tanpa menafikan semua pihak berhak menyuarakan pandangan atas dasar demokrasi, Denison turut mengecam tindakan segelintir pihak yang memanipulasikan isu itu untuk kepentingan politik sempit yang tidak menyesaikan konflik ini.-
BERNAMA


http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/1/8/mstar_rencana/20100108124417&sec=mstar_rencana
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  koy101 Mon Jan 11, 2010 1:49 am

strikerbuncit wrote:

KAABAH PUSAT BUMI

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka 'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi 'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
-oleh Mudaris Iskandar

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.

Maaf SB, negur jap...
Binaan kaabah nih merupakan wahyu kepada Nabi Ibrahim a.s yg disampaikan oleh malaikat Jibrail atas perintah Allah s.a.w. Tempat, bentuk dan binaan.
Utk menyatakan bahawa 4 segi itu melambangkan 4 imam besar rasanyer dah xkena tempat dah tuh. 4 imam besar nih lahir lama selepas mangkatnya Baginda Rasulullah s.a.w.
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  strikerbuncit Mon Jan 11, 2010 11:15 am

koy101 wrote:
strikerbuncit wrote:

KAABAH PUSAT BUMI

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka 'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi 'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
-oleh Mudaris Iskandar

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.

Maaf SB, negur jap...
Binaan kaabah nih merupakan wahyu kepada Nabi Ibrahim a.s yg disampaikan oleh malaikat Jibrail atas perintah Allah s.a.w. Tempat, bentuk dan binaan.
Utk menyatakan bahawa 4 segi itu melambangkan 4 imam besar rasanyer dah xkena tempat dah tuh. 4 imam besar nih lahir lama selepas mangkatnya Baginda Rasulullah s.a.w.

betul jugak tu..
kwn rasa stp ulama akn mengaitkan Kaabah dgn situasi zaman msg2..sbb kaabah itu sgt universal dan besar erti pd umat Islam scra keseluruhan sjak ia dibina..kmudian zaman rasulullah hinggalah zaman setrus2nya..~ini pandangan kwn (jika masih tersasar juga,hrp diperbetulkan)

T.kasih..
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  koy101 Tue Jan 12, 2010 1:38 am

strikerbuncit wrote:
koy101 wrote:
strikerbuncit wrote:

KAABAH PUSAT BUMI

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka 'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi 'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
-oleh Mudaris Iskandar

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.

Maaf SB, negur jap...
Binaan kaabah nih merupakan wahyu kepada Nabi Ibrahim a.s yg disampaikan oleh malaikat Jibrail atas perintah Allah s.a.w. Tempat, bentuk dan binaan.
Utk menyatakan bahawa 4 segi itu melambangkan 4 imam besar rasanyer dah xkena tempat dah tuh. 4 imam besar nih lahir lama selepas mangkatnya Baginda Rasulullah s.a.w.

betul jugak tu..
kwn rasa stp ulama akn mengaitkan Kaabah dgn situasi zaman msg2..sbb kaabah itu sgt universal dan besar erti pd umat Islam scra keseluruhan sjak ia dibina..kmudian zaman rasulullah hinggalah zaman setrus2nya..~ini pandangan kwn (jika masih tersasar juga,hrp diperbetulkan)

T.kasih..

Dah mmg gitu.... sebab Kaabah adalah tempat berkumpulnyer perhatian sumer umat Islam, setiap taun, jd ramai yg amik kesempatan. Bukan takat Al-Sunnah Wal Jamaah... syiah, kawarij dan lain-lain gitu gak... sumer ader versi memasing.
Cumer bila kita mengambil sesuatu dan meletakkan kat tmpt awam, kena la kita perati gak sumber penulisan tuh.... salah faham, akidah lari wooo..... kita gak dpt sahamnyer...
Alhamdulillah, teruskan jer nulis kat sini,
Kalu benar... iktibar utk kita sumer...
Kalu salah, meh ler kita mencari kebenaran bersama-sama...
ramai lagi yg leh bag pendapat dan pandangan.
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  zulkbo Tue Jan 12, 2010 8:45 am

Allah untuk Islam – Sultan
Code:

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 11 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.

Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.

Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.

“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.

“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri di sini hari ini.

Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam.

Menurutnya, larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.

Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.

Ekoran keputusan jawatankuasa itu serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan larangan tersebut pada Mei 2008, beliau menegaskan, MAIS membuat 14 ketetapan berhubung isu tersebut.

Menurutnya, antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus).

“Jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia mengelirukan,” katanya.

Selain itu, Mohamad Adzib berkata, MAIS berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara, katanya.

Beliau menegaskan, penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai membincangkannya memandangkan ia perkara ‘non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.

Beliau turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.

“Selain itu ialah mendesak Kerajaan Persekutuan menetapkan kes-kes berkaitan agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan Hakim bukan Islam,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  koy101 Tue Jan 12, 2010 2:16 pm

Untuk aku....

Injil hok Kristian guner la nih di tulis dlm base Latin. ngan Taurat hok Yahudi guna... ditulis asal dlm base hibrew.
Kata Tuhan dlm kristian, Jesus, Father dan Holy Spirit dlm base Inggeris. Yahweh dalam base Hebrew.

Allah dtg dr perkataan Arab. Base Arab. Satu dari 99 nama Allah. Dekat 1500 taun kita guna Allah.

Kenapa sekarang nih tetiba nak guna Allah lak dlm tulisan??
Nak kata bg org Msia paham... matnyer selama nih penganut depa xpaham la ajaran sendiri ???
Perkataan Allah pun bukan dr base melayu kala nak kata suoh org paham, tu tetap dr base Arab. Islam xubah aper hok dlm Quran utk kepentingan sesuatu kaum. Sumer samer jer.
Ni sumer ader agenda tersembunyi.
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Indahnya Islam Empty Re: Indahnya Islam

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum