Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Pahang tempatkan guru hafiz di masjid seluruh negeri
3 posters
Page 1 of 1
Pahang tempatkan guru hafiz di masjid seluruh negeri
PEKAN 14 Dis. - Seramai 12 guru hafiz dilantik untuk ditempatkan di masjid setiap daerah di negeri ini bertujuan membantu umat Islam meningkatkan tahap pembacaan dan penghayatan terhadap al-Quran.
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Manan Abdul Rahman berkata, mereka yang dilantik mampu menghafal 33 juzuk al-Quran dan lulus temuduga yang dijalankan JAIP dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
''Mereka yang terpilih akan ditempatkan di masjid setiap daerah di negeri ini dalam usaha membantu orang ramai membaca al-Quran dengan sebutan betul dan sempurna.
''Pelantikan guru-guru hafiz ini merupakan yang pertama dalam negara dalam usaha mengagungkan al-Quran kerana kitab suci itu bukan sahaja perlu dibaca dengan betul malah maknanya perlu difahami dengan jelas," katanya ketika berucap pada majlis taklimat guru hafiz masjid daerah Pahang siri kedua di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.
Menurut Abdul Manan, semua guru hafiz itu akan mengajar secara sepenuh masa di masjid yang ditetapkan dan diberi elaun bulanan sebanyak RM1,500.
''Orang ramai boleh bertemu guru-guru hafiz sebagai rujukan dalam pembacaan al-Quran, ayat-ayat lazim dan bacaan dalam solat," jelasnya.
Sementara itu, seorang guru hafiz, Fikri Omar, 25, bersyukur kerana diberi peluang dan kepercayaan oleh JAIP bagi membantu umat Islam meningkatkan tahap pembacaan dan penghafalan al-Quran.
Dia yang berkelulusan Sarjana Muda Kepujian Takhasuss Qiraat dari Universiti Al-Azhar, Mesir akan ditempatkan di Masjid Tengku Ahmad, Jerantut.
''Walaupun ramai yang beranggapan saya boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dengan kelulusan yang ada daripada menjadi guru hafiz tetapi saya tetap percaya rezeki dan niat kita.
''Rezeki pasti ada di mana-mana tetapi sebagai seorang yang belajar al-Quran pastinya lebih baik kalau kita mengamal dan mengembangkannya kepada orang ramai," katanya.

along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Pahang tempatkan guru hafiz di masjid seluruh negeri
kat masjid besor bentong, dah lama ader,....
cumer xder kesempatan jer lagi.....
cumer xder kesempatan jer lagi.....
Similar topics
» Gambar Gambar Masjid di Negeri Pahang
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
» Lagu loghat Negeri Pahang vs lagu Rakyat Pahang..
» Sejarah Negeri Pahang
» Loghat Negeri Pahang

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum