Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

PANDUAN..MAKLUMAT..PENGAJARAN

2 posters

Go down

PANDUAN..MAKLUMAT..PENGAJARAN Empty PANDUAN..MAKLUMAT..PENGAJARAN

Post  Jeck Sparow Thu Dec 17, 2009 10:03 am

PARENTING TIP 1: ANAK LELAKI SEBAGAI PELINDUNG

Bagi kali ini saya ingin berkongsi bagaimana memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri anak lelaki. Muhammad (7 tahun), anak kedua saya dididik untuk mengambil alih tugas ayahnya memastikan
bahawa semua pagar, pintu dan tingkap ditutup sebelum masuk tidur apabila ayahnya tiada di rumah. Muhammad terlebih dahulu diceritakan bahawa orang lelaki adalah pelindung bagi perempuan kerana kekuatan-kekuatan yang Allah berikan. I started by telling him that dia lelaki paling besar bila ayah tiada di rumah.

Alhamdullillah, Muhammad sangat willing dan saya rasa ianya berjaya boost his self-esteem. So, bila abah tiada dirumah, dia pun sangat sibuk
memastikan semuanya selamat. Gelagatnya sangat menghiburkan tetapi kadang-kadang he can be a little bit bossy.


PARENTING TIP 2:MENDEKATI ANAK-ANAK DAN “MAKE THEM FEEL SPECIAL”

Mendekati anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Dalam kesibukkan kita ibu bapa menjalankan tanggungjawab bekerja dan menguruskan rumahtangga kita hilang fokus dan kadang-kadang anak-anak rasa terpinggir. Biasanya kita akan dapati anak-anak akan sengaja melakukan perkara-perkara yang memeningkan kepala kita hanya sekadar ingin menarik perhatian ibu bapa.

Salah satu cara yang telah saya amalkan adalah keluar dengan seorang anak secara bergilir-gilir. Contohnya hari ini saya menghabiskan sepetang bersama anak perempuan sulung Nurin Husna yang berusia 9
tahun. Kami pergi shopping dan makan bersama. Sepanjang tempoh itu saya banyak memberi nasihat dan kata-kata perangsang/motivasi. Saya juga memberi keutamaan pada anak untuk membeli keperluan
peribadinya yang munasabah. Anak-anak merasai diri mereka sangat dihargai dan "special"
kerana bila keluar beramai-ramai mereka hanya mengikut sahaja dan kita selalunya mengutamakan keperluan keluarga.
Kadang-kadang kesian bila saya nampak ada anak yang ketinggalan jauh di belakang semasa mengikut ibu bapa mereka shopping.

Saya dapati anak-anak lebih mudah meluahkan isihati mereka dengan cara ini. Anak-anak saya juga
sudah memahami dan sedia bergilir untuk keluar bersama saya. Seronok bila nampak anak rasa dihargai dan
memegang erat tangan saya semasa berjalan bersama. Saya cuba lakukan perkara ini sebulan sekali tapi kadang-kadang ada anak yang nak extra attention kerana beberapa faktor seperti semasa kami baru dapat third baby, the 2nd boy rasa agak tersisih dan cepat terasa. Jadi saya lakukan kerap sikit. kadang-kadang kalau tak berkesempatan untuk keluar saya hanya ajak jalan-jalan around the neighbourhood and have a heart to heart talk.



PARENTING TIP 3: SOMETIMES CHILDREN HATE SURPRISES

Kita seringkali merungut bila anak tidak buang sampah, sidai tuala dan pelbagai perkara lain. Untuk menerapkan disiplin ianya hendaklah bermula dari peringkat awal. Perkara yg dapat menolong adalah dengan memastikan perkakas rumah contohnya tong sampah sentiasa diletakkan ditempat yang sama supaya anak-anak tidak mudah lupa dan proses pengulangan berlaku dengan lebih banyak dan cepat. Sering mengalihkan tong sampah contohnya akan menyebabkan proses pengulangan terhenti dan tingkah lalu baik tidak dapat dikekalkan.

Juga kita sebagai ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak membuat sendiri kerja-kerja mengikut kemampuan umur mereka. Contoh anak yang sudah mula berjalan boleh diasuh untuk membuang sendiri lampin pakai buang selepas menyalin mereka. Pada mulanya kita perlu memimpin tangan mereka dan membawa mereka ke tong sampah dan menolong mereka. Berikan pujian dan penghargaan ucapan terima kasih. Jangan putusasa kerana ianya memerlukan pengulangan yang banyak dan kemampuan anak adalah berbeza, ada yang cepat dan ada yang lambat. Tetapi apabila budaya ini terhasil,ianya sangat memudahkan ibu bapa.


PARENTING TIP 4: HEALING KISSES AND HUGS

Kanak-kanak memang bijak dalam menarik perhatian ibu bapa mereka. Kadang-kadang mereka suka mengadu sakit walaupun hanya sedikit. Anak saya M. Izzudiin ( 2 tahun) contohnya sering menangis mengadu sakit tangan dan jarinya. Apa yang selalu saya lakukan disamping menyapu ubat ditempat sakit adalah menunjukkan rasa simpati, meniup, mencium tempat yang diadu sakit dan memeluknya. Cara begini memang mujarab.Dia akan berhenti menangis dan rasa dihargai, diberi perhatian dan gembira.

Seronok tengok keletah anak-anak.


PARENTING TIP 5: LITTLE ENTREPRENEUR

Selain daripada belajar,belajar dan belajar anak2 juga perlu digalakkan untuk lebih berkreatif. Ianya dapat meningkatkan potensi otak kanan. Masa cuti ini sangat sesuai digunakan untuk tujuan itu. Anak-
anak kami dah terbiasa dengan perkara ini.

Sesuatu yg menarik yg ingin dikongsi bersama adalah dalam masa sibuk keluar outstation kerana menghadiri
ELIT dan PPN, anak sulung saya Nurin Husna (9 tahun) telah memulakan satu
perniagaan kecil dengan inisiatif sendiri. Dia telah membuat gelang dari manik dan dijual kepada kawan-kawannya. Rupa-rupanya
banyak juga yg telah dia jual. Around 20 dan suprisingly dia buat macam direct selling dan bagi comission untuk kawan lain untuk jual.

Nurin ceritakan pengalamannya pada saya selepas balik PPN. I'm so impressed
and give her more suggestion to improve on her small business and what to do with the pemiutang (ada juga). Kami buat kiraan and
find out her business is running at a loss, so she has to increase the price plus finding cheaper beads. Nurin is overwhelmed with my enthusiasm towards her new business.


PARENTING TIP 6:PUSAT JAGAAN/TADIKA/PUSAT JAGAAN DAN FARDHU AIN

Saya percaya sekarang ramai yang sedang sibuk mencari or shop around untuk hantar anak2 ke taska/tadika/pusat jagaan (day care)/fardhu Ain. May be I can give all a piece of advice since I am running a taska, tadika and day care centre.

1. Make sure berdaftar - Taska dan Pusat jagaan under JKM, Tadika dengan Jab. Pendidikan.
2. Jumpa Pengusaha/penyelia. Make sure they seems too know a lot about children. Make sure they are friendly.Tanya samada pengasuh/cikgu well trained.Pengalaman sangat penting
3. Kebersihan. Masuk kelas dan tengok dapur, pastikan ianya memuaskan.
4. Yuran- ask and negotiate.Also ask about overtime.
5. Program- make sure they have proper programs. Nanti anak-anak tak dapat pengisian yang sewajarnya.
6. Takaful-make sure they have one.
7. Aktiviti Penglibatan ibu bapa- adakah mereka menggalakkan ini?
8. Peraturan taska/tadika/day care-pastikan ada dan simpan satu copy.
9. Keceriaan. Also make sure environment condusive enough.
10. Fardhu Ain- ada tadika dan pusat jagaan offer kemudahan ini. make sure mereka tekankan solat.
11. Refund-tanya kalau tukar fikiran sebelum habis sebulan boleh tak dapat sebahagian bayaran balik daripada yuran yang telah di bayar. Ramai yang telah tertipu.

Bagi anak-anak yang 4 tahun mereka boleh dihantar ke taska/tadika/day care. Saya lebih suka hantar anak ke taska sebab konsep bermain sambil belajarnya yang lebih bebas dan lebih sesuai pada tahap ini.

Juga ibu bapa perlu cekal bila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak. Visualise perkara2 yang baik. Mula baca buku dan bercerita tentang sekolah baru dari sekarang supaya emosi anak lebih bersedia. Elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Ianya akan menyukarkan proses penyesuaian. Jangan lewat ambil anak pada minggu2 pertama kerana ini akan menyebabkan anak rasa agak takut bila ramai kawan yang sudah balik. Jangan bribe mereka dengan junk food dan toys. Sabar dan pujuk. Kalau anak meragam pada hari2 pertama, terus hantar kerana kalau kita tidak konsisten menghantar, mereka akan terus meragam dan melambatkan proses penyesuaian. Setiap anak berbeza, jadi jangan banding-bandingkan. Senyum selalu. Banyak doa dan tawakal.Insyaallah semua masalah boleh di atasi.


PARENTING TIP 7:KEMAHIRAN MANUPULASI-MEMULAS DAN MEMUTAR

Disekitar umur anak 2 tahun, kemahiran manupulasi tangan mereka semakin matang. Anak sudah boeh menconteng, memegang dan mengutip. Kemahiran memulas dan memutar adalah sesuatu yang sukar dan biasanya hanya bemula sekitar 2 tahun.

Anak saya, Muhammad 'Izzudin sekarang 2 1/2 tahun mula memiliki kemahiran ini sejak lebih enam bulan lepas. Ini menjadikan dia sangat kreatif dan lebih berdikari. Dia suka membuka dan menutup paip air. Setiap kali ke bilik air, dia suka melakukan sendiri aktiviti ini. Sekarang dia sudah boleh buka pintu yang bertombol bulat yang perlu dipulas. Kelakar juga. Saya dah tak senang bila berada dalam bilik. Dia akan panjat kerusi dan buka pintu dan lately bila saya kunci pintu dia cuba ambil anak kunci dan cuba untuk membuka pintu.

Pada peringkat ini kita perlu menyediakan permainan yang dapat melatih kemahiran ini dan ia dapat menguatkan otot2 jari mereka. Sediakan mainan yang ada tombol/ benda yang perlu dipusing/pulas. Beri anak main baju berbutang untuk cuba kenakan butang.

Kalau di taska kami digalakkan menggunakan barang terbuang/terpakai. Saya akan mengutip botol dan tudungnya. Biasanya botol ubat/vitamin yang agak besar tudungnya sangat sesuai untuk keselamatan anak-anak. Anak-anak boleh melatih membuka dan menutup tudung botol. Aktiviti begini akan menyokong perkembangan mereka untuk lebih maju. Anak2 juga suka main jual-jual dengan botol2 ini.

PARENTING TIP 8: SUBURKAN MINAT ANAK

Setiap anak dilahirkan unik. Mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang tersendiri. Sebagai ibu bapa
kita seharusnya peka dan menyuburkan minat mereka.

Sebagai contoh anak saya, Muhammad Firdaus, 9 tahun, mula menunjukkan minat terhadap sukan bola sepak sejak hampir setahun yang lepas. So memang banyak bola yang telah di beli. Dia baru ni beli keeper gloves kerana katanya nak jadi keeper. Hampir setiap petang dia akan bermain bola sepak dengan kawan-kawannya. SekarangMuhammad dan abahnya juga akan ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Dia jadi sangat rapat denganabahnya dan selalu kongsi info tentang bola.

Sesuatu yang menarik juga berlaku. Muhammad akan membaca suratkhabar (bahagian sukan) saban hari dan
beli majalah sukan setiap bulan. Berita sukan di TV pun tak miss. So secara tak langsung dia banyak
membaca dan ini dapat memperbaiki bahasanya. Geografinya pun bertambah baik. Dia ingat almost semua nama negeri dan stadiumnya. Minatnya sangat mendalam dalam bola sepak hinggakan main playstation pun tak main game lain hanya bola saja. Katanya nak practise skil bola sepak. Ini melegakan say kerana ini mengelakkan dia bermain permainan play station yang ganas. Dia juga agak serius dalam pelajaran dan menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan. Mungkin selaludiingatkan bahawa untuk jadi pemain bola sepak yang berjaya dia juga harus cemerlang dalam akedamik.

Sebagai ibu bapa kita mestilah peka kepada minat anak-anak. Buka ruang seluas-luasnya untuk anak
meneroka pelbagai bidang supaya anak dapat mengenalpasti minatnya. Kemudian suburkanlah kecenderungan mereka dengan menunjukkan minat dan perhatian kita kepada kecenderungan mereka.Ini banyak membantu perkembangan emosi yang positif selain meningkatkan keyakinan mereka dalam kehidupan.Anak juga akan belajar dengan cara yang optimum melalui aktiviti yang diminatinya.


PARENTING TIP 9: YES, BUT AND NO
Assalamualaikum,

Semua orang tahu adalah tidak bagus untuk mengatakan 'jangan' atau 'no' selalu esp kepada anak2 kecil kerana ianya akan menghalang banyak perkembangan mereka. Walau bagaimanapun dalam beberapa keadaan kita boleh kata 'jangan' iaitu:

1. Apabila anak membahayakan diri mereka.
2. Apabila anak membahayakan orang lain.
3. Apabila anak merosakkan barang, harta benda atau alam sekitar
4. Apabila akhlak mereka tidak mengikut akhlak islam
5. Apabila anak tidak mengikut syariat islam.

Biasanya apabila kita membaca buku2 dari barat hanya 1-3 diberikan sebagai garispanduan. Saya rasa sebagai orang Islam kita kena lebih peka kepada kehendak Islam.

Selain dari itu kita juga perlu biasakan mengatakan ' boleh tetapi' pada keadaan lain supaya anak tidak rasa tertekan dengan kehendak kita. Contohnya kalau anak nak makan ais krim tapi batuk kita katakan ' boleh tetapi kena tunggu bila batuk dah baik'. Elakkan daripada cepat cakap jangan pada anak-anak.

Juga bagi anak kecil awas bila melarang anak kecil dengan mengatakan 'jangan'. Contohnya " jangan berlari". Apa yang anak dengar adalah perkataan 'berlari" . Ianya lebih berkesan kalau kita menggunakan perkataan2 positif seperti ' jalan elok-elok' atau 'hati-hati'. Kalau anak berdiri dan kita mahukan dia duduk. Katakan ' sila duduk' dan elakkan berkata ' jangan berdiri'. Kita kena jelas memberi arahan terhadap anak dan selalu gunakan 'positve actions'.

Memang agak sukar untuk bertukar daripada kebiasaan kita. Tapi insyaalah kalau kita ada ilmu dan keinginan untuk berubah insyaalah perkara baik akan dapat kita jadikan kebiasaan kita dalam mendidik anak-anak.


PARENTING TIP 10: PERGERAKKAN MENYILANG

Pergerakkan menyilang sangat baik untuk pembangunan otak anak iaitu meningkatkan potensi otak kanan dan otak kiri kanak-kanak. Saya selalu melakukan aktiviti pergerakan menyilang dengan menyentuhkan kaki kanan dengan tangan kiri anak dan sebaliknya. Caranya adalah baringkan anak dalam keadaan terlentang. Pegang pergelangan kaki kanan bayi dengan satu tangan kita dan pegang pergelangan tangan kiri dengan satu lagi tangan. Sentuhkan jari-jari kaki kanan dan tangan kiri tadi. Ulang beberapa kali dan tukar kepada kaki kiri dan tangan kanan bayi. Lakukan dalam bilangan yang kecil kemudian tingkatkan bila anak sudah biasa. Berhenti sebelum anak penat. Elok sebelum mula beri anak minum air masak dulu.

Lebih mudah melakukan pergerakkan ini sejak bayi kerana meraka belum banyak bergerak. Bersyukur kerana dapat mempraktikkan kepada anak ketiga saya Muhammad Izzuddin sejak lahir lagi- now almost 3. Banyak kesan baik contohnya saya dapati dia bayi yang lebih tenang, tidak banyak meragam dan menunjukkan perkembangan yang baik. Saya juga selalu melakukan perrgerakan ini apabila dia menangis dan kesannya adalah dia akan berhenti menangis. Anak-anak saya yang lain juga seronok melakukan pergerakan menyilang ini untuk adik mereka.

Saya juga sering menggunakan kaedah ini untuk anak-anak taska dan tadika terutama yang menghadapi masalah pembelajaran. Bagi anak-anak yang sudah besar mereka boleh melakukan sambil berdiri .Kita yang dewasa ini juga boleh menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan potensi otak kita. Saya juga selalu lakukan apabila mengantuk dan lemah.


PARENTING TIP 11: BUKA DAN TUTUP

Sepanjang kerjaya saya sebagai pengusah taska,tadikadan pusat jagaan, saya dapati dalam usaha kita mengajar anak Bahasa Inggeris, terdapat kesilapan iaitu menggunakan perkataan yang salah atau tidak sesuai. Kita perlu sedar dan lebih berhati-hati kerana kesilapan kita mungkin akan kekal dalam diri anak. Saya cuba beri contoh penggunaan bahasa yang selalu silap.

Dalam bahasa Melayu perkataan buka dan tutup biasanya digunakan dalam banyak perbuatan seperti buka/tutup pintu, buka/tutup TV, buka/tutup paip, buka/tutup langsir dan banyak lagi.

Berlainan dengan Bahasa Inggeris, perkataan yang berlainan digunakan untuk perbuatan yang berlainan. Amatlah penting kita menggunakan perkataan yang betul pada tempatnya terutama pada anak-anak seperti contoh-contoh di bawah.

Open/close- for door/ eyes/ mouth/ book window/ lid/ bottle etc
Eg. Please open the door.

Wear- coat/hat/badge/ring/glasses
Eg. Do I have to wear a coat?

Put on/ Take off- shoes/ hat/ dress/ trousers/ glasses/ skirt/ trousers/ coat etc
Eg. Please take off your shoes

Turn on/ turn off- light/ oven/ television/ radio tap etc ( sometimes switch on/off may be relevant)
Eg. Please turn on the tap.

Turn up/turn down – to increase/decrease sound/heat etc on a piece of equipment.( untuk memperlahankan atau menguatkan sesuatu)
Eg. Could you turn the TV down?

Tie up/untie-hair/ shoelaces/ plastic bag/ knot/ rope etc
Eg. Tie up your shoelaces.

Do/Undo- button/ knot/ zip (to be fastened-mengenakan
butang/ ikatan atau zip)
Eg. Please undo your jacket

Button (up)/ unbutton-shirt/dress
Eg. Please button(up) your dress.

Draw- curtain (untuk buka /tutup langsir)
Eg. Please draw the curtain.

Referance- Oxford Advance Learner’s Dictionary

' Cintailah bahasa kita'


PARENTING TIP 12: I WANT TO MARRY YOU MUM


Anak lelaki memang aktif dan agak lasak berbanding anak perempuan. Sememang begitu fitrah mereka tapi ' aren't they just adorable".

Satu ketika dulu saya pernah membaca sebuah buku yang dipinjam dari seorang kawan yang rasanya bertajuk ' boys will be boys'. Ada dinyatakan bahawa budak lelaki kebanyakannya 'adores' atau sangat sayang pada ibu mereka. Relationship between mothers dan sons are so special sehinggakan pada satu ketika mereka akan kata bila besar mereka nak kahwin dengan ibu mereka. Suprisingly it happened to me. When my second- Muhammad Firdaus berumur 4/5 tahun (tak ingat exactly) dia memang kata " bila besar Muhammad nak kahwin dengan mak". Teringat how very happy he made me. Now my third-Mohammad Izzuddin-almost 3 juga menunjukkan ciri-ciri yang sama.

Memang benar, opposite attracts. Tapi kita kena be fair to the girls too. Apapun kita sebagai ibu mesti merebut peluang keemasan ini untuk menerapkan nilai-nilai dan akhlak mulia kerana mereka sangat sayang dan thiqah pada kita. Insyaalah apa yang kita nasihat mudah jadi ikutan anak kita. Boys memang lasak tapi mothers have the power of love to tame them.


PARENTING TIP 13: AIR PASANG PAGI

Ingat lagi masa kecik2 dulu kita main permainan tradisi berlagu Air Pasang Pagi. Permainan ini untuk dua orang dan guna tangan untuk tepuk menyilang. Sure ramai yang masih ingat.

Air Pasang Pagi
Surut pukul 5
Nyoya bangun pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga melur
Taman tepi kolam
Itik bertelur ayam menetas

Permainan ini sangat bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak. Susah juga bagi kanak-kanak 4 tahun ke bawah. Kita kena selalu berlatih dengan mereka. Saya dapati anak yang menghadapi masaah pembelajaran agak sukar melakukan pergerakkan permainan ini. Semalam baru main dengan anak-anak tadika yang agak bermasalah.

Ada beberapa lagu tradisi lagi yang menggunakan pergerakkan seperti ini tapi tak berapa ingat. Ada sesiapa masih ingat. Mungkin boleh share.

Juga disisipkan artikel 'Nyayian klasik bentuk sahsiah anak ' yang pernah disiarkan dalam Berita Harian yang menceritakan tentang permainan berlagu tradisi kita yang banyak manafaatnya. Juga beberapa artikel lain yang juga pernah disiarkan dalam BH. Harap bermanafaat dan sebar-sebarkanlah.


PARENTING TIP 14: TIMANG TINGGI-TINGGI

Menimang anak semasa bayi sangat baik untuk perkembangan otak anak. Ibu-ibu kita dulu timang kita
sejak bayi lagi sambil nyanyi lagu

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Dah pandai baca kitab

Saya dapat tahu bahawa " belum tumbuh gigi tu dah pandai baca kitab" bermaksud anak boleh baca Quran
sebelum tumbuh gigi kekal sekitar 6/7 tahun. Kreatifnya orang dulu2 mengasuh anak. Sarat dengan pergerakkan untuk pembangunan
otak dan nyanyian yang berbentuk doa.

Bila anak dah pandai melompat mereka suka melompat di atas tilam. Biar dan galakkan. Just make sure kaki mereka tidak kotor dan anak tidak jatuh kena kepala katil. My children do a lot of jumping atas tilam kami. Baru-baru ini kami kena beli tilam baru kerana spring dah tak elok dok asyik kena lompat je. Lebih elok kalau beli trampolin tapi kekadang budak ni suka lompat atas tilam juga.

PARENTING TIP 15: BANTAL

Sebenarnya bayi setahun kebawah tak perlu tidur atas bantal ( Book of child care- Dr Hugh Jolly). Tidur tanpa bantal lebih baik untuk pernafasan bayi dan mengelakkan bayi dari lemas. Kepala bayi juga akan lebih cantik dan mengelakkan kepala ' serempeng' ( leper sebelah akibat asyik tidur sebelah)

Saya tidurkan anak tanpa bantal sejak anak sulung lagi. Selalu kena tegur dengan orang2 yang ziarah dalam pantang dan kena beri penjelasan selalu. Saya dapati anak-anak sampai 4/5 tahun pun masih tak suka bantal sebab senang nak bergolek. Di taska dan pusat jagaan saya juga tidak menggunakan bantal. Lebih baik, mudah dan selamat.

Satu lagi ianya dapat mengelakkan syndrom bantal busuk. Susah kalau anak dah berkenan kat satu bantal. Teringat seorang ibu yang hantar anak ke taska saya yang berusia 4 tahun. Hari-hari kena bawa pergi dan bawa balik bantal busuk. Kalau lupa kena pusing ambil.


PARENTING TIP 16: CONGKAK DAN METAMATIK

Permainan congkak sangat baik untuk kanak-kanak. Ia penuh dengan konsep-konsep metamatik seperti nilai, padanan satu dengan satu, konsep banyak sikit dan konsep sifar.

Semasa anak-anak saya, Nurin dan Muhammad dalam usia 5/6 saya memperkenalkan permainan ini dan mereka sangat mengemarinya. Saya juga menggalakkan anak-anak jiran sama bermain dan rumah kami jadi centre for congkak at one time. Alhamdullillah both Nurin and Muhammad now 10 and 9 love maths very much.

Banyak aktiviti di rumah yang baik untuk membina konsep matematik dalam diri anak. Dulu semasa saya mengambil upah jahit baju, my Muhamad masa tu (4 yrs) belajar nombor 1- ratus-ratus dari tali tape tukang jahit. Yang lebih baik nombor dan jarak sekali sebab tali makin panjang bila nombor pada tali bertambah. Dia juga banyak bermain dengan duit bila orang bayar duit tempahan.

Kanak-kanak hampir 3 tahun sudah mula membina konsep. Perhatikan mereka mula bijak menggunakan jari untuk meminta sesuatu. My Izzuddin (just turned 3) sekarang asyik perasaan benda yang berpasang seperti anggota badan iaitu mata, tangan dsbnya. Dia juga mula kenal kalau benda yang sama. Selalu dia kata " samakan" refering to benda yang sama.

Pada peringkat ini yang lebih penting adalah menggalakkan mereka dengan aktiviti membina konsep seperti pengkelasan dan padanan satu dengan satu. Menghafal satu hingga beribu-ribu tidak bermakna anak pandai metametik. Yang lebih penting adalah mereka membina konsep. Konsep sangat penting untuk mereka cemerlang dalam metamatik.

Cuba dapatkan buku-buku prasekolah di kedai buku untuk lebih jelas tentang konsep2 metametik yang diajar diprasekolah. Alhamdullillah sekarang dah banyak dipasaran. Banyak perkara yang boleh kita latih anak dirumah secara tidak sedar. Ini memudahkan anak bila mula bersekolah. Sebenarnya menunggu anak mempelajari sesuatu apabila anak memasuki tadika adalah sudah agak terlambat. Mereka telah melepasi banyak masa sensitive (masa anak sudah matang dalam sesuatu perkara dan sangat minat untuk mempelajari sesuatu - Montessori).


PARENTING TIP 17: TABUNG ORANG MISKIN

Kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan apabila mereka dapat melakukan sesuatu perbuatan berbanding mendengar nasihat sahaja.

Saya pernah sama-sama dengan anak-anak membuat projek " Tabung Orang Miskin" untuk mendidik anak menyimpan untuk didermakan kepada orang miskin selain daripada menabung untuk simpanan sendiri.

Setiap hari anak-anak digalakkan menyimpan sekurang-kurangnya 20sen daripada duit belanja sekolah mereka. Pada awalnya mereka agak susah untuk menyimpan terutama anak lelaki saya, Muhammad. Setelah berkali-kali dipujuk dan diterangkan ganjaran menginfakkan sebahagian daripada harta dan kesusahan orang lain, barulah nampak dia bersungguh. Akhirnya saya dapati anak-anak berlumba untuk menderma. Saya juga berjanji akan membawa mereka untuk meyerahkan sendiri hasil simpanan mereka kepada mereka yang memerlukan.

Sebagai ibu bapa kita mestilah sentiasa kreatif dalam menerapkan nilai murni kepada anak-anak dengan melakukan aktiviti-aktiviti begini. Kesannya sangat besar dan mendalam dalam jiwa anak.



PARENTING TIP 18: POSITIVE AFFIRMATIONS

Sesetengah Ayat Quran, dan semua doa dan solat adalah penegasan ( affirmations) yang kita ikrar dan selalu ulang supaya minda bawah sedar kita selari dengan tujuan hidup kita ( our subconscious is aligned with our life purpose) dan ini akan menolong kita membentuk personaliti dan tindakan kita. ( terima kasih pada Dr. Suriya atas tip ini dari ELIT training)

Anak-anak juga sangat bagus diasuh untuk selalu berdoa dan guna teknik penegasan/affirmation untuk bentuk peribadi mereka. Melalui pengalaman, saya mengajar anak saya beberapa penegasan seperti contoh Izzuddin tiga tahun akan berkata :

"Adik anak yang soleh"
" Adik Khalifah Allah"
" Adik anak yang taat kepada Allah"
“Adik penolong agama Allah”

Saya ajar anak setiap hari dari belum pandai cakap dan apabila sudah pandai bercakap anak akan ikut dan ianya menjadi seperti skrip yang diulang setiap hari terutama sebelum tidur apabila kita ada banyak masa bercakap dengan anak. Saya yakin cara ini amat berkesan dalam proses pengasuhan dan pendidikan seorang anak menjadi khalifah di muka bumi ini.

Untuk menjadi ibu/bapa yang baik elok kalau kita banyak berdoa disamping selalu menegaskan kepada diri kita. Saya selalu menegaskan bahawa " I'm a good mum". Insyaalah dengan ilmu, usaha, doa dan penegasan kita boleh kawal minda bawah sedar dan tindakan kita terhadap anak-anak akan lebih baik dan hikmah, Insyaalah.


“ Sayangi dan dekatillah anak-anak kita”

Sekian. Wallahua'alam.


Last edited by Jeck Sparow on Thu Dec 17, 2009 10:12 am; edited 2 times in total
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

PANDUAN..MAKLUMAT..PENGAJARAN Empty Re: PANDUAN..MAKLUMAT..PENGAJARAN

Post  zulkbo Sun Jan 24, 2010 1:12 am

Disekitar umur anak 2 tahun, kemahiran manupulasi tangan mereka semakin matang. Anak sudah boeh menconteng, memegang dan mengutip. Kemahiran memulas dan memutar adalah sesuatu yang sukar dan biasanya hanya bemula sekitar 2 tahun.

gitu gaya ropernya yek
thanks for good info Cool
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum