Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Sejarah asal nama kampung
+7
iyul8386
Bederun
nagakeciks
RoyKay33
kapakraja
Yassin
Awangmaseru
11 posters
Page 1 of 1
Sejarah asal nama kampung
Setiap nama-nama kampung di negeri Pahang mempunyai cerita samaada berfakta atau pun dongeng tentang asal namanya terhasil. Silalah paparkan disini supaya menjadi pengetahuan dan kenangan kepada kita dan anak cucu kita nanti tentang sejarah kampung-kampung, desa dan ceruk. Insyaalah.
Pertama kawan ceritakan asal nama kampung Lata Kasah, Jerantut. Ramai sedara yasein kat sini agoknya.
Mengikut yang ampunya cerita, diceritakan bahawa semasa orang mula datang ke kampung itu mereka berehat di sebuah Lata dan terjumpa tikar rotan disitu . tikar rotan biasanya dipanggil kasah ( bahasa orang asli agoknya) lalu lekatlah panggilan kampung itu Lata Kasah.

Re: Sejarah asal nama kampung
Awangmaseru wrote:Setiap nama-nama kampung di negeri Pahang mempunyai cerita samaada berfakta atau pun dongeng tentang asal namanya terhasil. Silalah paparkan disini supaya menjadi pengetahuan dan kenangan kepada kita dan anak cucu kita nanti tentang sejarah kampung-kampung, desa dan ceruk. Insyaalah.
Pertama kawan ceritakan asal nama kampung Lata Kasah, Jerantut. Ramai sedara yasein kat sini agoknya.
Mengikut yang ampunya cerita, diceritakan bahawa semasa orang mula datang ke kampung itu mereka berehat di sebuah Lata dan terjumpa tikar rotan disitu . tikar rotan biasanya dipanggil kasah ( bahasa orang asli agoknya) lalu lekatlah panggilan kampung itu Lata Kasah.
Kawan suka amat membaca cerita ginie...sedara mara kawan mmg ada dimana-mana...kala aok katas sikit lagi ramei...
Re: Sejarah asal nama kampung
sg koyan tu dgr kabo nyer lah asal dari sungai yg byk kat situ..tu lekat nama sg koyan..........
kapakraja- Posts : 8
Points : 8
Join date : 07/11/2009
Re: Sejarah asal nama kampung
berk0yan2 laa sg kt situ..
RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: Sejarah asal nama kampung
Dema penoh dengor tak satu nama tempat di Tembeling nun Jong Berlabuh apa maknenya kawan tak tau mekala ada org Tembeling boleh le bagi tau...
Re: Sejarah asal nama kampung
kampung koi sanggang ... dapat name nih , sebab dulu2 banyok sarang burung enggang ...
nagakeciks- Posts : 2
Points : 2
Join date : 05/02/2010
Re: Sejarah asal nama kampung
Yassin wrote:Dema penoh dengor tak satu nama tempat di Tembeling nun Jong Berlabuh apa maknenya kawan tak tau mekala ada org Tembeling boleh le bagi tau...
jong ialah sejenis kapal kcil, mungkin desitu dulu ada 'jong' yang singgoh maka jadilah sebutan jong berlabuh
Re: Sejarah asal nama kampung
Awangmaseru wrote:Yassin wrote:Dema penoh dengor tak satu nama tempat di Tembeling nun Jong Berlabuh apa maknenya kawan tak tau mekala ada org Tembeling boleh le bagi tau...
jong ialah sejenis kapal kcil, mungkin desitu dulu ada 'jong' yang singgoh maka jadilah sebutan jong berlabuh
Nasib ada aok man kawan pun tak tahu....
Re: Sejarah asal nama kampung
Yassin wrote:Dema penoh dengor tak satu nama tempat di Tembeling nun Jong Berlabuh apa maknenya kawan tak tau mekala ada org Tembeling boleh le bagi tau...
Aki keh dulu ade ngabo pasal goner jadi 'Jong Berlabuh' neh..
Mengikut riwayatnye (cewaaaaaahh... maca crite hang tuoh pulok)..
Rombongan dari istana di K.Pahang mudik menyusur Sg.Pahang utk bertemu rakyat jelata sambil berburu, rombongan ini menaiki beberapa buah kenderaan sungai berupa kapal kecil yg dinamakan 'Jong'. Maka, apabila rombongan ini sampai di satu tempat, mereka mendapati tempat tersebut sangat sesuai untuk berburu. Merekapun singgah di kawasan tersebut beberapa hari utk mengumpulkan hasil buruan yg sangat banyak. Apabila tiba harinya utk menghilir (balik) semula ke K.Pahang, salah seorang dari nakhoda Jong tersebut bertanya kepada seorang nakhoda lain, "Apakah yg akan kita sembahkan kpd Duli Tuanku nanti sekiranya baginda bertanya di manakah dapat hasil buruan sebanyak ini?". Maka, salah seorang nakhoda lain mencelah, "Hamba pun kurang arif, apakah nama tempat "Jong" kita "Berlabuh" ini". Lalu semua para nakhoda itu pun berpandang pandangan sesama mereka dan secara tiba-tiba dari mulut mereka terkeluarlah perkataan "Jong Berlabuh" secara serentak. Dengan itu mereka pun bersepakat utk menamakan tempat tersebut dengan nama JONG BERLABUH..
Begitu le ceritenye yg keh dengo dari aki keh... Wallahua'alam
Bederun- JKK Kampung
- Posts : 160
Points : 171
Join date : 25/03/2010
Age : 48
Location : Jerantut - Sintok - Damansara - Muar
Re: Sejarah asal nama kampung
ada sape2 tahu asal usul name kg cherok paloh?
iyul8386- Ketua Kampung
- Posts : 114
Points : 118
Join date : 16/11/2009
Re: Sejarah asal nama kampung
keh nk asal usul nama kg rengai kt lipis.... sape tau?
Sfitry- Posts : 7
Points : 8
Join date : 11/05/2010
Re: Sejarah asal nama kampung
Sfitry wrote:keh nk asal usul nama kg rengai kt lipis.... sape tau?
kawan pun tak berapa pasti,kena tanya orang tua2 ni..
yang kawan tau buah langsat di Kg Rengai ni sedap amat rasanya..dan sungai beloh atas nu dulu dulu banyok ikan...
p/s taun lepas ada balik time raye...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Sejarah asal nama kampung
MD wrote:Sfitry wrote:keh nk asal usul nama kg rengai kt lipis.... sape tau?
kawan pun tak berapa pasti,kena tanya orang tua2 ni..
yang kawan tau buah langsat di Kg Rengai ni sedap amat rasanya..dan sungai beloh atas nu dulu dulu banyok ikan...
p/s taun lepas ada balik time raye...
Elehhh MD....buah tu dapat pree sebab tu la puji lebey-lebey....
RAFtegang- Tok Empat
- Posts : 744
Points : 761
Join date : 07/10/2009
Age : 52
Location : KOLUMPO je..alaaa depan Carrefour Cheras...
Re: Sejarah asal nama kampung
Lurah Bilut
FELDA Lurah Bilut pada asalnya adalah sebuah lembah di Banjaran Titiwangsa bersempadan dengan Sungai Bilut dan Hutan Simpan Kelau. Tanahnya subur dipenuhi hutan dara yang kaya dengan kayu-kayan berharga. Bilut adalah nama sejenis ikan air tawar atau nama saintifiknya Krytopterus Cryptopterus.
Dahulu, penduduk di sepanjang Sungai Bilut terdiri daripada orang Minangkabau yang berhijrah pada awal abad ke-16 dan menjalankan aktiviti mencari bijih dan emas. Bagaimanapun dalam tahun 1912, mereka berpindah ke utara di kawasan Sungai Jelai dan sekitarnya. Di situ juga terdapat masyarakat orang asli yang hidup berpindah-randah. Ancaman komunis turut menyebabkan masyarakat ini tidak mempunyai penempatan yang kekal.
Penghijrahan masuk penduduk ke penempatan di FELDA Lurah Bilut adalah secara berperingkat-peringkat dengan bilangan peserta seramai 616 orang dan terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pada awalnya, semua kerja pembinaan rumah dan penanaman getah diusahakan secara bergotong-royong.Muzium Felda
22 September 2005 Muzium Felda di Lurah Bilut, Bentong, Pahang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak .
Rancangan pembangunan tanah Felda bermula di Felda Lurah Bilut pada 1958.
Muzium Felda itu sebelum ini adalah pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958. Muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional itu mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan Felda sejak penubuhannya pada 1958.
Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor.

Qahar,
ade lagi ke spesis ikan tu sekarang, disungai ?
ade lagi ke spesis ikan tu sekarang, disungai ?
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Sejarah asal nama kampung
MD wrote:Qahar,
ade lagi ke spesis ikan tu sekarang, disungai ?
ada, 3 thn lepas sedara dpt kat sg pahang lam sekilo lebih...
Similar topics
» Nama Kampung@Tempat Unik Terdapat Di Pahang
» Nama Nama Sungai di Negeri Pahang
» Sejarah JENGKA
» Nama Sebenar vs Nama Popular
» Asal Kejadian ADAM
» Nama Nama Sungai di Negeri Pahang
» Sejarah JENGKA
» Nama Sebenar vs Nama Popular
» Asal Kejadian ADAM
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum